Isnin, Jun 29, 2009

Sepagi Bersama Isteri

Hujung minggu yang lalu aku sempat berbual-bual sewaktu bersarapan pagi bersama isteri tentang satu perkara yang cukup tipikal - DUIT. Berhidangkan nasi lemak telur dadar comel berserta secebis ikan masin, kuih karipap, air milo dan nescafe ais. Pagi-pagi sudah minum ais. Seorang pak cik pernah pesan pada aku dulu-dulu, tidak elok orang laki minum ais pagi-pagi.

Duit itu penting dalam hidup manusia. Tak ada duit, tak ada hidup.
Tidak benar 100% jika seseorang itu menyatakan bahawa duit tidak penting.
Namun, kita, mesti kena ada senarai keutamaan/kepentingan atau dalam bahasa penjajah, Priority List.
Bilangan perkara dalam senarai tersebut boleh jadi banyak, boleh jadi sikit bergantung kepada cara dan gaya hidup serta matlamat hidup seseorang itu.

Akhir zaman ini memang bahaya dan mencabar. Duit menjadi matlamat nombor satu dalam hidup. Duit adalah satu-satu benda yang dikejarnya, yang ingin diperolehinya, sehingga satu tahap yang paling membahayakan - duit dikejar tanpa mengira cara baik atau jahat, halal atau haram.

Isteri aku berkongsi kisah benar tentang seorang jururawat yang betul-betul jenis inginkan duit. Di wad tempat isteri aku bekerja, kalau seorang jururawat itu tak dapat bekerja pada shif yang telah ditetapkan kerana ada hal penting, dia boleh mengupah jururawat dalam satu wad yang sama (yang tidak bekerja pada shif yang ditetapkan itu) untuk bekerja untuknya. Satu jam RM10. Jadi, satu shif biasa adalah selama 7 jam. Jadi, boleh dapat RM 70 upah kerja untuk orang lain.

Jadi pada satu shif malam (shif malam adalah selama 10 jam), hari itu adalah hari private nurse di sebuah wad private. Private nurse ini ditentukan oleh seorang sister. Kebetulan isteri aku bekerja pada shif malam tersebut bersama dengan seorang lagi nurse senior. Kebiasaannya, kerja nurse pada shif malam tidak begitu sibuk. Hanya feeding (bagi makan/minum) pada pesakit-pesakit ikut jadual yang dah ditetapkan. Jadi, boleh tidur dalam sela masa jadual feeding tersebut. Jadi isteri aku tidur. Nurse senior itu pun tidur. Tapi, isteri aku tidak tahu menahu tentang hari private nurse tersebut dan siapa yang sepatutnya ditugaskan sebagai private nurse di wad private tersebut. Nurse senior itu yang sebenarnya bertanggungjawab sebagai private nurse tetapi dia telah tidur sepanjang malam tanpa buat kerja. Yang buat kerja, siapa lagi, sudah tentu isteri aku (yang secara noobnya tidak tahu menahu tentang hari private nurse itu).

Jadi, nurse senior itu dapat duit RM 100 setelah tidur sepanjang malam.

Kadang-kadang kita patut bertanya pada diri kita sendiri:

"Gaji fresh grad RM 3500. Belum campur elaun lagi. Duduk bujang. Awek tak ada. Tapi duit tak cukup jugak. Menyimpan pun tak ada. Kenapa duit asyik tak cukup tiap bulan ni?"

"Aku grad CGPA aku bagus, 3.50 lebih. Aktiviti ko-kurikulum aku pun banyak. Tapi kenapa susah nak dapat kerja?"

*"Kita juara masa di Festival Teater Perak, tapi kenapa kita tak pernah layak masuk peringkat kebangsaan?"

Ini semua kerana BERKAT.

Mungkin, mungkin saja:

Duit gaji kita tidak berkat. Kita ada ponteng kerja. Kita malas buat kerja. Kita cari macam-macam alasan pada bos kita, pada rakan sekerja kita. Pendek kata, kita tidak jujur dalam kerja kita. Boleh jadi sebab itu, duit gaji banyak mana pun, kita akan sentiasa rasa tidak cukup kerana duit itu tidak berkat. Dan, boleh jadi juga rezeki kita dapat tidak melalui cara yang halal. Macam dalam kisah benar nurse senior yang aku ceritakan tadi. Banyak lagi contoh yang kita dapat lihat. Berniaga menipu pelanggan, sudah pasti tidak berkat. Berlakon atau bekerja dalam sebuah produksi filem/teater dengan pelakon memegang tubuh yang bukan muhrim, ini juga tidak berkat. Untung atas angin, tidak buat apa-apa tapi dapat duit. Ini pun sama.

Mungkin ijazah (ilmu) yang kita peroleh itu tidak berkat. Kita ponteng kelas. Kita malas buat assignment. Kita tiru assignment. Tiru dalam ujian, peperiksaan. Tidak hormat pensyarah. Dan macam-macam lagi. Kita tanya pada diri kita sendiri. Kadang kala, kita nak dapat kerja yang baik yang sesuai dengan kehendak kita. Kalau boleh lepas habis belajar boleh terus dapat tawaran bekerja di tempat yang kita inginkan dan sebagainya. Tetapi, kita sedar yang kita susah nak dapat kerja. Permohonan sana sini, temuduga situ sini. Tapi masih tidak ditawarkan bekerja. Dan akhirnya, kita bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan pun dengan ijazah yang kita peroleh. Kemudian, mereka yang dalam golongan begitu menyifatkan ijazah (ilmu) itu sebagai sesuatu yang 'wasted', iaitu membazir.

*Mungkin kemenangan di peringkat negeri itu tidak berkat. Sebab ketua kumpulan bodek-bodek pihak penganjur, pihak juri. Sebab pelakon yang bukan muhrim saling berpegang tangan, berpelukan atau seumpamanya. Mereka layak lepas di peringkat negeri saban tahun tetapi sejak sekian lama tidak layak masuk ke peringkat kebangsaan. Mungkin saja, kemenangan itu tidak berkat. Mereka tidak berlaku jujur dalam setiap tindakan mereka.


Apa yang aku nyatakan di sini hanya kemungkinan saja. Sebab yang menentukan sesuatu itu berkat atau tidak hanya Tuhan saja. Dia sajalah yang memberikan keberkatan.

Rezeki yang kita peroleh itu mestilah yang halal, dengan cara yang halal, dari sumber yang halal. Dan dibelanjakan/digunakan untuk tujuan yang halal.


Barulah ada KAF BA RA KAF TA ALI NUN

Jumaat, Jun 26, 2009

Minggu Hot Propaberganda-ganda

Minggu ni memang minggu hot Transformers. Meskipun propaberganda-ganda Amereka keras lebih kerasa daripada minuman keras. Tabik spring toing toing propa Transformers berjaya mega super. Hinggakan trafik jam telah berlaku di laman web GSC, Panggung Skrin Emas. Mungkin orang ramai baru sedar akan teknologi booking dan beli tiket secara online.
Apa pun aku sendiri juga telah nonton pada hari pertama tayangannya. Berikut pula adalah teater-teater yang dipentaskan dalam minggu hot propa Transformers. Berlaku di Shah Alam sahaja. Bukan menggila di seluruh dunia.


23 Jun 2009: Kelab Teater Rimba, UKM - Superptui! & Transit Kaler Magenta
Karya Wan Azli Wan Jusoh yang bikin filem Budak Kelantan. Skripnya boleh didapati di laman e-sasterawan beliau. Aku sudah baca dan memang menarik. Lebih lebih lebih menarik jika cara garapan menarik dan berkesan.


24 Jun 2009: HIDAYAH - Pegawai Khalwat
Eh. Pegawai Khalwat lagi. Haha. Di KL pun ada Pegawai Khalwat. Di Penang pun ada Pegawai Khalwat. Khalwat berleluasa.


25 Jun 2009: ASWA - Cemar
Ingatkan ASWA-RA. Haha.


26 Jun 2009: Suara Alam - Kalut
Sejuk-sejuk mendengar kumpulan-kumpulan yang berteater di Selangor. Ada rimba, suara alam, hidayah. Memang hijau. Sejuk. Tenang.


27 Jun 2009: RESAM - Syurga atau Neraka
Ada artis drama tivi yang berlakon. Raja Azrey. Adiputra. Malah, karya Raja Azrey juga. Betul kah? Atau. Kebetulan nama saja sama? Haha.


Ini baru di Selangor. Mungkin aku patut siarkan manifestasi teater Terengganu pula. Ada berani?


PEMENTASAN TEATER SEMPENA MANIFESTASI TEATER NEGERI TERENGGANU

TARIKH : 6-20 JUN 2009 (Dah lepas okay? Tak payah gatal-gatal nak pergi nonton)
TEMPAT : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI TERENGGANU

KATEGORI: KUMPULAN NGO / IPT

07 Jun 2009 (Ahad ): 'Hikayat Putera Sulung' oleh MTN

15 Jun 2009 (Isnin ): 'Bila Tuhan Berbicara' oleh Kelab Seni Pujangga, UiTM
(Dari novel drama Faisal Tehrani ni. Ambil frakmen saja ke?)

17 Jun 2009 (Rabu ): 'Deme Pada Ambe' oleh PersatuanKesenian D’ Anjung Ibai K. Trg.

19 Jun 2009 (Jumaat): 'K.u.l.i.' oleh Kelab Anjung Kreatif UDM
(Cerita pasal kutuk kerajaan lagi ke? Hahaha)


KATEGORI: KUMPULAN MONOLOG

20 Jun 2009 (Sabtu )-
3.00 ptg: 'Kosong' oleh Layar Opera
(Karya S.M. Noor ni aku dah baca. Berat ni. Oh, ini monodrama. Banyak watak lah. Haih, kan kau orang juga yang kata macam tu. Apa? Tak? Bukan kau orang ke yang disqualify Pejuang Agama sebab buat monodrama bukan monolog? Hahahahahaha.)


3.45 ptg: 'Menunggu Kata Dari Tuhan' oleh MEDIA
(Karya Dinsman yang Harakah pernah taja untuk pentaskan. Monodrama kalau tak silap aku. Di Shah Alam tempoh hari lakonan Sabri Yunus.)


4.30 ptg: 'Pecah Ruyung' oleh Voice Of Harmony
(Macam nama kumpulan nasyid pulak. Apa pun, biar pecah ruyung saja ya. Jangan pecah yang lain pulak. Hahaha.)

Fakta Pening Kepala

Dulu-dulu. Sejak aku di bangku sekolah rendah. Tiap hari Isnin aku pening kepala. Memang konsisten. Tiap Isnin. Tiap hari perhimpunan pagi sekolah. Sampailah aku akhil baligh. Lepas akhil baligh aku masih juga selalu pening kepala. Tapi tidak sekonsisten dulu. Biasanya faktor cuaca. Yang buat aku pening kepala. Faktor alam sekitar juga lah tu.

Aku masih ingat lagi waktu sekolah rendah. Hari Isnin. Perhimpunan pagi. Aku hampir pitam. Hampir saja ya. Tak jatuh pitam. Masih macho di situ. Di sekolah menengah pun pernah juga sekali dua. Tapi tak jatuh lah. Setakat berpeluh hangat saja. Tetap maintain macho.

Sampai sekarang aku masih selalu pening kepala. Lagi-lagi bila duduk di KL. Di UTP kurang sedikit. Mungkin alam sekitar Tronoh masih bersih jika dibandingkan dengan KL. Kepulan asap hitam. Asap rokok. Panas melampau. Hujan lebat acidic. Alam sekitar yang tidak sihat. Tipu. Tipu kalau ada orang kata KL punya alam sekitar bersih. Bohong.

Mungkin lapan bulan di kota ni tidak cukup ruang masa bagi aku untuk alah bisa tegal biasa. Masih. Masih, kota ini juga yang menjadi pilihan akan datang. Kalau duduk di ruang vakum sekalipun, belum tentu aku dapat hidup.

Aku selalu pening. Ini satu fakta. Jadi aku selalu juga telan paracetemol. Dadah yang paling berkesan, bak kata member sekolah aku yang sedang mengaji bidang perubatan. Eh. Ke farmasi? Haha.

Mungkin juga aku ikut ayah aku. Penghidap migrain. Tapi syukur. Sekarang sudah tidak sekerap dulu. Tapi. Aku tidak migrain. Cuma selalu pening kepala. Atau. Mungkin aku kena pergi jumpa doktor buat pemeriksaan. Ambil darah. Periksa tahap kolestrol. Tahap gula. Dan macam-macam mak nenek apa lagi diperiksa. Boleh jadi. Ironik. Boleh jadi. Orang kurus. Tapi kolestrol tinggi. Orang yang tiada lemak berlebihan di badan. Tapi kolestrol tinggi. Boleh jadi. Jadi. Kena pergi periksa. Jumpa doktor. Jumpa misi comel. Misi cucuk jarum. Doktor ambil sampel darah. Periksa.

Khamis, Jun 25, 2009

(Kepupusan) Perempuan Melayu Terakhir

Kemaskini.
Sebuah filem Erma Fatima.



Itu dia. Sebuah lagi filem Melayu klasik yang baru gua layan beberapa hari yang lalu. Filem ini banyak mempersoalkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Di sini gua nak quote beberapa keratan dialog dalam filem ini. Untuk difikirkan oleh segenap pembaca sekalian. Terutamanya. Melayu. Islam.

Filem ini dimulakan dengan permainan wayang kulit. Cara tipikal untuk menggambarkan budaya Melayu. Kemudian, cerita bermula dengan sebuah teater. Skrip teater Inggeris tersebut oleh Hishammudin Rais. Berjudul "Umbrella" barangkali. Dan dalam panggung teater tersebut, digambarkan hanya beberapa orang saja yang nonton. Itu pun ada yang telefon bimbit berbunyi dan dijawabnya, ada yang sudah lentok terlena dan macam-macam lagi ragam audiens. Yang fokus nonton hanya pengarah dan ahli produksi yang lain.

Kemudian. Seperti biasa. Ada cast party. Semasa cast party, Haikal (John gelarannya) iaitu penggiat teater rasa tidak kena:

Keratan 1

"Hey, John. Why are you so depress? Relax. Takkan you tak tahu Malaysian audience. Mana diaorang tahu appreciate teater semua ni."

"Yeah, I mean John, especially English play. You know, c'mon. Don't put yourself on the same level with them. Isn't that right?"


Apabila Haikal berniat nak buat teater Melayu.

Keratan 2

"Aku nak jadi Shakespeare Melayu"

"Shakespeare tak ada Melayu, John."

"If you nak buat teater Melayu, you kena cari jiwa Melayu yang dah lama hilang dalam diri you tu."



Mustika seorang penari. Tunangnya Engku Leh, fundamentalis agama.

Keratan 3

Kamu dah sesat. Saya tak akan biarkan kamu terus sesat.

Bukti apa yang Abang Engku ada mengatakan yang saya sesat?

Kamu tanya diri kamu sendiri. Di mana kiblat kamu sekarang? Mana akidah kamu?

Apa saya perlu canang pada seluruh dunia memberitahu yang saya Islam?

Berkopiah, berjubah, bertudung litup. Apa itu baru Islam pada pandangan abang?

Saya mahu kamu jadi wanita solehah, Mustika. Bukan dengan pekerjaan maksiat tu.

Abang Engku tak ada hak mengatakan yang seni itu maksiat.

Soleh atau tidak saya sebagai perempuan adalah antara saya dengan Tuhan.

Baliklah ke pangkal jalan, Mustika.

Abang Engku yang patut balik ke pangkal jalan. Islam tidak pernah memaksa dan Islam tak mahu umatnya berpecah belah. Abang Engku tak ada hak untuk menghukum seseorang atau untuk meletakkan Islam atau tidak seseorang itu.


Engku Leh melaungkan azan.

Laungan azan jadi latar.
Voice over.

Keratan 4

Pak Engku:
Melayu itu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan ketaatan, dari rasa saling hormat menghormati.
Itulah bermulanya empayar melayu.
Maka itu, kita melayukan budaya pinjaman kita.
Kita lembutkan hati Sri Rama, kita sopankan Sita Dewi, kita lahirkan taat setia dalam diri Hanuman.
Lebih senang mengIslamkan Melayu.
Senang untuk Parameswara bangkit di suatu pagi dan menyahut seruan Islam.

Mustika:
Kita lihat saja sejarah melayu turun temurun.
Hanya kerana seorang wanita negeri sanggup diranapkan.
Mahsuri dilembing hingga mati.
Sang Sapurba sanggup berjanji jika dia menzalimi rakyatnya, maka takhtanya akan terbalik.
Dan janji itu semua hanya kerana mahu mengahwini Puteri Demang Lebar Daun.
Dan sampai saat ini semuanya boleh terjadi apa saja hanya kerana seorang wanita.

Pak Engku:
Kamu sebenarnya tidak pernah lupakan Melayu kamu.
Cuma mungkin kamu malu dengan Melayu, kamu rasa terhina jadi Melayu.
Kamu anggap falsafah Barat itu tulen.
Dahsyat orang putih ni ya.
Dia tak dapat jajah kita seperti dulu, dia jajah otak anak bangsa kita.

Engku Leh:
Apa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu?
Falsafah hidup bangsa Melayu kita dah semakin kabur.
Dan menghasilkan watak Melayu yang berdilema.
Kekeliruan tentang akar dan umbi tergantung-gantung di awangan.
Barat entah ke mana.
Timur entah ke mana.



Setelah Engku Leh sedar perbuatannya yang ekstrim menyerang Haikal dengan pedang.

Keratan 5

Engku Leh:
Manusia adalah pedang.
Tuhan pemain pedang tersebut.
Sedangkan dunia adalah batu tempat pengasah pedang itu.
Timur hanya melihat Tuhan.
Tidak lagi tampak olehnya dunia yang bagai batu pengasah.
Barat telah menembusi batu pengasah tadi tanpa menyedari Tuhan yang menggengam pedang itu.
Buka mata lebar-lebar kepada Tuhan.
Itulah agama.



Di tengah-tengah filem ini juga ada diselitkan tentang teater "Uda dan Dara" karya Usman Awang. Mustika dan Haikal dengan pendirian masing-masing berdialog berfalsafah tentang status dan pangkat. (Gua ada usaha nak baca karya itu tapi sangatlah panjang dan ia lirikal)

Di akhirnya filem ini pula, Haikal berjaya mementaskan teater "Perempuan Melayu Terakhir".

Selasa, Jun 23, 2009

Diseptikons: Dendam Kesumat

Minggu ini adalah minggu yang dinanti-nanti oleh kipas-susah-mati filem Transformers. Sekuelnya, Revenge of The Fallen sudah pun memecah panggung mulai hari ini. Gua pun dah teruja gila nonton trailernya dulu. Gua pun dah layan OST dia "New Divide" oleh Linkin Park (LP), feberet gua. Gua rasa gua kena beli DVD (lanun) dia untuk refresh balik Transformers 1.

Gua melayukan lirik dia secara alih bahasa. Memang menarik.



LINKIN PARK - NEW DIVIDE

I remembered black skies
The lightning all around me
I remembered each flash
As time began to blur
Like a startling sign
That fate had finally found me

Aku ingat langit hitam
Kilat di sekelilingku
Aku ingat setiap silau pancarannya
Sewaktu masa mula kabur
Seperti satu petanda mengejutkan
Bahawa takdir akhirnya menemuiku

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

Dan suaramu saja yang aku dengar
Bahawa aku dapat apa yang sepatutnya

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross
the distance in your eyes

Jadi berilah aku sebab
Untuk membuktikan yang aku salah
Untuk membasuh bersih memori ini
Biarkan banjir melintasi
Jarak di dalam matamu

Give me reason
to fill this hole
connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

Berilah aku sebab
Untuk mengisi lubang ini
Menyambung ruang di antaranya
Biar ia cukup untuk kebenaran yang tipu itu sampai
Melintasi pembahagi yang baru ini

There was nothing in sight
But memories left abandoned
There was nowhere to hide
The ashes fell like snow
And the ground caved in
Between where we were standing

Tiada apa yang dapat dilihat
Melainkan memori yang ditinggalkan begitu saja
Tiada lagi tempat untuk berselindung
Abu-abu jatuh umpama salji
Dan tanah juga turut jatuh
Di antara tempata kita sedang berdiri

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Across this new divide

In every loss
In every lie
In every truth that you’d deny
And each regret
And each goodbye
Was a mistake to great to hide

Dalam setiap kehilangan
Dalam setiap penipuan
Dalam setiap kebenaran yang kau cuba nafikan
Dan setiap sesalan
Dan setiap perpisahan
Adalah satu kesilapan yang terlalu besar untuk disembunyikan

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross
the distance in your eyes

Give me reason
to fill this hole
connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

Across this new divide
Across this new divide



Sumber lirik ni gua cilok dari neorackle.com



ps: Mainan-mainan Transformers menguasai segenap pelusuk kompleks membeli-belah. Gua tak tahan rasa nak beli tapi sebab harga dia pun gua tak tahan gua tak dapat nak beli. (Tapi mungkin gua boleh rembat topeng Optimus Prime atau Bumble Bee. Syyyy.. jangan bagitahu misi gua nanti dia tak bagi!)

ps#2: Judul entri ini saja mau ala-ala monolog Jebat: Rahsia Kesumat. Ha ha.

Isnin, Jun 22, 2009

FTM

Nah, gua dah selongkar habis-habisan perut buncit Encik Goog.


FTPerak 1-8 Jun 09
FTKL 1 Julai - 1 Ogos 09
FTSelangor 23-28 Jun 09 (Final)
FTPerlis5-27 Julai 09
FTSabah 17-21 Jun 09
FTMelaka 25-31 Julai 09
FTJohor 4-8 Ogos 09
FTPulauPinang 1-18 Julai 09
FTKedah 31 Julai - 8 Ogos 09
FTPahang 24-28 Jun 09
FTTerengganu (Manifestasi) 6-20 Jun 09
FTNegeriSembilan TBA
FTSarawak TBA
FTKelantan TBA


Butiran lanjut tentang teater-teater bagi setiap satu negeri itu tak semua gua ada.

Satu saja persoalan gua, bila wakil Perak nak menang Festival Teater Malaysia? Dulu, pernah sekali saja. Itu pun masa Pekan Teater.

Apa pun, debarkan FTKL:



1 Julai 2009
Kemarau Musim Tengkujuh ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

5 Julai 2009
Beringin Merah ( Beringin Entertainment)

7 Julai 2009
Anak Bulan Di Kampung Pak Hassan ( Kumpulan pelakon Universiti Malaya)

8 Julai 2009
Pygmalion ( Kelab Budaya Malaysia)

10 Julai 2009
Peristiwa Di Zoo ( Mekar Budaya Production)

12 Julai 2009
DOGMA ( KGB Entertainment Services)

14 Julai 2009
Pegawai Khalwat ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

16 Julai 2009
Sasau ( Angkatan Kesenian Sarwa Sejagat /Khaz Venture Sdn Bhd )

17 Julai 2009
Pemain ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

19 Julai 2009
Negeri Kebayan ( Sek. Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur)

21 Julai 2009
Miao Miao Sang Arnab (The Qum Actors)

23 Julai 2009
Telefon ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

25 Julai 2009
Cincin Belah Rotan ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

27 Julai 2009
Subuh ( Kupas Production)

29 Julai 2009
Transit ( Ilham Art Event Management Services)

31 Julai 2009
Jebat ( Dramatis Camar Pesona)

1 Ogos 2009
Perempuan ( Sarraroses Management)


Yang tebal dan merah itu HOT HOT HOT!



ps: Acab Bond, aku rasa kau kena tawarkan diri kau jadi perekabentuk mereka...

Misi Seorang Misi

Hujung minggu lepas. Aktiviti biasa gua, jalan-jalan dengan misi gua. Kasihan juga gua kat misi gua sebab jarang dapat cuti hari Sabtu atau Ahad (Kasihan juga kat diri gua sendiri bila dah hidup bersama nanti ha ha). Jadi kalau dapat jalan-jalan pun hanya sekejap dan natijahnya sudah pasti keletihan melampau. Tiba-tiba gua rasa orang yang kerja guna fizikal sama saja keringatnya dengan orang kerja guna mental. Ke, tak sama? Sebab pada pandangan gua, mental berkait rapat dengan fizikal, fizikal berhubung rapat dengan mental. Apakah ada persamaan atau ketaksamaan antara mental dan fizikal? Hmmmm.... Kemudian, ada pula elemen spiritual! Tiba-tiba lagi gua terbayang ESQ yang mahal nak mampus. Haha!

Misi gua kerja dalam wad yang meletakkan pesakit-pesakit kronik seperti strok, dan erm.. dan ada lagi lah gua pun tak dapat ingat dengan baik sekarang ni. Hehehe. Tapi yang penting pesakit dalam wad tu semua stail yang tak boleh gerak dan kena pakaikan pampers, kena dimandikan oleh misi-misi (nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan). Jadi misi gua ni sudah banyak kali juga hadapi pesakit kronik yang mati. Gua repeat, mati.

Terbaru yang mati, okay okay gua tukar, terbaru yang meninggal dunia adalah kanak-kanak baru berusia 13 tahun. Eh, kejap kanak-kanak ke remaja? Ah, tak kisahlah. Jadi misi gua dan rakan-rakan misi yang lain berusaha yang terbaik melaksanakan CPR bergilir-gilir (lagi sekali, nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan) tatkala darah terus mengalir keluar dari hidungnya dan kakinya sudah terjulur lurus menandakan Izrail sudah memanggilnya berjumpa dengan Tuhan. Innalillah.

(Menjerit mak budak tu)

Doktor sahkan, virus JE (masih ingat JE?) sudah merebak ke seluruh sistem tubuh budak tu.
Lihat, babi. Babi juga salah kan. Isk isk. Bukan bukan tak boleh salahkan babi. Tak boleh double standardkan babi. Babi juga kan ciptaan Tuhan?

Jadi, sentiasalah mengingati mati.
Okay okay, gua tambah. Ini juga pesanan untuk diri sendiri.

Dan, yes yes yes gua dah boleh menulis balik!
(Lagipun flu flu ini sudah berkurang dan hampir sembuh nampaknya)
Syukur.

Nyata, flu flu ini menjerat hidung gua.
Tidaklah sampai sesak nafas.
Sumbat-sumbat saja. Hidu bau wangi tak masuk.
Hidu bau busuk tak masuk.
Tapi gua memang respek sama Raja Buah, bau dia memang tahap dewa menusuk hidung flu flu walaupun tersumbat.
(Sekarang musim ke?)
Kuman flu ini melekat pada darah seni aku.
Komputer minda lagging. Selalu hang.
Papan kekunci lidah pula tertanggal aksara-aksara, karakter-karakter, simbol-simbol, alfabet-alfabet. Kebanyakannya sukar ditekan. Tekan sikit tiada output. Tekan kuat-kuat baru ada output. Ciplak ke? Made in mana ni? Made in Taiwan? Made in China? Bangladesh? Tapi ada baju T ZARA lelaki Made In Bangladesh!

Jaga jaga flu flu ini impak dia maksima
Jaga jaga flu flu babi
Babi babi ni jangan buat main-main.
Babi punya hal lagi. Isk isk. Tak boleh tak boleh salahkan babi. Babi kan ciptaan Tuhan juga?

Habis tu, nak salahkan SIAPA?

Babi? Atau.. 'babi'? (Kalau lu tahu apa maksud gua lah... Haha)

Perlukah kita menghaiwankan babi? Atau.. memanusiakan 'babi'?

Aktivis teater sekalian, selain memanusiakan manusia, manusiakan pula 'babi' okay?


ps: Tiga Es memang tidak minimal. Dan adakalanya normal adakalanya abnormal. Kalau adakalanya paranormal, gua bukak parachute terbang jauh dari alam ghaib.

(Cubalah) Berlari ke Langit (kalau sampai)


Hujung minggu lepas gua layan filem Melayu agak lama.
Oh ya gua memang rakyat Malaysia yang sapot filem Malaysia.
Dan gua respek sama orang lain yang sapot filem Malaysia, macam misi gua.
Yang tak sapot filem Malaysia atas alasan filem Malaysia tak berkualiti, gua tak peduli.
Gua pula bila layan, bila filem sucks, gua kutuk. Filem best, gua thumbs up.

Gua layan sentuhan sutradara Bade Hj Azmi, Berlari ke Langit.
Rosyam Nor dan Fasha Sanda (gua pernah nampak dia masuk Toy 'R Us KLCC dengan dua orang budak kecik terus gua usha, gua rasa artis wanita perlu tonjolkan natural beauty lebih daripada betis, peha, cleavage, pusat dan dot dot dot) peneraju utama.
Gua konfiden mesti ramai tak tahu yang filem ini wujud di alam fana' ni.
Tak apa tak apa sekarang lu orang dah tahu.

Ada satu babak dalam filem ini yang menarik hati dan minda gua.
Ya ya gua tahu filem-filem Bade bosan-bosan belaka (haha maaf bro Bade, gua saja mahu propa). Tapi babak yang gua nak quote balik dialog dia ni memang serius shit menarik sanubari gua:


Yasmin (Fasha Sanda) dan Indra (Rosyam Nor) duduk di atas batu di sebuah bukit di pesisir pantai.

Bukhari (Hasnul Rahmat) bersama sahabat-sahabat seperjuangannya lengkap berjubah berserban datang menegur Yasmin dan Indra.


Yasmin:
Assalamualaikum

Bukhari:
Waalaikumussalam. Inikah yang dinamakan cinta? Seorang gadis yang bergelar guru dianggap mulia dari segi agama berdua-duaan bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya di tempat yang tiada manusia lain.

Yasmin:
Mungkin tempat indah ini dicipta Tuhan untuk insan seperti kami yang tahu mengguna ke arah kebaikan.

Bukhari:
Apa yang anti boleh dapat di sini melainkan membuat keburukan?

Indra:
Apa benda yang kami buat?

Bukhari:
Apa lagi kalau bukan dua orang yang-

Yasmin:
-dua orang yang berjiwa halus, tahu menghargai ciptaan Tuhannya. Tengok kecantikan sekeliling kamu ni. Apa yang kamu nampak?

Bukhari:
Anti tak perlu mengajar ana. Haram tetap haram.

Yasmin:
Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak jatuhkan hukum itu?

Bukhari:
Anti tahu apa yang anti cakap? Tahu?

Yasmin:
Ayah saya seorang guru agama di universiti Islam di Madinah dan saya mempunyai ijazah dari UIA. Saya faham sangat hal-hal hukum hakam Islam ni. Tapi kalau kamu semua bersusah-payah panjat bukit ni semata-mata nak menjatuhkan maruah kami, terserlah. Sebab tiada yang jahat yang kami lakukan di sini selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Dan Indra pun telah melamar saya, dan saya menerimanya.

Adik Indra:
Kak Yasmin, kak, marilah tengok ni. Marilah tengok. Cantik!


Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar.


Yasmin:
Bukhari, boleh senyum sikit? Senyum satu ubat percuma anugerah Tuhan. Sia-sia kalau tak gunakannya.


Bukhari senyum tak ikhlas. Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar terus.



Oh ya, Yasmin tidak bertudung. Indra pula seorang nelayan yang buta huruf dan pernah terkandas di lautan selama sebulan dan putus cinta pada kekasihnya dulu yang sudah bertunang dengan Bukhari sewaktu dia pulang ke darat.

Babak ini memuatkan paparan terhadap realiti cara pendakwah (Bukhari) terhadap orang yang tidak tahu agama secara mendalam (Indra) dan seorang lagi yang belajar agama tetapi tidak mengamalkannya sebagai cara hidup tetapi masih percaya pada Tuhan (Yasmin).

Pada sudut pandangan gua, babak ini juga memaparkan sifat manusia yang pasti ada kekurangan. Tiada manusia yang sempurna. Manusia, ada kelebihan dan ada kekurangan pada setiap seorang. Bukhari seorang yang kuat agamanya tetapi kurang dari segi cara penyampaian dakwahnya dan pandangannya terhadap orang yang tidak kuat agama. Indra seorang yang tabah dan disenangi oleh orang-orang kampung tetapi buta huruf dan tidak mampu menuntut ilmu. Yasmin pula seorang guru yang belajar agama tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya (tidak mengamalkan agama secara menyeluruh).

Seperti biasa yang gua sampaikan dari dulu sampai sekarang, hakikatnya tetap satu dan hakikat yang satu itu adalah hakikat yang perlu dicari oleh setiap manusia yang diberi ruang untuk hidup.

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim. (Eh, gua rasa dah masuk ruang minimalis ni)
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.

DIA ada (eh, terparodi black komedi karya SEFA) sejak azali dan akan terus ada abadi. DIA adalah Maha Esa, Maha Kuasa.

Segala keseronokan dunia hanya sementara.
Misalnya sangat dekat dengan diri kita.
Seronok berteater, manisnya hanya sementara. Manisnya pula perlu dijaga. Manis dunia boleh jadi racun hati. Pahit dunia boleh jadi penawar.
Seronok bercinta, indahnya hanya sementara. Indahnya pula perlu dijaga. Indah dunia boleh jadi kesusahan di sana. Kesusahan dunia boleh jadi keindahan di sana.
Seronok menang anugerah Teater Terbaik dan Segala-Macam-Mak-Nenek-Anugerah Terbaik hanya sementara.
(Kenapa gua ada bau-bau unsur menyindir ni?)

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.
Selagi ada ruang, ada masa, ada peluang, ada rezeki, ada keizinan, berbuatlah baik pada diri sendiri, pada diri orang lain dan pada DIA.
Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Ruang milikNYA, jirim milikNYA, jisim milikNYA.



ps: Inilah jadinya bila darah AB mengalir dalam tubuh gua. Sah-sah split personality telah berlaku dalam satu entri! (Sebenarnya gua baru discover yang gua ni split personality tahun lepas...)

Senarai Hasil Carian Jatuh-Bawah: tronoh


Agak lama dulu, gua taip tronoh pada kotak carian Encik Goog.
lihat sajalah apa yang gua highlightkan tu
theatre atau theater
persoalkan lah
nak gaduh pasal dua perkataan yang beza ejaan (susun huruf) pun gua tak ada hal
gua tahu, maksud beza
tapi gua rasa
salah satu matlamat memartabatkan nama Tronoh sudah tercapai
tahniah lah ya

Jumaat, Jun 19, 2009

10K

Wah baru gua perasan sudah lebih 10,000 blog ini disinggah

Apa pun gua masih flu

Flu ini menjerat hidungku

Mencengkam nadi seniku

Membeku otak seniku

Flu ini buat gua pening tiap kali gua tunduk rukuk sujud dan memberi ucap salam ke kanan ke kiri

(Sub-teks di situ)

Input Salah = Output Salah

Sebelum ni gua ada tulis pasal isu-isu teater di Perak.
Dan sudah ada orang-orang luar TTS yang memberi komen baik di blog gua atau blog TTS (hasil usaha gua bikin) kalau ada yang tak tahu lagi, kenapa alamat blog tersebut tak sama dengan nama TTS http://tronohtheatershop.blogspot.com seharusnya http://tronohtheatreshop.blogspot.com sebabnya gua dulu-dulu dah lama buat blog TTS senyap-senyap cuma gua tak siarkan kat khalayak.

Apa yang gua nak tulis kali ni adalah perihal penggunaan ruang penonton oleh salah sebuah kumpulan yang bertanding.
Pada mulanya, gua ingat yang guna ruang penonton tu adalah pelakon. Tetapi rupa-rupanya hanya pemuzik. Maka, salah faham telah wujud ditambah lagi dengan peraturan yang tidak dijelaskan.
Umumnya, pemuzik tidak akan duduk di ruang pentas. Kalau kau orang pernah tengok teater-teater yang ada pakai pemuzik, kau orang tahu lah. Sebab tu lah, gua sarankan kat kau orang semua, cuba nonton show orang lain. Memang kau orang akan kecewa kebanyakan masa tetapi kau orang akan lebih terdedah dengan pelbagai variasi teater yang dipersembahkan. Ada peluang nak nonton teater luar, ambil peluang tersebut.

Gua dapat input kurang tepat, tulisan gua pun jadi kurang tepat, orang-orang luar ramai baca blog gua ni last-last gua jugak yang kena.

Gua minta maaf secara terbuka kalau gua tersalah fakta.

Tapi yang faktanya, watak Si Bongkok dalam Tragedi Tanjung Puteri (FTP 2007) memang jelas menggunakan ruang penonton tapi tetap menang Pelakon Lelaki Terbaik! Yang ni gua yakin.

Kalau ada yang tak setuju, kau orang tikam gua balik. Ini hanya pendapat gua saja.

Satu lagi cadangan yang gua dah lama keutarakan, akan datang jemputlah mana-mana aktivis untuk nonton show kita dan boleh dapatkan feedback orang luar terhadap show kita. Setakat mengharap penonton budak UTP bagi komen tak berapa berkesan gua rasa.

Rabu, Jun 17, 2009

Tiga Es Kompilasi Tiga Tag

Okay okay 3ES hidup mati hidup mati hidup sekejap
ini semua dek ada orang lain sebut-sebut ala-ala parodi komedi hitam tapi bukan
dan tatkala nama panggilanku sudah dijadikan kata kerja - apa? verb lah

Ada dapat permainan tag oleh beberapa kawan-kawan yang signifikan:


SATU dan DUA adalah tag yang serupa.



SATU dan DUA;



Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.


http://silentpupp3t.wordpress.com

  1. Sering 'merujuk' aku dalam hal ehwal (sumber) akademik.
  2. Sebagai balasan olehnya, aku diberikan ganjaran berbentuk 'teknologi'.
  3. Orang yang 'bertanggungjawab' mempengaruhi aku untuk bermain Rubik's Cube.
  4. Menetap bersama Faridah bin Omar di blok Semarang yang sudah tidak wujud di dunia fana ini sewaktu usianya muda remaja di UTP.
  5. Merungut kerana overflow misi-misi Salak Selatan tetapi tidak dapat menafikan bahawa tidak rugi memilih calon isteri dari golongan misi-misi comel dan gedik.


http://atikah-saari.blogspot.com

  1. Salah seorang kawan baik dari gen kaum hawa yang aku ada hingga sekarang.
  2. Pernah memberi pinjam novel berjudul Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid) dan pernah diberi pinjam sekuelnya Cinta Sang Ratu (yang aku sendiri pun tak habis-habis baca ha ha).
  3. Pernah berbasikal bersama sewaktu muda remaja di UTP. (Puan Misi jangan jeles okay? Oh tak mengapa dia tak baca blogku ha ha).
  4. Suka warna coklat dan ia sangat signifikan sehinggakan bila sebut namanya warna yang akan wujud dalam imaginasi minda adalah coklat.
  5. Jarang tengok aku berlakon masa aku ada show! Haha.



Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri.


5 Fakta
  1. Sedang menghabiskan saki baki hidup sebagai orang bujang.
  2. Sedang mengumpul wang untuk urusan perkahwinan. (Nak beli cincin tunang, siapa yang boleh bagi tunjuk ajar?)
  3. Dulu memang peminat tegar warna hitam (protes, protes) namun sekarang almari bajuku sudah ada variasi warna (Terima kasihlah Puan Misi sebab ajarku bab pakai-pakai ni).
  4. Berbulu mata lentik (yang cantik).
  5. Tapi ada 'slack' pada bahagian abdomen.


5 Hobi
  1. Menonton teater
  2. Membaca skrip teater
  3. Menulis skrip, puisi dan seumpamanya
  4. Menonton filem
  5. Jalan-jalan


TIGA;

  1. how old are you? Dua puluh dua (Masihi), dua puluh tiga (Hijrah).
  2. are you single? Pasti tidak.
  3. at what age do you think you'll get married? Dua puluh tiga/empat (Masihi/Hijrah). Kalau ada technical error dua puluh empat/lima (Masihi/Hijrah).
  4. do you think you'll marrying the person you are with now? Pasti bukan tidak (Ya).
  5. if not, who do you want to marry? Soalan tidak relevan.
  6. who will be your bridesmaid & bestman? Bestman - Feezan, roomate (jika tiada, Hanafi, jika tiada, Adnan and the list go on). Bridesmaid - Sepupunya, Farah
  7. do you want a garden/beach or traditional wedding? Tradisional. Rasional. Nasional. Minimal.
  8. where do you plan to go on honeymoon? Thailand dulu, kemudian Indonesia, China dan seterusnya.
  9. how many guests do you think you'll invite? Anggaran bagi dua belah pihak. Saudara-mara: 200 + Orang kampung dan jiran terdekat: 300 + Kawan-kawan: 200 + Cikgu dan pensyarah: 100. Jumlah 800 dengan 200 buffer.
  10. will that include your exes? Sudah pasti.
  11. how many layers of cake do you want? Empat tingkat.
  12. when do you want to get married, morning or evening? Bergantung kepada jadual.
  13. name the song/tune you'd like to play at your wedding. Nasyid (artis jemputan: In-Saff), instrumental, sketsa (artis jemputan: TTS)
  14. do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife? Makan bersuap
  15. champagne or red wine? Soalan tidak relevan. Air oren. Air mata kucing. Air kosong.
  16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding? Bila-bila pun boleh. Asalkan ada bajet.
  17. money or household items? Dua-dua.
  18. how many kids would you like to have? Empat orang.
  19. will you record your honeymoon in DVD/CD? (3GP ke?) Oh aku suka bahagian ni. Sudah pasti!
  20. i tag laki-laki atau perempuan yang (gatal) nak kahwin!

Khamis, Jun 11, 2009

Isu Lebih Panas & Hangat Hanya di Perak Darul Kontroversi

Public Service Announcement

F*ck this warning: Dear all f*cking readers, please f*cking imagine your-f*cking-selves as you are in motherf*cker's country. Let's have f*cking fun and enjoy f*cking your eyes reading this motherf*cking post.

Okay okay.
Bunyi ekstrim gila babi.
Babi tak gila. Tapi orang macam babi yang gila.
Sahabat-sahabat gua yang baik, alim ulama', nerd, boleh abaikan kewujudan gua di dunia fana ni buat beberapa minit membaca entri ni.
Tapi gua rasa lu orang pun tahu kan gua ada dua personaliti.
Sebab kali ni gua nak kutuk pasal Festival Teater Perak 2009.
Gua ulang, gua nak KUTUK. Bukan komen atau kritik secara membina.

Lu orang nak komen, bagi nasihat atau seumpamanya boleh bagi terus di sini. Gua terima dengan sebaik-baiknya.
Lu orang boleh anggap gua kutuk tanpa menurut akal, mengikut emosi semata-mata. Gua terima apa saja lu orang nak kata kat gua.
Tapi pastikan, lu orang ada pengalaman berteater.
Kalau lu orang tak ada pengalaman berteater tapi nak komen atau bagi nasihat kat gua yang gua tak baik mencarut atau mengutuk orang lain, gua terima juga.
Tapi ingat, gua memang ada dua personaliti.
Dan kedua-duanya wujud dan muncul ikut masa.
Dan masa selepas keputusan Festival Teater Perak 2009 adalah masa personaliti kuat carut gua muncul.

Okay okay, gua tukar mode.
Takut takut ustaz dari celah mana masuk dan baca blog gua ni, mampus gua kena gam!

Pertama sekali, aku tidak menonton persembahan teater kumpulan lain. Hanya kumpulan "Jebat" sahaja. Jadi, awal-awal lagi aku bagi tahu yang aku tidak ada bukti/fakta kukuh dan hanya mendapat input daripada rakan-rakan yang ada menonton. Tambahan, entri ini juga hanyalah pendapat aku semata-mata. Dan mungkin ada yang berpendapat bahawa kalah menang adat pertandingan. Buat makluman, TTS telah menyertai FTP sejak ENAM (6) tahun yang lalu dan memenangi tempat kedua dan ketiga sepanjang penglibatannya. TTS konsisten dan TTS sedar dan tahu apa (politik teater Melayu di Perak, ya, bukan takat politik BN-PR saja) yang berlaku sejak dari dulu hingga sekarang.

Senarai teater yang dipertandingkan (baca: pertandingan) dan
Keputusan Rasmi Festival Teater Perak 2009 [Klik]



Komen ketua juri, En Hassan Jali:

"Mutu dan kualiti persembahan sederhana"

Akin M sambung: "... dan hanya satu kumpulan sahaja yang dapat mementaskan teater dengan berkualiti secara ensemble"

"Pelakon tidak menggunakan ruang pentas sepenuhnya"

Akin M sambung: "... sebaliknya ada kumpulan yang menggunakan ruang penonton. Ruang pentas tidak dimanfaatkan."

"Skrip yang dibawa adalah skrip lama dalam 10-20 tahun yang lalu"

Akin M sambung: "... kerana para peserta sedar kalau bawa karya baru, dikatakan sebagai kabur dari segi pengisiannya berdasarkan sejarah FTP sebelum ini yang mana karya baru/sendiri tidak dapat diangkat menjadi juara. Jadi semua memilih untuk membawa karya sasterawan negara yang lama-lama yang diiktiraf dan ada potensi untuk menang. Dah nama pun pertandingan, mestilah setiap kumpulan ada hasrat nak menang wei!"



Komen:

Pemilihan bagi anugerah-anugerah oleh juri-juri nampak seperti dibahagi-bahagikan ikut suka hati sendiri (atau hasil perbincangan?) terhadap kumpulan yang menang persembahan terbaik dari tempat ketiga, kedua dan pertama. Lihat di bawah, apa yang meragukan apabila "Imbas" yang memenangi tempat pertama hanya berjaya meraih Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Manakala "PIBB" meraih Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.

Set Terbaik - “Jebat”
Set Jebat adalah minimal. Apakah benar para juri 'suka' akan konsep set minimal? Kalau ikutkan adat para juri sebelum ni, mereka akan pilih set terbaik yang cantik-cantik, contohnya Set Terbaik FTP 2007 (Syajar - pokok yang besar dan sukar dibuat). Apa pun, Akin M. memandang positif perkara ini yang mana para juri memahami bahawa Set Terbaik dinilai berdasarkan penggunaan set yang tepat oleh para pelakon.

Pelakon Harapan Wanita Terbaik - ("Malam Jahanam")
Akin M. boleh bersetuju dengan pemilihan juri bagi anugerah ini kerana UiTM baru pertama kali menyertai FTP. Dan khabarnya, persembahannya juga tidak begitu mengecewakan dan memang layak meraih satu anugerah sebegini. Teruskan usaha UiTM untuk FTP akan datang!

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Jebat ("Jebat")
Mungkin pada pandangan juri, pemilihan anugerah Pelakon Harapan ini adalah subjektif, tidak perlu mengikut fakta bahawa watak Jebat adalah WATAK UTAMA. Mungkin saja. Apa kata juri? Juri dah tak berkata apa selepas tamatnya FTP... Mungkin dah TAK TERKATA.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Timah (”Imbas”)
Sayangnya, aku tidak menonton. Kalau tidak dapat aku komen apa yang patut.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Busu (”Penunggu Pusaka”)
Tiba-tiba, "Penunggu Pusaka" dapat anugerah yang agak tinggi. Mungkin, macam aku katakan tadi, pemilihan anugerah pelakon pada pandangan juri adalah subjektif. Kalau ikut definisi watak berdasarkan skrip yang asal, watak Busu adalah adik kepada Alang, berusia 17 tahun, berperangai gila-gila bahasa. Senang cerita, watak Busu ini kelakar lah. Mungkin juri lebih memandang aktor atau aktres yang dapat mewujudkan suasana. Mungkin saja sebab aku tak tak tonton (Ah, sayangnya kalau tidak tulisan aku ini lebih tepat dengan fakta).
Bagi aku, aktor/aktres harus dinilai berdasarkan aspek-aspek penting lakonan:
1. Emosi - Aktor/aktres yang berjaya menunjukkan beberapa emosi berbeza dalam karakternya adalah yang baik
2. Ekspresi
3. Natural (Sangat penting dalam teater realism, pada pendapat aku lah..)

Pelakon Wanita Terbaik - Zaiton (“Perempuan Itu Bernama Barabah”)

Pelakon Lelaki Terbaik - Banio (”Perempuan itu Bernama Barabah”)

Pengarah Terbaik - "Imbas"
Oh, ada kumpulan peserta yang lain mengatakan si Pengarah Imbas ini berjumpa dengan juri tiap malam! Bersungguh-sungguh nampaknya dia hendak 'berteater'. Lagipun, pelik, ganjil sedikit bila "Imbas" hanya menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.. tetapi tiba-tiba Pengarah Terbaik lantas menjadi Juara.

Kalau ikut adat festival teater sebelum ni, kumpulan yang juara akan meraih anugerah (1) Pengarah Terbaik dan (2) Pelakon Wanita/Lelaki Terbaik. Ini boleh dikatakan sebagai 'wajib menang' oleh Juara. Tetapi, tidak pada FTP 2009 kali ini. Yang menang Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik dua-duanya dari PIBB. Dan PIBB pula ada isu lain.


"PIBB" sepatutnya kena disqualify (kalau juri benar-benar ikut peraturan yang dinyatakan secara jelas dalam syarat-syarat dan peraturan pertandingan) sebab:

1. Menggunakan ruang penonton

Mengikut BUKU PERATURAN DAN SYARAT (PERTANDINGAN TEATER) KUMPULAN NGO/IPT, FASAL 4: DISIPLIN PENTAS (4.2) - Ruang Lakon hanyalah DIBATASKAN kepada pentas prosinium sahaja. Lakonan di ruang duduk penonton adalah DILARANG.

2. Melebihi masa persembahan maksimum (sebab ini tidak kena disqualify tapi berapa banyak sahaja markah yang dipotong? Huh, format pengadilan pun hanya juri dan penganjur saja tahu!)

FASAL 5 : MASA PERSEMBAHAN
5.1 Masa persembahan setiap kumpulan mestilah dalam tempoh 45 Minit dan TIDAK MELEBIHI 90 Minit (1 Jam 30 Minit). Persembahan yang kurang atau lebih dari masa yang ditetapkan akan dipotong markah.


Dan mana-mana kumpulan yang ada memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dailog atau kostum yang dipakai atau unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia (contoh, Issandra):

FASAL 4.5 Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dailog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

(Nak tengok itu semua, pergi layan porno dalam internet lah wei. Berlambak ada!)

Aku ada ajukan satu persoalan terbuka kepada warga TTS yang harus difikirkan oleh semua.
(Walaupun tak ramai lagi yang respon)

Antara redha dan berjuang.

Mungkin ada setengah daripada kita (TTS) yang redha dan terima kekalahan (ketidakadilan) ini. Namun begitu, isu sebegini adalah isu yang sama sejak 6 tahun yang lalu.

Persoalannya, wajarkah TTS dengan erti kata perjuangannya redha dengan kekalahan, atau haruskah TTS atas dasar perjuangannya memperjuang haknya untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan?


Secara keseluruhannya,
"Jebat" membawa pulang TIGA (3) anugerah
"PIBB" membawa pulang TIGA (3) anugerah
"Imbas" membawa pulang TIGA (3) anugerah

Jadi, siapa yang layak jadi JUARA seterusnya ke Festival Teater Malaysia 2010?

Apa pun, kita tunggu dan lihat perjuangan yang masih diteruskan. Perjuangan sebenar Jebat dan Tok Janggut yang tidak akan mati. Perjuangan yang sebenar, yang tidak bersempadankan 'pertandingan'.

Akan datang: "Hai.. Sis!"

Minggu depan aku ada show!
Konsep show kali ini unik.

Set: Sebuah bilik mesyuarat kecil dengan skrin putih
Props: Komputer riba, thumbdrive Kingston 2GB, tetikus, pen laser pinjam coach punya
Kostum: Baju kemeja belang-belang, tali leher, seluar panjang hitam


Judul: "Hai.. Sis!"*
Karya: Akin M.
Arahan: Akin M.
Lakonan: Akin M.


Hari: Isnin
Tarikh: 15 Jun 2009
Masa: 12.00 tgh hari - 1.00 ptg
Tempat: Bilik 3601, Aras 36, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC


Tempat duduk terhad!
Penyegar (refreshment) disediakan!


*HYSYS Process Plant Simulation Software

[Klik poster untuk besarkan]

Rabu, Jun 10, 2009

Isu Panas di Perak

Fuh! Dah lama gila babi gua tak conteng arang di sini. Ini pun gua terpaksa sebab tulisan gua yang panas-panas ni takkan lah mahu letak di ruang minimalis?

Jadi, gua rasa ramai yang dah tahu (buat-buat tahu sudah lah) yang team teater gua masuk bertanding dalam Festival (Pertandingan) Teater Perak 2009 dan berjaya menang ....... [usha link ni untuk tahu keputusannya]


Isu 1:

Tok Janggut disqualified sebab membawa banyak watak dan bukan dikategorikan dalam 'monolog', tetapi 'monodrama'. Walaupun dalam monodrama itu sendiri ada monolog. Namun begitu, Issandra dan Petalawati Diri juga turut membawa banyak watak. Dan di Festival Negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur, monodrama layak dipertandingkan dalam kategori monolog. Malah, skrip sudah dihantar awal-awal lagi sebelum pertandingan bermula, kalau benar skrip Tok Janggut tidak layak kenapa tidak beritahu awal-awal? Siapa nak jawab?

ps: Ada juga pegawai kebudayaan sana kata Tok Janggut kena disqualify sebab pakai mask performance!


Isu 2:

Perempuan Itu Bernama Barabah (UPSI) menggunakan ruang penonton. Ini jelas sekali melanggar peraturan seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat dan peraturan pertandingan. Isu ini juga sama seperti kemenangan Tragedi Tanjung Puteri (UPSI) bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Si Bongkok pada FTP 2007.
Jika juri (atau pihak penganjur?) benar-benar mahu ikut peraturan, mahu disqualify sebab itu sebab ini, kenapa kumpulan lain yang telah jelas melanggar peraturan tidak kena disqualify? Ada sesiapa yang nak beri penjelasan?

ps: Tiada kebebasan berkarya.


Gua tak kisah kalau sesebuah kumpulan itu menang sebab persembahan yang mantap dan tidak ada melanggar peraturan yang dinyatakan. Tapi gua kisah sebab ada 'peraturan' yang direka-reka selepas habis pertandingan, sewaktu keputusan diumumkan tatkala ada pihak yang buat pertikaian, 'Kenapa kena disqualify?'.


Konklusi: Perak memang sentiasa ada isu.

Selasa, Jun 02, 2009

Menjadi Minimalis

Assalamualaikum kepada semua pembaca 3S (Macam baru first time saja bagi salam dekat blog ni. haha)

Apa khabar semua? Eh, macam terparodi pulak. (Dan ini pun macam baru first time tanya khabar)

Sukacita dimaklumkan (atau dukacita, barangkali) bahawa aku telah memindahkan segala unsur diri aku ke sebuah laman blog yang baru:

TIGA ES VERSI TIGA


http://myusufamat.blogspot.com



Blog ni dah lama aku wujudkan cuma tidak dipaparkan di khalayak ramai. Jadi, elok benarlah kalau aku gunapakai apa yang aku wujudkan ni.

TIGA ES VERSI TIGA cuba untuk memaparkan sisi Akin Muhammad sebagai seorang yang minimalis. Atau, dalam maksud aku, cuba untuk merendah diri dalam blogging, cuba untuk tidak menjadi ofensif, cuba untuk tidak menjadi sarkastik, cuba untuk tidak mencarut, dan seumpamanya. Harap-harap, cubaan aku berjaya.

Adakah perkara berkaitan dengan teater juga tiada? Mungkin akan ada, mungkin akan tiada. Tapi sudah ada skrip yang disiarkan. Mungkin begitu saja. Mungkin hanya skrip saja akan disiarkan. Mungkin juga boleh ada ulasan, komen atau kritikan sesebuah pementasan tetapi dalam bentuk yang kecil-kecilan, barangkali. Tunggu dan lihat saja perkembangannya.

Layout blog itu juga minimal. Tidak ada hiasan yang cantik-cantik atau sukar-sukar.

Selamat melayari sisi minimalis.

Akin Muhammad.