Sabtu, Oktober 04, 2008

Oh Shit! Kena Censor Ka?

Raya ke-4 ja rumah kampung aku sudah sunyi.
Keluarga abang-abang aku dah pulang ke kota semula.
Anak buah tiada untuk membuat bising.
Sunyi memang sepi.
Sebut pasal sepi aku dah tengok Sepi dari DVD.
Original.
Beli ori sebab kualiti.
Sebab baloi.
Expectation pada filem pun OK.
Jadi beli ori.
Sepi almost flawless.
Sayang ada pelakon extra yang gelak fake.
Babak kisah Imaan dalam dewan teater.
Aku tak nak bagi reviu. Nak reviu google ja.
Aku bagi komen atau kritik ja.

Raya ke-4 memang dah sunyi rumah.
Jadi aku keluar ke bandar untuk tidak berasa sepi sangat.
Rindu lagi kat anak buah. (Jangan tak percaya gua ni family man. Nampak ja macam anti-sosial.)
Jadi aku keluar tengok wayang.
Filem Melayu terbaru: KAMI
1 Syawal tayang sekali dengan Senario Episod 1 (dah macam Star Wars ja ada episod ni).
Memandangkan cerita Senario adalah antara filem yang terbawah dalam list prioriti kegemaran aku, aku tengok KAMI dulu.
Jangan risau, aku tetap akan tengok semua filem Melayu. Cuma lambat atau cepat ja. Gua tetap penyapot filem Melayu. Cuma gua akan komen dan kritik (kutuk, barangkali) mana-mana yang patot.

KAMI.
Pertama sekali, kalau korang nak tengok filem ni, korang kena tengok siri tivi KAMI 8 episod tu terlebih dahulu.
Setahu aku tak ada jual lagi kat pasaran tapi kalau kat DCPP-UTP ada. Orang-orang luar yang nak boleh roger.
Siri tivi KAMI tu menarik dari segi penceritaan. Entahlah segi apa aku hentam ja aku tak belajar Seni Perfileman.

Filem KAMI ni agak banyak adegan yang tidak logik (standard filem Melayu).
Kalau diteliti memang banyak jugak lah.
Misalnya yang aku dapat ingat:
Bila Lynn tengok contengan dinding pasal fanzine KAMI, pastu Ali cabut dari kerja datang tengok jugak, pastu Ali ajak dia lepak kemudian masuk babak di kawasan mandi-manda diaorang di mana Abu tengah baca Utopia Trauma sambil baring atas kereta Ali, kemudian Ali dan Lynn datang dan Abu tegur Lynn. Yang tak logiknya kereta Ali tu. Takkan Abu bawak ke situ. Hmmm...
Satu lagi bila 'barang' yang Lynn bawa dalam beg dia tercicir kemudian dua orang Pak Polisi datang bagi balik 'barang' tu kat Lynn. Yang tak logiknya 'barang' tu jatuh selamba macam tu ja.
Ada lagi tapi tak ingat.

Ada kreativiti sedikit.
Contohnya ada mesej yang cuba disampaikan menggunakan objek sekeliling seperti billboard "Ke mana lagi lepas SPM?" dan ada kata-kata inspirasi pada mug yang dipegang oleh SV Ali sewaktu dia condemn Ali pasal kerja dia. Dua contoh ini berkaitan dengan babak yang sedang dimainkan.

Dari segi mesej atau moral cerita ini tak seberapa.
Gig, band, dadah, persahabatan, masalah keluarga e.g penceraian, rahsia, rahsia, rahsia dan rahsia.
Semua orang nak berahsia.
Filem ini boleh jadi sumber inspirasi alternatif.

Karakter paling hidup adalah Abu yang dilakonkan oleh err.. nanti aku check nama dia.

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.

Opps! Kena censor ka? Haha.


p/s: Sebelum balik rumah gua sempat sebat VCD Pensil (akhirnya..), I'm Not Single, Berlari ke Langit (filem agak lama)

3 ulasan:

  1. dah tengok KAMI gak.
    yg best sbb ade ABu.
    Nsib baik takde watak name Bakar.
    Kalau tak, mmg lengkap Abu Bakar Ali.
    gulp.!

    BalasPadam
  2. best tak citer kami? smalam aku beli citer batman, tak best pon (walaupun orang lain kate best)

    BalasPadam
  3. tgk cite p ramlee lg best. huahuahua...

    BalasPadam