Selasa, Oktober 14, 2008

Bagaimana Hendak Menjadi Cool Macam Saya

Orang-orang yang cool memang selalu sejuk. Dan tak mustahil kadang-kadang (hanya kadang-kadang) menjadi panas.
Orang-orang yang cold pula adalah dingin. Dan tak mustahil orang yang dingin memang tak boleh dicari pasal.

Sejak dulu lagi orang (yang dekat dengan aku) memang pandang aku sebagai seorang yang cool and steady walaupun aku garang dan serius dan kadang-kala ter-OVERproject suara dan seumpamanya. (Aku dah cakap aku memang ada personaliti terbelah bahagi - memang macam ni).
Dan sebagai praktisnya, aku memang cool walaupun bebanan kerja di universiti ini bertambah, sedang orang lain mengeluh kerja banyak, tertekan tahap dewa, merasakan subjek itu macam 'azab', dan akhirnya TERsalahkan pensyarah sebab bagi kerja banyak sangat, aku di sini, di sudut sekecil zarah ini merasakan semua itu hanyalah satu ilusi di sebalik realiti.

Realitinya?

Realitinya kita memang mampu melakukan sesuatu perkara, walau macam mana susah sekalipun perkara itu buat kita.

(Oh my, adakah ini kesan pembelajaran motivasi aku sejak dulu?)

(Oh, atau adakah ini hasil pemergian aku ke Neuro linguistik program?)


Ingat semua.

MOTIVASI adalah amat penting buat diri kita, buat SEMUA.
Bila korang rasa sukar dalam sesuatu perkara, fikir positif, jadi positif, dan PASTI, aku kata PASTI, semua akan jadi positif. Ya, SEMUA.


Khidmat motivasi ini dibawakan khas oleh Pak Akin, motivator separuh masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan