Isnin, Oktober 06, 2008

Stail Peribahasa & Penampilan Istimewa

Kan aku dah cakap.
Jangan risau aku tetap akan sokong filem-filem Melayu walau teruk macam mana sekalipun ceritanya.
Aku telah tonton filem terbaru Ahmad Idham, Senario The Movie Episod 1.

Aku tengok KAMI.
Aku tengok Senario.
Baru aku perasan dua-dua filem ni ada masukkan banyak peribahasa Melayu.
Well, baguslah aku memang sokong begitu.

Komen aku, cerita ni kelakar lah jugak.
Ada beberapa babak yang berjaya buat aku gelak.
Walaupun babak tu macam bangang.
Well, dari segi komedi aku kira Senario dapat kekal reputasi sebagai pelawak.

Ceritanya pula positif dan bermesej yang amat bagus.
Babak-babak yang tidak logik sedikit.
Maklumlah Ahmad Idham sudah banyak pengalaman mengarah filem.

Oh ya, satu perkara lagi yang aku perasan.
Sejak filem Pierre Andre I'm Not Single dan Senario Episod 1 ni, Produser dan Pengarah, David Teo dan Ahmad Idham telah

tampil secara istimewa.
Babak depa tak ada kaitan (tak ada kesan) pada jalan cerita.
So aku kira tu sebagai penampilan istimewa.

1 ulasan:

  1. bEST KE CERITA kami? NYAMPAH JER Tgok pelakonnya..haha

    BalasPadam