Selasa, Oktober 07, 2008

Roda Panas. Dapur Neraka.

Sudah selamat sampai di Tronoh permai.
Permai pemandangan tapi ada kawasan penuh bebanan.
Dek bebanan wujudlah tekanan.
Tekanan adalah bebanan (kerja) per keluasan (kemampuan otak).
Makin tambah bebanan sekiranya keluasan kecil maka tekanan tinggi.
Kerja banyak tapi otak tak mampu nak urus semua makan tekanan tinggi.

Boleh pakai ke teori ni?

Sempena Raya 08 hari tu aku sempat sebat MODEL kereta mainan Hotwheels (aku gelar Roda Panas) dalam pak promosi. Ada satu model istimewa Designer Challenge yang memang superb lawa.
Tak ada gambar aku nak letak sebab malas nak usha kat laman webnya.
Sebelum balik cuti Raya 08 hari ni juga beberapa hari lepas aku ada tengok program realiti tivi Hell's Kitchen di NTV7. Rancangan pertandingan memasak untuk mencapai gelaran Tukang Masak 5 Bintang dan untuk buka Restoran 5 Bintang sendiri.
Maka aku jalan-jalan terbeli DVD game Hell's Kitchen (aku gelar Dapur Neraka).
Nak tahu kenapa namanya begitu?
Kena tengok program tivi tu.

Atau sesiapa nak cuba main gamenya, boleh request pada aku.

Minggu ni minggu pendek.
Malah suku kedua semester ini memang amat begitu pendek sekali.
Sebulan kuliah (bagi aku tiada kuliah) sebelum tiba peperiksaan akhir yang mengujakan.

Selamat berjayaLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan