Rabu, Oktober 03, 2007

Suara Akin II - Episod 34 - Hip Hip Hipo!

Kadang-kala kita tak sedar apa dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan dalam satu hari.
Tidak kira dosa terhadap Allah, sesama manusia, makhluk lain dan alam sekitar.
Kita mungkin tertinggal/terlepas/terlajak menunaikan solat Subuh.
Kita mungkin ponteng kelas. (Seperti saya selalunya! Jangan contohi. Ini amalan tidak mulia)
Kita mungkin menyakitkan hati orang lain.
Kita mungkin juga ada mengumpat/mengata orang lain.
Kita mungkin telah membunuh makhluk-makhluk yang tidak bersalah.
Apa-apa pun kesalahan kita sehari-hari, adalah elok sekali jika kita muhasabah diri sendiri.
Tidak perlu buat apa-apa.
Berfikir sejenak.
Apa yang telah aku lakukan hari ini?
Merenung seketika dunia ini.
Apa dosa yang telah aku lakukan hari ini?
Lama lagikah aku akan hidup di dunia ini?
Cukupkah amalan kebajikan aku di dunia ini untuk aku bawa ke akhirat kelak?
Sanggupkah aku menghadapi azab seksa dari ILLAHI selepas aku mati?
Di alam kubur?
Di padang Mahsyar?
Di hari Akhirat?
Syurga atau Neraka?
Sudah pasti arah tujuanku Syurga.
Tetapi betulkah jalan yang aku lalui sekarang?

Semestinya berfikir tentang semua ini insyaAllah mendorong kita untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih mulia di sisi-NYA.
Di sisi ALLAH, tiada apa yang lebih mulia berbanding nilai iman dan taqwa kita.

Untuk sesiapa yang pernah menjadi Hip Hip Hipokrit, saya percaya anda semua tidak pernah berniat begitu.
Mungkin ia lahir secara tidak menentu dari hati kita.
Mungkin kerana hati kita tidak dapat cukup cahaya atau makanan.
Cahaya hati dan makanan hati.
Saya rasa pembaca sekalian tahu apa yang saya maksudkan.

Saya dahulu pernah menyimpan dendam pada mereka yang telah berbuat keji pada diri saya sewaktu saya kecil.
Biasalah. Budak kecil. Budak mentah.
Darah muda. Jiwa muda.
Cepat berang.
Cepat marah.
Bengis dan segala negativiti yang pernah saya lontarkan pada komuniti.
Namun semuanya itu tidak lama.
Akhirnya pun, kita tetap akan kembali pada hakikat.

Aqidah, bagi saya adalah yang terpenting sekali dalam hidup kita.
Khususnya buat muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan