Sabtu, September 29, 2007

Suara Akin II - Episod 32 - Januari 31 : Rangkap 2

[Rangkap 2:]


Tika bersua berwajah ceria tiada permaisuri yang dapat menandinginya

walaupun ratu cantik dunia, masih tak dapat menambat hatiku dengan keayuan semula—

—jadi, tak perlulah make-up tebal-tebal satu muka

sampai nampak hodoh jadinya, (lain pula cerita)

Apa pun aku dan dia bagaikan sudah berjanji

Baju biru seluar biru, memang boleh jadi

pasangan yang ideal, sejiwa satu hati

Tapi malang sekali, itu hanyalah mimpi

Dan kemudiannya... ku sedar siapa di sisiku pada waktu itu

Tingkah laku terjaga sendiri automatikalli tanpa aku

sedari, aku dan dia sedang bersama, walau jalan berlima tapi aku dan dia masih lagi berdua

Itulah dia, itulah aku, aku dan dia, masih malu-malu

Kerna itulah bukti kami saling jatuh hati

Walau tidak didengar dari mulut namun didengar dari hati

hati sanubari kami, kami berdua memang sepadan dengan ragam yang berlainan

tak kurang juga dengan persamaan

Kontra-karaktor, sikap yang sama

Keseimbangannya mendorong kepada

perhubungan yang akrab dan juga yang rapat

Janganlah disalah anggap apa yang pernah dicakap

dalam tutur kata aku padanya selama ini

Bukan bermaksud hendak melangkaui sempadan dan batas-batas diri,

tapi cuma mahu meluahkan hasrat dan isi hati

Kerna jika ia terpendam, ‘kan jadi nanah di dalam diri

Nanti jadi gila siapa yang susah, sudah tentu diri sendiri

Oleh itu, aku pun lakukan apa yang perlu

sebagai seorang sahabat lelakinya pada hari Sabtu itu

Aku tidak melepaskan pandangan mataku

kerna kewujudannya di depan mata sangat menggembira—

—kan (oh) diriku...


Lupa nak bagi tahu, ini lirik lagu rap saya yang tidaklah begitu sedap.
Tapi ia cubaan yang memang mencuba-cuba suka-suka tiba-tiba.

Suara Akin II - Episod 31 - Januari 31

[Rangkap 1:]


Pagi itu ku terjaga dari lenaku namun,

nafsu masih menguasai, menghalangku untuk bangun

Tetapi sesuatu dapat ku rasakan akan berlaku seketika kemudiannya

yang akan mengubah hari yang penuh kebosanan,

diganti dengan hari yang bahagia penuh ceria tanpa duka nestapa

Oleh sebab itu aku pun gagahkan diri, bangun dan pergi membasuh muka

Setelah segar pun aku terus menghadap PC

dan lalu ku pun mendengar alunan muzik Maksim

Maka tenanglah segala keresahan yang terpendam

di benak hati ini, sejak semalam

Baru pagi ini, barulah damai hatiku

Sinar bahagia terpancar di tiap inci wajahku

Tersenyumlah aku bagai raja sehari

apabila satu panggilan telefon ku dengari

Mulanya aku tidak mengenali,

siapakah gerangan gadis yang mahu bercakap dengan diriku ini

Dan setelah ku dapat tahu,

aku berasa tidak sangka yang gadis itu adalah sahabatku yang baru

Dialah sahabat wanitaku yang terulung buat diriku

Hingga kini tiada siapa yang mampu membuatkan diriku terpesona

dengan keanggunan natural ciptaan Tuhan Maha Kuasa

Begitulah keadaannya,

aku jadi makin gembira

bila aku diajak untuk keluar bersama

ke tempat penuh tragedi tapi aku tetap beranikan diri,

walaupun di sana menanti jasad-jasad bersarungkan kain warna putih

Aku pun tak tahu kenapa aku sangat “anti—

—misi”, aku “nurse-fobia”

Janganlah kau ketawa, inilah kisah benar

Aku memang gentar sedikit pabila ku ternampak misi-misi

lalu-lalang di sana sini, di tempat penuh tragedi itu

Aku pun sedar, aku pun tahu,

tapi aku tetap mahu pergi bersama sahabatku itu

kerna aku dapat rasakan akan berlaku sesuatu yang akan meninggalkan kesan

(oh) pada diriku...


Bersambung...

Khamis, September 27, 2007

Suara Akin II - Episod 30 - Nombor Magik 6

Nombor magik saya pada hari ini adalah 6.
Oleh itu suka saya utarakan 6 perkara ganjil pada diri saya.
Nak kata ganjil atau pelik atau ajaib itu tidaklah sangat, tetapi mungkin saya anggap perkara tersebut jarang berlaku pada orang lain (dalam komuniti saya).
Atau pun boleh jadi perkara-perkara ini biasa cuma pelik ianya pada diri saya.



Satu (1):

Dulu saya tak suka teater/sastera/seni, tapi sekarang saya pelakon teater/penggiat sastera/seni.


Dua (2):

Dulu saya tak dengar lagu Melayu, tapi sekarang saya kurang dengar lagu Inggeris.


Tiga (3):

Saya tidak suka kontroversi, tetapi kadang-kala suka juga.


Empat (4):

Dulu tangan saya menggigil (dalam waktu tenang), tapi sekarang macam dah tak.


Lima (5):

Saya fobia jururawat klinik gigi sejak kecil lagi.


Enam (6):

Saya fobia air sebenarnya... Bukan air minuman, tetapi air laut, tasik dan seumpamanya.



Saya tidak mahu meneruskan permainan Nombor Magik 6 ini pada sesiapa (biar ia terhenti di sini) walaupun saya sudah ditagkan oleh Atikah Saari. Rangkaian untuk ke lamannya ada dua di belah navigasi kanan Singgah Sana Sini (3S) ini.

Rabu, September 26, 2007

Suara Akin II - Episod 29 - Antara Rokok & Payung

Antara Rokok dan Payung.
Of Cigar and Umbrella.



Merupakan sebuah kisah satu pasangan yang setia sampai ke mati.
Dah mati salah satu pasangan, cari yang baru.
Ada yang omong hingga ke syurga.
Ada yang siap mahu tunggu di pintu syurga.
Seolah-olah dia tahu dia akan masuk syurga dengan mudah.

Itulah pasangan bercinta.
Berpegang tangan di bulan Ramadhan.
Di UTP ni lah.
Saya telah lihat dengan mata saya sendiri.
Selain itu ada lelaki yang mengurut-urut tengkuk perempuannya pada pukul 3 pagi di kafeteria Pak Ali.
Sedang menelaah pelajaran nampaknya.
Dan diurut-urut, dipicit-picit tengkuk mungkin sebab pening barangkali.
Harapnya bukan pening atau mual sebab dah hamil.
Tak fasal-fasal, mereka buat dosa, kita juga turut mendapat sahamnya.
Mana tidak Allah murka?
Ya. Allah murka.
Mana tidak bala' menimpa?
Ya. Bala' boleh menimpa.

Bulan Ramadhan atau tidak, sama sahaja.
Ada yang masih mentah, budak baru.
Hingus dah kering. Cuma dia belum korek hidung lagi untuk bersihkan hingus yang sudah jadi tahi hidung itu.
Baru masuk UTP, sudah berpelukan di kafeteria iaitu kawasan publik.
Kafeteria yang sama.
Pak Ali.
Tempat khalayak ramai.
Ada yang baru masuk UTP, sudah punya pasangan kekasih.
Sahur hendak bersama.
Berbuka puasa hendak bersama.
Nasib baik bila solat perempuan dan lelaki saf berlainan.
Kalau tidak mahu sahaja solat bersebelahan, berdua-duaan.
Pasangan kekasih lah katakan.
Belum jadi suami isteri lagi.
Kalau dah jadi saya fikir mungkin lebih bagus.
Bagus juga ya mereka itu.
"Bagus, bagus, bagus!!" bak kata Ipin.

Bagus sangatkah?
Baguslah agaknya.
Merapatkan hubungan silaturrahim antara orang Islam.
Bukankah itu bagus?

Tepuk dada tanya iman anda wahai pencinta wanita dan lelaki sekaliannya.

Si Lelaki seorang perokok tegar.
Si Perempuan memegang payung segar.
Payung berwarna merah jambu.
Sudah tentu payung itu milik si perempuan.
Eh, ada sahaja lelaki yang berpayung.
Ya. Ada.
Tetapi tidaklah merah jambu.
Terlalu jambu itu.
Oh tidak. Lelaki pegang payung untuk perempuan sudah cukup jambu.
Lebih-lebih lagi waktu hujan.
Hujan yang turun bagaikan mutiara~~~
Tidak pun, menari-nari dalam hujan seperti Orked dan kakaknya dalam filem Mukhsin.
Diiringi dengan dendangan lagu Hujan oleh Adibah Noor.


Saya punya kawan karib (kawan lama) yang sudah punya pasangan kekasih.
Sejak sekolah menengah lagi.
Hingga sekarang (saya rasa).
Begitu intim mereka itu.
Ibu bapa mereka pula merestui (saya rasa).
Oh bahagianya hidup mereka.
Indah sungguh hari-hari mereka.
Benarkah?
Jika begitu, bila hendak bernikah?
Bila nak bersihkan dosa-dosa memegang dan menyentuh kulit (dengan sengaja) bukan muhrim itu?
Saya menunggu hari itu.

Saya punya kawan karib (kawan lama) yang pernah punya pasangan kekasih.
Di sekolah menengah.
Dia juga pernah mengakui yang diri dia pakar dalam hal ehwal cinta.
Oh ya? Begitu hebat?
Dia punya pasangan kekasih lebih sedikit usianya berbanding dirinya sendiri.
Wah! Memang tambah hebat lagi!
Tetapi sekarang saya sudah tidak tahu tentang cerita itu.
Entahlah.
Masih hidup lagi atau sudah mati saya tidak ketahuan.

Saya punya kawan karib (kawan lama) yang BANYAK kali punya pasangan kekasih.
Sejak sekolah RENDAH hingga sekolah MENENGAH hingga SEKARANG!
Yang ini memang tahap dewa ni!
Memang hebat!
Oh ya? Begitu hebat sekali?
Bertukar-tukar pasangan kekasih.
Seronok agaknya.
Bukan itu sahaja, banyak pengalaman sudah ditimba.
Banyak perempuan, banyak pengalaman.
Memang tahap dewa.
Putus kekasih, cari ganti sudah dapat sekejap saja.
Macam orang selalu kata, petik jari sekali, beribu-ribu lemon yang datang.
Eh, bukan lemon. Perempuan.
Tetapi perempuan macam mana?
Lawa? Lawa-lawa juga. Citarasa tinggi dia ni!
Pandai? Hmm.. kurang sedikit. Dia fikir kepandaian itu kurniaan Tuhan....
Berbudi bahasa? Bersopan santun? Itu memang dituntut, bukan? Tidak menjadi persoalan.
Kesimpulannya, semakin banyak berpasangan perempuan, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.


Musim peperiksaan akhir semester. Final exam.
Minggu belajar. Study week. Di IRC.
Waktu itu kita berpeluang melihat kebanyakan pasangan-pasangan kekasih di UTP ini.
Duduk belajar bersama, berdua-duaan.
Di tempat tertutup sedikit, saya dapat perhatikan dari luar, dari bawah ada si lelaki mengurut-urut tengkuk perempuannya.
Mengantuk atau pening, barangkali.
Bagus. Sungguh mengambil berat.
Waktu itu memang seronok belajar di IRC.
Dapat lihat aurat perempuan.
Dapat lihat seluar dalam perempuan.
Dapat lihat punggung perempuan.
Dapat lihat warna c*** perempuan.
Ya lah. Bila duduk di meja belajar, boleh nampak semua itu.
Malah, selalu sahaja dapat lihat.
Tak kira bila dan di mana.
Di kafeteria. Di dalam lecture hall.
Di masjid tidaklah.

Saya pernah terfikir satu idea untuk merakam aksi-aksi pasangan-pasangan kekasih di UTP ini.
Kiranya seperti "UTP Top 10 Couples".
Kenalpasti mereka yang paling hot, paling banyak kali bersama-sama.
Jalan bersama. Makan bersama. Apa-apa sahaja yang dilakukan bersama.
Rakam secara rahsia.
Buat video.
Kemudian perkongsian fail pun bermula!!!

Minta maaf kepada mereka yang berkenaan.
Entri kali ini saya tujukan khas buat mereka yang berkenaan.

Isnin, September 24, 2007

Suara Akin II - Episod 28 - Akinness

.... Sambungan Episod 27


Di mana 'K' saya?
Di mana '-ness' saya?
Apa itu '-ness'?

Saya ada menonton sebuah filem orang putih dan malang saya lupa tajuknya.
Mengisahkan seorang lelaki muda dan sahabatnya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Lelaki tersebut seorang yang selamba dan sempoi.
Hidupnya memang bujang tegar.
Tidak terurus.
Hanya tahu berseronok dengan rakan-rakan karibnya.
Sahabatnya yang baru berkahwin sudah sedikit matang dan banyak kali juga menasihatinya untuk berubah, supaya lebih maju dan berjaya dalam hidup.
Mana taknya, hingga dia dibuang kerja.
Bila sudah tiada kerja.
Tiada duit untuk sara hidup.
Rumah sewa pun tidak mampu diduduki lagi.
Menumpanglah dia di rumah kawannya yang baru kahwin.
Awalnya, katanya kejap sahaja mahu menumpang.
Tapi jadi lama pula.
Katanya akan cari kerja.
Ada lah usaha sedikit mencari kerja tetapi sebab terlalu sempoi siapa yang mahu terima bekerja?
Di rumah menumpang buat macam rumah sendiri (malah lebih lagi dari tuan rumah).
Banyak juga dia telah menyusahkan tuan rumah.
Sehinggalah dia telah mengakibatkan rumah kawannya itu terbakar.... (sedikit).

Sejak dari itu, kawannya menghalau si bujang tak terurus itu keluar dari rumah itu.

Dipendekkan cerita, akhir sekali dia berjaya menyelamatkan kawannya dari masalah.
Saya tidak ingat apa masalah itu.
Jadi, boleh dikatakan, dia berjaya akhirnya.
Dan lebih berjaya setelah menghasilkan sebuah buku yang membicarakan tentang '-ness'.
Di mana kita letakkan '-ness' pada nama kita.
Jadi '-ness' akan jadi imbuhan akhiran 'kata nama' yang tercipta.
Contoh:
Nama saya sendiri: Akin disambung dengan '-ness' jadilah 'Akinness'.

Akinness bagi saya ialah bagaimana kita menjalani kehidupan ini dengan cara dan gaya kita, yang bersesuaian dengan kita, dengan jiwa, naluri dan perasaan kita.
Jika kita memang hendak buat sesuatu, jika itu memang kata hati yang kuat, jadi buatlah.
Buat sampai jadi (judul buku terbaru Dr. Tuah).
Tak perlu mengikut-ikut orang lain.
Ikut gerak hati.
Gerak hati akan mencetus neuron-neuron opsyen dan desisyen dalam otak kita, lantas membantu kita.

Selalu saya katakan:
Ikut cara sendiri.
Diri sendiri yang tahu apa yang baik dan buruk pada diri sendiri.

Salam '-ness'.

Ahad, September 23, 2007

Suara Akin II - Episod 27 - Paladin Lagenda

Pengembaraan di dunia kejahatan.
Perjuangan melawan musuh-musuh dari golongan syaitan.
Dan sekutunya.
Dan bala tenteranya.
Demi kesejahteraan manusia.
Di Bumi.
Lahirlah seorang paladin yang mahir berlawan pedang, skepter, sambil memegang perisai.
Disertai sekali aura kesucian.
Dan skil kemahiran.
Dan kuasa kesaktian dan magik.

Dalam satu minion penentangan dunia syaitan.
Paladin punya spesialiti.
Paladin Lagenda.


Tiba-tiba hendak buat cerita sebegitu.
"Paladin Lagenda" boleh jadi seronok juga.
Jika kena gaya.
Aduhai. Idea banyak. Tetapi masa yang tak mengizinkan.
Ada masa tapi benda lain yang dibuatnya.......


umpamanya.................



Sebenarnya saya baru sahaja ketagih dengan permainan komputer Diablo II.
Sudah dua malam asyik tidur lewat bermain.
Malam semalam tidak tidur hingga pagi, hingga pergi ke lawatan ke kilang pemprosesan soda kostik, Malay-sino Chemicals di Menglembu (kalau tidak silap saya).
Lepas balik, lepas Zuhur, lepas layan menonton video rakaman Anugerah Era '07 baru melelapkan mata dalam masa kurang 2 minit, sudah terlena hingga ke Asar.
Eh, bukan.
Hingga terbangun hendak pergi beli juadah berbuka puasa.
Jadi konsekuennya saya cukup mengantuk hingga berjaya melelapkan mata dalam tempoh kurang 5 minit.
Tetapi saya fikir tidak dapat melawan rekod yang dicipta oleh Nobita dalam salah satu episod dalam buku komik Doraemon.
Eh, bukan. Itu fiksi.

Tidak dapat tidak saya katakan bahawa rekod saya pada semester kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah.
Jika waktu sekolah menengah pun saya sudah melakukan beberapa rekod kesalahan, di universiti ini pula, lain jadinya.
Banyak sahaja kalinya memasang niat, mencorak azam, mengata semangat namun tidak juga kesampaian hajat.
Mungkin tidak cukup kuat.


.... Bersambung ....

Khamis, September 20, 2007

Suara Akin II - Episod 26 - Nama Hamba Tuah

"Nama hamba, Tuah. Hang Tuah."

"Siapakah yang benar? Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?" - Hang Tuah


Seorang lelaki berbaju Kesultanan Melayu purba telah menyelamatkan Datuk Shaari dan anaknya Shahira, daripada penjenayah. Oleh kerana orang itu cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah. Apabila jejaka itu sedar dia mengenalkan dirinya sebagai Hang Tuah pahlawan Melaka di abad ke-15. Semua orang berpendapat yang dia telah hilang ingatan, namun Shahira mula percaya dengan cerita Tuah. Seorang pesilat terkemuka mencabar Tuah bertarung. Semasa bersiar-siar ke Melaka dia ternampak sebuah potret Sultan Anuar Alauddin Shah. Tuah menyatakan bahawa wajahnya mirip Jebat. Menurut cerita, Jebat mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud setelah mengetahui Tuah dihukum bunuh dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan. Tuah menjadi marah lalu berusaha mencari jalan pulang ke zamannya untuk menyekat tindakan Jebat.


Ya.
Begitulah sinopsis filem "Tuah" yang baru saya tonton melalui cakera kompak video yang dibeli tempoh hari.
Filem tahun 1989 arahan Anwardi Jamil.
Untuk makluman lanjut filem ini dan banyak lagi filem tempatan klasik, boleh layari laman:
www.filemkita.com

Ada lagi beberapa filem yang mempamerkan watak Hang Tuah.
Umpamanya, Hang Tuah (1956) di mana watak Hang Tuah dilakonkan oleh Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee; Hang Jebat (1961) yang mana M. Amin sebagai Hang Tuah; Jalaluddin Hassan dalam filem Aziz M. Osman, XX Ray II (1995); Puteri Gunung Ledang (1961) dan Puteri Gunung Ledang (2004) dengan watak Laksamana Hang Tuah dipegang oleh M. Nasir.
Pada pandangan saya, antara watak Tuah dan Jebat yang paling saya suka ialah yang dibawa oleh P. Ramlee bersama Ahmad Mahmud (Hang Tuah), Jalaluddin Hassan dengan Razak Razman (XX Ray II).
Saya telah menonton semua filem yang disebut di atas kecuali Hang Jebat dan Puteri Gunung Ledang (1961).
PGL yang terbaru pula saya tonton secara perdana di pawagam.
Cerita memanglah hampir sama cuma gaya olahan berbeza.
Tetapi apa yang saya konsiderkan utamanya adalah bagaimana watak Hang Tuah dimainkan oleh seseorang pelakon.
Saya mahu melihat lebih banyak lagi pelakon lain membawa watak Tuah.

Hmm.. cukup banyak saya coretkan tentang Tuah.
Memanglah Tuah tidak dapat menolong manusia (sepenuhnya) (seperti di dalam ujian, kuiz atau peperiksaan akhir semester), akan tetapi jikalau ada Tuah (ada rezeki) (dan diizinkan Illahi), sudah semestinya sedikit sebanyak manusia merasai nikmat kurniaan.
Bak kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?"

Saya juga gemar dan kagum dengan motivator tempatan, Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Tuah lagi nampaknya.
Banyak juga buku hasil karangan (setelah kajian) beliau saya beli dan membacanya.
Dan pernah juga berasa obses.
Sehingga saya suka berkongsi pendapat dan pemikiran beliau pada rakan-rakan karib saya pada waktu sekolah menengah dahulu.
Sehingga saya menjadikan beliau sebagai idola saya dalam bidang penulisan.
Hinggakan saya pernah terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya penulisannya.
Dan sekarang saya sudah ada gaya penulisan tersendiri (saya rasa dan fikir).
Sedikit demi sedikit lah kita bergerak ke hadapan.
Macam dalam iklan televisyen PETRONAS tahun ini, "berjalan mesti ke hadapan, jangan ke belakang."
Lebih kurang macam itu lah bunyinya.

Sebut pasal PETRONAS, teringat pula pada malam tadi ada Majlis Berbuka Puasa Bersama PETRONAS.
Macam biasalah, setiap tahun ada.
Makan pun hebat lah.
3 Pusingan.
Berbuka, selepas Maghrib dan selepas tarawih.
Namun saya tidak mengambil peluang menerima rezeki tersebut.
Sebaliknya, saya berbuka puasa bersama-sama dengan rakan teater saya di gerai makan di luar.
PETRONAS nak buat majlis, TTS pun buat majlis.
Tak sangka (dan terlupa juga) sebenarnya saing pula dengan majlis buka puasa PETRONAS.
Tetapi saya tidak kisah sangat.
Nak kurangkan makan jugalah Ramadhan ini.
Sebelum ini saya agak kuat makan.

Senarai Impian/Harapan (Wish List): Semua VCD filem Melayu lama.
Yang original. Sebab boleh tahan murah VCD lama ni. Hehe..
Filem baru saya boleh tonton di pawagam atau melalui perkongsian fail (file-sharing) di kampus.


Salam tuah.
Salam filem klasik tempatan.
Salam berbuka puasa PETRONAS.

Selasa, September 18, 2007

Suara Akin II - Episod 25 - Hobi Observasi

Saya ada satu hobi.
Memerhati.

Observasi, istilah setelah modenisasi.
Memerhati alam ciptaan Tuhan.
Sambil menikmatinya.
Memerhati makhluk ciptaanNYA.
Sambil memikirkan pelbagai ragamnya.
Mungkin asal saya pendiam mencederungkan saya ke arah observasi.
Asal saya yang agak lama untuk saya atasi, setapak demi setapak, selangkah demi selangkah menjadi lebih baik dan maju.
Sehinggalah saya menjadi apa yang saya jadi sekarang.
Dahulu hitam itu cukup pekat komposisinya.
Fraksi kehitaman dalam campuran sifat dan sikap cukup melemahkan jiwa mata dan hati.
Jika tidak berpaksikan aqidah, tauhid pada Yang Esa.
Dahulu hitam itu terlalu sukar untuk diputihkan.
Yalah, mana mungkin mudah manusia melunturkan hitam menjadi putih?
Tetapi boleh dan mungkin jadinya apabila semuanya ditegakkan pada dasar keyakinan yang teguh kukuh.
Akhirnya, kejayaan dicapai dengan izin rahmatNYA pada segi putihnya hitam dari kepekatan tegar.

Saya ada menghadiri sebuah program Neuro-LingusiticProgram pada pertengahan tahun 2007 ini.
Dari program tersebut, ada satu bahagian yang menggalakkan kita untuk menajamkan deria.
Kalau mahu tajamkan deria melihat, kita peka akan perubahan pada sekeliling kita dari segi visual lah.
Kalau hendak tajamkan deria mendengar pula, peka pada setiap bunyi pada suatu masa (atau setiap masa?). Jika pada suatu ketika itu banyak bunyi yang terhasil di atmosfera, kita dengar semuanya dan kenal pasti.
Jika hendak tajamkan deria rasa, kita hayati apa yang kita sentuh, apa yang kita rasa seperti makan atau minum; bila makan kita hayati dan nikmati, bila kita memegang sesuatu kita betul-betul memahami akan zahirnya.
Itulah beberapa contoh.
Saya pun pernah mencuba.
Tetapi masih belum dapat melakukan dengan konsisten.

Observasi salah satu hobi terpencil saya.
Observasi dengan niat penajaman deria.

Salam observasi.
Salam hobi.

Ramadhan al-Mubarak.

Sabtu, September 15, 2007

Suara Akin II - Episod 24 - Ralat Sintaks

Ops! Maaf. Ada ralat. Ralat sintaks.
Seperti kebiasaan orang tersilap operasi kalkulasi lantas terpapar di kalkulator.
Tapi kalau orang bisa ralat sintaks di mulut, tidak ada amaran, tidak ada mesej kesilapan.
Hanya impak pada diri orang lain, diri sendiri; hati orang lain, hati kita sendiri.
Ralat sintaks mulut, ralat sintaks hati jiwa.

Semalam yang murni juga saya telah membawa balik sebuah novel Faisal Tehrani yang terbaru berjudul Tuhan Manusia dan sebuah lagi yang agak nipis bertajuk Nama Beta Sultan Alauddin.
Selain itu dua set cakera kompak video (VCD) cerita lama iaitu Mr Os dan Tuah lakonan Jamal Abdillah juga telah berjaya saya masukkan dalam koleksi saya.
Nampaknya saya makin gemar menonton cerita-cerita lama.
Juga membaca karya-karya sastera penuh makna.
Ternyata sudah jiwa seni saya tidak dapat diselindung lagi.

Saya suka melakukan perkara yang orang tak biasa lakukan.
Perkara yang pelik pada pandangan orang biasa.
Contohnya, mengambil masa purata seseorang itu untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Saya dapati bahawa seseorang yang tidak terganggu konsentrasinya, tidak ada berbual-bual dan seumpamanya dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM dalam masa 30-40 saat.
Yang terpantas saya pernah lakukan adalah dalam masa 30 saat.
Itu tidak termasuk mengambil resit yang saya tidak mahukan.

Itulah, satu contoh perbuatan yang tidak memberi sebarang makna pada orang lain, tetapi sudah pasti apa yang saya lakukan, saya tahu apa yang saya mahukan dari segi maksud.

Semalam saya berpeluang berbuka puasa di atmosfera kampung.
Di rumah nenek rakan serumah saya.
Di Ipoh juga.
Apa yang saya paling sukai pada waktu berbuka puasa mahupun bersahur adalah air teh panas.
Dan juga kuih-muih.
Seperti di kampung saya juga.

Sesungguhnya atmosfera kampung tidak dapat ditandingi oleh UTP akan keharmoniannya.
UTP hanya gah di mata dunia dari segi arkitektur.
Tetapi saya tidak mahu berkata tentang masyarakat UTP, amnya.

Ingat semua, ralat sintaks yang saya katakan cukup merbahaya jika tidak berhati-hati.
Jadi, berwaspadalah.

Salam Ramadhan Mubarak.
Salam waspada anggota.

Selasa, September 11, 2007

Suara Akin II - Episod 23 - Perfeksionis!

Sana salah!
Situ silap!
Sini korup!

Saya tuding jari telunjuk ini ke arah kamu.
Ya, kamu.
Saya katakan kamu salah, silap, korup!
Ya, kamu.
Kamu boleh kata kamu betul, benar.
Kamu boleh iyakan kata orang, kamu salah, silap, korup!
Ya, kamu boleh kata apa-apa.
Mulut kamu punya, kamu punya hak.
Tapi hak bertempat hak ikut hakam.
Bukan sebarangan.

PERFEKSIONIS.

Ramai yang inginkan perfeksi dalam solusi kerja duniawi.
Yalah, siapa yang tidak ingin?
Lumrah manusia hendakkan yang elok, yang molek, yang baik, yang bagus dan segala macam positiviti.
Gilalah yang inginkan keburukan.
Tetapi gilakah penyair yang menyatakan kebaikan dalam keburukan dan keburukan dalam kebaikan?
Sehingga ada yang mengklasifikasikan mereka sebagai pengkhayal.

Manusia inkuiri tinggi perlu dipandang tinggi.
Secukup terbilangnya biarlah diangkat tinggi.
Tetapi janganlah melangit.
Tidak boleh lebih-lebih.
Kena ada batas.
Apa-apa kena ada batas tetapi janganlah terlalu membatas.
Inilah fleksibeliti agenda hidup sehari-hari yang perlu seorang insan insani mahirkan diri.

Mereka perlu membina generasi hadapan.
Membina lantas membentuk secantiknya dengan hiasan setelah lengkapnya keperluan.
Umpamakan arkitektur yang baru sahaja merangkul tempat penganugerahan internasional.
Tetapi lengkapkah interior dengan bekunya otak-otak cip peranti masa kini?
Dengan tidak berfungsinya teknologi kepintaran artifisial dengan konsiderasi pelbagai elemen asas.

Saya telah dikerah untuk berfikir tentang itu dan tentang ini.
Terpulang kepada para pemikir lain.
Segemilang pemikir adalah yang sentiasa memikirkan ketauhidan Illahi.

Maaf jika ada istilah yang tidak kena gaya atau salah sama sekali.
Saya pun manusia.

PEACE!