Sabtu, September 15, 2007
Suara Akin II - Episod 24 - Ralat Sintaks
Seperti kebiasaan orang tersilap operasi kalkulasi lantas terpapar di kalkulator.
Tapi kalau orang bisa ralat sintaks di mulut, tidak ada amaran, tidak ada mesej kesilapan.
Hanya impak pada diri orang lain, diri sendiri; hati orang lain, hati kita sendiri.
Ralat sintaks mulut, ralat sintaks hati jiwa.
Semalam yang murni juga saya telah membawa balik sebuah novel Faisal Tehrani yang terbaru berjudul Tuhan Manusia dan sebuah lagi yang agak nipis bertajuk Nama Beta Sultan Alauddin.
Selain itu dua set cakera kompak video (VCD) cerita lama iaitu Mr Os dan Tuah lakonan Jamal Abdillah juga telah berjaya saya masukkan dalam koleksi saya.
Nampaknya saya makin gemar menonton cerita-cerita lama.
Juga membaca karya-karya sastera penuh makna.
Ternyata sudah jiwa seni saya tidak dapat diselindung lagi.
Saya suka melakukan perkara yang orang tak biasa lakukan.
Perkara yang pelik pada pandangan orang biasa.
Contohnya, mengambil masa purata seseorang itu untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Saya dapati bahawa seseorang yang tidak terganggu konsentrasinya, tidak ada berbual-bual dan seumpamanya dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM dalam masa 30-40 saat.
Yang terpantas saya pernah lakukan adalah dalam masa 30 saat.
Itu tidak termasuk mengambil resit yang saya tidak mahukan.
Itulah, satu contoh perbuatan yang tidak memberi sebarang makna pada orang lain, tetapi sudah pasti apa yang saya lakukan, saya tahu apa yang saya mahukan dari segi maksud.
Semalam saya berpeluang berbuka puasa di atmosfera kampung.
Di rumah nenek rakan serumah saya.
Di Ipoh juga.
Apa yang saya paling sukai pada waktu berbuka puasa mahupun bersahur adalah air teh panas.
Dan juga kuih-muih.
Seperti di kampung saya juga.
Sesungguhnya atmosfera kampung tidak dapat ditandingi oleh UTP akan keharmoniannya.
UTP hanya gah di mata dunia dari segi arkitektur.
Tetapi saya tidak mahu berkata tentang masyarakat UTP, amnya.
Ingat semua, ralat sintaks yang saya katakan cukup merbahaya jika tidak berhati-hati.
Jadi, berwaspadalah.
Salam Ramadhan Mubarak.
Salam waspada anggota.
Selasa, September 11, 2007
Suara Akin II - Episod 23 - Perfeksionis!
Situ silap!
Sini korup!
Saya tuding jari telunjuk ini ke arah kamu.
Ya, kamu.
Saya katakan kamu salah, silap, korup!
Ya, kamu.
Kamu boleh kata kamu betul, benar.
Kamu boleh iyakan kata orang, kamu salah, silap, korup!
Ya, kamu boleh kata apa-apa.
Mulut kamu punya, kamu punya hak.
Tapi hak bertempat hak ikut hakam.
Bukan sebarangan.
PERFEKSIONIS.
Ramai yang inginkan perfeksi dalam solusi kerja duniawi.
Yalah, siapa yang tidak ingin?
Lumrah manusia hendakkan yang elok, yang molek, yang baik, yang bagus dan segala macam positiviti.
Gilalah yang inginkan keburukan.
Tetapi gilakah penyair yang menyatakan kebaikan dalam keburukan dan keburukan dalam kebaikan?
Sehingga ada yang mengklasifikasikan mereka sebagai pengkhayal.
Manusia inkuiri tinggi perlu dipandang tinggi.
Secukup terbilangnya biarlah diangkat tinggi.
Tetapi janganlah melangit.
Tidak boleh lebih-lebih.
Kena ada batas.
Apa-apa kena ada batas tetapi janganlah terlalu membatas.
Inilah fleksibeliti agenda hidup sehari-hari yang perlu seorang insan insani mahirkan diri.
Mereka perlu membina generasi hadapan.
Membina lantas membentuk secantiknya dengan hiasan setelah lengkapnya keperluan.
Umpamakan arkitektur yang baru sahaja merangkul tempat penganugerahan internasional.
Tetapi lengkapkah interior dengan bekunya otak-otak cip peranti masa kini?
Dengan tidak berfungsinya teknologi kepintaran artifisial dengan konsiderasi pelbagai elemen asas.
Saya telah dikerah untuk berfikir tentang itu dan tentang ini.
Terpulang kepada para pemikir lain.
Segemilang pemikir adalah yang sentiasa memikirkan ketauhidan Illahi.
Maaf jika ada istilah yang tidak kena gaya atau salah sama sekali.
Saya pun manusia.
PEACE!
Suara Akin II - Episod 22 : +2 -2 +7 +2
Jumaat yang lepas saya berjaya pulang ke kampung halaman.
Ada rezeki nampaknya dari sini ke KL kemudian terus menaiki bas yang lain ke BP dan tiba pada pukul 1 pagi lebih hari Sabtu.
Macam biasa, bila sudah lama sedikit tidak menjenguk kampung, agak banyak yang telah berubah dan terasa aura kelainannya.
Begitu pun, apa yang saya dapat lihat, Sri Gading hangat menyambut Merdeka 50 dengan bendera-bendera Malaysia dari yang kecil hingga besar, dihebatkan pula dengan terdirinya gah pintu-pintu gerbang di hadapan simpang masuk beberapa buah kampung yang agak terkenal dalam lingkungan terdekat.
Tak ketinggalan juga banner-banner yang dicetak khas terpapar cantik potret kelima-lima Perdana Menteri Malaysia dari yang awal hingga terkini.
Hebat!
Tapi saya tidak rasa boleh dibanggakan.
Jika hanya luaran sahaja yang hebat bagus baik mantap dan segala macam terma perkataan mengagungkan sesuatu.
Di rumah tidak banyak yang sempat saya lakukan.
Boleh dikatakan saya pulang ke kampung hanya untuk merehatkan keseluruhan jasad dan minda.
Tidak juga sempat untuk meronda-ronda kampung.
Maklumlah, bukan cuti panjang.
Ahadnya saya sudah kena pulang semula ke UTP.
Perjalanan balik saya kurang baik sedikit rezekinya.
Tetapi saya tetap redha menghadapi.
Lagipun macam sudah biasa dengan kesusahan dalam perjalanan pergi-balik jarak jauh menaiki bas.
Macam-macam hal pernah dilalui.
Ramadhan tiba lagi.
Bersyukur kita semua hambaNYA jikalau diizinkan bertemu dengan bulan kemuliaan bulan keberkatan ini.
Bulan inilah yang dinanti-nanti dalam setahun.
Tetapi di sebalik penantian Ramadhan, ada juga sesetengah yang menanti-nanti akan Syawal.
Yalah, manusia pelbagai citarasa.
Semuanya bergantung pada iman.
Tepuk dada, tanya iman.
+2 jam perjalanan ke Johor Bahru
-2 jam perjalanan dari JB ke Ayer Hitam semula
+7 jam perjalanan ke Sitiawan
+2 jam perjalanan balik ke UTP
Lakukan kiraan, 9 jam perjalanan total dari JB ke UTP.
Salam dari kampung.
Salam bendera bergerbang hebat.
Salam Johor Bahru.
Salam Sitiawan.
Salam uncle teksi caj tambang jauh lebih murah.
Salam bas haram.
Salam Larkin.
Salam Bandar Baru Uda.
Salam 9 jam.
Salam Ramadhan.
Salam iman.
Salam Sabtu 21 buat diri saya pada 3 Ramadhan 1428.
Khamis, September 06, 2007
Suara Akin II - Episod 21 - Setengah & Separuh
Dunia ini ibarat pentas lakonan
Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya
Al-Quran dan as-Sunnah itulah skripnya
Malaikat itulah jurugambarnya
Islam itu jalan ceritanya
Kiamat itulah kesudahan penggambaran
Padang Makhsyar tempat penganugerahannya
Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya
ALLAH S.W.T adalah hakimnya
Syurga atau Neraka adalah trofinya
Malam tadi saya telah pergi ke Konsert Kembara Sufi kali ke-6 anjuran Kelab MedTech bersama Rakan Masjid UTP sempena Minggu Penghayatan Ramadhan 2007.
Artis jemputan tahun ini adalah Ustaz Akhil Hayy dan Nazrey Johani.
Ustaz Nazrey Johani yang kini bergerak solo selepas berada di dalam kumpulan Raihan tampil memulakan persembahan dengan mendendangkan 6 buah lagu, 3 lagu dari album terbarunya dan 3 lagu dari album lamanya bersama Raihan.
Alunan suara yang cukup tenang dan menenangkan telinga si pendengar.
Si anak kecilnya juga turut bersama menghiburkan hati para penonton yang dapat dibanggakan kehadirannya yang hampir memenuhi tempat duduk yang tersedia.
Cukup bersahaja persembahannya.
Memang otai.
Otai nasyid tanah air.
Nasyid hiburan alternatif.
Nasyid yang kian berkembang, setelah diperintis secara komersial oleh kumpulan Raihan pada tahun 1999 kalau tidak silap saya.
Di mana abang saya dan saya sendiri turut menggemari lagu hit pertamanya 'Puji-pujian' yang saya ingat, telah menduduki tempat teratas dalam carta satu rancangan muzik di TV selama berminggu-minggu suata masa dahulu.
Setelah lahirnya Raihan, muncullah kumpulan-kumpulan nasyid yang lain seperti In-Saff. (Err...)
Apa pun, malam itu Dewan Canselor terus digemparkan lagi dengan persembahan bertenaga oleh Ustaz Akhil Hayy yang telah agak lama juga saya kenali sewaktu di sekolah menengah dulu.
Maklum sajalah, beliau merupakan penceramah dan pendakwah bebas yang merupakan bekas penyanyi kumpulan rock suatu ketika.
Saya pernah juga menghadiri ceramah beliau.
Dan ayah saya juga dulu banyak membeli kaset ceramahnya.
Memang sudah tahu caranya berceramah.
Apa pun, Akhil Hayy turut mendendangkan 6 buah lagu yang terdiri daripada lagu dari album keduanya dan beberapa lagu lain yang didendangkan khas sebagai tribut.
Memang stail yang cukup rock.
Dan akhir sekali, saat yang ditunggu untuk lagu hit 'Suara Hidayah' yang cukup indah gabungan sari kata dan susunan lagu dan irama yang cukup menarik jiwa, memikat kalbu.
Malam Kembara Sufi itu berakhir pada pukul 12.30 tengah malam.
Apa yang cukup bagus dalam hiburan sebegini adalah di samping berhibur, pengajaran juga turut diperoleh.
Dan itulah hiburan yang dituntut.
Hiburan yang mampu mendekatkan diri kita pada Pencipta.
Hiburan yang mampu mendidik jiwa dan membentuk minda.
Bukan sekadar hiburan kosong! Yang melalaikan!
Itu yang mendatangkan salah dalam berhibur jika terlampau batasan hukum-hakam agama.
Saya pun pendengar musik.
Siapa (manusia) yang tidak dengar musik di dunia ini?
Saya pun dengar pelbagai genre musik.
Bukankah musik itu INDAH?
Bukankah musik itu sub-SENI?
Bukankah SENI itu JIWA saya?
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengajak umat ke arah hiburan sebegini.
Promosi yang dijalankan cukup baik dan berkesan.
Dan konsert tersebut juga diadakan pada waktu dan hari yang sesuai, tidak seperti sebelum ini (sejak saya berada di UTP) yang diadakan pada waktu cuti pertengahan semester.
Oh, mungkin sebab cuti pertengahan semester ini sudah tiada?
Oh, tidak! Jika ada sekalipun, ia akan bermula pada 8 September ini.
Sebut tentang cuti 8 September, saya sudah berangan-angan untuk berhujung minggu bersama famili tercinta di kampung halaman.
Mungkin esok malam saya hendak pulang ke Batu Pahat, jika tiada aral melintang, jika diizinkan.
Saya pasti, keluarga di rumah juga turut merindui kepulangan saya.
Mana tidaknya?
Lebih-lebih lagi ibu saya yang sering mengatakan kerinduannya semasa saya di sini apabila saya berada di kampung.
Walaupun hujung minggu itu hanya 2 hari, tetapi saya akan jadikannya seolah-olah satu minggu menggantikan cuti pertengahan semester saya kali ini. (Hehe..)
Tetapi, adakah tiket bas pulang ke Johor?
Saya tidak tahu.
Dan saya mesti ambil tahu seberapa yang segera.
Setengah & Separuh.
Manusia perlukan rehat.
Manusia perlukan tenaga.
Manusia perlukan hiburan.
Setengah hiburan itu menghiburkan.
Separuh hiburan itu mengajarkan.
Islam itu suci.
Tetapi Islam itu tidak separuh atau setengah.
Islam itu menyeluruh.
Islam itu agama kita.
Agama yang satunya menuju ke arah HAKIKAT YANG SATU itu.
Salam Kembara Sufi.
Salam hibur libur.
Salam hakikat.
Salam Islam.
Selasa, September 04, 2007
Suara Akin II - Episod 20 - Sinopsis
Padahal simulasi kitar kuasa kombinasi gas-stim belum siap sepenuhnya.
Masih separuh jalan.
Itu pun sebab ada beberapa konfusi dalam solusi.
Tidak mengapa, entri ini hanya mengambil masa yang sekejap saja.
Suka saya siarkan sinopsis dua karya saya dalam bentuk skrip.
Kedua-duanya tidak siap 100%! (dalam erti kata jalan cerita yang memuaskan).
Tapi di sini saya sudah sinopsiskan.
Pertama:
Sketch: "Just Like Malaysia".
Two brothers from Australia are visiting Malaysia. One got lost. They are separated. The story focuses on the younger brother, who tries very hard to find his elder brother. Many 'obstacles' are being faced--he has to face through 'weird' things happen in Malaysia.
Sebenarnya skrip ini saya sediakan atas desakan (atau arahan? I think it's more to 'desakan') oleh person-in-charge persembahan teater/sketsa sempena Freshies' Talent Night (FTN) Minggu Aluan Siswa (MAS) Jan 2007.
Waktu itu, kampung saya sedang dilanda banjir (musim Johor banjir teruk sebab bala'/musibah - wallahualam...) dan saya pun menaip skrip tersebut ketika rumah sedang dimasuki air banjir yang begitu 'menyeronokkan'.
Sepatutnya saya sendiri yang disuruh mengarah skrip tersebut tetapi memandangkan kampung banjir, patutkah saya meninggalkan kampung dan balik ke UTP sedikit awal hanya kerana mengarah sebuah skrip murahan (yang terdesak) itu?
Saya sendiri pun mengutuk skrip saya murahan kerana memang cerita itu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan, kecuali ia merupakan skrip sketsa Inggeris pertama saya yang pernah dipentaskan.
Selain daripada itu, saya rasa tidak selesa melihat skrip sebegitu rupa dipentaskan oleh budak-budak junior.
Tetapi ada juga yang terhibur.
Tak tahulah saya bahagian mana yang menarik???
Itulah yang saya katakan.. "Student UTP ni kalau tengok teater/sketsa pelik! Yang serius depa dok gelak! Aduhai...."
Tapi, tidak kisahlah.
Sebab bukan saya yang arahkan skrip tersebut.
Saya fikir hendak buat musikal. Tetapi mungkin tidak ada penyanyi.
Saya juga ada selitkan musikal rap. Tetapi mungkin tidak ada rapper.
Oh ya, sebenarnya saya dikehendaki menghasilkan satu cerita bertemakan Visit Malaysia 2007, tetapi nampaknya orang tak faham dengan tema di sebalik cerita saya itu.
Mungkin masa itu saya masih kuat berkias dan berlapis berlapik dalam pengkaryaan.
Macam biasa, banyak juga yang saya sindirkan di sebalik mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007.
Sindiran itulah yang saya selitkan dalam perkara-perkara pelik yang dua orang adik-beradik Australia itu hadapi di Malaysia.
Ada juga beberapa bahagian yang diubahsuai oleh si pengarah.
Dan ada juga kesalahan tatabahasa Inggeris yang telah dibetulkan oleh junior sendiri.
Huhu.. Tak apalah. Tak sempat nak semak tatabahasa.
Terlalu desperado dalam pembikinan skrip!!!
Tetapi saya masih ingat, pelakon utama yang membawa watak Ah Chong ada bakat.
Suara pun kuat. Satu MAIN HALL dengar tu...
Dan saya lihat dia lah yang telah menghidupkan cerita saya itu.
Bila ada pelakon lain yang bersuara perlahan..................... Aduhai.........
Penonton pun tak dengar, jadi tak sampailah mesej sindiran yang saya nak sampaikan.
Tetapi tak mengapalah, itu cubaan pertama saya dan juga pengarah.
Kedua:
Teater: "Sang Pari-pari"
Ya... seperti yang saya pernah katakan dalam entri sebelum ini, saya akan siarkan sinopsis teater cubaan saya yang pertama iaitu Sang Pari-pari.Pari-pari tidak tahu asal-usulnya. Dia sendiri tiada nama, tiada identiti sebenar. Tetapi dia tahu tugasnya memerhati dan seterusnya menjaga keamanan di dunia manusia dengan kuasa jelmaan dan ajaibnya.
Namun usahanya banyak yang tidak berjaya. Malah dia makin kerap menyaksikan kerosakan di dunia. Pari-pari kemudian bertemu dengan Ahli Nujum bernama Serman, yang kononnya menemani pari-pari untuk kembali bangkit dan bersama-sama berjuang untuk keamanan. Namun, Serman merupakan gunting dalam lipatan, telah memperdaya pari-pari atas arahan Sang Darujana. Serman dan Pari-pari berentap setelah Pari-pari sedar akan helah dan tipu daya Serman.
Adakah Pari-pari akan mati di tangan Serman? Bagaimana pula dengan perjuangan keamanan Sang Pari-pari?
Saya berharap skrip ini akan dipentaskan suatu hari nanti.
Tidak lama lagi pula TTS akan mengadakan Pertandingan Monolog & 'Mime' pada bulan Oktober nanti, iaitu selepas cuti hari raya puasa.
Setiap pelakon TTS akan membuat persembahan secara solo sama ada MONOLOG atau MIME.
Dan saya pula telah diarahkan untuk bermonolog "TUAH".
Jadi, pelajar UTP sekalian, bolehlah menyaksikan para pelakon TTS (terkini seramai 17 orang yang berstatuskan pelajar UTP, kalau tidak silap saya lah & mana tahu barangkali yang sudah bekerja akan turut sama sertai? Hehe..).
Salam sinopsis.
Salam sketsa.
Salam teater.
Salam karya.
Salam monolog.
Salam mime.
Salam pari-pari.
PEACE!
Suara Akin II - Episod 19 - Kompetisi Fotografi Merdeka 50
Aku pun apa lagi, sangat teruja!!! Hinggakan aku sudah gian untuk memegang kamera sendiri.
Tidak kisah kamera apa sekalipun.
Tibai kamera Doc pun OK juga ni. Haha!
Inilah dia iklannya:
PHOTOGRAPHY COMPETITION IN CONJUCTION WITH 50th MERDEKA CELEBRATION
Dear All,
In conjunction with Malaysia’s 50th anniversary celebration of Merdeka this year, the university will be organizing a photography competition.
Details are as below:
Theme : ‘What makes us Malaysian’
Terms and conditions:
1. This competition is open to all UTP students.
2. Each participant may send a maximum of 2 pictures that symbolize the spirit of Independence.
3. Requirements for the photo/image submissions are:
Soft copy
a. Image Dimention - 800 x 600 pixels
b. Type - JPEG
c. CD Format
Or
Hard Copy
d. Size - A4
e. Colour
f. Print out
The following items must also be included in the submission:
g. Image title
h. Brief Description (not more than 30 words in English or Bahasa Melayu)
4. All pictures will be showcased at the Chancellor Complex foyer from the
17th – 21st September 2007
5. The winner will be announced on the 21th September 2007
6. Prizes are as below:
a First Prize : A certificate and a cash prize of RM 500
b Second Prize : A certificate and a cash prize of RM 400
c Third Prize : A certificate and a cash prize of RM 200
7. Each participant will need to submit their pictures by 12.00 noon
on the 14th September 2007 to Miss Suhana (8242) or Pn Rodziah (8237)
Thank you.
Memandangkan sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai pertandingan sebegini rupa iaitu UTP PhotoShoot anjuran ICC-UTP dan Digital Art Competition (DAC) anjuran MedTech, jadi kali ini saya mengambil peluang masa yang terluang (walaupun test dan tarikh submisi projek sudah dekat) untuk sertai kompetisi ini.
Belek-belek koleksi foto saya, adalah beberapa foto yang saya fikir berkonsepkan agak sesuai dan menarik dengan tema merdeka.
Tetapi kalau boleh saya hendak ambil foto yang lain nanti.
Walaupun saya amatur dalam fotografi tetapi minat saya tidak menghalang.
Jadi kaki-kaki foto (ataupun bukan) sekalian, jangan ketinggalan untuk bersama-sama sertai.
Makin banyak 'tembak', makin banyak pengalaman.
Makin banyak buka KedaiFoto (Photoshop), makin banyak skil grafik.
Bukankah FOTOGRAFI juga SENI kegemaran saya?
Peace.
Isnin, September 03, 2007
Suara Akin II - Episod 18 - Kembalikan Aku Ke Kampung Halaman
Pertama kali pergi tersangatlah awal dan diberitahu hanya akan dijual pada pertengahan September.
Namun beberapa hari yang lalu ada seorang kawan saya yang mengatakan tiket balik raya sudah boleh dibeli.
Jadi malam semalam saya pun pergilah.
Tetapi saya agak terlewat sedikit kerana menunggu hujan yang lebat reda.
Kaunter telah pun tutup.
Siang tadi pula saya pergi tetapi berita yang sama diberitahu bahawa tiket balik ke Johor hanya akan dijual mulai pertengahan September.
Nak kata buang masa, memang pun.
Tapi tak mengapalah.
Sekurang-kurangnya saya tahu berapa haribulan saya harus pergi membeli tiket.
Yang ada dijual hanya tiket ke Kuala Terengganu dan Kota Bahru.
Belah pantai timur sahaja.
Mungkin ramai pelajar UTP dan UiTM Sri Iskandar berasal dari kawasan tersebut.
Mungkin sebab itu tiket dijual lebih awal.
Saya mahu pulang ke kampung halaman.
Tidak kira jika dalam bulan Ramadhan sekali pun.
Tapi seronok juga jika dapat berpuasa bersama keluarga di kampung.
Bukankah kampung itu indah?
Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan kerja-kerja tertangguh saya dalam masa satu hari ini.
Huhu. Itulah padahnya jika bertangguh.
Terpaksa bersengkang mata menyiapkan apa-apa perkara.
Bila bersengkang mata waktu tidur pun tidak betul.
Silap hari bulan, Subuh pun lingkup.
Bukan setakat Subuh, kelas-kelas di waktu pagi pun turut sama.
Sudah berapa banyak kali sudah terponteng.
Terponteng membawa maksud tidak sengaja.
Tetapi tidak sengaja disebabkan tidur lewat.
Tidak sengajakah begitu?
Saya suka subjek matematik.
Setelah beberapa semester saya belajar di UTP, subjek matematiklah yang menyerikan hidup saya.
Tetapi Ujian Kaedah Numerikal petang tadi saya tidak dapat selesaikan dengan seratus-peratus keyakinan.
Tetapi saya rasa jiwa matematik saya sedikit sebanyak membantu.
Walaupun mengulang kaji secara kilat di saat-saat akhir menghafal rumus hanya sekadar untuk ujian (yang mana merupakan tabiat saya sehinggalah tibanya Minggu Belajar sebelum Minggu Peperiksaan Akhir).
Saya memang tidak bersedia awal.
Apa nak jadi dengan saya?
Saya memang suka bertangguh tugasan.
Apa nak jadi dengan saya?
Mungkin saya kurang gemar gaya hidup belajar sebegitu.
Mungkin saya lebih suka kerja ikut kesukaan saya.
Walaupun tidak setiap masa saya boleh buat begitu.
Saya tahu itu secara tampaknya bukanlah sikap optimistik.
Bukan sikap seorang pelajar yang mengkehendakkan Anugerah Canselor Emas, Perak mahupun Gangsa.
Tetapi satu yang saya pasti, saya jadi diri saya sendiri.
Saya tidak mengikut orang.
Sebab saya rasa saya tidak suka ikut-ikut orang.
Terpulanglah pada individu jika ingin ikut cara orang lain belajar dan jalani hidup.
Itu hak masing-masing.
Tiba-tiba saya berceloteh tak ingat dunia.
Oh ya, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam takziah buat rakan sejurusan kimia saya, saudara Khairul Fahmi yang baru sahaja kehilangan bonda yang tercinta.
Saya doakan agar roh ibunya bersemadi dengan aman tenteram, dicucuri rahmat ALLAH, di alam barzakh dan akhirat yang kekal.
InsyaALLAH..
Bagi mengakhiri entri saya kali ini, suka saya siarkan alamat blog Tuan Direktor TTS:
http://drshark.blogs.friendster.com/dr_shark/
Bacalah. Sekadar untuk pengetahuan sesiapa yang telah lama, baru ataupun belum mengenali TTS.
Salam kampung.
Salam matematik.
Salam takziah.
Jumaat, Ogos 31, 2007
Suara Akin II - Episod 17 - Persetan
Sebelum terjadi tragedi
Bagai duri dalam daging
Meracun diri
Perlahan tapi pasti
Darah muda yang mengalir
Tahukah kau akibatnya
Api kecil kawan bisa jadi lawan
Persetankannya
Persetankannya
Persetakanlah hasutannya
Persetankannya
Persetankannya
Persetankan nafsu dan dusta
Mungkin ramai fikir, bila saya kerap berSuara di sini, saya punya masa lapang yang banyak.
Hakikatnya, bukanlah begitu.
Bila nama pun sudah pelajar UTP, mustahil dapat lari dari kesibukan kerja duniawi.
Yang membezakan antara individu adalah bagaimana cara mengurus kehidupan di sini.
Bagaimana seseorang itu dapat mengawal agenda harian dengan seimbang; pelajaran, tugasan, aktiviti kokurikulum, dan yang paling tidak boleh ditinggalkan amal ibadah.
Laboratori di hujung minggu kali ini telah menghalang niat saya untuk kembali ke kampung halaman buat beberapa hari.
Kelihatan begitu lengang sekali UTP pada waktu ini.
Jelas dengan banyaknya lot parkir kosong yang biasanya boleh jadi tidak cukup sehinggakan terpaksa meletakkan kereta mereka di bahagian tepi jalan sehala.
Sungguh mewah manusia.
Syukurlah pada Pencipta.
Dapat pandu kereta.
Ada sesetengah kereta mewah.
Kereta biasa pun banyak.
Memang gemilang rakyat Malaysia sekarang ya.
Lebih terbilang lagi bila kereta sudah menjadi tempat privasi alternatif buat pasangan bercinta.
Pernah terlihat oleh kawan saya yang sedang memandu kereta pada waktu malam.
Ketika itu hujan agak lebat.
Kawan saya memandu dengan agak perlahan mencari tempat untuk memberhentikan kereta.
Tidak cukup dengan itu sudah tersebar pula secara digital video yang berelemenkan 'kedewasaan', yang diproduksikan sendiri seceara kualiti rendah.
Ada yang berkualiti agak tinggi.
Itulah Hadhari, saya rasa.
Itulah Cemerlang, Gemilang, Terbilang, saya fikir.
Betulkah?
Bukan. Saya tidak rasa dan fikir begitu sekali.
Hanya sekadar mahu meluahkan perasaan dan pemikiran secara sinikal.
Inilah biasanya orang lain yang kurang setuju akan terus memaki hamun.
Kata-kata sinis memang cukup berkesan.
Bila sedikit dilontarkan, berjuta-juta caci cerca dilemparkan kembali.
Kesian pejuang.
Kesian aktivis.
Kesian mereka.
Celik tapi buta.
Dikatanya pula memburukkan bangsa sendiri walhal hanya menyatakan bagaimana mereka itu sendiri yang bertindak seolah-olah bila menuding jari, lupa akan jari-jari yang lain itu.
Seolah-olah tiada cermin di hadapan mereka.
Memang tiada secara hakiki tetapi cermin hati cermin naluri dan jiwa peribadi.
Persetankan mereka?
Tidak boleh juga begitu.
Mereka itulah yang perlu diambil hirau.
p/s: Kucing, ayam, lembu, kambing, itik, angsa, cengkerik, katak, kodok.. Semua itu di kampung halaman. Kembalikan aku ke kampung halamanku..........
Suara Akin II - Episod 16 - Merah Nani
Entah kenapa? Entah lah.. Tak pasti. Huhu..
Munsyid : Waheeda
http://liriknasyid.com
Ismi gameel
Habbu lisani
Daiman biyul
Wiynadi nani
Wa'yunhassul
Malhasy mathil
Warmusyhaslah
Wislah gameel.... aisyaf khayali
Nani nani nani
Uli'mal eh
Lammat sibnil wahdi
Uli'mal eh finari wiyya suhdi
Danti hubbi ya nani
Wa umri kaman Syuwayyah
Danti leili wanahari
Wa hubbi ah ya'nayya
Haram tibid haram
Ihna mabinna khisam
Albi daim fi hubbak waasyikil gharam
Err.. tak faham pula. Lagu dalam bahasa Arab la ni kot..
Sesiapa yang faham tolong tafsirkan untuk saya.
Saya berminat dengan tajuk lagu ni saja. (Hoho!)
"Ambang Nostalgia"
Ketika diumumkan nama dan watak-watak yang pernah didukung oleh mereka, seorang demi seorang, diiringi pula dengan sorakan yang lain, serta diikuti dengan dialog yang paling mereka ingati sepanjang penglibatan mereka, setulusnya hati ini tersentuh seketika mood dan karakter sedang dihayati.
Berlatarbelakangkan pula lagu yang agak menyayat hati di samping meningkatkan semangat sesiapa yang berjiwa.
Ya. Aku tidak dapat menafikan akan rindunya diri ini hendak bersama-sama dengan mereka di atas pentas pada masa akan datang.
Mereka telah mengisi ruang istimewa dalam kehidupan ini.
Sedang aku diuji dengan tulus sucinya persahabatan yang aku miliki.
Gelak ketawa, sedih berduka yang dikongsi hanyalah satu omongan kosong, mungkin ada dan tiada setelah bergelodak jiwa, hati dan mindanya pada agenda yang lebih besar pada fikirannya.
Namun pemergian diisi dengan kehadiran.
Dan kehadiran diganti kembali dengan pemergian dan perpisahan.
Memang benar, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Hakikat sajalah yang dapat aku terima.
Dalam meniti arus deras dunia.
Terima kasih rakan-rakan seperjuangan.
Akan ku kenang segala kerinduan.
Dalam mencapai maksud kehidupan.
Khamis, Ogos 30, 2007
Suara Akin II - Episod 15 - Merdeka
Sketsa kombinasi karya Keris Silau, Usman Awang, Dr Shark dan sedikit dari saya sendiri.
Serba kekurangan dari segi persediaan latihan dan teknikal.
Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan baik lancar.
Apa yang penting, saya berharap mesej yang banyak disampaikan dapat menerobos masuk ke telinga terus meresap ke dalam hati dan minda masyarakat.
Dengan itu juga, rasanya aktiviti teater kami hampir menutup tirai buat tahun melawat Malaysia ini.
Bulan Ramadhan mulia pun akan kembali.
Mungkin ada juga program latihan teater seminggu sekali, mengikut kesesuaian masa.
Dan mungkin juga akan dihasilkan sebuah klip video sempena hari raya puasa nanti, produksi TTS sendiri.
Mungkin sahaja.
Jadi atau tidak, kita tunggu dan lihat.
Saya baru balik dari menghadiri Malam Apresiasi Minggu Kemerdekaan ke-50.
Ada deklamasi sajak daripada pemenang pertandingan menulis sajak yang dianjurkan.
Agak pendek sajak-sajak mereka.
Tetapi saya yakin penuh bermakna.
Dan seharusnya boleh disampaikan dengan lebih menarik dan berkesan.
Saya fikir saja lah.
Saya ada berniat juga untuk sertai tetapi oleh kerana latihan teater Jebat, hajat di hati tersebut mati begitu sahaja.
Tak apalah. Saya berkarya bila saya hendak dan suka.
Saya berkarya untuk diri saya. Dan sudah pasti, untuk masyarakat awam.
Kalau ikut macam lagu Ramli Sarip, "Aku menulis bukan kerna nama..."
Begitulah rasanya pendirian kebanyakan pengkarya.
Rasanya lah.
Selain deklamasi sajak, ada dendangan lagu-lagu berunsur patriotik dibawa secara 'live band' yang rasanya sudah dikenali juga di sekitar UTP ini, bagi mereka yang tidak terperap di dalam bilik, menghadap buku semata.
Okestra UTP juga ada membuat persembahan diikuti pula dengan kumpulan koir.
Mereka mempersembahkan kembali apa yang telah mereka persembahkan sewaktu Majlis Konvokesyen tempoh hari.
Tahniah buat mereka.
Saya kagumi sesiapa sahaja yang membuat persembahan kerana saya kagumi seni persembahan itu sendiri.
Lebih tahniah lagi buat pelajar UTP kerana mencuba mempersembahkan seni-seni kegemaran mereka.
Barulah seimbang otak kiri dan kanan.
Barulah optimum.
Tetapi harus juga diingat, optimum dilengkapi dengan unsur kerohanian yang sangat penting.
Sudah menjadi tradisi di UTP, pada malam 30 Ogos, akan ada konvoi kemerdekaan mengelilingi kawasan dalam UTP sendiri.
Ada yang suka dan begitu juga sebaliknya.
Tidak kurang juga yang tidak hirau.
Apa yang saya boleh katakan adalah yang lebih utama adalah jiwa kemerdekaan itu sendiri.
Sambutlah dengan cara yang sesuai.
Ikut suka hati juga, tetapi asalkan tidak melampaui batasan.
Faham-fahamlah apa batasan yang ada.
Seharusnya yang sudah dewasa patut tahu.
Suka saya sampaikan Salam Merdeka buat semua warga Malaysia.
Jubli Emas Malaysia.
Merdeka jiwa.
Merdeka hati.
Merdeka minda.
Andai Merdeka itu insan.
Makhluk terbaik ciptaan.
Pasti ia bersinar terang.
Ibarat bulan mengambang.
Selamat Merdeka 50.