Akan datang di Festival Teater Anugerah Merdeka DBP.
Bersama dengan "MAR - day" oleh SEFA.
Dan "Jiwa Merdeka" oleh Dr Shark.
SINOPSIS
Mengisahkan tiga orang pemuda berlainan bangsa iaitu Ahh Chong, Ahh Singh dan Ahh Mad menaiki sebuah lif pada satu malam. Mereka bertiga saling tidak mengenali walaupun duduk di sebuah apartmen yang sama. Lif apartmen itu sudah uzur dan bergerak dengan perlahan. Sepanjang menaiki lif, mereka bertiga berborak-borak sambil mengenali antara satu sama lain. Mereka berbual tentang negara, bahasa dan cinta. Kadang-kala topik perbualan mereka menyentuh sensitiviti dan lantas bertikam lidah walaupun baru saja berkenalan. Kadang-kala juga mereka bertiga bagaikan kawan rapat, saling menyayangi antara satu sama lain. Ini berlaku apabila lif tersebut rosak dan tiba-tiba berhenti. Apabila ada pegawai keselamatan datang, Ahh Chong dan Ahh Singh terkejut bila mengetahui bahawa Ahh Mad tiada lagi dalam lif itu.
KONSEP
Teater ini mempunyai banyak lapis interpretasi dan terbuka kepada sebarang tafsiran. Sebagai contoh, watak Ahh Mad yang diwujudkan sebagai ‘hantu’ yang disedari oleh Ahh Chong dan Ahh Singh boleh membawa maksud bahawa jati diri masyarakat Melayu lebih-lebih lagi generasi muda kini semakin hilang. Cerita ini juga rawak, topik perbualan Ahh Mad, Ahh Chong dan Ahh Singh juga adalah rambang.
WATAK-WATAK
PENGARAH Pengarah teater ini
SUARA Suara mesin lif / Suara pegawai penyelamat
AHH MAD Seorang Melayu yang bodoh, hodoh dan lembab
AHH CHONG Seorang Cina yang dengar lagu Melayu
AHH SINGH Seorang India yang baru kehilangan ibunya
MAD SALIH Seorang warga asing
pergh.. serem. ada jugak unsur hantu dalam teater~
BalasPadamsingh tu india ke?
BalasPadam