Isnin, Mei 17, 2010

Aura Guru Sampai Ke Sini, Ke Kini

Aku makan nasi goreng
berlaukkan ayam goreng
berkuahkan sos ala-ala Thai
aku duduk makan berseorangan
teman sudah jauh hanya di telefon bimbit berhubungan
meja makan itu, bersih
dan amat dingin
tinggi kelajuan kipas penghawanya
tapi suhu sejuk itu bagus
tahan lama ais minumanku
tepat bertentangan dengan tubuhku
selang beberapa meja
sa orang kurang upaya duduk makan
cuba menyuap nasi dengan sudu
sa cara kurang upaya
ditinggalkannya sebentar kerusi berodanya di sisi
secara kurang daya, mengunyah nasi sehingga habis
terima kasih sudu dan kerusi beroda.

aku hampir selesai makan, hampir juga dia padaku
katanya dia ingin menanyakan sesuatu
lalu aku sudikan mindaku
dipegangnya lenganku lembut
dan tenang
setenang raut wajahnya dan tutur bicaranya
dikeluarkan sebuah hasil kraftangan dari begnya
dan jiwa seni aku amat menghargai kraftangan itu
aku membayarnya dengan nilai sehelai kertas lima ringgit
ucapan terima kasih pertama; dipujinya bulu mata aku, disifatkan cantik
aku balas dengan senyuman terbuka
"memang orang ramai kata bulu mata awak cantik?"
ucapan terima kasih kedua dan sama-sama kasih; lalu beredar

terusku berasa dan berfikir akan tajam derianya, teliti matanya, melihat mata yang lain dengan terperinci
dan punya instinct yang tinggi
bagi aku, kau sudah jadi guruku buat hari ini, mendidik aku membuka mata melihat orang-orang seperti kamu, walaupun kamu berlainan bangsa, tapi aku amat gembira menghulur tangan padamu
kerana aku dapat merasa tulus luhur jiwamu,
kurangnya daya dan upaya tubuhmu, tapi
kami lebih daya dan upaya jiwa dan peri humanitimu
ya, kamulah guruku, guru humanusia yang aku cari-cari


16 Mei 2010, 12.30 tgh hari
KL Sentral

1 ulasan:

  1. teringat dulu masa kak salju makan kat KL sentral, ada seorang perempuan berbangsa cina, menjual hasil kraftangan juga. tetapi dia tidak boleh berbicara. sekadar memberikan kertas yang tertulis kata-kata, bahawa dia memohon derma untuk persatuan yang diwakilinya.

    tak sangka usop pun jumpa gak salah seorang daripada mereka.. di tempat yang sama, KL sentral~

    BalasPadam