Selasa, Mac 31, 2009

RANCANGAN TERGENDALA BUAT SEKETIKA

Jumaat, Mac 27, 2009

Kisah Tapak Sulaiman Cokelat dan Air Perisa Hot Dog

Gua dulu dengar walkman. Gua beli kaset. Gua tengok tivi. Carta MTV tiap minggu di TCS5. Stesen tivi di Singapore. Rumah gua di kampung kira untung lah kiranya dapat tengok stesen tivi luar negara. Kalau nak tengok muvi yang ada comolot, buka TCS5. Iklan bra, bikini berjenama seperti Triumph jadi commercial break. Iklan Heineken, Tiger pun ada. Kadang-kadang tengok iklan, gua ingat iklan bra, rupa-rupanya iklan alat elektronik.

Jadi gua layan carta MTV tiap minggu. Lagu Rollin' jadi hits. Nombor 1 dalam carta. Kemudian lagu Real Slim Shady. My Generation. Stan (ni paling hits gua rasa). Take A Look Around. Heh! Jadi gua pun beli kaset Limp Bizkit. Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Kemudian, Eminem. The Marshall Mathers LP. Gua beli kaset ori. Harga bawah RM 20. Belas-belas. Duit belanja sekolah bapak gua bagi, gua simpan, gua beli kaset. Ha ha. Teringat pula cerita Kami lakonan Sudirman dulu. Tapi, kadang-kadang gua pau bapak gua jugak. Ha ha.

Gua beli kaset Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Gua pun pasang dalam walkman. Gua dengar Track 01. Tajuk lagu, Hot Dog. Gua try follow nyanyi ikut lirik sekali. Tapi gua pelik, kenapa lirik dia banyak bintang-bintang? 4 bintang. ****. Ha ha. Sikit-sikit ****, sikit-sikit ****. Sampai 50 kali ****. Itu baru satu lagu.

Itulah kali pertama gua belajar perkataan 4 bintang tu. Satu yang mula dengan F, satu lagi dengan S. Yang mula dengan S tu pun ada dua. Kemudian, gua belajar lagi banyak bila dengar lagu dari The Marshall Mathers LP. Ada yang mula dengan C. 4 bintang jugak. Yang mula dengan C tu pun ada banyak. Ha ha. Ada yang mula dengan D dan macam-macam lagi.

Gua memang layan carta MTV. Kemudian, lagu hits Crawling masuk carta. Gua tengok video klip dia macho gila. Lagu pun sedap. Linkin Park rupanya. Nama band pun stylo. Jadi, gua beli kaset dia. Hybrid Theory. Dalam LP tu, gua paling suka Mike Shinoda. Sebab dia yang bawak verse rap. Dan masa tu gua kerap rape. Eh, rap. Tertaip E pulak.

Begitulah ceritanya. Ada member gua tanya gua, kenapa gua suka rap? Gua suka sebab Ritma And Puisi. Eh, tu Malique kata. Tapi betul lah. Sebab ada ritma. Ada beat. Lirik panjang berjela. Dan kuat mencarut. Maksud aku, mengutuk.

Sekadar berkongsi cerita dulu-dulu. Ramai tidak tahu. Dan dalam masa yang sama. Memang gua layan nasyid. Sekarang nasyid pun sudah ada rap. Gua layan.

Khamis, Mac 26, 2009

Singgah Sana Seni: Ribut

25 Mac 2009, 8.30 mlm, Taman Budaya KL

RIBUT mengisi slot pementasan pertama dalam produksi S.A.T.U (Satu Antalogi Teater Universiti Malaya). Ia merupakan projek pengijazahan tahun akhir pelajar Seni Persembahan (Drama) Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

***

Butiran pementasan:

Karya: The Tempest oleh William Shakespeare

Susunan: Marlenny Deen Erwan

Arahan: Esnani / Didi

Lakonan: Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman (Adeq Sutun)

Sinopsis:

Alonso (Raja Naples), abangnya Sebastian, anak lelakinya Ferdinand, Antonio counselor Gonzalo, dan Antonio (abang Prospero, merampas Duke Milan) terperangkap dalam satu taufan yang ganas di laut. Ribut itu menakutkan semua bangsawan untuk meninggalkan kapal. Apabila ribut itu surut, Duke Prospero yang dibuang negeri dan anak perempuannya Miranda kelihatan atas pulau itu yang telah didiami mereka selama 12 tahun. Miranda memberitahu bahawa dia melihat kapal retak dalam ribut itu, tetapi Prospero menenangkan dia, menjelaskan ia adalah satu ilusi sakti yang beliau wujudkan. Beliau menerangkan muslihat musuh-musuh beliau kepadanya dan menghantar Ariel untuk memusnahkan musuh-musuh beliau. Ariel ialah jin yang dipenjarakan oleh Sycorax di sebatang pokok kerana enggan melakukan kejahatannya, kemudian dengan hikmat sakti Prospero, Ariel telah terlepas dari seksaan itu.
Persoalan demi persoalan telah dibangkitkan tanpa henti-henti dengan mempersoalkan bilakah ianya akan berakhir. Adakah pengakhirannya Miranda akan bersatu dengan Ferdinand ataupun sebaliknya? Saksikanlah RIBUT...

***

Malam itu adalah kali pertama aku menonton karya Shakespeare dan juga kali pertama menonton adaptasi karya beliau. Walaupun karyanya boleh dibaca secara percuma di internet, namun aku tak mampu untuk membacanya tanpa sebarang tunjuk ajar daripada seorang guru. Ha ha. Makanya, aku mengambil masa yang sedikit lama untuk memahami ceritanya kerana sengaja aku tak baca sinopsis terlebih dahulu. Dah baca sinopsis baru dapat faham. Ha ha. Noob Shakespeare aku ni.

Lakonan Adeq Sutun (ini gelaran pelakon itu kerana telah berlakon dalam telemovie RTM iaitu Sutun, Sutun 2 dan Sutun Kembali) secara keseluruhannya sangat baik. Ini dapat dibuktikan apabila dia berjaya membawa dan menghayati tiga watak dengan karakter yang berbeza. Pertama sebagai Ariel, kedua sebagai Alonso dan ketiga Puteri Miranda. Transisi dari satu watak ke satu watak yang lain adalah lancar dan baik. Aku tertarik dengan lakonan dua sisi yang ditunjukkan sewaktu Raja Naples dan Puteri Miranda saling berbicara. Pergerakan Ariel sebagai jin juga dilakukan dengan baik sekali apabila melihat setiap pergerakannya seolah-olah telah dikoreograf dengan begitu teliti dan halus. Namun begitu, pada permulaan persembahan, lontaran vokal telah ditenggelami oleh bunyi audio ribut dan sewaktu babak Puteri Miranda menyatakan rasa cinta pada Ferdinand, anak lelaki Raja Naples, ada dialog off-stage yang langsung tidak dapat didengari kerana telah ditenggelami oleh muzik. Harus menggunakan mikrofon barangkali. Gerak tari Puteri Miranda dan Ariel juga telah dikoreograf dengan baik dan menetapi karakter masing-masing.

Rating untuk pementasan RIBUT:
Cerita: 6/10
Lakonan: 9/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 6/10
Prop/Set: 7/10
Kostum/Make-up: 9/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan: 8/10
Keseluruhan: 8/10


Selepas ini: Di Sebalik Pintu pada 26-27 Mac 2009, 8.30 malam.

Rabu, Mac 25, 2009

Apa Google Image Kata?

Tag daripada Yap ini menarik perhatian aku. Jadi aku buat.

Rules:
1. The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.

Q1: The age of my next birthday = 22
Itu dia... 1 Mei ni. Pekerja dinasihatkan bercuti duduk diam-diam dalam rumah.


Q2: The place I would like to travel to = EuropeDestinasi bulan madu.

Q3: The favorite place = Theatre
Mana lagi kan? Ha ha.

Q4: The favorite food = Chicken Rice

Q5: The nickname I have = Akin
Actually, gambar pertama yang keluar adalah gambar Azra Akin pakai bikini.

Q6: The favorite colour = Black
Ilusi optik ja aku selalu pakai hitam.

Q7: The city I live in (For now) = KL
KL, KL, Cosa Nostra

Q8: The city I was born in = Port Dickson
Apa khabar pantai PD sekarang?

Q9: College Major = Environmental Engineering
Tak ramai yang minat nak ambil major ni.

Q10: Bad habit = Last-minute work
Never Been Dressed (Properly). Itulah akibatnya.

Q11: Hobby = Scriptwriting
Tapi sekarang guna laptop.

Q12: Wishlist = 100 Hot Wheels Collection
Sekarang baru ada lebih kurang 20 biji Hot Wheels die cast. Masih perlukan 80 biji lagi.

N V | V N


N V? (Envy?)
N, Dan, &,
N V V N, Envy Vianne,

Abjad N sentiasa wujud dalam hidup aku
tak pernah tiada
hilang satu, wujud satu yang lain
walaupun abjad N tiada dalam nama aku

N, untuk nafsu
N, nikmat
N, noda

N, untuk naluri
N, naif
N, nur

N, untuk Nur I, Nur II, Nur III, Nur IV
N, Nah, semuanya nur

N, Nur I: Aku tak mahu. Aku tak bersedia.
N, Nur II: Aku ada prinsipal.
N, Nur III: Aku tak sanggup.
N, Nur IV: Aku cinta padaMu.

N, N, N, N.
N, Nyatanya, aku tak boleh lari dari kau.

Selasa, Mac 24, 2009

Aki Si Jin Hutan

Aku sudah pun menonton filem Jin Hutan di TGV, KLCC hujung minggu yang lalu sebelum aku ke Istana Budaya pada waktu malamnya.

Jin Hutan adalah sebuah filem amatur dari serba-serbi tetapi cuba membawa suatu mesej yang signifikan iaitu kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun anaknya hodoh. Namun, jika penonton tidak dapat bersabar sehingga ke hujung filem ini, kemungkinan besar tidak dapat mengetahui sejarah 'jin hutan' tersebut yang bernama Aki (alamak, tambah huruf N kat belakang dah jadi nama aku tu! haha). Aku katakan begini kerana memang sewaktu aku menonton, ada orang yang sudah keluar dari panggung sebelum filem tamat.

Aku pun tidak dapat mengulas dengan lebih terperinci tentang filem ini kerana aku tidak belajar lagi tentang filem. Kalau teater tu dapatlah aku ulas. Jadi, apa kata, aku bagi rating terus? Haha. Kerja pemalas namanya ni.

JIN HUTAN
Cerita: 2.5/10
Lakonan: 2.5/10
Visual: 2/10
Bunyi: 2/10

Yang signifikan dalam filem ini:
1. Cubaan CGI yang kurang real.
2. Baju hujan (4) yang berlainan warna, yang kemudiannya ditinggalkan begitu saja.
3. Watak bomoh Pak Su yang pandai speaking yang mana pada aku memberi elemen humor.
4. Aki yang bermutasi!


OK! Apa pun, cubaan yang berani dan baik daripada Jeffery Wong.

Teruskan usaha. Semoga berjaya. -Ayat templat cikgu sekolah yang diisi dalam penyata keputusan periksa.

Isnin, Mac 23, 2009

Singgah Sana Seni: Sirah Junjungan - Tahajud Cinta

Mungkin ada pembaca yang sudah perasan atau belum, yang mana aku telah memulakan siri 'Singgah Sana Seni' sejak awal tahun yang lalu. Bersesuaian dengan nama blog ini, entri 'Singgah Sana Seni' (3S) membawakan reviu sesebuah pementasan teater yang Akin Muhammad telah tontoni. Alangkah bagusnya jikalau Singgah Sana Seni ini dapat dijadikan sebuah program tivi 30 minit sebagai salah satu cara mempromosikan seni teater di Malaysia disamping membicarakan serba sedikit mengenai teater tersebut secara lebih terperinci. Tapi, itu hanya sekadar impian aku.

Kita mulakan dengan rating persembahan teater Sirah Junjungan - Tahajud Cinta:

Cerita/Skrip: 10/10 (Cerita sirah Rasulullah beb, mestilah perfect score! Ada sesiapa tak setuju?)
Lakonan: 7/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 7/10
Prop/Set: 8/10
Kostum/Make-up: 7/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan pentas: 8/10
Keseluruhan: 8/10

Adegan Pilihan:
1. Pemimpin Quraisy ketika berkumpul untuk merancang pembunuhan Nabi Muhammad S.A.W. Aku suka latar yang dipersembahkan (langit malam dengan kerlipan bintang dan api yang menerangi tempat berkumpul tersebut). Juga ketika syaitan-syaitan keluar untuk menghasut para pemimpin Quraisy.
2. Perang Badar, perang Uhud dan adegan perang sudah pastinya menarik perhatian. Well, bunyi pedang menunjukkan bukan pedang yang dibuat daripada plastik atau kertas ya. =p
3. Adegan intro. Ketika alunan 99 nama-nama Allah.
4. Adegan menyembah berhala.

Watak Pilihan:
1. Abu Sofyan (Jeganathan)
2. Bilal (Taiyuddin Bakar)
3. Abu Talib (Ahmad Yatim)
4. Hendon (Rabecca Nur Islam)
5. Mazlan Tahir (Narator & V.O Muhammad)

Vanida Imran bagi aku kurang menonjol sebagai Saidatina Khadijah kerana adegan yang ada Khadijah tidak banyak.

OST Pilihan:
1. Nabi Anak Yatim
2. Lagu intro (tak tahu tajuknya)
3. Lagu tema yang ada beberapa kali diulang (juga tak tahu tajuk lagunya itu)
4. Alangkah Indahnya Hidup Ini


Sedikit ulasan amatur:

Pertama sekali, aku kagum dengan usaha Eirma Fatima dalam mengangkat sirah Rasulullah dalam bentuk persembahan teater. Walaupun sebenarnya sirah Nabi tidak semestinya perlu muzikal, namun fenomena teater muzikal sedang hangat di kalangan rakyat Malaysia bagi menarik minat ramai untuk datang menonton. Letak sajalah perkataan 'muzikal' di hadapan tajuk sesebuah teater itu, maka ramai yang akan tertarik. Apa yang aku ingin perkatakan di sini, usaha untuk mengangkat sirah Nabi dalam bentuk teater haruslah disokong.

Mula dari babak pertama, hingga ke adegan peperangan dan pahit getir perjalanan hidup Nabi dan kaum muslimin sewaktu itu, hingga ke babak wafatnya Nabi Muhammad, aku menangis sedih, hiba dan pilu kerana begitu mengagumi peribadi Rasulullah dan menyedari betapa rendahnya diri ini jika hendak dibandingkan dengan Nabi. Aku menangis kerana ketabahan Baginda S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islamiyah, aku menangis kerana kemuliaannya sangat tinggi. Waktu menonton, aku buang jauh-jauh ego aku, aku buka hati dan fikiran aku seluas-luasnya, maka mudah untuk aku menghayati sirah Nabi Muhammad, lantas mengalirlah air mata.

Teater ini tentang sirah Nabi. Aku rasa selamat apabila tak ada penonton yang gelak atau tergelak. Memang teater ini bukan untuk digelakkan, tetapi sebaliknya, untuk penonton menangis, untuk penonton merasa bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah rasa, untuk penonton sedar bahawa mereka adalah umat Muhammad S.A.W.

Aku tak macam biasa kali ini. Waktu aku menulis reviu ini pun, aku masih rasa sedih dan pilu. Teater tersebut begitu memberi kesan terhadap jiwa aku. Sedih akan kisah sirah Rasulullah, terus membuatkan aku sedih kerana mengingati dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kerana, kalimah agung itu. Lailahaillallah, muhammadurrasullah. Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi, aku tak seperti biasa, mengkritik apa-apa yang aku rasa tak kena pada pandangan mata aku. Kali ini, aku rasakan aku tidak layak hendak mengkritik cerita tentang Rasulullah yang begitu mulia, begitu menyayat hati.

Cuma satu saja. Pelakon perempuan pakai sarung tangan atau kaki tak?

Namun begitu, komen tetap komen, kritik tetap kritik. Teater ini teater Islamik. Muzikal Islamik, lebih tepat lagi. Aku juga aktivis teater yang lahir dari genre yang sama, iaitu teater Islamik. Jadi, aku punya pengalaman walaupun taklah banyak mana. Bila mana kita pentaskan teater Islamik, well, semua perkara mestilah bertepatan dengan agama Islam. Pertama, pelakon lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Kalau dengan tujuan berlakon dengan niat yang baik sekalipun, seboleh-bolehnya elakkan bersentuhan. Pakai lapik, sarung tangan dan kaki sebagai cara yang lebih elok. Keduanya, pementasan Islamik perlu Islamik bukan hanya di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Bukan setakat pelakon menutup aurat di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Dengan sebab itulah, pemilihan pelakon adalah amat penting. Batas-batas pergaulan pelakon perlu dijaga. Ini adalah pengalaman aku dalam teater Islamik, daripada tunjuk ajar pengarah teater aku, Dr Shark. Aku sangat respek dengan bawaan teater beliau. Dia tidak mahu mementaskan teater yang ada wanita Islam yang tidak bertudung atau ada adegan yang mana lelaki perempuan bersentuhan. Itu bawaan dia, prinsipal dia dan aku akan sokong dan bawanya dalam kareer teater aku. Aku tahu, dalam kumpulan aku sendiri pun, ada sesetengah ahli yang kurang bersetuju dengan prinsipal Dr Shark itu. Tapi, ingatlah kawan-kawan, apa yang dihujahkan tentang prinsip itu sememangnya tidak ada yang lebih benar lagi. Sememangnya teater yang kita perlu bawa dan persembahkan pada masyarakat perlulah Islamik dan tidak bercampur aduk dengan perkara-perkara haram.

Dah panjang aku berceramah. Dah off-topic pun. Tapi itu yang aku cuba sampaikan. Teater Islamik perlu dibawa secara Islamik sebenar-benarnya tanpa ada unsur-unsur haram yang bercampur aduk. Titik! Noktah! Tidak ada hujah lain yang diperlukan untuk menentang pernyataan aku ini. Walaupun aku bukan ustaz, tapi aku (dan kita semua orang Islam) punya tanggungjawab dalam menyampaikan pesanan ke arah kebaikan.

Sampai di sini tazkirah kita pada hari ini.


ps: Aku rasa Bilal tu harus habiskan saja laungan azan. Lebih baik daripada hanya melaungkan kalimah awal dan akhir dalam azan. Aku rasa sajalah...

Jumaat, Mac 20, 2009

Termenung dan Berfikir.. Sejenak, Sendiri.

Sememangnya aku akui, waktu kita termenung, banyak perkara yang terilham dalam fikiran kita. Biasanya ketika aku duduk di dalam bas, menunggu untuk sampai ke destinasi, melihat orang-orang ramai dan pemandangan sekitar, aku akan termenung. Bila kita menunggu seseorang juga kita akan cenderung untuk termenung. Bila kita duduk berseorangan juga kita akan termenung. Dan bila sedang membuang air besar juga kita akan termenung, itu pun kalau tidak kena sembelit.

Kita termenung, memikirkan diri kita sendiri, ataupun diri orang-orang yang dekat dengan kita yang kita sayang. Kita juga memikirkan tentang masa silam, memori manis atau pahit, juga masa depan kita, apa yang akan berlaku dalam hidup kita bila sudah meningkat dewasa. Adakah cita-cita, impian kita akan tercapai? Apakah kita akan hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak? Dan kadang-kala, boleh jadi kita terfikir bagaimana jadinya apabila kita sudah mati? Apakah kita akan diseksa di kubur? Apakah orang yang kita sayang yang masih hidup di dunia akan sedih meratapi pemergian kita? Atau apakah kita akan cukup tabah dan sabar dalam menerima pemergian ibu bapa kita atau ahli keluarga kita yang kita sayang? Persoalan tentang kehidupan lampau, masa sekarang dan akan datang akan pasti bermain-main di ruang fikiran kita sebagai seorang manusia. Semuanya, kemungkinan akan hadir sewaktu kita termenung.

Unik bukan? Bagaimana Tuhan mewujudkan sifat manusia yang boleh termenung yang memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan munasabah diri. Bagi aku, ia memang cukup unik. Keindahan manusia itu sendiri mungkin tidak dapat dianalisa sepenuhnya oleh manusia itu sendiri. Kerana bukan kita yang mencipta diri kita ini. Pencipta yang mencipta diri kita.

Aku termenung. Berfikir. Terfikir. Kenapa aku belajar kejuruteraan? Kenapa aku berteater? Kenapa aku bercinta? Sudah tentu, aku boleh mengarang sendiri jawapannya kerana aku sendiri yang memilih untuk melalui hidup aku melalui jalan yang aku pilih. Dan sudah tentu tidak semua manusia boleh membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan. Kebanyakan masa, manusia terlalu terburu-buru sehingga mereka hanya berfikir setelah membuat keputusan dan tindakan. Lantas, mereka hanya dapat berfikir tentang penyesalan. Tetapi, penyesalan adalah satu kebaikan jika kita anggap ia sebagai suatu yang memberi pengajaran kepada diri kita supaya kita dapat bertindak dengan lebih bijak pada masa akan datang.

Di dalam entri kali ini, aku benar-benar mahu mengajak semua pembaca untuk bermenung. Atau termenung. Supaya kita dapat berfikir. Atau terfikir. Akan diri kita, diri orang lain dan juga Tuhan kita. Bagi golongan yang lebih teknikal yang selalu bertanya soalan 'kenapa?' dalam bidang sains mahupun sastera sekalipun, apalah kiranya jika kita dapat bermenung sejenak akan hal ehwal kemanusiaan. Tentang diri kita sebagai permulaan kerana diri kita sendiri yang paling dekat. Aku percaya, jika kita sentiasa bermenung, termenung iaitu berfikir, terfikir, manusia akan lebih mempercayai diri sendiri, orang lain dan yang pasti Tuhan kita.

Soal kepercayaan sememangnya berkait rapat dengan kemanusiaan. Disebabkan kepercayaan, manusia boleh saling berkasih sayang dan kerana kepercayaan juga, manusia boleh saling berbunuhan. Dan, dengan sebab kepercayaan juga, manusia boleh mempercayai Tuhan dan juga sebaliknya.

Bermenung, termenung. Berfikir, terfikir. Sejenak, sendiri.

Khamis, Mac 19, 2009

Y Me | Me Y


Y. Y? Y Y?
Y me? Me, Y.
Y?

Ada fikir - mungkin sangka - yang Y tidak perlu dipersoal.
Ada kata yang Y tidak perlu dipertikai.

Y. Dunia jadi makin kelakar.
Z. Dunia (hampir) mati.

Kelakar dan mati.
Kelakar ha-ha-ha! ha.
Mati hu-hu-hu! hu.

Kelakar atau mati.
Akhirnya tetap palsu.
Oh, tidak. Mati tidak palsu.
Mati inevitable.
Tidak!
Mati dipalsukan. Itu mati palsu.

Akhirnya tetap sama.
Mati.

Selasa, Mac 17, 2009

MBSK Rawak I - Contradic*tion

Ini madah bicara suara kata (mbsk) rawak yang aku dah lama nak buat.


Adik dia dah besar. Jambu. Nerd. Geek. Rambut belah tengah. Belah tepi. Pakai gel. Tali leher lekat sampai petang. Tak ponteng kelas. Duduk baris depan. Pengawas. Pakai songkok. Bullshit. Eh, bukan. Itu benda lain.
Adik aku macam budak-budak. Kaki pukul. Belasah. Gangster. Samseng. Bully. Bullshit. Eh, itu benda lain. Pendek kata ke, panjang kata ke, sama maksud = budak jahat. Budak nakal. Tak matang. Bajet macho. Lelaki. Smoker tegar. Muka pecah. Banyak jerawat. Banyak awek. Couple banyak kali. Layan blue. 3GP. Budak sekolah. Shit. Lagi, benda lain. Lagi sekali.

Contradicktion.

Lama tak dengar cerita, kawan lama? Ya, walaupun aku tahu perkataan 'kawan' tu tak sesuai untuk aku gunakan, tapi kau pun dengar kan yang aku sebut 'kawan' tadi dengan penuh rasa sarkastik?

Contradicktion.

Mana boleh belajar Sains dan Math dalam Bahasa Inggeris! Kita kena pertahankan bahasa ibunda kita! Hidup Melayu, kononnya?
Sains dan Math kena belajar dalam BI. Apa salahnya? Untuk kemajuan kita juga. Kita masih guna Bahasa Melayu dalam urusan harian dan rasmi kita. Dan kita masih guna BM dalam pembelajaran Bahasa Melayu!
Nak belajar Sains dan Math ni tak kisah lah bahasa apa. Dalam Sains kita perlu kemahiran berfikir secara logik. Kita buat pemerhatian daripada eksperimen, berdasarkan teori yang sudah ditemui oleh para saintis dahulu kala. Belajar Math pula, guna kalkulator untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Aman dunia. Tak perlu kecoh-kecoh.

Contradicktion.