Isnin, Oktober 12, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Tour 2

Alhamdulillah.
Sebelum graduate ni. Dapat juga merasa hidup ber-tour. Maknanya. Dapat merasa keletihan dan kepadatan jadual harian. Mana taknya. Hujung minggu show dua malam. Hari bekerja (hari kuliah) sebelumnya sudah pasti ada latihan pada waktu malam. Sedangkan. Orang lain buat kerja pada waktu latihan itu. Maknanya. Lepas tengah malam baru aku dapat buat kerja. Atau aku curi-curi masa yang ada untuk buat kerja.

Alhamdulillah.
Sebelum graduate ni. Dapat juga merasa memiliki dan memakai sehelai baju uniform TTS. Bangga rasanya memakai baju tu. Ya. Aku bangga menjadi salah seorang aktivis dalam TTS.

Alhamdulillah.
Walaupun balik selepas selesai Tour 2 tadi. Seluruh kaki aku sedikit kejang. Mungkin sebab berdiri di belakang rostrum sepanjang pementasan dua malam berturut-turut. Ditambah pula dengan bas coaster yang boleh tahan dinginnya.

Alhamdulillah.
Tour 2 selesai dengan jayanya. Hasil kutipan dianggarkan lebih kurang Satu K. Terima kasih kepada semua yang hadir menonton. Terima kasih kepada semua krew produksi. Terima kasih. Terima kasih.

Secara keseluruhannya, persembahan pada kedua-dua malam adalah cemerlang (seperti kata Direktor) dan macam biasalah, ada perkara-perkara kecil (yang detail) yang perlu diambil kira dan diperbaiki untuk show akan datang.



Walaupun pada Malam 2 ramai pelakun yang terlupa line.

Dan aku pula, psst, ter-blank kejap dua saat. Haha. Macam tu lah dalam teater ni, bila ada seorang yang TER-itu, TER-ini, akan turut memberi kesan pada pelakun yang lain.

Bukankah itu juga sesuatu yang seni? Yang kita tidak nampak secara terus dengan mata kasar?


Hmm.

Ahad, Oktober 11, 2009

Tour 2 Malam 1

Alhamdulillah. Ucapan pertama yang perlu terpacul keluar dari mulut.
Semuanya berjalan lancar. Tahniah. Syabas. Terima kasih. Esok ada satu show lagi di Ipoh.
Sebelum menyerang kawasan sasaran utama kami: KUALA LUMPUR.
Di sana adalah tempat yang mencabar kami semua untuk membuktikan pada penggiat teater di KL, bahawa pelajar engineering juga mampu berteater.
Setinggi atau sejauh mana tahap pementasan teater kami, itu bergantung kepada penonton di KL nanti untuk menilai dan menentukan.

Sekian.


ps: Rebiu tak rasmi akan datang...

Rabu, Oktober 07, 2009

Bicara: Hubung Kait Seni & Sains?

"Menjadi diri sendiri adalah sebahagian daripada seni hidup." - Akin.M, 2009

Masa aku praktikal di pejabat PMU dulu. Ada seorang staf muda di situ yang menampal satu poster kecil yang menyebut tentang betapa tepatnya ukuran/kiraan permeability dasar laut.
Dan akhirnya, ada disebut:

"Permeability juga adalah satu seni!"

Dan staf engineer seorang lagi yang mengajar aku serba sedikit tentang seismic pula merasa bahawa map seismic itu cantik, dan boleh nampak dia sangat sukakan seismic.
Dan aku juga menganggap:

"Seismic juga adalah satu seni!"

La? Kalau dah sains pun dianggap/diibaratkan macam seni, habis tu, takkan semua perkara di dunia ni seni belaka? Apakah benar wujudnya jurang antara seni dan sains? Apakah seni dan sains itu sewajarnya berhubung kait? Apakah seni itu tidak boleh dihubung kait dengan sains? Apakah seni itu tidak boleh berstruktur? Apakah seni itu harus wujud dengan kadar fleksibiliti yang tinggi?

Soalan-soalan sebegini selalu terpacul keluar dalam kotak otak aku.

Lalu, di mana pula duduknya agama antara seni dan sains? Adakah di bawah agama itu letaknya seni dan sains? Atau adakah agama itu seni dan dalam masa yang sama juga adalah sains? Atau haruskah dikatakan agama itu penghubung kait antara seni dan sains?

Aku tahu. Soalan-soalan sebegini pun sudah cukup untuk memeningkan kepala hotak. Dan pastinya, ada sel-sel otak yang akan mati.

Tentang seni yang berstruktur dan yang tak berstruktur.
Tentang seni yang tak ada sains dan yang ada sains.

Kalau seni tak berstruktur, produksi sukar untuk wujud dan bergerak.
Jadi misalnya, sudah ada skrip. Tetapi tidak ada organisasi (struktur). Mungkin skrip itu hanya akan terperap sahaja. Tidak dapat dipentaskan.
Dalam kes ini, penulis skrip adalah asli. Dia tidak mahu berlakon atau mengarah. Dia hanya menulis skrip.

Malah, adanya jawatan pengurus pentas, pengarah, itu semua menunjukkan struktur produksi teater perlu berstruktur bagi mewujudkan satu produksi.
Kalau tak ada pengarah, macam mana pelakon-pelakon ni nak berlatih? Berlatih buta-buta macam tu tanpa ada hala tuju? Tanpa ada pantauan?
Kalau tak ada pengurus, lagilah haru-biru.

Kalau tak ada sains, tak ada lah lampu nak pancarkan kat muka pelakon-pelakon ni. Dah lah show biasanya buat waktu malam. (Kenapa? Carilah sendiri jawapannya, kenapa show teater biasa buat waktu malam...).

Pendek kata, pada pandangan aku, seni dan sains saling melengkapi.
Seni boleh jadi sesuatu yang asli dari segi konsep asalnya. Tetapi secara praktikalnya, seni perlu sains untuk jadi lengkap (dalam kes yang aku sebut ni: seni teater). Dan sains perlu seni (seni manusia) untuk jadi lebih tepat.

Wallahualam...

Isnin, Oktober 05, 2009

Tentang Babak Klimaks Asylum

Sewaktu post-mortem show malam kedua di UTP tempoh hari, direktor Asylum ada memesan kepada semua pelakon untuk mencari 'source of energy' masing-masing.

Memang aku akui dan tak dapat dinafikan. Aku juga berasa amat letih. Hari-hari yang aku lalui. Walaupun tidur mencukupi. Tetapi tetap berasa letih apabila menjalani latihan teater. Mungkin stamina tidak tinggi. Kalau nak diikutkan, semua pelakon perlu menjalani latihan fizikal bagi meningkatkan stamina. Dan pemakanan juga harus dijaga. Che Mad pula ada menyarankan pelakon untuk mengambil makanan supplement.

Aku tidak risau akan lakonan pelakon. InsyaAllah. Akan bertambah baik latihan demi latihan.
Tetapi aku risau dengan stamina dan tenaga pelakon. Khuatir bila tiba waktu show di KL, tenaga pelakon tidak cukup tinggi. Nyatanya, perkara ini perlu diambilberat oleh semua krew produksi. Dan satu lagi, kesihatan para pelakon juga perlu dijaga. Sebab malam kedua show hari tu, aku pening kepala sebenarnya. Tapi aku tetap paksa diri aku untuk perform yang terbaik. Mungkin sebab paksaan tersebut menjadikan aku sangat letih selepas show habis.

Pada pandangan peribadi, babak klimaks yang dilakukan oleh pelakon Asylum tempoh hari memang tidak menjadi. Sebab aku sendiri pun tak buat sehabis baik. Ada satu ketika di mana sedang semua pelakon lari bertempiaran dan terjatuh berguling-guling, ada satu ketika dan waktu yang diisi dengan 'moment of silence' yang tidak sepatutnya berlaku. Entah. Aku rasa babak tersebut perlu diambil perhatian yang serius buat pengarah dan juga pelakon itu sendiri yang paling penting. Sama ada pengarah boleh mencari dan gunapakai teknik atau yang lebih baik, pengarah mengerahkan tenaga para pelakon supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Bagi diri aku sendiri, aku akan cuba rasa lebih takut lagi pada babak klimaks tersebut dan dalam masa yang sama masih teringat akan perkara dunia seperti duit dan pangkat serta wanita dalam kes watak aku.

(Tiba-tiba teringat kegagalan aku untuk adegan klimaks dalam teater Transit dulu-dulu. Haha.)

Oh ya, sebut pasal Transit.

Aku bercadang hendak gabungkan skrip Transit 2 (yang baru siap satu babak) dengan idea terbaru aku (malam tadi baru dapat idea) menjadi sebuah teater semi-muzikal. Aku bercadang hendak ambil lagu-lagu ketuhanan daripada kumpulan Ungu. Kenapa aku pilih band dari Indonesia? Hmmmmm...

Minta-minta aku dapat buat skrip ni sikit-sikit. Ya lah, aku pun kena buat FYP juga...

Oh dan satu lagi. Selain babak klimaks Asylum itu, ada satu lagi babak yang perlu diperbaiki iaitu babak menari lagu nasyid dan hindi. Bak kata Che Mad lah, tarian tersebut tidak boleh nampak seperti orang biasa menari, tetapi koreografinya mestilah cantik dan nampak orang gila yang menari. Entah. Aku pun tak tergambar dan terbayang lagi macam mana nak buatnya.

Dan babak bangkit semula selepas mati itu rasanya lebih elok jika dilakukan. Mungkin Dr Shark ada sebabnya tersendiri kenapa dia suruh direktor potong babak tu tempoh hari sewaktu rehearsal. Dan aku pun tak tahu apa sebabnya. Apa pun, ini hanya pendapat aku sahaja. Keputusan pada sentuhan seni direktor.



ps: Aku dah berkorban banyak benda dan perkara untuk teater. Namun aku sedar, aku masih perlu 'purify' lagi otak seni aku. Kadang-kadang bercampur-baur dengan otak logik. Mungkin aku perlu belajar supaya lebih pandai mengawal kedua-dua belah otak ini. Kalau tidak, aku mungkin akan tersalah membuat keputusan pada dua situasi yang berlainan.

Ahad, Oktober 04, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Tour 1 Malam 2

Pertama sekali. Alhamdulillah. Sebab Tour 1 Shark Attack sudah selesai. Dan mendapat kutipan yang paling banyak sepanjang sejarah penubuhan TTS. Ini sudah pasti satu kejayaan buat pihak kami.

Namun. Sedikit sebanyak pelakon dan krew belakang tabir terkesan dek bilangan penonton yang kurang berbanding Malam 1.

Energi secara keseluruhan adalah rata. Tidak setinggi semalam. Ya, sebab bilangan audiens kurang, sudah tentu respons audiens juga kurang. Ini memberi kesan pada pelakon. Tetapi perkara ini tidak boleh jadi alasan. Pelakon tidak boleh terlalu mengharap respons daripada audiens. Dan kalau audiens tidak memberi respons yang baik, pelakon tidak boleh tergugat dengan sebab itu. Pelakon harus kekal dalam karakternya dan kekal tahap energinya. Kalau tidak, jadilah macam malam semalam tu. Dan haruslah diingati, energi dalam teater saling berhubung kait antara setiap pelakon dan juga krew.

Banyak juga pelakon yang tersasul-sasul. Termasuk juga aku. Sekali.

Dari segi lakonan. Setiap pelakon sudah tunjukkan tahap lakonan yang baik. Memang banyak peningkatan. Khususnya pelakon-pelakon baru. Pelakon lama aku tak payah cerita lah. Dah tentu dah banyak pengalaman dan lakonan tidak menjadi masalah.

Tapi aku sebut setiap satu karakter di sini:

Atendan
Emosi atendan dalam teater ni kebanyakkannya adalah marah dan fed up.
Dalam babak-babak awal atendan. Atendan terlalu menjerit. Ya. Memang dia boleh menjerit pada bahagian tertentu tetapi bukan bila marah saja, jerit, marah saja, jerit. Dan pentas teater bukanlah untuk pelakon menjerit, tetapi untuk pelakon melontarkan vokal mereka. Dan sewaktu aku menunggu Q untuk masuk pentas, aku dapat dengar yang atendan ad lib dalam energi yang amat rendah. Maksudnya, atendan ad lib tetapi perlahan suaranya.

Pakcik
Karakter ini dicipta oleh penulis skrip untuk menjadi centre of attraction dalam teater Asylum ini. Karakter ini memang patut jadi kelakar habis. Dan sememangnya casting Anwar sebagai Pakcik adalah sangat tepat (memang dari dulu lagi tak ada orang lain selain Anwar, Lutfi atau SEFA yang jadi Pakcik.. oh adalah jugak Fauzan jadi Pakcik sekali). Apa pun oleh sebab Pakcik kali ini menggunakan loghat Negeri Sembilan, Pakcik perlu berhati-hati dengan tiap patah perkataan yang keluar harus jelas didengari.

Baby
Apa yang aku nampak Baby sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi Baby yang comel. Acab yang memainkan watak tersebut sudah ada apa yang diperlukan. Iaitu fizikal yang comel. Tahap energinya juga dimainkan dengan baik, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu hiper. Untuk show yang akan datang, aku mengharapkan untuk melihat 'sesuatu' yang lebih daripada Baby. Iaitu aku ingin melihat Acab menonjolkan 'peranan' sebenar watak Baby dalam teater Asylum ini.

Mat Merah & Mat Hijau
Sebagai bekas Mat Merah, aku rasa Daus tiada masalah membawa watak ini. Reaksi dan ekpresinya serta chemistrynya bersama Mat Hijau sudah cukup bagus. Dan aku percaya untuk 4 show akan datang lagi, Daus akan jadi lebih bodoh dan bongok. Dan seperti biasa, Daus cenderung untuk melontarkan dialognya secara TERlaju. Jadi perlu berhati-hati di situ. Takut tersasul macam aku semalam kan.....
Mat Hijau pula sudah cukup bongok. Cuma untuk kostumnya perlu diselesaikan secepat mungkin. Perlu kostum baru yang sama padan dengan Mat Merah. Tempoh hari habis basah kuyup baju T Mat Hijau itu.
Mat Merah & Mat Hijau memang perlu ada chemistry yang kuat. Bila dah ada chemistry tu, tak ada masalah sudah.

Pengedar
Sebagai pelakon baru, lakonan Ayie banyak peningkatan. Kalau dulu dia tak reti langsung nak variasikan dialog dan tak dapat bezakan antara menjerit dan meninggikan energi, tetapi hari demi hari, latihan demi latihan, peningkatan dapat dilihat melalui lakonannya. Itulah gunanya latihan kan... Dan, casting Ayie untuk watak tersebut juga adalah tepat. Asalnya, aku dapat watak Pengedar tu dulu. Tapi sebab SEFA tidak dapat jadi Y.B, maka aku yang menggantikan tempat Y.B dan watak Pengedar dapat ke Ayie.

Penagih
Azizi juga memainkan watak Penagih dengan baik jika hendak dibandingkan sewaktu latihan awal-awal dulu yang memang tak kena dan tak jadi. Dan kalau Azizi boleh jadi lebih lagi i.e lebih sejuk lagi, lebih menggigil lagi, lebih high lagi, lebih desperate lagi, aku rasa pasti akan jadi lebih lebih lebih bagus!

Polis
Haha. Watak Polis juga watak yang bongok. Karakter Polis bongok yang dimainkan oleh Sultan sudah ada. Dan kalau lebih exaggerate lagi mesti lagi best dan seronok. Apa pun babak antara Pengedar dan Penagih makin lama makin baik. (Mungkin sebab selalu kena tegur masa latihan kan... Hehe)

Fura Panda & Wartawan
Aku sedikit gerun dengan babak ni sebab ia melibatkan dua orang watak utama dalam babak tersebut dengan watak sampingan di belakang. Takut overshadow berlaku. Untuk memastikan masalah overshadow tidak berlaku, Fura Panda dan Wartawan perlu lebih menguasai babak mereka itu. Karakter Fura Panda sudah ada dan menarik dan berlainan dengan Fura Panda sebelum ini. Masalah overshadow yang ketara berlaku apabila Pakcik menyebut line 'Kepala hotak dia?!". Pada pandangan aku, langkah ini kurang bijak kerana Pakcik sudah pun mencapai tahap WOWnya sebelum babak Fura Panda itu. Pada aku, kerana satu line Pakcik itu, seolah-olah 'mencuri' perhatian penonton yang sepatutnya menonton dan mengWOWkan watak Fura Panda yang tidak kurang juga hebatnya. Dan Fura Panda hanya ada satu babak itu sahaja yang harus diperguna sehabis baik. Itu pandangan aku sahajalah... Hehe.
Oh ya, dan Wartawan pula. Aku harap Cik Direktor atau senior yang berpengalaman dapat asah lakonan Hisyam yang merupakan pelakon baru. Ada banyak poin-poin yang boleh menjatuhkan energi persembahan. Sebab tu aku gerun bila babak ini sampai.

Uncle Sam
Dan sudah tiba masanya untuk komen bagi watak yang dinanti-nantikan oleh semua... Uncle Sam, yang dimainkan oleh Timmy Ong.
Okay. Ramai pelakon dan krew yang pelik kenapa watak Uncle Sam mendapat WOW oleh audiens. Jawapannya tiada yang mutlak. Tapi pada pandangan aku, inilah yang aku sebut sebagai Faktor-X.
Pertama sekali. Timmy adalah the one and only pelakon berbangsa Cina yang terlibat dalam kerja teater TTS. Masih ingat apabila Moorthi berlakon dalam Taqdir tempoh hari? Dia juga the one and only pelakon berbangsa India dalam produksi TTS. Dan Moorthi juga mendapat WOW dari penonton. TTS amat berbesar hati adanya Timmy dan Moorthi dalam produksi kami.
Kedua. Ekspresi wajah Timmy yang psiko. Aku yang menonton (eh aku berlakon lah) dari rostrum dapat melihat Timmy melebih-lebihkan ekspresi wajahnya (exaggerate lah). Walaupun gaya jalan Timmy memang dari dulu sama macam tu, tapi dia menggunakannya untuk merasai keseronokan di atas pentas.

Dengan kejayaan Tour 1 di UTP ini, di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada:

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (Sebab luluskan bajet)
Tronoh Theatre Shop, UTP (Sebab sediakan platform, ruang dan peluang untuk mementaskan show)
Unit Ko-kurikulum UTP (Sebab sediakan tempat latihan Blok B)
Maintenance & Security UTP (Sebab sediakan tempat latihan dan show MPH)
ITMS UTP (Sebab sediakan khidmat media dan IT sewaktu rehearsal dan show di MPH)

Dr Shark & famili (dan dia punya front desk department)
Che Mad Haris
En Ahmad PG
Mr Rahmat Iskandar (yang memerhati dari jauh)

Dan semua krew The Shark Attack Theatre Tour 2009. (Banyak sangat nak tulis semua kat sini. Dah habis Tour 3 nanti bolehlah...)

Sabtu, Oktober 03, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Malam 1 Tour 1

Lain orang. Lain pendapat. Lain pandangan. Lain interpretasi.
Lantas aku terfikir. Kelainan ini adalah bukti kehebatan kuasa Pencipta.
Lalu walaupun orang lain-lain dari pelbagai sudut. Perlu ada sesuatu yang mengintegrasikan kesemuanya. Ummat.

Cik Direktor Aini sudah pun memberi komen dari sudut pandangnya. Che Mad Haris juga sudah memberi komen peribadinya. Tidak kurang juga dengan SEFA. Berkomen di dalam blognya sebaik selepas show. Kalau ada Dr Shark sekali sudah pasti dia orang yang pertama yang akan beri komen (sebab dia tak boleh balik lewat sangat). Kalau ada Mr Rahmat Iskandar yang sekarang ini jauh dari kita sekali pun, mesti ada komen yang berlainan darinya. Dan kalau ada Encik Ahmad PG sekali pun, sudah pasti akan ada sedikit kata-kata daripadanya. Dan kalau ada Pacel sekali pun, mesti dia disuruh untuk memberi sedikit komen.

Aku pun nak komen sikitlah ya pasal dunia seni kita ni... Eh, bukan apa... nanti dah tua kerepot aku boleh jadikan komen-komen semua ini sebagai rujukan untuk aku berkarya nanti...

Malam itu kali pertama aku terlupa skrip sepanjang sejarah hidup teater aku di dunia fana' ini.
Jadi aku tidak hairan kalau ramai yang datang pada aku dan terus mengatakan:

"Kau lupa skrip tadi kan?"

"Kau lupa line tadi ya?"

Dan seumpamanya. Sedangkan Izzi pun siap menyatakan dalam blognya secara khusus yang aku lupa skrip. Jadi orang yang dah biasa dengan teater, sama ada yang dah biasa terlibat dalam kerja teater atau hanya sudah biasa menonton, boleh tahu seorang pelakon itu lupa skrip atau pun tidak.

Energi aku pada malam itu memang tidak setinggi waktu latihan dan rehearsal sebelum ni. Kalau tanya aku kenapa, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, energi itu juga sesuatu yang subjektif dan seni. Kita tidak nampak dengan mata kasar akan wujudnya energi itu. Energi itu dapat dirasa. Dan kalau hendak lebih kompleks lagi, energi itu aku kaitkan dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu Yang Maha Besar.

Untuk show malam ini, aku sudah pun tanggalkan Q sheet aku yang aku guna semalam. Malam tadi kali pertama aku sediakan Q sheet untuk show dan kali itu jugalah kali pertama aku terlupa skrip. Jadi, maknanya aku memang bukan jenis orang yang boleh guna Q sheet.

Perjalanan seni aku masih jauh sebenarnya. Sehingga ke nafas terakhir, dengan izin Allah, aku akan bergiat dalam bidang seni.

Aku harap rakan-rakan seperjuangan seni aku yang lain juga begitu...




"Teater adalah satu cabang seni yang 'berkuasa' merubah manusia." -Akin.M, 2009



ps: Aku inginkan sesi dialog tentang "Ke mana hala tuju perjuangan seni kalau bukan kepadaNYA?". Panel-panelnya aku rasa kau orang pun dah boleh agak...

... Allah.

Ya Allah...

aku sakit...
aku terseksa...
dah lama aku merana
kerana sakit aku ni...

Ya Allah...

aku selalu melupakanMu...
bila aku ingat Kau pun
hanya sekejap
tak tahan lama
aku lebih banyak melupakanMu daripada mengingatiMu...

Ya Allah...

aku buta...
aku nampak yang kotor itu bersih suci
aku nampak yang bersih suci itu macam tiada apa-apa

Ya Allah...

iblis dalam diri aku sudah begitu lama menguasai diri aku...
aku nak lepaskan iblis itu keluar dari dalam diri aku...
tapi... aku masih belum cukup kuat...

Ya Allah...

betapa lemahnya aku...
betapa hinanya aku...

Allah...
Allah...
Allah...







...Allah.

Malam 1 Tour 1

p/s: Terima kasih kepada Am kerana buatkan platform kecil untuk aku berdiri.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Spoiler: 8 Jam Sebelum Tirai Asylum Dibuka

Sejak dari dulu lagi rata-rata rakan aku dan orang-orang sekitar tidak dapat menyebut 'Asylum' dengan sebutan yang betul.

Ada yang sebut Asy -lum. (Asy yang macam sebut nama orang, Asyraf)

Ada yang sebut A -si -lum. (Memang betul-betul orang Melayu betul yang sebut macam ni.)

Sebenarnya 'asylum' ada satu perkataan yang wujud dalam kamus Bahasa Inggeris.

Cara menyebutnya adalah .. err.. apa kata kita masukkan kekata kunci "how to pronounce asylum" dalam enjin carian Google?

Hmm.. kelajuan internet di sini agak perlahan. Mungkin boleh cuba lain kali.

Oh, dah boleh pulak. Main-main pulak.


ChaCha has the answer to this question: How do you pronounce asylum
Answer: Asylum is pronounced 'uh-sahy-luhm.'


ChaCha pun ChaCha lah.


Kalau nak tahu macam mana perkataan 'asylum' disebut dengan betul, silalah sudikan diri hadir menonton persembahan teater Asylum pada malam ini dan esok di Multipurpose Hall, UTP. Pukul 9 malam. Tiket hanya RM 5.oo. Harga tiket kami memang tidak naik-naik. Malah kadang-kadang kena turunkan harga.

Dan ya, kali ini pihak kami pertama kali dapat audiens berjumlah 100 lebih orang dari salah sebuah universiti di Pulau Pinang. Dan pertama kali kami dapat tahu yang show yang kami akan pentaskan akan ditonton oleh audiens yang ramai. Itu sajalah spoiler untuk kali ini. Sekurang-kurangnya kami tahu yang kami tak patut sia-siakan penonton yang datang dari jauh tu...

Apa pula maksud 'asylum'?

Asylum itu pusat 'penyelenggaraan' (haha) pesakit mental. Orang gila lah senang kata.

Jadi pada hemah aku, perkara pertama sekali yang perlu pada pelakon adalah menjadi gila. Che Mad ada memberi komen malam semalam yang kebiasaannya penonton memberi komen yang mana pelakon tidak cukup gila. Tidak nampak gila. Tidak nampak benar (real).

Jadi secara teknikalnya, untuk mewujudkan dan menampakkan watak gila lantas menjadi orang yang gila secara benar, pelakon harus memasukkan dan memberi makna gila dalam patah-patah perkataan yang ada dalam skrip.

Contohnya.

"Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.. apa khabar semua? Tak jawab?! Tak jawab tak apa.. tapi ingat, dosa tau!"

Dialog ini pada awalnya macam orang biasa cakap. Tapi ayat yang kedua menunjukkan yang orang itu gila, itu pun kalau cara menyebutnya dibuat dengan gila. Kalau dibuat macam gaya seorang ustaz yang serius, dah tak gila dah bunyinya.

Jadi pemain (pelakon) kena pandai main dengan dialognya.

Pada hemah penulis skrip ini sendiri, watak gila akan jadi selepas pelakon melebih-lebihkan stress word atau action bagi watak tersebut. Dan macam biasalah, kena masuk, kena jadi watak gila tu, kena rasa seronok main dengan watak gila tersebut. Hal ini tidak begitu teknikal. Ya, ada juga teknik yang perlu digunapakai, tak boleh lah main sebarangan. Tetapi perkara ini lebih kepada merasai watak itu sendiri. Pelakon kena rasa, kena rasa, dan kena rasa.

Malah untuk berlakon watak yang tak ada perasaan pun, kena rasa yang dia tak ada perasaan. (Haha, ada orang dah mula mati sel otak tu... lebih baik aku berhenti.)

Ingat:

Kena rasa, kena seronok.
Kena energetik, kena hiper.
Kena GILA!


GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA. GILA.


ps: Malam ini pintu akan dibuka hanya selepas pukul 8.30 malam. Pukul 9 malam kami akan terus mula tanpa perlu tunggu pelakon.. eh, tanpa tunggu penonton masuk lagi.

Perasmian The Shark Attack Theatre Tour 2009 oleh Y.B

Tuan-tuan dan puan-puan semua...

Masa aku taip ni, waktu pagi. Dah masuk hari Jumaat pun. Jadi nak ingatkan pada semua manusia yang mengikuti blog aku ni. Malam ni bermulanya The Shark Attack Theatre Tour 2009. Kalau tak tahu lagi apa benda tu, memang tak patut sebab dah besar-besar terpampang banner promosi pada blog ni.

Malam tadi berlakunya full dress rehearsal untuk Asylum. Itu pun tak 100% full lagi sebab ada props dan kostum yang masih belum ada. Dan ada yang ada pun tak berapa nak kena.

Secara peribadi, latihan pada malam tadi lebih baik berbanding latihan sebelumnya. Cuma masih ada banyak lagi bahagian yang perlu diperbaiki lagi dan lagi.

Aku pula boleh terlupa Q. Mungkin sebab aku terlalu mengingati sangat Q tu. Patutnya aku layan saja. Sebab bukannya tak tahu cerita pun. Dah berkali-kali buat teater ni.

Apa pun sebagai persediaan, ya lah, manusia, mesti pelupa, aku sudah siapkan Q sheet untuk watak aku sendiri. Aku boleh buat sebab aku berdiri belakang rostrum. Jadi boleh letak Q sheet tu atas rostrum lah.

Tapi sepanjang pengalaman aku, mesti ada yang akan terlupa dan terpotong line. Tak sah kalau tak ada. Tapi apa pun aku percaya budak-budak ni semua dah pandai nak cover line. Tapi kalau cover menjadi lagi bagus lah.

Antara beberapa perkara yang significant pada pandangan terhad aku malam tu:

Adegan PBB semakin energetik dengan intonasi dan pacing yang cantik dan kemas.

Watak Pengedar malam tu macam baru dapat hidayah. Tiba-tiba tup-tup malam ini dia perform. Ada pakai apa-apa ke?

Y.B, Baby, Mat Merah, Mat Hijau sangat berpeluh atas pentas. Penghawa dingin tak kuat ke? Atau cahaya lampu panas sangat? (Ohhhhh... hiper dan energetik kot?)

Adegan demo kena cantikkan lagi!

Apa lagi ya? Ah, kan aku dah kata pandangan aku terhad malam tu sebab aku bukan direktor lah!


Ehem...

Saya dengan ini ingin merasmikan bermulanya The Shark Attack Theatre Tour 2009!




Yang Benar,

Y.B

Institut Psikotik Negara
2009



Gambar sneak preview:

Adegan PBB yang disebut tadi.



ps: Set teater Asylum ini adalah minimal. Ya, minimal. Untuk Tour #1 di UTP ini, lantai pentas kosong tiada apa-apa. Ada rostrum yang juga kosong tiada apa-apa. Ada kerusi Atendan sebiji. Kerusi Mat Merah dan Mat Hijau satu setiap orang. Itu saja. Jadi jangan berasa bosan kalau set kami tidak cantik. Sebab ini memang konsep asal Asylum. Tapi cuba dengar skrip ini dimainkan di atas pentas... Cuba lihat skrip ini disebutkan di atas pentaskan.