Selasa, April 08, 2008

Profil Eksponensial

Rasanya aktiviti 3S ini mematuhi profil eksponensial.

Syukur baru-baru ini saya telah menang pertandingan fotografi, Photofest anjuran ICC-UTP bagi kategori 'Miscellaneous' iaitu 'Lain-lain'.
Walaupun bunyi kategori tu macam kurang nak mengujakan, tapi yang penting dapat topup duit akaun simpanan aku. Huhu.

Gambar yang saya hantar ada tiga dengan bayaran RM2.
Ketiga-tiga gambar tersebut adalah dalam laman Flickr saya.
Dan yang telah menang ialah gambar abu ubat nyamuk.
Eh.
Rasanya kat dalam entri Terengganu sebelum ni pun dah ada tunjuk kot~

Namun begitu, saya kesal kerana ada penyertaan yang tidak sah.
Mengambil (mencuri) gambar milik orang lain dan menghantar penyertaan.
Walhal, tuan punya gambar yang sebenar tidak menghantar pun gambar tersebut.
Ini satu 'jenayah' dalam seni.
Haha.
Ada ke? =P

Tiba-tiba saya teringat.
Ada pula sesetengah pihak yang telah mempamerkan skrip teater secara umum menerusi blog peribadinya.
Menyatakan dia telah mengolah skrip orang lain.
Tetapi tidak dinyatakan langsung skrip siapa yang diolah.
Tiada kredit diberikan.
Bukan tidak boleh mengambil dan mengubah karya orang lain.
Tetapi hendaklah diberikan kredit.

Tapi saya sangka dia terlupa.

Tapi saya fikir semula, orang yang tampak bagus dan baik itu boleh pula terlupa.

Tapi saya fikir lagi, memang manusia itu pelupa.

Tapi saya fikir lagi dan lagi...

Ia tak akan ke mana.


Seni yang sebenar yang diperjuangkan itu cukup subjektif dan mendalam.
Sekarang ini selari dengan globalisasi, seni menjadi begitu fleksibel dan terbuka.
Pelbagai elemen boleh diselitkan dalam menyampaikan karya seni.

Saya jemput sesiapa yang sudi berbicara seni dengan saya.
Bila-bila masa asalkan saya percuma.
Maksud saya, free. Bila tidak sibuk atau tersibuk.


Rasanya memang sudah lama saya tidak berSuara di sini.

Sejak dari saya mula ketagih dengan permainan Rubik's Cube, sehingga TTS membuat persembahan di Sunway Resort dalam ICPER2008 yang mana perjalanan pergi dan baliknya memberi 1001 erti kehidupan, dan sehingga Najwa selamat pergi ke Chiang Mai dan pulang ke Malaysia, dan sampailah saya bertungkus lumus mencari kabel hingga ke Plaza Low Yat (isu nak cover je ni. sebenarnya nak dating kot. haha) dan sehingga TTS mengadakan audition untuk cari aktor baru di samping audition untuk casting watak untuk teater Transit hujung bulan April ini, dan sehinggalah hari ini, di mana hari esok saya dan kumpulan saya (Synergy - tiru nama kumpulan dalama The Apprentice)akan membuat pembentangan kertas kerja mengenai "Renewable Energy Development in Malaysia" dalam Chemical Paper Presentation Competition sempena Cheme Carnival 2008 anjuran IChemE-UTP. Bertempat di Pocket D4, esok pada pukul 2 petang. Huh~ Panjang pulak perenggan ni. Jarang buat macam ni.

Salam eksponensial.

Rabu, Mac 19, 2008

Suara Perdana - 14: Hitam Itu Gelap, Gelap Itu Baru SHOW!!!

Subjek yang subjektif buat orang pitam
Bangkit kembali ada pula orang hitam
Sampai terhad waktu koma alat bantuan pun padam
Tamat riwayat pejalan kaki di tengah malam
Memang malam itu malam gelap
Namun apa yang dibekal tidak lengkap
Hanya dengan mata kasar walau tidak berkaca legap
Tiada pula dasar justifikasi yang tegap


Apakan terhuyung-hayang di dalam kegelapan?
Gelap mata memandang, gelap lagi hati yang menerkam jiwa.
Kerna harta, gelap matanya.
Kerna wanita, gelap lagi matanya.
Kerna pangkat, gelap bertambah-tambah matanya.
Oleh itu bersihkanlah mata.
Hindarilah dari habuk kotoran yang merosak binasa.
Jagalah dengan kaca mata tidak legap.
Pasti, jalan di hadapan dapat dilalui dengan begitu berjaya.

Berjaya bukan pada harta, pangkat atau seumpamanya.
Bukan kayu ukur yang utama.
Kerna banyak yang mengutamakan apa yang tidak lebih utama dari yang sepatut dan seharusnya.


Hitam itu memang gelap dan tak akan pernah luntur menjadi putih.
Tetapi ia boleh jadi kelabu saban waktu dan tidak mustahil menjadi putih.
Seperti awal barisan kata-kata yang mana subjek itu subjektif.

Gelap itu pula kebiasaannya SHOW!!! Show teater.
Kini belum ada lagi show teater yang akan dipersembahkan.
Hanya mime dan sketsa di Sunway minggu hadapan sempena ICPER 2008.
ICPER: International Conference of Plant Equipment Reliability.

Oleh itu, hitam itu tidak semestinya gelap.
Gelap itu pula sudah pasti SHOW!


Malam tadi saya telah menghadirkan jasad saya dan separuh roh saya ke majlis Sports & Co-Curriculum Appreciation Night bertempat di Undercroft Chancellor Complex.
TTS telah dijemput kerana telah memenangi persembahan ketiga terbaik dalam Festival Teater Perak tahun 2007.
Dengan ini saya turut sampaikan KALUNGAN PENGHARGAAN kepada mereka yang terlibat dalam FTP07 yang tidak dapat menghadiri majlis itu atas sebab kerjaya masing-masing.
Mereka adalah:

Khairul Amin Umar@Adli
Lutfi Othman
Mohd Zulfadzli Ayob
Mohd Nor Faiz Putera Shamsul Arifin
Mohd Faisal Aziz
Muhamad Faizal Hassan
Nurul Ashikin Tasnuddin Abu Bakar
Ainor Syafarizan Mohamad Yusof
Nur Azirah Mat Radzi



Bagi saya penghargaan itu penting.
Penghargaan bagi setiap usaha yang dilakukan oleh setiap individu atau kumpulan.
Dari situ, motivasi sudah pasti akan terserap dalam diri.


Imaginasi ditelan lubang hitam.
Terperangkap pemikiran dibendung kabus kemelut.

Isnin, Mac 17, 2008

Suara Perdana - 13: Efek Kura-kura

Kini saya perkenalkan pada anda semua...


"EFEK KURA-KURA"


Rekaan replika kura-kura saya bernama Kuraman. (sebut: Kura-Man)



Cengkerang keras. Macam perisai peribadi. Ya. Memang.
Main sembunyi-sembunyi kepala.
EMPAT (4) kakis SAHAJA sewaktu pantasnya Sang Arnab berjalan sedang Kura-kura berlari.
Comel dan cantik menarik tertarik tetapi ada saja tetapinya.



Kuraman terkena efek lubang hitam di otaknya.

Dia kembali ke zaman lampaunya di mana dia tidak pernah melalui zaman itu.

Diinspirasikan dari filem "The Butterfly Effect"

Tetapi diselitkan elemen sindiran terhadap sikap masyarakat sekarang melalui watak Kuraman.



Ini teater masa depan saya sama ada akan dipentaskan di dunia realiti mahupun fantasi.

Sabtu, Mac 08, 2008

Suara Perdana - 12: Gelombang

Alhamdulillah saya sudah selamat pulang ke kampung halaman saya di Kampung Parit Samijan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada lebih kurang pukul 11 malam.
Hari ini 8 Mac 2008 merupakan hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-12 negara Malaysia.
Memandangkan saya belum cukup umur untuk mendaftar sebagai pemilih, saya menggunakan waktu cuti umum ini (memang cuti pertengahan semester baru sahaja bermula hari ini) untuk keluar membeli-belah apa-apa yang patut, kurang patut atau tak berapa nak patut bersama, siapa lagi kalau bukan Najwa.
Seawal pagi lagi saya sudah bertolak ke KL Sentral.
Sama awal dengan orang awam yang hendak pergi mengundi.
Di kawasan abang sulong saya menetap (Bandar Tun Razak) pula, orang sudah mula bertandang ke pusat mengundi sebaik selepas saya bersarapan pagi.
Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding mewakili PKR di Parlimen Bandar Tun Razak sementara lawannya adalah wakil cina dari BN.
Ayah saya di Parit Raja pula berkhidmat sebagai Polling Agent di pusat mengundi DUN Parit Raja iaitu di bekas sekolah rendah saya dahulu, SK Pintas Raya, dari awal pagi hinggalah dia mengambil saya setelah saya tiba di stesen bas Batu Pahat (setelah dia habis mengira kertas undi).

Hari ini memang saya membeli-belah.
Duit saya tidaklah banyak mana tetapi mampulah nak beli apa-apa yang berkenan.
Dan bukannya banyak mana pun yang saya berkenan.
Saya berjaya membawa pulang beberapa helai baju-T yang telah memecah tradisi saya, iaitu bukan berwarna hitam.
Mak saya sudah pening saya terlalu banyak baju berwarna hitam.
Najwa pula seterusnya sudah pening dan tidak mahu saya menambah koleksi kehitaman saya lagi.
Walaupun hitam nampak kemas, hitam itu menawan, hitam itu selamanya, hitam mutu keunggulan, hitam bererti tiada kelemumur, nama saya Rain.
Jadi, warna merah dan merah jambu menjadi pilihan kalbu.
Alamak, jambu lah pulak pakai meraj jambu.
Eh tidak boleh. Jambu itu sensitif. (Siapa yang makan jambu, sudah pasti merasa airnya)
Oh, saya juga telah dihadiahkan sehelai baju-T Samuel & Kevin berwarna kelabu kebiruan yang saya terus pakai pada hari itu juga.

Setelah lama saya tidak menonton dan mengikuti perkembangan filem tanah air, hari itu saya telah menonton filem terbaru Razak Mohaideen berjudul Duyung dengan penampilan Saiful Apek, Maya Karin dan Awie.
Rasanya ini filem tempatan kedua yang saya sempat tonton setelah Kala Malam Bulan Mengambang.
Saya terlepas Cuci. Tak apa. Boleh tonton VCD/DVD.
Saya sudah terlalu biasa dengan filem Razak Mohaideen, jadi saya bagi rating sederhana dalam 5/10.
Mungkin saya akan tonton filem Anak pula selepas ini.

Saya pulang ke Batu Pahat menaiki bas Transnasional pada pukul 6 petang.
Dan tiba pada pukul 9.15 malam.
Ya waktu malam inilah detik penentuan keputusan pilihan raya.
Lepas selesai semua urusan kendiri saya, saya dan ahli keluarga yang lain kekal berada di hadapan peti televisyen hingga hampir pukul 3 pagi.
Itu pun belum habis lagi keputusan rasmi diumumkan.

BN menang PRU12 dengan majoriti mudah 140 daripada 220 kerusi parlimen.
Al-nampaknya BA telah menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen.
PAS, PKR dan DAP dalam pihak BA memperoleh lebih kurang 80 kerusi parlimen (saya tidak dapat ingat dengan tepat - lihat sendiri di laman web rasmi).

Di Johor pula PAS dan DAP dapat juga menembus masuk 2 hingga 3 kerusi.
Johor memang kubu kuat.
Orang Johor banyak Jawa kot~
Jawa bukan sebarang Jawa. Totok~ Kot~
Harga kepala (kelapa) sawit naik waktu nak pilihanraya sampai RM700 per tan, orang Johor yang tak berfikir dengan begitu bijaksana terperdaya.
Maaflah orang Johor ya.
Saya pun orang Johor juga.
Bukan saya tak bangga dengan keJohoran saya tetapi....
(banyak aspek yang saya tidak begitu kagumi)
2 kerusi yang dimenangi oleh PAS di Johor adalah di Maharani dan Sg Abong.
Adalah jugak...

Secara keseluruhannya, kali ini rakyat mahukan perubahan.
Suara rakyat telah kita saksikan.
Jadi bagi mereka yang berkuasa memerintah, silalah jalankan tanggungjawab anda dengan penuh bijaksana, dedikasi, jujur dan amanah.
Suara pembangkang sudah banyak di parlimen, saya harap kerajaan yang baru akan dapat menjaga KEBAJIKAN rakyat dengan lebih baik, lebih maju.
Barulah tak ramai yang kutuk kerajaan.
Barulah orang ramai boleh nak sokong kerajaan.
Barulah teater Asylum kurang pedasnya.
Itupun kalaulah korupsi tidak ada.
Kenapa perlu ada korupsi?
Salahguna kuasa.
Ada buat tahi.
Nak cover tahi jadi guna kuasa, guna duit untuk tutup.
Kalau tak buat tahi, tak perlu pening-pening kepala nak tutup-tutup.
Nak tutup pulak terpaksalah buat tahi yang lebih besar lagi.
Jadi bertambah-tambah tahinya.
Jadi bertambah-tambah busuknya.
Jadi bertambah-tambah rosaknya.
Lagi-lagi pula kepala tahinya lemah longlai lemak berkrim.
Siapa rasa?
Tanyalah budak mentah politik lulusan luar negara.

Gelombang kuning tempoh hari.
Gelombang biru melanda Terengganu entah ada pula bas melancong-lancong di hari mengundi.
BA hantar ramai wakil yang hebat bertanding dan kalah pun tipis dengan majoriti sedikit.
Teringat pula saya pada nenek tua yang bertanding sekali dengan Mohammad Sabu dari PAS.
Kalau nenek tua tidak menyebuk, saya rasa wakil PAS itu dapat menang kerana majoritinya begitu sedikit dalam 600 lebih, sementara nenek itu mendapat 600 lebih undi.
Tidak mengapa.

Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan telah dikuasai BA.
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak Sabah memang sukar hendak ubah Melayu dan orang asli duduk pedalaman.
PRU12 menunjukkan prestasi BA yang meningkat.
Lebih-lebih lagi setelah Anwar Ibrahim dibebaskan, dan ditambah pula dengan pengakuan Mahathir yang menzalimi Anwar sewaktu dahulu.
Tetapi peristiwa 1999 itulah yang telah merubah pemikiran satu keluarga saya.
Dan ramai lagi pengikut BN sebelumnya.

Salam pilihan raya.
Salam tsunami politikal.
Salam gelombang.

Ahad, Mac 02, 2008

Suara Perdana - 11: Sepenggal Pantas

Puisi Tentang Seseorang
- Dian Sastrowardoyo

Ku Lari Ke Hutan Kemudian Menyanyiku..
Ku Lari Ke Pantai Kemudian Teriakku..
Sepi, Sepi Dan Sendiri Aku Benci..
Ingin Bingar Aku Mau Di Pasar..
Bosan Aku Dengan Penat..
Seperti Berjelaga Jika Kusendiri..

Pecahkan Saja Gelasnya Biar Ramai..
Biar Mengaduh Sampai Gaduh..
Ada Malaikat Menyulam Jarring Laba-laba Belang Di Tembok Kerato..
Kenapa Tidak Ko Goyangkan Saja Loncengnya Biar Terdera..
Atau Aku Harus Berlari Ke Hutan..
Belok Ke Pantai..?

Bosan Aku Dengan Penat..
Dan Enyah Saja Ko Pekat..
Seperi Berjelaga Jika Ku Sendiri..



"Saya happy dengan Happy(TM)! Ia membuatkan hidup saya lebih aman, maju dan harmoni; cemerlang, gemilang dan terbilang; dulu kini dan selamanya. Terima kasih Happy(TM)!!!"


Saya agak gemar akan Puisi Tentang Seseorang ini.
Dalam filem Ada Apa Dengan Cinta.
Didendangkan oleh Dian.

Dahulunya juga saya seorang pemuisi.
Begitu banyak puisi telah saya nukilkan.
Cepat saja idea datang ketika waktu sibuk mahupun senang.
Adakah seni itu perlu sentiasa diserlahkan?
Jika tidak, lama kelamaan ilham sukar datang?

Dalam seni itu sendiri pun, ada percanggahan.
Dari segi fahaman, bawaan, budaya, adat resam, dan agama.
Mungkinkah kerana sifat seni itu tidak membataskan semuanya?

Adakah pula seni itu menyatukan jiwa?
Adakah seni itu menyatukan ummat?
Jawapannya sepatutnya Ya.

Tetapi adakah ia benar-benar menyatukan ummat, jika dalam berteater sekalipun, khususnya bila bertanding antara satu sama lain, elemen politik perlu dimasuk campur?
Adakah politik wang, politik tak telus kerajaan pun hendak memBABIt sama dalam berteater sekalipun?

Kita dapat lihat.
Teater, tarian, nyanyian, sastera.. Ini adalah antara contoh biasa kita dapat saksikan.
Teater pun ada pelbagai rupa dan jenis.
Pelbagai bawaan dan fahaman teater.

Sepastinya budaya Melayu lebih nyanyian.
Dan juga tarian.
Dan juga lakonan dalam drama TV atau filem komedi realiti/kehidupan murahan.
Atau filem seram + komedi + drama + cinta.
Penggiat teater tak seramai penyanyi.
Ditambah pula dengan OIAM, MI, AF, GS, dan adalah beberapa lagi, yang menjadi platform bagi mereka yang minat menyanyi.
Tak salah pun hendak menyanyi.
Malah ramai juga yang berteater, pun gemar menyanyi.
Bukankah muzik itu salah satu keperluan hidup manusia?

Seni itu memang seni.
Sesiapa yang memahami, mengenali dan menghayati Seni, tentunya dapat menjawab soalan ini:
"Siapakah Seni?"


err.. Bukan Sani ya.


Saban semester saya di UTP ini, saya rasakan semakin pantas satu penggal berlalu.
Hujung minggu ini sudah pertengahan semester dan begitu cepat sekali berakhir lazimnya dengan peperiksaan yang seharusnya diambil mudah tetapi dengan persediaan.
Tidak perlu tertekan dengan peperiksaan.
Pemikiran yang positif penting, bukan?
Kuasa minda..
Power of mind..
Dapat mengawal segala-galanya yang kita sedang dan akan lakukan.
Sebab itu kita perlu jaga minda kita.
Supaya sentiasa waras.
Minda juga ada kaitan dengan hati.
Lihatlah manusia, begitu sempurna, terlalu sempurna ciptaan ILLAHI sehingga minda dengan hati pun ada kaitan dalam proses kehidupan.
Bukan setakat lahiriah tetapi batiniah ciptaan itu.

Selamat berjaya bagi mereka yang akan menghadapi ujian-ujian, tugasan dan sebagainya.
Sentiasa berfikiran positif, insyaAllah kerja dapat dilakukan dengan mudah.
Tidak perlu tertekan dengan bebanan tugasan atau ujian teori yang berturut-turut hari-hari.
Membazir masa saja.
Kan lebih baik waktu tertekan itu kita gunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat?

Jadi, lagi sekali.
Sentiasa berfikiran positif.

Jika perlu, carilah REMEDI!

Jumaat, Februari 29, 2008

Suara Perdana - 10: Remediku

rem·e·dy /ˈrɛmɪdi/ Show Spelled Pronunciation[rem-i-dee]

–noun
1. something that cures or relieves a disease or bodily disorder; a healing medicine, application, or treatment.
2. something that corrects or removes an evil of any kind.
3. Law. legal redress; the legal means of enforcing a right or redressing a wrong.
4. Coining. a certain allowance at the mint for deviation from the standard weight and fineness of coins; tolerance.
–verb (used with object)
5. to cure, relieve, or heal.
6. to restore to the natural or proper condition; put right: to remedy a matter.
7. to counteract or remove: to remedy an evil.

These definitions are taken from Dictionary.com



Photo by Half inc.



Biru langit.
Putih awan gemawan mengulit kebiruan.
Sungguh dingin.
Lebih sejuk lagi dengan tiupan angin.
Tertegaknya aku di atas batu dunia.
Oh dunia begitu penuh dengan warna.
Oh dunia memang dicipta untuk makhluknya.

Hijau mergastua.
Teringat saya pada lagu Hijau.
Lagu itu memang nostalgia buat saya.
Iaitu bila ia telah terpahat, terukir di atas hati.
Atas hati atau dalam ingatan?
Bila dengar saja Hijau, saya terbawa ke masa lampau.
Sesungguhnya Hijau itu remediku dahulu.

Tapi itu dulu.
Sekarang remediku sudah bertambah.
Sudah makin banyak.
Begitu banyak.
Tetapi hanya satu remediku begitu mendinginkan.
Sesungguhnya Biru itu remediku satu.



Remedi #3 : Pentas



Remedi #1 : Kasih Sayang Manusia



Remedi #1 : Rumahku Surgaku, Ibu dan Ayahku




Rinduku padaMu,
rinduku padamu,
rinduku pada pentas,
rinduku pada kampung halamanku,
rinduku pada rumahku surgaku,
rinduku pada ibu dan ayahku...

Kembalikan aku ke kampung halamanku.

Akanku dapatkan kedua-dua Remedi #1 itu pada kepulangan aku 7 Mac dan 8 Mac nanti.

Salam Remedi buat semua manusia!

Suara Perdana - 9: The Virgin Falls

Setelah TTS sedikit kecewa dengan pembatalan pementasan teater Asylum yang sepatutnya dipentaskan Sabtu ini, kami mengambil keputusan untuk me-release-kan jiwa, vokal, mental dan fizikal yang penat setelah sekian lamanya bergelumang dengan pentas, di air terjun Batu Berangkai atau pun dikenali dengan gelaran "The Virgin Falls". Gelaran ini diberi oleh kawan kepada rakan teater saya.

Oh ya, 3 orang mimers dari TTS telah membuat persembahan mime di Palace of Golden Horses pada malam Selasa yang lepas (19 Feb 2008). Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman photoblog half. atau blogspotnya.

Oleh kerana awal bulan Mac nanti MPH di UTP sudah di tempah, TTS membatalkan rancangan untuk mementaskan Asylum dalam masa terdekat ini. Namun TTS akan meneruskan rancangan program amal anjuran PETRONITA yang tidak diketahui lagi akan keterangan lanjutnya. Dan jadi atau tidak pun, tidak ketahuan juga. Banyak juga sebenarnya undangan dari beberapa pihak tertentu untuk TTS membuat pementasan, tetapi semuanya tidak ada kepastian yang pasti.

Tapi yang pastinya, saya sudah menyemak kembali skrip teater saya yang sudah lama saya turunkan prioritinya dan akan memulakan usaha untuk menulis satu lagi skrip yang lain.

Dulu saya berikan tajuk karya saya "Sang Pari-pari", tetapi saya ubah kini menjadi "Siapa Sapari?". Teater ini saya inspirasikan daripada karya "Jebat" oleh Hatta Azad Khan, "Miao Miao Sang Arnab" dan "Hmm.. Begitu Panasnya!" oleh Dr Shark. Bagi yang mengetahui ketiga-tiga karya yang sudah kuat ini, sudah pasti akan merasai tema utamanya hampir sama, cuma saya tidak masukkan elemen politik dalam skrip saya ini.

Teater PHD akan datang saya ilhamkan.

Tempoh hari, beberapa orang pelakon TTS menyerlahkan bakat menjadi PENIPU BESAR!
TTS telah membuat simulasi yang berkaitan dengan event management.
Tajuk diberi "The Ceremonial Disaster"
Dr Shark punya idea.
Majlis penutupan yang kantoi.
Tapi berjaya dibuat dengan natural.
Peserta EMS pun tercengang. Kot~
Terperdaya jugak, kot~
Mana taknya, MC umum VIP masuk, semua berdiri.
MC jemput VIP ucap, semua tepuk.
Walaupun VIP Che Mad Harris Putter mIRC dengan selamba bagi ucapan pendek sebab tak ada teks, peserta tetap tepuk.
Mungkin ada peserta yang nak gelak tapi sebab VIP takkan nak gelak kot~
Secara keseluruhannya, majlis penutupan itu tak jadi dengan menjadinya.
PENIPU BESAR semua!
Berlakon saja kot~
Simulasi katakan...

Apa pun terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Tak kurang juga tentang Pondan, maksud saya Kek Pondan.
Layari laman web www.pondan.com untuk maklumat lanjut.
Rasailah kelazatan kek Pondan!
Sekali cuba, pasti nak cuba berkali-kali! - Cairell Neezarm tukang promote Pondan.
Idea Dr Shark lagi.
Memang dasar Doc!

Ketenangan, ketenteraman jiwa dan fikiran perlu dicari.
Ia tidak boleh datang sendiri.
Ikutlah cara yang paling sesuai dan serasi dengan kita dalam mencari ketenangan.
Jika sudah dapat, bagus.
Jika masih dibelenggu kekusutan, kekalutan, cubalah lagi.
Tidak rugi mencuba sesuatu yang baik.

Tidak lama lagi pilihan raya umum akan berjalan.
Saya akan pulang ke kampung halaman pada hari mengundi nanti.
Ayah saya pula seperti biasa, menjadi polling agent bagi DUN Parit Raja.
PRU-12 kali ini, yang bertanding bagi DUN Parit Raja adalah:

N22 - PARIT RAJA
Ab Aziz Kaprawi (BN)
Mustafha Abd Rahman (PAS)


Belum pilihan raya pun saya sudah tahu, BN tetap akan menang.
Maklumlah Johor kubu kuat BN.
Dalam kampung saya pun, ahli keluarga yang menyokong pihak pembangkang boleh dikira dengan jari-jari sebelah tangan sahaja.

Isnin, Februari 11, 2008

Suara Perdana - 8: Panggilan Pulau

Pada cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, saya mengambil kesempatan bercuti di negeri Terengganu bersama keluarga kedua saya.
Kami bertolak dari Rawang pada tengah malam hari Khamis tersebut.
Ada dua buah kereta. 10 orang termasuk seorang baby.
Perjalanan pergi mengambil masa lebih kurang 14 jam, jika dikira sehingga tiba di chalet, tempat kami menetap untuk 2 malam.

Sememangnya itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri Terengganu.
Asalnya kami hendak bercuti di Pulau Redang. Tapi tak jadi.
Bila sudah sampai Besut, hendak pula pergi Pulau Perhentian. Tapi tambang bot pergi balik naik melambung! RM100 sekepala! Tak jadi lah pergi pulau...

Kesian juga pemandu kerana terpaksa bersengkang mata selama 14 jam.
Sampai bengkak mata.

Selamat Datang ke Negeri Terengganu!



Pada waktu malam kedua kami berada di sana, kereta yang saya naiki ini telah melanggar anak lembu yang melintas jalan yang gelap, tuan lembu tidak pula muncul. Mungkin ada di kalangan ramai pada malam itu yang menyaksikan selepas insiden. Tahi lembu menjadi penghias cermin depan kereta. Saya pula agak terkejut. Alhamdulillah tiada manusia yang menerima padah. Anak lembu pun saya rasa tidak mengalami kecederaan yang teruk. Lembu kuat. Namun itu pengalaman pertama saya insiden kemalangan di atas jalan raya di dalam kereta. Walaupun saya pernah kemalangan menaiki motosikal sahaja. Tak lama lepas kejadian, ayah saya terus membuat panggilan telefon. Macam tahu-tahu sahaja ibu dan ayah saya. Itulah. Firasat yang kuat lahir dari kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang mantap. Utamakan keluarga. Sayangi keluarga. Kami hendak pulang ke chalet malam itu, selepas membeli ikan, sotong dan udang basah di pasar di Tok Bali, Kelantan. Oh, saya sudah sampai Kelantan!
Malam itu saya bersama ahli keluarga Najwa buat BBQ dekat kawasan chalet. Saya hendak ulangkaji Reaction Engineering tapi tertidur pula. Huhu.. Najwa kejut saya dan teman saya makan tengah malam. Esoknya kami nak pulang ke Rawang!



Pagi, hari terakhir saya di Terengganu. Pantai ini dekat sahaja dengan kawasan chalet. Waktu petang memang nyaman angin petang. Waktu pagi pula pada waktu ini tiada angin. Tetapi tetap dingin! Saya turun ke pantai bersama adik-beradik Najwa. Saya macam biasa. Tidak mandi kerana saya bukanlah gemar sangat air laut. Oh, saya buat muka pula pada waktu begini... Bukanlah berniat betul-betul. Biasalah. Ragam manusia seharian.



Pada waktu matahari terbenam hari pertama kami sampai. Malamnya saya berjalan bersama satu famili Najwa. Naik NAZA Sorento baru!



Sewaktu perjalanan ke Kuala Terengganu. Tidak silap saya, gambar ini saya ambil waktu sarapan pagi di Dungun. Oh, ada bendera PAS! Musim pilihan raya ni! Undi, undi! Jangan tak undi!



Kau Yang Satu... Kau yang satu... Maksud berbeda walaupun ayat sama.



Panorama pantai dekat kawasan chalet yang kami bermalam. Saya tidak edit gambar ini. Kalau edit lagi lawa kot~



Kat kawasan chalet juga ada gerai yang berdekatan. Gerai tu malam-malam ada karaoke sampai pukul 3 pagi. Orang tengah syok tidur, tapi ramai orang yang datang situ, karaoke! Jadi, saya ambil gambar tasik dekat gerai tersebut. Cantik juga ya.



Ini rupanya nama chalet tu.. La Vilatte... Eh, saya terlupa hendak ambil nombor telefon jika hendak booking.



Ubat nyamuk yang dah habis. Abu ubat nyamuk ka? Entah. Yang pasti adik-adik Najwa telah terpengaruh dengan seni saya. Huhu... Saya pula dipersalahkan. Najwa pening kepala. Mak pula kepelikan. Isk isk isk...



Perigi buta. Cinta itu buta.



Inilah salah sebuah chalet yang ada. Ini chalet depan chalet kami! Oh ya. Ada dua chalet kami sewa. Sudah pasti satu untuk wanita. Satu untuk lelaki.


GADUH!

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
P Ramlee dulu pernah menyanyi.
Tok Kadi pun pernah selit dalam khutbah nikah abang saya.
Tapi kami tidak sesuai hendak gaduh!
Biarlah Mat Merah dan Mat Hijau saja yang bergaduh.
Itupun atas pentas sahaja.
Jadi, janganlah bergaduh sangat...
Kalau dah tergaduh pun, berbaiklah semula.
Baru aman dan harmoni.
Baru bahagia hidup berumah tangga.

Sabtu, Februari 02, 2008

Suara Perdana - 7: Ciku

Sabtu, 02 FEB 2008.

9.00 pagi - 1.00 tgh hari.

PENGGAMBARAN "CIKU"


Tuan Direktor Cairell Neezarm dan Penasihat Dr Shark dengan gaya mengarahnya..



Daus dari MEDTECH memainkan peranan sebagai Jurukamera pada hari penggambaran ini.



Tuan Direktor bersama Penasihat Penggambaran "Ciku".



Acap dan Half mendengar arahan. Watak utama dalam "Ciku".



Babak akhir "Ciku". Penampilan istimewa Che Mad Haris IRC.



Dan, saya sebagai watak sampingan. Dah tua-tua ni, bagilah can kat yang muda berlakon watak utama. Hehehe...


Secara keseluruhannya, penggambaran ini memakan masa lebih kurang 3 jam tolak masa makan, borak-borak dan persiapan; hanya untuk iklan berdurasi 2-3 minit sahaja.
Tahniah kepada semua yang berlakon kerana tak perlu 'take' banyak kali. Dalam sekali, 2 hingga 3 kali 'take' sahaja, sudah jadi!
Layannnnnnnn~~~

"Ciku" akan ditayangkan secara perdana di dalam Event Management Seminar (EMS) anjuran MEDTECH pada 23-24 Feb nanti. Sama ada di waktu Majlis Perasmian atau Penutupan.

Namun begitu, iklan ini kemungkinan juga akan disiarkan untuk tontonan awam.
Jadi buat alumni TTS yang berminat hendak tonton, boleh request dari saya untuk hantar melalui e-mel.

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!"

Bila sudah ada jalan, ada peluang, jangan disia-siakan. Rebut peluang keemasan itu. Laksanakan kemahuan dengan cemerlang. Pasti impian kan jadi kenyataan!


"Ciku"

Idea asal: Dr Shark.
Skrip: Cairell Neezarm.
Jurukamera: Daus MEDTECH.
Pelakon: Half, Acap, Khairil, Usop, Anwar, Che Mad Haris, Aini
Turut menyokong: Din, Zai
Pengarah: Cairell Neezarm.
Produser: MEDTECH.
Penerbit: Dr Shark, TTS.

Jumaat, Februari 01, 2008

Suara Perdana - Entri 6: Erti Hidup

Baiklah. Tajuk kali ini sama dengan tajuk lagu Dayang Nurfaizah berjudul "Erti Hidup" yang mana lagu ini juga menjadi lagu tema untuk Modul Nilai dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Setiap manusia unik.
Dan sudah pasti jalan kehidupannya juga unik.
Memang ada yang sama dari segi 'cerita' hidup secara amnya.
Tetapi saya tetap berpendapat, setiap orang punya kisah hidupnya tersendiri.
Dan kita tidak tahu kisah hidup orang lain selain tuan punya badan dan Tuhan Pencipta Alam.
Jika ia diceritakan pun pada orang sekitarnya, sudah pasti perasaan yang dialami oleh orang sekeliling tidak sama seperti orang yang betul-betul mengalami sesuatu perkara.

Berkongsi hidup adalah perkara paling bahagia dalam hidup sepanjang hayat di dunia.
Susah senang dirasai bersama sehingga akhir hayat.

Hubungan antara manusia sememangnya perlu dijaga.
Dalam masa yang sama juga manusia seharusnya menjaga juga kepentingan peribadi, asalkan tidak memberi efek pada orang lain.

Saya telah memerhati dua kisah kehidupan dari jantina manusia feminin.
Dan saya telah pun memberi ruang pada otak saya untuk memikirkan tentang kehidupan mereka berdua berdasarkan pengalaman saya berhubungan dengan mereka dalam suatu jangka masa yang tidak berapa jauh jaraknya.
Saya tidak berhak memberi komen atau masuk campur hal orang, tetapi saya berhak memberi pendapat dan pandangan saya sebagai individu.
Saya memikirkannya dari pelbagai sudut termasuk agama, sosial, gaya hidup, dan efek terhadap orang sekitar dan saya sendiri.

Mereka punya asas agama yang kuat dari usia muda lagi.
Namun perjalanan hidup mereka berbeza.

Yang pertama, hidupnya sentiasa diduga sebagai ujian kesabaran dari Tuhan.
Jelasnya, dugaan itu datang dari orang-orang sekitar yang berperasaan hasad dengki, cemburu iri hati, tidak puas hati dan benci kerana tidak memperoleh apa yang begitu diidam-idamkan.
Akhirnya, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada 'kejahatan' mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Seorang lelaki yang tewas kepada harta, pangkat dan wanita sudah tentu gelap mata hatinya, dek hasutan syaitan laknatullah yang mendorong sifat hitamnya memudaratkan mereka yang tidak bersalah.
Dan mereka yang tidak bersalah itu adalah mereka yang teristimewa dalam hidup saya.

Yang kedua pula, hidupnya kurang ranjau, kurang onak duri, kurang rintangan jika dibandingkan dengan yang pertama.
Kasih sayang daripada ibu ayah dan ahli keluarga lain cukup dan bahagia.
Tidak ada apa isu yang besar atau agenda yang utama yang menduga dengan hebat.
Hanya perkara-perkara kecil yang sekejap sahaja reda.
Sekejap saja selesai.
Malah hanya melibatkan komuniti kecil.

Mungkin saya tidak tahu dengan begitu mendalam.
Tetapi saya tahu apa yang saya lalui di kedua-dua jalanan itu.

Oh, masalah keluarga.
Oh, hilangnya kasih sayang ayah.
Oh, ke mana terbangnya kepercayaan?
Oh, ke mana lesapnya kejujuran? Kesetiaan? Janji-janji manis menuju era perkahwinan?
Oh, ibu mertuaku.
Oh, kau memang seorang insan yang tabah dan sabar. Walaupun aku baru mengenalimu, tetapi aku dapat menghayati perasaan itu. Sama sahaja dengan ibundaku. Ibu mertuaku juga ibuku. Panggil sahaja ibu. Emak, mak. Ni mak saya. Ni mak aku.

Oh, sahabatku.
Oh, tidak pernah ku lupa akan sahabat.
Oh, tidak ku lupa akan sempurnanya bulatan.
Oh, aku lelaki. Aku memang lelaki. Semua lelaki sama? Memang semua lelaki sama. Kerana semua lelaki itu lelaki.
Oh, wanita.
Oh, perempuan.
Oh, wanita solehah.
Oh, perempuan baik.
Oh, isteri solehah.
Oh, dilema.
Oh, restu.
Oh, cahaya.
Oh, hidayah.
Oh, keluarga bahagia.
Oh, permata ayah bonda.
Oh, permata yang hilang.
Oh, kufu.
Oh, sekufu.
Ya, kami sekufu semua aspek.
Kerana itu pentinglah mengenali pasangan anda.

Terima kasih.