Sabtu, Mac 08, 2008

Suara Perdana - 12: Gelombang

Alhamdulillah saya sudah selamat pulang ke kampung halaman saya di Kampung Parit Samijan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada lebih kurang pukul 11 malam.
Hari ini 8 Mac 2008 merupakan hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-12 negara Malaysia.
Memandangkan saya belum cukup umur untuk mendaftar sebagai pemilih, saya menggunakan waktu cuti umum ini (memang cuti pertengahan semester baru sahaja bermula hari ini) untuk keluar membeli-belah apa-apa yang patut, kurang patut atau tak berapa nak patut bersama, siapa lagi kalau bukan Najwa.
Seawal pagi lagi saya sudah bertolak ke KL Sentral.
Sama awal dengan orang awam yang hendak pergi mengundi.
Di kawasan abang sulong saya menetap (Bandar Tun Razak) pula, orang sudah mula bertandang ke pusat mengundi sebaik selepas saya bersarapan pagi.
Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding mewakili PKR di Parlimen Bandar Tun Razak sementara lawannya adalah wakil cina dari BN.
Ayah saya di Parit Raja pula berkhidmat sebagai Polling Agent di pusat mengundi DUN Parit Raja iaitu di bekas sekolah rendah saya dahulu, SK Pintas Raya, dari awal pagi hinggalah dia mengambil saya setelah saya tiba di stesen bas Batu Pahat (setelah dia habis mengira kertas undi).

Hari ini memang saya membeli-belah.
Duit saya tidaklah banyak mana tetapi mampulah nak beli apa-apa yang berkenan.
Dan bukannya banyak mana pun yang saya berkenan.
Saya berjaya membawa pulang beberapa helai baju-T yang telah memecah tradisi saya, iaitu bukan berwarna hitam.
Mak saya sudah pening saya terlalu banyak baju berwarna hitam.
Najwa pula seterusnya sudah pening dan tidak mahu saya menambah koleksi kehitaman saya lagi.
Walaupun hitam nampak kemas, hitam itu menawan, hitam itu selamanya, hitam mutu keunggulan, hitam bererti tiada kelemumur, nama saya Rain.
Jadi, warna merah dan merah jambu menjadi pilihan kalbu.
Alamak, jambu lah pulak pakai meraj jambu.
Eh tidak boleh. Jambu itu sensitif. (Siapa yang makan jambu, sudah pasti merasa airnya)
Oh, saya juga telah dihadiahkan sehelai baju-T Samuel & Kevin berwarna kelabu kebiruan yang saya terus pakai pada hari itu juga.

Setelah lama saya tidak menonton dan mengikuti perkembangan filem tanah air, hari itu saya telah menonton filem terbaru Razak Mohaideen berjudul Duyung dengan penampilan Saiful Apek, Maya Karin dan Awie.
Rasanya ini filem tempatan kedua yang saya sempat tonton setelah Kala Malam Bulan Mengambang.
Saya terlepas Cuci. Tak apa. Boleh tonton VCD/DVD.
Saya sudah terlalu biasa dengan filem Razak Mohaideen, jadi saya bagi rating sederhana dalam 5/10.
Mungkin saya akan tonton filem Anak pula selepas ini.

Saya pulang ke Batu Pahat menaiki bas Transnasional pada pukul 6 petang.
Dan tiba pada pukul 9.15 malam.
Ya waktu malam inilah detik penentuan keputusan pilihan raya.
Lepas selesai semua urusan kendiri saya, saya dan ahli keluarga yang lain kekal berada di hadapan peti televisyen hingga hampir pukul 3 pagi.
Itu pun belum habis lagi keputusan rasmi diumumkan.

BN menang PRU12 dengan majoriti mudah 140 daripada 220 kerusi parlimen.
Al-nampaknya BA telah menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen.
PAS, PKR dan DAP dalam pihak BA memperoleh lebih kurang 80 kerusi parlimen (saya tidak dapat ingat dengan tepat - lihat sendiri di laman web rasmi).

Di Johor pula PAS dan DAP dapat juga menembus masuk 2 hingga 3 kerusi.
Johor memang kubu kuat.
Orang Johor banyak Jawa kot~
Jawa bukan sebarang Jawa. Totok~ Kot~
Harga kepala (kelapa) sawit naik waktu nak pilihanraya sampai RM700 per tan, orang Johor yang tak berfikir dengan begitu bijaksana terperdaya.
Maaflah orang Johor ya.
Saya pun orang Johor juga.
Bukan saya tak bangga dengan keJohoran saya tetapi....
(banyak aspek yang saya tidak begitu kagumi)
2 kerusi yang dimenangi oleh PAS di Johor adalah di Maharani dan Sg Abong.
Adalah jugak...

Secara keseluruhannya, kali ini rakyat mahukan perubahan.
Suara rakyat telah kita saksikan.
Jadi bagi mereka yang berkuasa memerintah, silalah jalankan tanggungjawab anda dengan penuh bijaksana, dedikasi, jujur dan amanah.
Suara pembangkang sudah banyak di parlimen, saya harap kerajaan yang baru akan dapat menjaga KEBAJIKAN rakyat dengan lebih baik, lebih maju.
Barulah tak ramai yang kutuk kerajaan.
Barulah orang ramai boleh nak sokong kerajaan.
Barulah teater Asylum kurang pedasnya.
Itupun kalaulah korupsi tidak ada.
Kenapa perlu ada korupsi?
Salahguna kuasa.
Ada buat tahi.
Nak cover tahi jadi guna kuasa, guna duit untuk tutup.
Kalau tak buat tahi, tak perlu pening-pening kepala nak tutup-tutup.
Nak tutup pulak terpaksalah buat tahi yang lebih besar lagi.
Jadi bertambah-tambah tahinya.
Jadi bertambah-tambah busuknya.
Jadi bertambah-tambah rosaknya.
Lagi-lagi pula kepala tahinya lemah longlai lemak berkrim.
Siapa rasa?
Tanyalah budak mentah politik lulusan luar negara.

Gelombang kuning tempoh hari.
Gelombang biru melanda Terengganu entah ada pula bas melancong-lancong di hari mengundi.
BA hantar ramai wakil yang hebat bertanding dan kalah pun tipis dengan majoriti sedikit.
Teringat pula saya pada nenek tua yang bertanding sekali dengan Mohammad Sabu dari PAS.
Kalau nenek tua tidak menyebuk, saya rasa wakil PAS itu dapat menang kerana majoritinya begitu sedikit dalam 600 lebih, sementara nenek itu mendapat 600 lebih undi.
Tidak mengapa.

Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan telah dikuasai BA.
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak Sabah memang sukar hendak ubah Melayu dan orang asli duduk pedalaman.
PRU12 menunjukkan prestasi BA yang meningkat.
Lebih-lebih lagi setelah Anwar Ibrahim dibebaskan, dan ditambah pula dengan pengakuan Mahathir yang menzalimi Anwar sewaktu dahulu.
Tetapi peristiwa 1999 itulah yang telah merubah pemikiran satu keluarga saya.
Dan ramai lagi pengikut BN sebelumnya.

Salam pilihan raya.
Salam tsunami politikal.
Salam gelombang.

1 ulasan: