Jumaat, Februari 29, 2008

Suara Perdana - 9: The Virgin Falls

Setelah TTS sedikit kecewa dengan pembatalan pementasan teater Asylum yang sepatutnya dipentaskan Sabtu ini, kami mengambil keputusan untuk me-release-kan jiwa, vokal, mental dan fizikal yang penat setelah sekian lamanya bergelumang dengan pentas, di air terjun Batu Berangkai atau pun dikenali dengan gelaran "The Virgin Falls". Gelaran ini diberi oleh kawan kepada rakan teater saya.

Oh ya, 3 orang mimers dari TTS telah membuat persembahan mime di Palace of Golden Horses pada malam Selasa yang lepas (19 Feb 2008). Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman photoblog half. atau blogspotnya.

Oleh kerana awal bulan Mac nanti MPH di UTP sudah di tempah, TTS membatalkan rancangan untuk mementaskan Asylum dalam masa terdekat ini. Namun TTS akan meneruskan rancangan program amal anjuran PETRONITA yang tidak diketahui lagi akan keterangan lanjutnya. Dan jadi atau tidak pun, tidak ketahuan juga. Banyak juga sebenarnya undangan dari beberapa pihak tertentu untuk TTS membuat pementasan, tetapi semuanya tidak ada kepastian yang pasti.

Tapi yang pastinya, saya sudah menyemak kembali skrip teater saya yang sudah lama saya turunkan prioritinya dan akan memulakan usaha untuk menulis satu lagi skrip yang lain.

Dulu saya berikan tajuk karya saya "Sang Pari-pari", tetapi saya ubah kini menjadi "Siapa Sapari?". Teater ini saya inspirasikan daripada karya "Jebat" oleh Hatta Azad Khan, "Miao Miao Sang Arnab" dan "Hmm.. Begitu Panasnya!" oleh Dr Shark. Bagi yang mengetahui ketiga-tiga karya yang sudah kuat ini, sudah pasti akan merasai tema utamanya hampir sama, cuma saya tidak masukkan elemen politik dalam skrip saya ini.

Teater PHD akan datang saya ilhamkan.

Tempoh hari, beberapa orang pelakon TTS menyerlahkan bakat menjadi PENIPU BESAR!
TTS telah membuat simulasi yang berkaitan dengan event management.
Tajuk diberi "The Ceremonial Disaster"
Dr Shark punya idea.
Majlis penutupan yang kantoi.
Tapi berjaya dibuat dengan natural.
Peserta EMS pun tercengang. Kot~
Terperdaya jugak, kot~
Mana taknya, MC umum VIP masuk, semua berdiri.
MC jemput VIP ucap, semua tepuk.
Walaupun VIP Che Mad Harris Putter mIRC dengan selamba bagi ucapan pendek sebab tak ada teks, peserta tetap tepuk.
Mungkin ada peserta yang nak gelak tapi sebab VIP takkan nak gelak kot~
Secara keseluruhannya, majlis penutupan itu tak jadi dengan menjadinya.
PENIPU BESAR semua!
Berlakon saja kot~
Simulasi katakan...

Apa pun terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Tak kurang juga tentang Pondan, maksud saya Kek Pondan.
Layari laman web www.pondan.com untuk maklumat lanjut.
Rasailah kelazatan kek Pondan!
Sekali cuba, pasti nak cuba berkali-kali! - Cairell Neezarm tukang promote Pondan.
Idea Dr Shark lagi.
Memang dasar Doc!

Ketenangan, ketenteraman jiwa dan fikiran perlu dicari.
Ia tidak boleh datang sendiri.
Ikutlah cara yang paling sesuai dan serasi dengan kita dalam mencari ketenangan.
Jika sudah dapat, bagus.
Jika masih dibelenggu kekusutan, kekalutan, cubalah lagi.
Tidak rugi mencuba sesuatu yang baik.

Tidak lama lagi pilihan raya umum akan berjalan.
Saya akan pulang ke kampung halaman pada hari mengundi nanti.
Ayah saya pula seperti biasa, menjadi polling agent bagi DUN Parit Raja.
PRU-12 kali ini, yang bertanding bagi DUN Parit Raja adalah:

N22 - PARIT RAJA
Ab Aziz Kaprawi (BN)
Mustafha Abd Rahman (PAS)


Belum pilihan raya pun saya sudah tahu, BN tetap akan menang.
Maklumlah Johor kubu kuat BN.
Dalam kampung saya pun, ahli keluarga yang menyokong pihak pembangkang boleh dikira dengan jari-jari sebelah tangan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan