Isnin, Februari 11, 2008

Suara Perdana - 8: Panggilan Pulau

Pada cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, saya mengambil kesempatan bercuti di negeri Terengganu bersama keluarga kedua saya.
Kami bertolak dari Rawang pada tengah malam hari Khamis tersebut.
Ada dua buah kereta. 10 orang termasuk seorang baby.
Perjalanan pergi mengambil masa lebih kurang 14 jam, jika dikira sehingga tiba di chalet, tempat kami menetap untuk 2 malam.

Sememangnya itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri Terengganu.
Asalnya kami hendak bercuti di Pulau Redang. Tapi tak jadi.
Bila sudah sampai Besut, hendak pula pergi Pulau Perhentian. Tapi tambang bot pergi balik naik melambung! RM100 sekepala! Tak jadi lah pergi pulau...

Kesian juga pemandu kerana terpaksa bersengkang mata selama 14 jam.
Sampai bengkak mata.

Selamat Datang ke Negeri Terengganu!



Pada waktu malam kedua kami berada di sana, kereta yang saya naiki ini telah melanggar anak lembu yang melintas jalan yang gelap, tuan lembu tidak pula muncul. Mungkin ada di kalangan ramai pada malam itu yang menyaksikan selepas insiden. Tahi lembu menjadi penghias cermin depan kereta. Saya pula agak terkejut. Alhamdulillah tiada manusia yang menerima padah. Anak lembu pun saya rasa tidak mengalami kecederaan yang teruk. Lembu kuat. Namun itu pengalaman pertama saya insiden kemalangan di atas jalan raya di dalam kereta. Walaupun saya pernah kemalangan menaiki motosikal sahaja. Tak lama lepas kejadian, ayah saya terus membuat panggilan telefon. Macam tahu-tahu sahaja ibu dan ayah saya. Itulah. Firasat yang kuat lahir dari kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang mantap. Utamakan keluarga. Sayangi keluarga. Kami hendak pulang ke chalet malam itu, selepas membeli ikan, sotong dan udang basah di pasar di Tok Bali, Kelantan. Oh, saya sudah sampai Kelantan!
Malam itu saya bersama ahli keluarga Najwa buat BBQ dekat kawasan chalet. Saya hendak ulangkaji Reaction Engineering tapi tertidur pula. Huhu.. Najwa kejut saya dan teman saya makan tengah malam. Esoknya kami nak pulang ke Rawang!



Pagi, hari terakhir saya di Terengganu. Pantai ini dekat sahaja dengan kawasan chalet. Waktu petang memang nyaman angin petang. Waktu pagi pula pada waktu ini tiada angin. Tetapi tetap dingin! Saya turun ke pantai bersama adik-beradik Najwa. Saya macam biasa. Tidak mandi kerana saya bukanlah gemar sangat air laut. Oh, saya buat muka pula pada waktu begini... Bukanlah berniat betul-betul. Biasalah. Ragam manusia seharian.



Pada waktu matahari terbenam hari pertama kami sampai. Malamnya saya berjalan bersama satu famili Najwa. Naik NAZA Sorento baru!



Sewaktu perjalanan ke Kuala Terengganu. Tidak silap saya, gambar ini saya ambil waktu sarapan pagi di Dungun. Oh, ada bendera PAS! Musim pilihan raya ni! Undi, undi! Jangan tak undi!



Kau Yang Satu... Kau yang satu... Maksud berbeda walaupun ayat sama.



Panorama pantai dekat kawasan chalet yang kami bermalam. Saya tidak edit gambar ini. Kalau edit lagi lawa kot~



Kat kawasan chalet juga ada gerai yang berdekatan. Gerai tu malam-malam ada karaoke sampai pukul 3 pagi. Orang tengah syok tidur, tapi ramai orang yang datang situ, karaoke! Jadi, saya ambil gambar tasik dekat gerai tersebut. Cantik juga ya.



Ini rupanya nama chalet tu.. La Vilatte... Eh, saya terlupa hendak ambil nombor telefon jika hendak booking.



Ubat nyamuk yang dah habis. Abu ubat nyamuk ka? Entah. Yang pasti adik-adik Najwa telah terpengaruh dengan seni saya. Huhu... Saya pula dipersalahkan. Najwa pening kepala. Mak pula kepelikan. Isk isk isk...



Perigi buta. Cinta itu buta.



Inilah salah sebuah chalet yang ada. Ini chalet depan chalet kami! Oh ya. Ada dua chalet kami sewa. Sudah pasti satu untuk wanita. Satu untuk lelaki.


GADUH!

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
P Ramlee dulu pernah menyanyi.
Tok Kadi pun pernah selit dalam khutbah nikah abang saya.
Tapi kami tidak sesuai hendak gaduh!
Biarlah Mat Merah dan Mat Hijau saja yang bergaduh.
Itupun atas pentas sahaja.
Jadi, janganlah bergaduh sangat...
Kalau dah tergaduh pun, berbaiklah semula.
Baru aman dan harmoni.
Baru bahagia hidup berumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan