Selasa, Jun 08, 2010

Aku (dalam baris yang singkat-singkat)

Aku sudah habis belajar di universiti.
Aku cuma perlu tunggu keputusan semester akhir aku bulan Julai nanti.
Aku sudah juga temuduga berstruktur PETRONAS.
Aku cuma perlu tunggu keputusan temuduga itu.
Aku masih lagi bergelar pelajar UTP sebab aku masih di sini.
Aku ada rehearsal untuk show teater Tuah Hang Jebat minggu ini mula dari 11 sampai 13 Jun.
Aku ada show teater tu pada 16 dan 17 Jun - iaitu minggu depan.
Aku juga sedang mencari kerja sementara di mana saja yang boleh.
Aku juga masih mencari mood untuk menulis skrip - dapat mood memang ligat terus menulis.
Aku belum balik kampung lagi. Kali terakhir - hampir 3 bulan yang lalu. Tak mengapa. Alang-alang mak bapak aku nak datang sini angkut barang-barang.
Aku suka diri aku yang kini. Dan diri aku yang dulu. Cool dan calm dan steady. Tak banyak bunyi - tak banyak cerita. Di bawah pancaran lampu profil rendah - aku masih boleh memandang penonton di hadapan (dah mula nak berbahasa tak faham).
Aku ada banyak perancangan untuk masa hadapan. Cita-cita yang aku hendak kejar dan kecapi.
Aku juga kejar cinta. Hidup semestinya perlu cinta.

Ada seorang kawan aku bertanya, apa impian tertinggi yang aku nak capai dalam bidang seni?
Aku jawab: Aku nak jadi Sasterawan Negara / Seniman Negara.

HAH!

3 ulasan:

  1. hahahhaha..
    sabar la sikit lg dok utp tu...
    utp x bg ko tggl dia tu...
    ekekkeke =P

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya menjadi Sasterawan Negara! ^_^
    amin3..

    BalasPadam
  3. @fatina: takpe. ada hikmah aku stay kat UTP ni. ada masalah dokumentasi sikit utk THJ ni. dah setel lah aku setelkan dengan doc kat sini.

    @eryza: haha. terima kasih doakan.

    BalasPadam