Isnin, Jun 29, 2009

Sepagi Bersama Isteri

Hujung minggu yang lalu aku sempat berbual-bual sewaktu bersarapan pagi bersama isteri tentang satu perkara yang cukup tipikal - DUIT. Berhidangkan nasi lemak telur dadar comel berserta secebis ikan masin, kuih karipap, air milo dan nescafe ais. Pagi-pagi sudah minum ais. Seorang pak cik pernah pesan pada aku dulu-dulu, tidak elok orang laki minum ais pagi-pagi.

Duit itu penting dalam hidup manusia. Tak ada duit, tak ada hidup.
Tidak benar 100% jika seseorang itu menyatakan bahawa duit tidak penting.
Namun, kita, mesti kena ada senarai keutamaan/kepentingan atau dalam bahasa penjajah, Priority List.
Bilangan perkara dalam senarai tersebut boleh jadi banyak, boleh jadi sikit bergantung kepada cara dan gaya hidup serta matlamat hidup seseorang itu.

Akhir zaman ini memang bahaya dan mencabar. Duit menjadi matlamat nombor satu dalam hidup. Duit adalah satu-satu benda yang dikejarnya, yang ingin diperolehinya, sehingga satu tahap yang paling membahayakan - duit dikejar tanpa mengira cara baik atau jahat, halal atau haram.

Isteri aku berkongsi kisah benar tentang seorang jururawat yang betul-betul jenis inginkan duit. Di wad tempat isteri aku bekerja, kalau seorang jururawat itu tak dapat bekerja pada shif yang telah ditetapkan kerana ada hal penting, dia boleh mengupah jururawat dalam satu wad yang sama (yang tidak bekerja pada shif yang ditetapkan itu) untuk bekerja untuknya. Satu jam RM10. Jadi, satu shif biasa adalah selama 7 jam. Jadi, boleh dapat RM 70 upah kerja untuk orang lain.

Jadi pada satu shif malam (shif malam adalah selama 10 jam), hari itu adalah hari private nurse di sebuah wad private. Private nurse ini ditentukan oleh seorang sister. Kebetulan isteri aku bekerja pada shif malam tersebut bersama dengan seorang lagi nurse senior. Kebiasaannya, kerja nurse pada shif malam tidak begitu sibuk. Hanya feeding (bagi makan/minum) pada pesakit-pesakit ikut jadual yang dah ditetapkan. Jadi, boleh tidur dalam sela masa jadual feeding tersebut. Jadi isteri aku tidur. Nurse senior itu pun tidur. Tapi, isteri aku tidak tahu menahu tentang hari private nurse tersebut dan siapa yang sepatutnya ditugaskan sebagai private nurse di wad private tersebut. Nurse senior itu yang sebenarnya bertanggungjawab sebagai private nurse tetapi dia telah tidur sepanjang malam tanpa buat kerja. Yang buat kerja, siapa lagi, sudah tentu isteri aku (yang secara noobnya tidak tahu menahu tentang hari private nurse itu).

Jadi, nurse senior itu dapat duit RM 100 setelah tidur sepanjang malam.

Kadang-kadang kita patut bertanya pada diri kita sendiri:

"Gaji fresh grad RM 3500. Belum campur elaun lagi. Duduk bujang. Awek tak ada. Tapi duit tak cukup jugak. Menyimpan pun tak ada. Kenapa duit asyik tak cukup tiap bulan ni?"

"Aku grad CGPA aku bagus, 3.50 lebih. Aktiviti ko-kurikulum aku pun banyak. Tapi kenapa susah nak dapat kerja?"

*"Kita juara masa di Festival Teater Perak, tapi kenapa kita tak pernah layak masuk peringkat kebangsaan?"

Ini semua kerana BERKAT.

Mungkin, mungkin saja:

Duit gaji kita tidak berkat. Kita ada ponteng kerja. Kita malas buat kerja. Kita cari macam-macam alasan pada bos kita, pada rakan sekerja kita. Pendek kata, kita tidak jujur dalam kerja kita. Boleh jadi sebab itu, duit gaji banyak mana pun, kita akan sentiasa rasa tidak cukup kerana duit itu tidak berkat. Dan, boleh jadi juga rezeki kita dapat tidak melalui cara yang halal. Macam dalam kisah benar nurse senior yang aku ceritakan tadi. Banyak lagi contoh yang kita dapat lihat. Berniaga menipu pelanggan, sudah pasti tidak berkat. Berlakon atau bekerja dalam sebuah produksi filem/teater dengan pelakon memegang tubuh yang bukan muhrim, ini juga tidak berkat. Untung atas angin, tidak buat apa-apa tapi dapat duit. Ini pun sama.

Mungkin ijazah (ilmu) yang kita peroleh itu tidak berkat. Kita ponteng kelas. Kita malas buat assignment. Kita tiru assignment. Tiru dalam ujian, peperiksaan. Tidak hormat pensyarah. Dan macam-macam lagi. Kita tanya pada diri kita sendiri. Kadang kala, kita nak dapat kerja yang baik yang sesuai dengan kehendak kita. Kalau boleh lepas habis belajar boleh terus dapat tawaran bekerja di tempat yang kita inginkan dan sebagainya. Tetapi, kita sedar yang kita susah nak dapat kerja. Permohonan sana sini, temuduga situ sini. Tapi masih tidak ditawarkan bekerja. Dan akhirnya, kita bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan pun dengan ijazah yang kita peroleh. Kemudian, mereka yang dalam golongan begitu menyifatkan ijazah (ilmu) itu sebagai sesuatu yang 'wasted', iaitu membazir.

*Mungkin kemenangan di peringkat negeri itu tidak berkat. Sebab ketua kumpulan bodek-bodek pihak penganjur, pihak juri. Sebab pelakon yang bukan muhrim saling berpegang tangan, berpelukan atau seumpamanya. Mereka layak lepas di peringkat negeri saban tahun tetapi sejak sekian lama tidak layak masuk ke peringkat kebangsaan. Mungkin saja, kemenangan itu tidak berkat. Mereka tidak berlaku jujur dalam setiap tindakan mereka.


Apa yang aku nyatakan di sini hanya kemungkinan saja. Sebab yang menentukan sesuatu itu berkat atau tidak hanya Tuhan saja. Dia sajalah yang memberikan keberkatan.

Rezeki yang kita peroleh itu mestilah yang halal, dengan cara yang halal, dari sumber yang halal. Dan dibelanjakan/digunakan untuk tujuan yang halal.


Barulah ada KAF BA RA KAF TA ALI NUN

Jumaat, Jun 26, 2009

Minggu Hot Propaberganda-ganda

Minggu ni memang minggu hot Transformers. Meskipun propaberganda-ganda Amereka keras lebih kerasa daripada minuman keras. Tabik spring toing toing propa Transformers berjaya mega super. Hinggakan trafik jam telah berlaku di laman web GSC, Panggung Skrin Emas. Mungkin orang ramai baru sedar akan teknologi booking dan beli tiket secara online.
Apa pun aku sendiri juga telah nonton pada hari pertama tayangannya. Berikut pula adalah teater-teater yang dipentaskan dalam minggu hot propa Transformers. Berlaku di Shah Alam sahaja. Bukan menggila di seluruh dunia.


23 Jun 2009: Kelab Teater Rimba, UKM - Superptui! & Transit Kaler Magenta
Karya Wan Azli Wan Jusoh yang bikin filem Budak Kelantan. Skripnya boleh didapati di laman e-sasterawan beliau. Aku sudah baca dan memang menarik. Lebih lebih lebih menarik jika cara garapan menarik dan berkesan.


24 Jun 2009: HIDAYAH - Pegawai Khalwat
Eh. Pegawai Khalwat lagi. Haha. Di KL pun ada Pegawai Khalwat. Di Penang pun ada Pegawai Khalwat. Khalwat berleluasa.


25 Jun 2009: ASWA - Cemar
Ingatkan ASWA-RA. Haha.


26 Jun 2009: Suara Alam - Kalut
Sejuk-sejuk mendengar kumpulan-kumpulan yang berteater di Selangor. Ada rimba, suara alam, hidayah. Memang hijau. Sejuk. Tenang.


27 Jun 2009: RESAM - Syurga atau Neraka
Ada artis drama tivi yang berlakon. Raja Azrey. Adiputra. Malah, karya Raja Azrey juga. Betul kah? Atau. Kebetulan nama saja sama? Haha.


Ini baru di Selangor. Mungkin aku patut siarkan manifestasi teater Terengganu pula. Ada berani?


PEMENTASAN TEATER SEMPENA MANIFESTASI TEATER NEGERI TERENGGANU

TARIKH : 6-20 JUN 2009 (Dah lepas okay? Tak payah gatal-gatal nak pergi nonton)
TEMPAT : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI TERENGGANU

KATEGORI: KUMPULAN NGO / IPT

07 Jun 2009 (Ahad ): 'Hikayat Putera Sulung' oleh MTN

15 Jun 2009 (Isnin ): 'Bila Tuhan Berbicara' oleh Kelab Seni Pujangga, UiTM
(Dari novel drama Faisal Tehrani ni. Ambil frakmen saja ke?)

17 Jun 2009 (Rabu ): 'Deme Pada Ambe' oleh PersatuanKesenian D’ Anjung Ibai K. Trg.

19 Jun 2009 (Jumaat): 'K.u.l.i.' oleh Kelab Anjung Kreatif UDM
(Cerita pasal kutuk kerajaan lagi ke? Hahaha)


KATEGORI: KUMPULAN MONOLOG

20 Jun 2009 (Sabtu )-
3.00 ptg: 'Kosong' oleh Layar Opera
(Karya S.M. Noor ni aku dah baca. Berat ni. Oh, ini monodrama. Banyak watak lah. Haih, kan kau orang juga yang kata macam tu. Apa? Tak? Bukan kau orang ke yang disqualify Pejuang Agama sebab buat monodrama bukan monolog? Hahahahahaha.)


3.45 ptg: 'Menunggu Kata Dari Tuhan' oleh MEDIA
(Karya Dinsman yang Harakah pernah taja untuk pentaskan. Monodrama kalau tak silap aku. Di Shah Alam tempoh hari lakonan Sabri Yunus.)


4.30 ptg: 'Pecah Ruyung' oleh Voice Of Harmony
(Macam nama kumpulan nasyid pulak. Apa pun, biar pecah ruyung saja ya. Jangan pecah yang lain pulak. Hahaha.)

Fakta Pening Kepala

Dulu-dulu. Sejak aku di bangku sekolah rendah. Tiap hari Isnin aku pening kepala. Memang konsisten. Tiap Isnin. Tiap hari perhimpunan pagi sekolah. Sampailah aku akhil baligh. Lepas akhil baligh aku masih juga selalu pening kepala. Tapi tidak sekonsisten dulu. Biasanya faktor cuaca. Yang buat aku pening kepala. Faktor alam sekitar juga lah tu.

Aku masih ingat lagi waktu sekolah rendah. Hari Isnin. Perhimpunan pagi. Aku hampir pitam. Hampir saja ya. Tak jatuh pitam. Masih macho di situ. Di sekolah menengah pun pernah juga sekali dua. Tapi tak jatuh lah. Setakat berpeluh hangat saja. Tetap maintain macho.

Sampai sekarang aku masih selalu pening kepala. Lagi-lagi bila duduk di KL. Di UTP kurang sedikit. Mungkin alam sekitar Tronoh masih bersih jika dibandingkan dengan KL. Kepulan asap hitam. Asap rokok. Panas melampau. Hujan lebat acidic. Alam sekitar yang tidak sihat. Tipu. Tipu kalau ada orang kata KL punya alam sekitar bersih. Bohong.

Mungkin lapan bulan di kota ni tidak cukup ruang masa bagi aku untuk alah bisa tegal biasa. Masih. Masih, kota ini juga yang menjadi pilihan akan datang. Kalau duduk di ruang vakum sekalipun, belum tentu aku dapat hidup.

Aku selalu pening. Ini satu fakta. Jadi aku selalu juga telan paracetemol. Dadah yang paling berkesan, bak kata member sekolah aku yang sedang mengaji bidang perubatan. Eh. Ke farmasi? Haha.

Mungkin juga aku ikut ayah aku. Penghidap migrain. Tapi syukur. Sekarang sudah tidak sekerap dulu. Tapi. Aku tidak migrain. Cuma selalu pening kepala. Atau. Mungkin aku kena pergi jumpa doktor buat pemeriksaan. Ambil darah. Periksa tahap kolestrol. Tahap gula. Dan macam-macam mak nenek apa lagi diperiksa. Boleh jadi. Ironik. Boleh jadi. Orang kurus. Tapi kolestrol tinggi. Orang yang tiada lemak berlebihan di badan. Tapi kolestrol tinggi. Boleh jadi. Jadi. Kena pergi periksa. Jumpa doktor. Jumpa misi comel. Misi cucuk jarum. Doktor ambil sampel darah. Periksa.

Khamis, Jun 25, 2009

(Kepupusan) Perempuan Melayu Terakhir

Kemaskini.
Sebuah filem Erma Fatima.



Itu dia. Sebuah lagi filem Melayu klasik yang baru gua layan beberapa hari yang lalu. Filem ini banyak mempersoalkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Di sini gua nak quote beberapa keratan dialog dalam filem ini. Untuk difikirkan oleh segenap pembaca sekalian. Terutamanya. Melayu. Islam.

Filem ini dimulakan dengan permainan wayang kulit. Cara tipikal untuk menggambarkan budaya Melayu. Kemudian, cerita bermula dengan sebuah teater. Skrip teater Inggeris tersebut oleh Hishammudin Rais. Berjudul "Umbrella" barangkali. Dan dalam panggung teater tersebut, digambarkan hanya beberapa orang saja yang nonton. Itu pun ada yang telefon bimbit berbunyi dan dijawabnya, ada yang sudah lentok terlena dan macam-macam lagi ragam audiens. Yang fokus nonton hanya pengarah dan ahli produksi yang lain.

Kemudian. Seperti biasa. Ada cast party. Semasa cast party, Haikal (John gelarannya) iaitu penggiat teater rasa tidak kena:

Keratan 1

"Hey, John. Why are you so depress? Relax. Takkan you tak tahu Malaysian audience. Mana diaorang tahu appreciate teater semua ni."

"Yeah, I mean John, especially English play. You know, c'mon. Don't put yourself on the same level with them. Isn't that right?"


Apabila Haikal berniat nak buat teater Melayu.

Keratan 2

"Aku nak jadi Shakespeare Melayu"

"Shakespeare tak ada Melayu, John."

"If you nak buat teater Melayu, you kena cari jiwa Melayu yang dah lama hilang dalam diri you tu."



Mustika seorang penari. Tunangnya Engku Leh, fundamentalis agama.

Keratan 3

Kamu dah sesat. Saya tak akan biarkan kamu terus sesat.

Bukti apa yang Abang Engku ada mengatakan yang saya sesat?

Kamu tanya diri kamu sendiri. Di mana kiblat kamu sekarang? Mana akidah kamu?

Apa saya perlu canang pada seluruh dunia memberitahu yang saya Islam?

Berkopiah, berjubah, bertudung litup. Apa itu baru Islam pada pandangan abang?

Saya mahu kamu jadi wanita solehah, Mustika. Bukan dengan pekerjaan maksiat tu.

Abang Engku tak ada hak mengatakan yang seni itu maksiat.

Soleh atau tidak saya sebagai perempuan adalah antara saya dengan Tuhan.

Baliklah ke pangkal jalan, Mustika.

Abang Engku yang patut balik ke pangkal jalan. Islam tidak pernah memaksa dan Islam tak mahu umatnya berpecah belah. Abang Engku tak ada hak untuk menghukum seseorang atau untuk meletakkan Islam atau tidak seseorang itu.


Engku Leh melaungkan azan.

Laungan azan jadi latar.
Voice over.

Keratan 4

Pak Engku:
Melayu itu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan ketaatan, dari rasa saling hormat menghormati.
Itulah bermulanya empayar melayu.
Maka itu, kita melayukan budaya pinjaman kita.
Kita lembutkan hati Sri Rama, kita sopankan Sita Dewi, kita lahirkan taat setia dalam diri Hanuman.
Lebih senang mengIslamkan Melayu.
Senang untuk Parameswara bangkit di suatu pagi dan menyahut seruan Islam.

Mustika:
Kita lihat saja sejarah melayu turun temurun.
Hanya kerana seorang wanita negeri sanggup diranapkan.
Mahsuri dilembing hingga mati.
Sang Sapurba sanggup berjanji jika dia menzalimi rakyatnya, maka takhtanya akan terbalik.
Dan janji itu semua hanya kerana mahu mengahwini Puteri Demang Lebar Daun.
Dan sampai saat ini semuanya boleh terjadi apa saja hanya kerana seorang wanita.

Pak Engku:
Kamu sebenarnya tidak pernah lupakan Melayu kamu.
Cuma mungkin kamu malu dengan Melayu, kamu rasa terhina jadi Melayu.
Kamu anggap falsafah Barat itu tulen.
Dahsyat orang putih ni ya.
Dia tak dapat jajah kita seperti dulu, dia jajah otak anak bangsa kita.

Engku Leh:
Apa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu?
Falsafah hidup bangsa Melayu kita dah semakin kabur.
Dan menghasilkan watak Melayu yang berdilema.
Kekeliruan tentang akar dan umbi tergantung-gantung di awangan.
Barat entah ke mana.
Timur entah ke mana.



Setelah Engku Leh sedar perbuatannya yang ekstrim menyerang Haikal dengan pedang.

Keratan 5

Engku Leh:
Manusia adalah pedang.
Tuhan pemain pedang tersebut.
Sedangkan dunia adalah batu tempat pengasah pedang itu.
Timur hanya melihat Tuhan.
Tidak lagi tampak olehnya dunia yang bagai batu pengasah.
Barat telah menembusi batu pengasah tadi tanpa menyedari Tuhan yang menggengam pedang itu.
Buka mata lebar-lebar kepada Tuhan.
Itulah agama.



Di tengah-tengah filem ini juga ada diselitkan tentang teater "Uda dan Dara" karya Usman Awang. Mustika dan Haikal dengan pendirian masing-masing berdialog berfalsafah tentang status dan pangkat. (Gua ada usaha nak baca karya itu tapi sangatlah panjang dan ia lirikal)

Di akhirnya filem ini pula, Haikal berjaya mementaskan teater "Perempuan Melayu Terakhir".

Selasa, Jun 23, 2009

Diseptikons: Dendam Kesumat

Minggu ini adalah minggu yang dinanti-nanti oleh kipas-susah-mati filem Transformers. Sekuelnya, Revenge of The Fallen sudah pun memecah panggung mulai hari ini. Gua pun dah teruja gila nonton trailernya dulu. Gua pun dah layan OST dia "New Divide" oleh Linkin Park (LP), feberet gua. Gua rasa gua kena beli DVD (lanun) dia untuk refresh balik Transformers 1.

Gua melayukan lirik dia secara alih bahasa. Memang menarik.



LINKIN PARK - NEW DIVIDE

I remembered black skies
The lightning all around me
I remembered each flash
As time began to blur
Like a startling sign
That fate had finally found me

Aku ingat langit hitam
Kilat di sekelilingku
Aku ingat setiap silau pancarannya
Sewaktu masa mula kabur
Seperti satu petanda mengejutkan
Bahawa takdir akhirnya menemuiku

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

Dan suaramu saja yang aku dengar
Bahawa aku dapat apa yang sepatutnya

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross
the distance in your eyes

Jadi berilah aku sebab
Untuk membuktikan yang aku salah
Untuk membasuh bersih memori ini
Biarkan banjir melintasi
Jarak di dalam matamu

Give me reason
to fill this hole
connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

Berilah aku sebab
Untuk mengisi lubang ini
Menyambung ruang di antaranya
Biar ia cukup untuk kebenaran yang tipu itu sampai
Melintasi pembahagi yang baru ini

There was nothing in sight
But memories left abandoned
There was nowhere to hide
The ashes fell like snow
And the ground caved in
Between where we were standing

Tiada apa yang dapat dilihat
Melainkan memori yang ditinggalkan begitu saja
Tiada lagi tempat untuk berselindung
Abu-abu jatuh umpama salji
Dan tanah juga turut jatuh
Di antara tempata kita sedang berdiri

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Across this new divide

In every loss
In every lie
In every truth that you’d deny
And each regret
And each goodbye
Was a mistake to great to hide

Dalam setiap kehilangan
Dalam setiap penipuan
Dalam setiap kebenaran yang kau cuba nafikan
Dan setiap sesalan
Dan setiap perpisahan
Adalah satu kesilapan yang terlalu besar untuk disembunyikan

[Bridge]
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

[Chorus]
So give me reason
to prove me wrong
to wash this memory clean
Let the floods cross
the distance in your eyes

Give me reason
to fill this hole
connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

Across this new divide
Across this new divide



Sumber lirik ni gua cilok dari neorackle.com



ps: Mainan-mainan Transformers menguasai segenap pelusuk kompleks membeli-belah. Gua tak tahan rasa nak beli tapi sebab harga dia pun gua tak tahan gua tak dapat nak beli. (Tapi mungkin gua boleh rembat topeng Optimus Prime atau Bumble Bee. Syyyy.. jangan bagitahu misi gua nanti dia tak bagi!)

ps#2: Judul entri ini saja mau ala-ala monolog Jebat: Rahsia Kesumat. Ha ha.

Isnin, Jun 22, 2009

FTM

Nah, gua dah selongkar habis-habisan perut buncit Encik Goog.


FTPerak 1-8 Jun 09
FTKL 1 Julai - 1 Ogos 09
FTSelangor 23-28 Jun 09 (Final)
FTPerlis5-27 Julai 09
FTSabah 17-21 Jun 09
FTMelaka 25-31 Julai 09
FTJohor 4-8 Ogos 09
FTPulauPinang 1-18 Julai 09
FTKedah 31 Julai - 8 Ogos 09
FTPahang 24-28 Jun 09
FTTerengganu (Manifestasi) 6-20 Jun 09
FTNegeriSembilan TBA
FTSarawak TBA
FTKelantan TBA


Butiran lanjut tentang teater-teater bagi setiap satu negeri itu tak semua gua ada.

Satu saja persoalan gua, bila wakil Perak nak menang Festival Teater Malaysia? Dulu, pernah sekali saja. Itu pun masa Pekan Teater.

Apa pun, debarkan FTKL:



1 Julai 2009
Kemarau Musim Tengkujuh ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

5 Julai 2009
Beringin Merah ( Beringin Entertainment)

7 Julai 2009
Anak Bulan Di Kampung Pak Hassan ( Kumpulan pelakon Universiti Malaya)

8 Julai 2009
Pygmalion ( Kelab Budaya Malaysia)

10 Julai 2009
Peristiwa Di Zoo ( Mekar Budaya Production)

12 Julai 2009
DOGMA ( KGB Entertainment Services)

14 Julai 2009
Pegawai Khalwat ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

16 Julai 2009
Sasau ( Angkatan Kesenian Sarwa Sejagat /Khaz Venture Sdn Bhd )

17 Julai 2009
Pemain ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

19 Julai 2009
Negeri Kebayan ( Sek. Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur)

21 Julai 2009
Miao Miao Sang Arnab (The Qum Actors)

23 Julai 2009
Telefon ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

25 Julai 2009
Cincin Belah Rotan ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

27 Julai 2009
Subuh ( Kupas Production)

29 Julai 2009
Transit ( Ilham Art Event Management Services)

31 Julai 2009
Jebat ( Dramatis Camar Pesona)

1 Ogos 2009
Perempuan ( Sarraroses Management)


Yang tebal dan merah itu HOT HOT HOT!



ps: Acab Bond, aku rasa kau kena tawarkan diri kau jadi perekabentuk mereka...

Misi Seorang Misi

Hujung minggu lepas. Aktiviti biasa gua, jalan-jalan dengan misi gua. Kasihan juga gua kat misi gua sebab jarang dapat cuti hari Sabtu atau Ahad (Kasihan juga kat diri gua sendiri bila dah hidup bersama nanti ha ha). Jadi kalau dapat jalan-jalan pun hanya sekejap dan natijahnya sudah pasti keletihan melampau. Tiba-tiba gua rasa orang yang kerja guna fizikal sama saja keringatnya dengan orang kerja guna mental. Ke, tak sama? Sebab pada pandangan gua, mental berkait rapat dengan fizikal, fizikal berhubung rapat dengan mental. Apakah ada persamaan atau ketaksamaan antara mental dan fizikal? Hmmmm.... Kemudian, ada pula elemen spiritual! Tiba-tiba lagi gua terbayang ESQ yang mahal nak mampus. Haha!

Misi gua kerja dalam wad yang meletakkan pesakit-pesakit kronik seperti strok, dan erm.. dan ada lagi lah gua pun tak dapat ingat dengan baik sekarang ni. Hehehe. Tapi yang penting pesakit dalam wad tu semua stail yang tak boleh gerak dan kena pakaikan pampers, kena dimandikan oleh misi-misi (nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan). Jadi misi gua ni sudah banyak kali juga hadapi pesakit kronik yang mati. Gua repeat, mati.

Terbaru yang mati, okay okay gua tukar, terbaru yang meninggal dunia adalah kanak-kanak baru berusia 13 tahun. Eh, kejap kanak-kanak ke remaja? Ah, tak kisahlah. Jadi misi gua dan rakan-rakan misi yang lain berusaha yang terbaik melaksanakan CPR bergilir-gilir (lagi sekali, nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan) tatkala darah terus mengalir keluar dari hidungnya dan kakinya sudah terjulur lurus menandakan Izrail sudah memanggilnya berjumpa dengan Tuhan. Innalillah.

(Menjerit mak budak tu)

Doktor sahkan, virus JE (masih ingat JE?) sudah merebak ke seluruh sistem tubuh budak tu.
Lihat, babi. Babi juga salah kan. Isk isk. Bukan bukan tak boleh salahkan babi. Tak boleh double standardkan babi. Babi juga kan ciptaan Tuhan?

Jadi, sentiasalah mengingati mati.
Okay okay, gua tambah. Ini juga pesanan untuk diri sendiri.

Dan, yes yes yes gua dah boleh menulis balik!
(Lagipun flu flu ini sudah berkurang dan hampir sembuh nampaknya)
Syukur.

Nyata, flu flu ini menjerat hidung gua.
Tidaklah sampai sesak nafas.
Sumbat-sumbat saja. Hidu bau wangi tak masuk.
Hidu bau busuk tak masuk.
Tapi gua memang respek sama Raja Buah, bau dia memang tahap dewa menusuk hidung flu flu walaupun tersumbat.
(Sekarang musim ke?)
Kuman flu ini melekat pada darah seni aku.
Komputer minda lagging. Selalu hang.
Papan kekunci lidah pula tertanggal aksara-aksara, karakter-karakter, simbol-simbol, alfabet-alfabet. Kebanyakannya sukar ditekan. Tekan sikit tiada output. Tekan kuat-kuat baru ada output. Ciplak ke? Made in mana ni? Made in Taiwan? Made in China? Bangladesh? Tapi ada baju T ZARA lelaki Made In Bangladesh!

Jaga jaga flu flu ini impak dia maksima
Jaga jaga flu flu babi
Babi babi ni jangan buat main-main.
Babi punya hal lagi. Isk isk. Tak boleh tak boleh salahkan babi. Babi kan ciptaan Tuhan juga?

Habis tu, nak salahkan SIAPA?

Babi? Atau.. 'babi'? (Kalau lu tahu apa maksud gua lah... Haha)

Perlukah kita menghaiwankan babi? Atau.. memanusiakan 'babi'?

Aktivis teater sekalian, selain memanusiakan manusia, manusiakan pula 'babi' okay?


ps: Tiga Es memang tidak minimal. Dan adakalanya normal adakalanya abnormal. Kalau adakalanya paranormal, gua bukak parachute terbang jauh dari alam ghaib.

(Cubalah) Berlari ke Langit (kalau sampai)


Hujung minggu lepas gua layan filem Melayu agak lama.
Oh ya gua memang rakyat Malaysia yang sapot filem Malaysia.
Dan gua respek sama orang lain yang sapot filem Malaysia, macam misi gua.
Yang tak sapot filem Malaysia atas alasan filem Malaysia tak berkualiti, gua tak peduli.
Gua pula bila layan, bila filem sucks, gua kutuk. Filem best, gua thumbs up.

Gua layan sentuhan sutradara Bade Hj Azmi, Berlari ke Langit.
Rosyam Nor dan Fasha Sanda (gua pernah nampak dia masuk Toy 'R Us KLCC dengan dua orang budak kecik terus gua usha, gua rasa artis wanita perlu tonjolkan natural beauty lebih daripada betis, peha, cleavage, pusat dan dot dot dot) peneraju utama.
Gua konfiden mesti ramai tak tahu yang filem ini wujud di alam fana' ni.
Tak apa tak apa sekarang lu orang dah tahu.

Ada satu babak dalam filem ini yang menarik hati dan minda gua.
Ya ya gua tahu filem-filem Bade bosan-bosan belaka (haha maaf bro Bade, gua saja mahu propa). Tapi babak yang gua nak quote balik dialog dia ni memang serius shit menarik sanubari gua:


Yasmin (Fasha Sanda) dan Indra (Rosyam Nor) duduk di atas batu di sebuah bukit di pesisir pantai.

Bukhari (Hasnul Rahmat) bersama sahabat-sahabat seperjuangannya lengkap berjubah berserban datang menegur Yasmin dan Indra.


Yasmin:
Assalamualaikum

Bukhari:
Waalaikumussalam. Inikah yang dinamakan cinta? Seorang gadis yang bergelar guru dianggap mulia dari segi agama berdua-duaan bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya di tempat yang tiada manusia lain.

Yasmin:
Mungkin tempat indah ini dicipta Tuhan untuk insan seperti kami yang tahu mengguna ke arah kebaikan.

Bukhari:
Apa yang anti boleh dapat di sini melainkan membuat keburukan?

Indra:
Apa benda yang kami buat?

Bukhari:
Apa lagi kalau bukan dua orang yang-

Yasmin:
-dua orang yang berjiwa halus, tahu menghargai ciptaan Tuhannya. Tengok kecantikan sekeliling kamu ni. Apa yang kamu nampak?

Bukhari:
Anti tak perlu mengajar ana. Haram tetap haram.

Yasmin:
Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak jatuhkan hukum itu?

Bukhari:
Anti tahu apa yang anti cakap? Tahu?

Yasmin:
Ayah saya seorang guru agama di universiti Islam di Madinah dan saya mempunyai ijazah dari UIA. Saya faham sangat hal-hal hukum hakam Islam ni. Tapi kalau kamu semua bersusah-payah panjat bukit ni semata-mata nak menjatuhkan maruah kami, terserlah. Sebab tiada yang jahat yang kami lakukan di sini selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Dan Indra pun telah melamar saya, dan saya menerimanya.

Adik Indra:
Kak Yasmin, kak, marilah tengok ni. Marilah tengok. Cantik!


Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar.


Yasmin:
Bukhari, boleh senyum sikit? Senyum satu ubat percuma anugerah Tuhan. Sia-sia kalau tak gunakannya.


Bukhari senyum tak ikhlas. Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar terus.



Oh ya, Yasmin tidak bertudung. Indra pula seorang nelayan yang buta huruf dan pernah terkandas di lautan selama sebulan dan putus cinta pada kekasihnya dulu yang sudah bertunang dengan Bukhari sewaktu dia pulang ke darat.

Babak ini memuatkan paparan terhadap realiti cara pendakwah (Bukhari) terhadap orang yang tidak tahu agama secara mendalam (Indra) dan seorang lagi yang belajar agama tetapi tidak mengamalkannya sebagai cara hidup tetapi masih percaya pada Tuhan (Yasmin).

Pada sudut pandangan gua, babak ini juga memaparkan sifat manusia yang pasti ada kekurangan. Tiada manusia yang sempurna. Manusia, ada kelebihan dan ada kekurangan pada setiap seorang. Bukhari seorang yang kuat agamanya tetapi kurang dari segi cara penyampaian dakwahnya dan pandangannya terhadap orang yang tidak kuat agama. Indra seorang yang tabah dan disenangi oleh orang-orang kampung tetapi buta huruf dan tidak mampu menuntut ilmu. Yasmin pula seorang guru yang belajar agama tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya (tidak mengamalkan agama secara menyeluruh).

Seperti biasa yang gua sampaikan dari dulu sampai sekarang, hakikatnya tetap satu dan hakikat yang satu itu adalah hakikat yang perlu dicari oleh setiap manusia yang diberi ruang untuk hidup.

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim. (Eh, gua rasa dah masuk ruang minimalis ni)
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.

DIA ada (eh, terparodi black komedi karya SEFA) sejak azali dan akan terus ada abadi. DIA adalah Maha Esa, Maha Kuasa.

Segala keseronokan dunia hanya sementara.
Misalnya sangat dekat dengan diri kita.
Seronok berteater, manisnya hanya sementara. Manisnya pula perlu dijaga. Manis dunia boleh jadi racun hati. Pahit dunia boleh jadi penawar.
Seronok bercinta, indahnya hanya sementara. Indahnya pula perlu dijaga. Indah dunia boleh jadi kesusahan di sana. Kesusahan dunia boleh jadi keindahan di sana.
Seronok menang anugerah Teater Terbaik dan Segala-Macam-Mak-Nenek-Anugerah Terbaik hanya sementara.
(Kenapa gua ada bau-bau unsur menyindir ni?)

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.
Selagi ada ruang, ada masa, ada peluang, ada rezeki, ada keizinan, berbuatlah baik pada diri sendiri, pada diri orang lain dan pada DIA.
Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Ruang milikNYA, jirim milikNYA, jisim milikNYA.



ps: Inilah jadinya bila darah AB mengalir dalam tubuh gua. Sah-sah split personality telah berlaku dalam satu entri! (Sebenarnya gua baru discover yang gua ni split personality tahun lepas...)

Senarai Hasil Carian Jatuh-Bawah: tronoh


Agak lama dulu, gua taip tronoh pada kotak carian Encik Goog.
lihat sajalah apa yang gua highlightkan tu
theatre atau theater
persoalkan lah
nak gaduh pasal dua perkataan yang beza ejaan (susun huruf) pun gua tak ada hal
gua tahu, maksud beza
tapi gua rasa
salah satu matlamat memartabatkan nama Tronoh sudah tercapai
tahniah lah ya

Jumaat, Jun 19, 2009

10K

Wah baru gua perasan sudah lebih 10,000 blog ini disinggah

Apa pun gua masih flu

Flu ini menjerat hidungku

Mencengkam nadi seniku

Membeku otak seniku

Flu ini buat gua pening tiap kali gua tunduk rukuk sujud dan memberi ucap salam ke kanan ke kiri

(Sub-teks di situ)