Isnin, Mei 12, 2008

indahnya dunia dengan KERUSI Import di IRC

KERUSI
Oleh: Hatta Azad Khan


Teater ini mengisahkan Srisegala yang berkuasa dan sangat kaya. Dia juga bongkak dan amat berbangga dengan kekuasaan dan kekayaannya. Dia bertindak zalim terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang mahu merampas kuasa. Serisegala tidak bersendirian malah dia dibantu oleh Tunta Utama, Tunta I, Tunta II dan Tunta III merupakan pahlawan yang taat dan setia dan selalu melindungi Srisegala.


Manusia memang tidak suka ditindas sepanjang masa. Oleh sebab itu, di kalangan rakyat jelata yang tertindas muncul beberapa orang pahlawan untuk menentang ketidakadilan Srisegala. Namun usaha Wira I, Wira II dan Wira III gagal mencapai matlamat. Mereka ditangkap oleh para pengawal Srisegala dan Srisegala terus angkuh di kerusi kekuasaannya. Kemudian, muncul pula Putra yang cuba menentang Srisegala. Putra berjuang sendirian dan akhirnya tersungkur tewas di tangan Srisegala.


Masayu, isteri Putra berusaha mencari suaminya. Selama ini Masayulah yang memberikan semangat untu Putra berjuang menetang pemerintahan kiku besi Srisegala. Srisegala telah terpikat dengan Masayu yang cantik rupawan. Srisegala cuba menggoda Masayu dengan menawarkan pelbagai kemewahan yang dimiliki oleh beliau. Sementara itu kekejaman dilakukan ke atas Putra dengan membutakan kedua-dua mata Putra sebagai hukuman kerana menentang Srisegala. Setelah dipujuk dan dirayu akhirnya, hati Masayu menjadi luluh dan matanya sudah dikaburi dengan segala kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Srisegala. Malah Masayu telah lupa dan tidak mengenali suaminya sendiri yang sudah menjadi buta.


Wira I, Wira II dan Wira III bangkit meneruskan perjuangan mereka. Mereka meminta nasihat daripada Putra yang sudah buta. Putra menasihati supaya semua wira bersatu hati dan tenaga menetang Srisegala yang zalim. Kali ini, berkat perpaduan yang utuh mereka telah berjaya mengalahkan para pengawal Srisegala, malah berjaya menangkap Srisegala ketika cuba melarikan diri.


Akhirnya, Putra ditabal menjadi pengganti Srisegala dan menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini dikuasai oleh Srisegala. Masayu pula insaf dan kembali kepada suaminya.



Nantikan pementasan KERUSI oleh Tronoh Theatre Shop (TTS).

Suku ketiga tahun 2008.

InsyaALLAH.

Reviu Ciku. Dem. Reviu untuk exam lah woi!

Sementara aku dikurniakan kurniaan connection wi-fi yang boleh tahan lajunya, aku nak buat sedikit reviu mengenai Ciku.
Sambil muat turun drama bersiri Ghost yang telah ditayangkan di 8TV. Khabarnya menarik dan berbaloi untuk ditonton.
OK. Jangan gubra! Lagi 2 jam aku masuk dewan periksa.


Overall:

Transition semuanya tidak perlu efek barangkali.
Yang paling penting adalah macam mana nak arrange semua cut scenes supaya dapat continuous flow dalam penceritaan. Tugas penting editor. Aku tak berminat tengok pilem pendek yang ada transisi bunga-bunga atau seumpamanya.
Angle untuk semua scene perlu dipelbagaikan barangkali.
Tetapi jika idea asal mahukan fixed angle untuk satu scene, terpulang.



Pencahayaan di sini ya. Gelap.
Ada baju Che Mad tergantung kat tingkap tu.
Boleh shoot dari angle yang lain yang boleh nampak muka Aini.
Boleh shoot jauh sedikit dari katil. Boleh nampakkan seluruh kawasan bilik barangkali.
Boleh juga shoot gambar kipas, jam dinding, atau objek lain dalam environment sakit tersebut.



OK. Tuan direktor punya idea asal nak reversekan style dan konsep.
Babak flashback - video berwarna.
Babak current - video black and white.
Shooting untuk babak ni kejap zoom in, kejap zoom out.
Nampak cela di situ ya.



Lain kali kalau nak tunjuk slip keputusan periksa tu carilah slip yang betul.
Tak pun taip sendiri.
Apa pun, kena bagi pencahayaan yang elok jugak supaya nampak muka pelakon walaupun ini hitam putih.
Boleh juga kalau nak shoot dari depan si bapak ni, tapi muka dia memang tak akan nampak lah sebab dilindung surat khabar.
INGAT: Kita kena teliti dahulu details sebegini, kadang kala terlepas pandang. Filem box office pun ada slack kecil selalunya.



[Lihat komen sebelum ini]



[WJW - satu lagenda... Tapi tak akan dapat lawan lagenda ABX barangkali]



OK. Babak perbualan telefon antara dua orang di dua tempat berbeza.
(Gambar atas dan bawah ni)
Synchronizing sangat penting di sini.
Apa pun OK je kot apa yang telah diedit.
Entah. Aku tak reti bab sebegini.
Cume babak di disko bawah ni tak berapa nak menjadi.
Nak menjadi buat kat disko betul.
Tapi...
Tu lah, ada tapi.
Nak buat mock disco boleh saja kalau hendak.
Boleh tak?




Babak terakhir.
No komen. =P
Pencahayaan. Dah lah gelap.
Pakai baju hitam lagi.
Pakai baju lain lah woi.
Eh, itu aku.


BOLEH, dan HARUS diperbaiki akan kualiti dan mutu filem pendek ini.

TTS ni main terjah je buat shooting.
Tapi menjadi lah jugak...

Maklumlah, kitaorang tak masuk UiTM, tak ambil Jurusan Seni Persembahan (Filem)...
Eh, kenapa perlu UiTM?


Sudah.


Sekian.

Ahad, Mei 11, 2008

pat mat main hula hoop sempena sambutan hari ibu sedunia


aku lepak study Ciku daripada study Process Safety wo!
boleh tak?


esok hari pertama minggu periksa dekat sini.
esok juga kertas pertama aku.
study hanya sebagai satu cara persediaan semata.
kejayaan itu bergantung kepada faktor internal dan external sebelum, sewaktu dan selepas menjawab peperiksaan.
jadi studylah ikut keselesaan, ikut selera, citarasa, gaya, cara, pendirian, pegangan, kepercayaan masing-masing.
hanya diri sendiri yang tahu.

ya. 11 mei hari ini adalah sambutan Hari Ibu sedunia.
satu dunia sambut beb.
bukan main-main ni!
ya. dan perkara ibu ni bukan main-main beb.
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu.
terutamanya buat ibu saya di kampung tu haa....

12 mei pula Hari Jururawat.
Selamat Hari Jururawat kepada jururawat peribadi aku.
sememangnya kerja sebagai seorang nurse memerlukan ketabahan.
patutlah nurse gomen garang-garang! (dulu lah)
nurse private ni boleh tahan, tapi tengok kaki jugak lah.
jururawat aku tak main lah gomen-gomen ni...
tapi sudah lumrah nurse, kerja shif malam tidak dapat dielakkan. aduhai.

Jumaat, Mei 09, 2008

Antarabandar: Dari Tronoh ke Sunway

[kredit kepada Acab Bond di atas foto ini]


suatu impian
yang
(belum lagi) jadi kenyataan.
haha.

haha.



Dah seronok sampai Sunway. Lupa pulak nak shoot scene Che Mad dan Yas sampai di Sunway.
Dah berapa kurun lepas tu, lepas Doc tengok balik rakaman baru dia teringat.

Sub-idea pilem pendek Dari Tronoh ke Sunway iaitu Dunia Transit pun tak siap shooting.
Scene Che Mad dan aku bertemuramah belum shoot.
Scene artis Sultan, make-up artist Anwar, Acab Bond tak shoot.
Scene luahan hati Ad pada Khairil (deja vu kah? Wangi dan Roy?) tidak menjadi. Sempat shoot sekali saja.
Ini semua gara-gara bateri kamera video zaman pak kadok tersebut.
Eh, kenapa instrumen pula yang dipersalahkan?

Tunggu aku dapat fail video mentahnya.
Baru aku mula kerja sebagai editor seperti video-video terawal kecuali Ciku.
Tetapi Ciku pun tidaklah berapa elok kerja editingnya.
Maklumlah, semasa editing, tiada tuan direktor yang melihat dan menilai.
Terus siap edit, terus siap.
Haih! Tuan direktor kena tengok dulu sebelum finalize!!!

Aku sudah gunapakai Windows Movie Maker sewaktu sekolah menengah.
Kemudian aku guna pula Ulead VideoStudio dan Cyberlink PowerDirector sewaktu di UTP.
Skil dalam teknologi ini semua perlu dikembangkan dari semasa ke semasa.
Barulah boleh jadi maju.
Misalnya dalam skil menghasilkan montaj/video klip pendek lah.
Tapi macam montaj ni aku pun dulu kaki montaj.
Tapi hanya reti guna SWiSH sahaja. Aplikasi Flash yang mudah tu...
Yang Macromedia Flash tu tak reti aku!

Pasal hal ehwal montaj ni, aku recommend seorang bekas budak UTP yang kini sudah berkerjaya, Raimi.

Kerjaya = Kerja + Berjaya

OK. Jadi pada kali ini kita sudah dapat satu formula baru ya adik-adik bawah umur sekalian.. (jika anda belum berumur 21 tahun terutamanya En. Fojan kita ya.)
Aku sudah 21 tahun beb.
Boleh masuk kelab malam.
Eh, tak mengapalah. Terima kasih. Lain kali sajalah ya.

(Kelab malam untuk gay lah pulak.. Salah address!)

Gua cau dulu!

exaggerate lah! haha. haha. duh. fake!

"Oh, I don't know." (contoh caption yang tak kena dengan foto)

Oh dia ini memang exaggerate orangnya.

Supaya orang ramai lebih tahu, jadi aku bagi tahu serba sedikit tentang orang tua ni.


Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark) adalah pensyarah kejuruteraan awam di Universiti Teknologi PETRONAS, telah mula bergiat dalam teater sejak 1987 di Kuala Lumpur. Beliau pernah berlakon dalam pementasan Atap Genting Atap Rembia (Roslina Khir), Mindstuff (Maureen Ten), Sister (Mustafa Mahidin), Wan Empuk Wan Malini (Normah Nordin - Center Stage), Cinta Arnab (Rajan - Panggung Negara), Macbeth (Kee Thuan Chye), Asylum (Shamsul Rahman), Midsummer's Night Dream (Instant Cafe - Jo Kukathas), Mahkamah Keadilan (Normah Nordin - Panggung Negara), Bakai (Uwei - Panggung Negara), Titian (Normah Nordin - Center Stage) dan beberapa persembahan "mime". Beliau telah mengarah beberapa naskhah teater dan pernah memenangi beberapa anugerah teater Festival Teater Selangor dalam SAWO (1991), dan Kerusi (1992), Festival Teater Matrikulasi (Asylum), Festival Teater Kuala Lumpur (Cinta Sang Arnab), sebelum melanjutkan pelajaran di USA dalam bidang Civil Engineering (Wastewater Engineering). Beliau juga telah terlibat dalam pementasan teater improvisasi Boahl di Memphis USA dan mengikuti kursus "mime". Selain itu, beliau juga telah menghasilkan karyanya sendiri yang lain dan mengarahnya seperti Hmm...Begitu Panasnya!, Sampah Oh Sampah, Transit, dan Qum!


Orang tua ni banyak pengalaman dan pengetahuan dia dalam bidang teater yang ada 'hantu' dia sendiri, bak kata Faisal Tehrani.
Dia dah ajar "mime" kat beberapa budak dan telah pun berjaya buat show, sehingga ke Palace of Golden Horses!
Ya lah. Kat Malaysia ni rasanya tak ramai yang tahu "mime".
Sedangkan bini saya pun tak tahu bahawasanya "KL is the place for theatre"!!!!!
Duh.
Jauh betul kaitan di situ.


Ah Pek Seluar Pendek Penagih Pilem Pendek

Tak apalah Ah Pek tu nak ketagih pilem pendek
daripada ketagih ganja atau candu
Bagus jugaklah.
Eh tapi tak bagus jugak kalau pilem pendek tu dot tiga GP biru kebiruan.
Eh, kan dia tu Ah Pek.
Lantak dialah.
Bukannya Ah Mad kan..
Agama Ah Mad yang larang.
Tapi yang dilarang tu lah yang dibuat.
Pelik kan.
Pelik jugak lah.

Sekarang ni aku tengah sibuk cari pilem-pilem pendek tanah air.
Setakat ni baru dapat muat turun beberapa daripada YouTube.
Adalah terjumpa satu pilem pendek ni ada Farid Kamil berlakon.
Tajuk dia "Lari".
Tahun 2005 dihasilkan oleh pelajar Fakulti Seni & Persembahan (Filem).
OK jugaklah dia punya gaya penceritaan dan shooting.

Aku jugak ada download pilem pendek "10 Tahun Sebelum Merdeka", mamat Fahmi Reza punya.
Dokumentari pasal 'hartal', 10 tahun sebelum merdeka.
Nak tahu kena tengok.
Download percuma saja.
Nasib baik aku tak beli kat Pasar Seni hari tu.
Ada jual. RM 10 beb.
Lepas makan sehari kat UTP.
Haha.

Aku tengah mencari filem-filem pendek Amir Muhammad.
Ada dalam kompilasi 6horts.
6 filem pendek arahan beliau.
Tapi nampaknya macam susah sikit nak dapat percuma.
Kena beli DVD berharga RM25. Aiyoo..

Tak lama lagi akan adalah filem-filem pendek Akin Muhammad. Haha.
Memang ada cita-cita ke arah itu pun.


Jangan salahkan Ah Pek sebab pakai seluar pendek.
Dah dia miskin tak ada duit nak beli seluar panjang.
Tapi bila tengok dia punya seluar pendek, tag jenama Hush Puppies!

Rabu, Mei 07, 2008

Kuraman nak bagi ucapan ni. Dengar, dengar!

Bila Kuraman nak lahir ni?

Tunggu waktu cuti lah nampaknya.



Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni, aku nak bagi ucapan sedikit.


Kepada semua ahli keluarga TTS (lama, baru, bekas atau masih):

Dr Shark
Mr Rahmat Iskandar
Che Mad Aris

Pacel
Koba
Ee
Haha
Pot
Lut
Kapten
Said
Polo
Mekot

Zul CJ
Pojan
Nuar
Kerel
Ad
Usop
Tasha
Sultan
Din

Half
Acab
Sapik
Anep
Zizi
Nisa'
Yas
Sab

Amira
Maria
Xiao Ci
Zhafran
Daus

Syawal
Ben
Fuad
Zaman
Fariz Kong
Afnan
Hidzir
Pidaus

Ameng
G-ah
Syikin
Am
Bani
Apar
Moz
Zai
Shakir
Hisham
Zahid
Baha
Nor
Omay
Fath
Bella
Ezzah
Lia
Amira
Nasoha

dan lain-lain


(p.s: Maaf kalau ada nama sesiapa yang tak tersenarai. Ini sahaja nama-nama yang saya tahu dan ingat waktu saya taip entri ini.)


Tahniah & Syabas! dan Terima Kasih Daun Selasih

Kepada semua yang menjayakan Theatre Marathon pada 2 & 3 Mei 2008 yang lalu,

:: Cinta Sang Arnab
:: Transit
:: Our Land
:: Tayangan video "Ciku"
:: Monolog "Cinta, Kemanusiaan & Kematian", "What Are You Saying?" & "The Father Baby"



Tahniah kepada semua, khususnya team english play kerana berjaya mempersembahkan english play pertama dari TTS.


Terima kasih kepada para engineers dan trainees yang sanggup turun padang
untuk sama2 memeriahkan persembahan dan memeriahkan meja makan (sebanyak 8 meja makan) :P
Kami berasa sungguh kenyang perut dan gembira sekali dgn kehadiran kalian.
Harap-harap duit tersebut datang dari sumber yang halal. Haha.
Dan semoga dihalalkan semua makan dan minum kami.


Moga TTS terus menapak maju ke hadapan.


- Selamat Berjaya untuk peperiksaan akhir sem.
- Selamat Berjaya untuk latihan industri.
- Selamat Berjaya untuk enjoy masa-masa terakhir bersama company (interns).
- Selamat Berjaya untuk meneruskan kerjaya anda (graduates)
- Selamat Berjaya untuk menanda kertas jawapan peperiksaan budak-budak UTP (kepada yang sudah tidak muda)




Ucapan ini saya Ctrl + C dan Ctrl + V dan edit sikit-sikit tanpa kebenaran dari Fojan yang dipost pada forum TTS di Friendster.

Selasa, Mei 06, 2008

Kopi Putih Ketagihan Yang Tegar

Yaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
Kopi Putih Ipoh Mali woo!
Ipoh White Coffee.
Berbalut cantik berwarna putih dengan gambar kopi secawan.
Maiiii secawan~ Radix pun nak kopi jugak. Radix HPA.
Waktu banjir bah besar kat Johor hari tu ada biskut HPA Radix sebagai sumbangan ikhlas kerajaan berbaur niat sampingan.
Orang panggil biskut tu biskut banjir.
Ah tak kisahlah biskut jenama apa pun bila waktu banjir dipanggil biskut banjir.
Boleh ke?
Serupa bunyi roti canai banjir.

Aku dapat idea ni dari seorang mamat ni.
Dia ni member gua jugaklah.
Member laki beb.
Tapi maaflah gua tak suka laki.
Cinta gila katanya oleh P.O.R.T dan Yo' Bro dalam monolog C.K.K tempoh hari.

Ya.
White Coffee memang suatu nikmat Allah.
Ya lah!
Kan white coffee tu minuman.
Minuman itu nikmat Allah lah!
Lagi-lagi kalau White Coffee dibancuh bersama ais.
Memang nikmat lah!
(Perhatikan pengulangan lah! di hujung ayat-ayat. Ini gua tiru tona seorang mamat yang lain lah! Oh tidak. Mamat lagi.)

White Coffee juga merupakan satu ketagihan yang tegar.
Aku minum white coffee boleh beberapa kali satu hari wo.
Tapi nasib baik gua ni ikut nasihat bini.
Bini cakap tak elok minum kopi atau teh selalu.
Kopi ada kaffein menatang apa entah ni.
Yang buat ketagih kot.
Teh pulak ada pewarna yang tegar.
Jadi dengar cakap dan nasihat bini a.k.a penasihat kesihatanku dan juga jururawat terkemuka di Asia Tenggara, maka aku pun kenalah kurangkan pengambilan white coffee yang menjadi pujaan ramai.

White Coffee ini serupa itu menteri yang kaya raya banyak kaya makan kaya buat jalan raya yang ketagih perempuan tiap malam nak main.
Ya lah. Banyak duit nak bayar.
Itu dia punya pasal lah!
Nak report, pergilah report kat Pak Lah lah!
Pos surat lah!
Hantar e-mel lah!

Sudah.
Minggu belajar lah ni. Pergilah belajar adik-adik sekalian.


"Sesungguhnya White Coffee itu adalah suatu nikmat Allah...."


Kredit kepada Adlil untuk line di atas.

Klimaks |tu Kemuncak. Ke?

Sekarang ini tengah nak klimaks.
Bersedia, bersedia!
Jangan main tembak sebarangan!
Nak tembak pun kena ada cara...


Wahai adik-adik sekolah agama petang dari Johor dan seumpamanya.
Tapi Johor lebih ketara.
Bangganya aku jadi orang Johor.
Tapi nasib baik aku lahir di PD.
Orang Johor rata-rata Jawa totok.
Totok itu serupa nama GA di UTP untuk lab Instrumentasi.
Haha. Tak kelakar!

Ingatkah adik-adik akan ilmu Tasawuf?
Entah-entah kitab pun dah lupa macam mana rupanya.

Sekarang ini zaman serba canggih.
Assalamualaikum pun bisa jadi lagu R.A.P
Rhythm And Poetry.
Nasib baik bukan R.I.P.
Rest In Peace.
Oh, dah mati!
Dah mati tak sempat taubat aduh! seksa-seksa
Kenapa aku tak sempat taubat kat dunia???
Bagilah aku peluang satu saat.
Sorry. Satu detik pun jangan harap nak dapat kalau dah lambat.

Entah!
Kenapa tanya aku? Aku, aku. Engkau, engkau.
Perkara biasa dalam lumrah kehidupan.
Aku, aku punya dosa, aku tanggung sendiri.
Alamak!
Kenapa dosa kau aku tanggung jugak???! --- Dah engkau pun subahat!
Ini tidak adil?
Aku mahu keadilan!
Oh keadilan sudah raih banyak-banyak WOOO!!
Tapi Johor itu Jawa beb!
Lain punya Java beb...
Wah! Jawa pun reti main-main Java?
Boleh daftar masuk UTP ni.
Eh sebentar.
Tak payahlah UTP. MMU Ok sikit.
Oklah sikit... Bila Uping & Iping nak keluar muka kat pawagam?
Eh lupa diaorang bukan orang.
Tapi sekarang ni orang nampak je orang tapi bukan pun.
Ya ke?
Ya kot.


Klimaks tu banyak gunapakainya.

Tapi yang paling orang suka klimaks seks rasanya.
Klimaks cerita pun orang suka juga... Lagi-lagi cerita Hindustan.

Jadi sekarang ni klimaks semester di UTP.
Sudah masuk minggu belajar pun masih ada ujian, masih ada projek, tugasan.
Kenapa lambat sangat wahai AP-AP, Dr-Dr, Prof-Prof, AP-Dr-AP-Dr, Datuk-Datuk, Dato'-Dato' et cetera nak buat test?
Mana planner?
Mana organizer?
Mana? Mana? Mana? Mana?
Semester ini paling teruk.
Paling lambat semuanya.
Ganggu waktu minggu belajar pelajar lah.
Pelajar pun ada plan masing-masing, contohnya berfoya-foya bersama adinda-dinda-kanda masing-masing wo!
Nak tengok wayang ke.. Nak main karaoke ke.. Eh. Main karaoke pulak.

Lain kali kalau dah nak klimaks tu tapi tak yakin, rilekslah kejap beb.

Merepek.
Kat Ayer Hitam banyak kerepek wo.
Ayer Hitam kat Johor.
Alahai. Johor lagi. Tak sudah-sudah Johor.
Bukan ada apa pun Johor tu.
Eh ada.. Ada..
3GP banyak dirakam di kawasan Johor tu. Ya lah. Lagi-lagi dekat kawasan felda.
Orang tak nampak kan...
Pandai-pandai save la beb.

Ish. Aku terpengaruh dek sindiket.
Lantaklah. Aku, aku. Engkau, engkau. Aku-engkau tengok kaki lah.
Kalau busuk bau tahik aku tak nak ah!



Saya yang mencuba gaya penulisan terbaru saya.
Maafkan salah dan silap.


Salam klimaks!

Isnin, Mei 05, 2008

3S - Sel Sel Seni

Saya pergi menziarah Pasar Seni atas niat utama yang murni - Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB)! pada 3 dan 4 Mei 2008. Jadi saya pergi 3 hb tu.
Oh, saya bukan pergi berseorang. Saya sudah cukup puas berseorangan dari kecil lagi.
Sekali sekala pergilah berdua. Hehe.
Apa masalahnya? Lagipun ini sambutan ulang tahun kelahiran saya yang pertama yang istimewa meskipun tiada kek hari jadi. Terus kek kahwin saja. Oh, tunggu graduasi.

Papan kekunci komputer riba saya ada masalah fizikal sedikit.
Eh, entah masalah fizikal atau internal?
Tak mungkin masalah batin.
Tapi ramai lelaki Malaya punya masalah batin?
Betul ke?
Oh, bahaya bahaya.
Bahaya buaya.

Meleret. Aksara 'K' kekunci saya bermasalah betullah! Sudahlah kata laluan universal saya banyak huruf 'K'. Oh, rahsia rahsia. Sulit bang..
Rahsia Asia.
Orang Asia ada 'rahsia'.
Maksud saya rahsia itu unik dan istimewa....
Isteri me? Waa....

Kali itu bukan kali pertama saya ke Pasar Seni.
Tapi kali pertama juga saya ke Pasar Seni (bersama seorang yang bukan kaki seni).
Elok sangatlah tu.
Saya kaki seni.
Lawan saya bukan kaki seni.
Lawan saya itu bukan saya maksudkan lawan saya.
Maksud saya rakan saya. (Rakan yang membawa maksud Syarat ke-4 Percintaan saya.)
Aih? Lawan jadi rakan?
Kejap lawan.
Kejap rakan.
Begitulah dunia.
Setuju?
Tak setuju atau kurang setuju pun buat-buat setuju sajalah.

Sub-niat saya ke situ adalah untuk mendapatkan buku kakiscript - "10 x 10 : 100 Minutes to Change the World", yang menampilkan 10 skrip pemenang pertandingan menulis skrip anjuran kakiseni.
Kesemua skrip berdurasi lebih kurang 10 minit.
10 minit - teringat saya filem pendek berjudul '10 minuta' (10 minit dalam Sarajevo).


Filem pendek arahan Ahmed Imamovic "10 minuta" telah memenangi anugerah Filem Pendek Terbaik di Eropah bagi tahun 2002. Filem ini ditulis oleh Srdjan Vuletic dengan durasi tepat 10 minit.

Sinopsis/komentar di bawah ini, saya malas hendak alih bahasa.


This short film, as its title indicates lasts only 10 minutes, but it tells a much longer story which unravels only in our imagination upon seeing the end of the film. While 10 minutes in someone's life mean nothing, they can be fatal in another: a boy and his loving family, tragedy in a war-torn city, death and destruction. All in just ten minutes. The film follows two simultaneous story lines: one set in Rome, and one in Sarajevo, in 1994, the worst time of the war in Bosnia. Although the Rome part was not filmed on the original location, that does not take away anything from the quality of the film, it was just a symbolic element anyway. Cast is great, story is very compact and well written, direction dynamic and precise. There is nothing out of place in the film: well structured, stripped of false pathos, realistic, it is very straight forward. In other words, this is a jewel of a film, and it was not by chance that it won the award for the best European short film in 2002. 10 minutes for me is definitely one of the most moving and powerful films about wartime Sarajevo. Behind the scene: I read that the director Ahmed Imamovic, in search of Japanese for the role of the tourist, had to go to the Japanese Embassy in Sarajevo and ask one of the staff to perform in the film. Luckily for the director, the Embassy allowed one of their employees to star in the film.


Berbalik kita ke Pasar Seni.
Puas saya menjelajah setiap sudut. Sempat saya ambil foto.
Banyak juga cuma saya tak dapat masukkan di entri ini.
Oh ya tuan punya kamera nak guna.
Maaflah saya suka fotografi, suka ambil foto , tapi saya tak punya kamera.
Pernah ada tapi sudah meninggal dunia.


Keesokkan harinya pula, saya membawa pulang buku "The Complete Works of William Shakespeare" yang berharga RM19.90 di MPH, Mid Valley.
Tengok harga macam tak percaya.
Jadi tanpa segan silu dan berfikir panjang saya terus membelinya sementara gua tunggu girlfriend gua habis kelas insurannya sebelum kami menonton filem Congkak yang mengarut!

Baca reviu Sinaganaga mengenai Congkak.


Saya dapat hadiah baju lagi. Tapi bukan baju T atau polo.
Kali ini baju kemeja formal berwarna ungu gelap seakan-akan warna baju puteri untuk malam graduan pada 16 Mei ini.
Tiada rezeki buat diri saya kerana pada petang 16 hb itu saya ada peperiksaan akhir bagi subjek Kebarangkalian & Statistik.

Saya ada dua benda yang nak dibeli dalam masa terdekat ini:

Rubik's Revenge & Professor's Rubik

Kalau ada sesiapa yang nak bagi hadiah, sila bagi dua benda tersebut.

Keduanya berharga RM79.95 di Toy'R'Us Mid Valley.

Atau mungkin ada di tempat lain.


Akhir entri, majulah seni untuk budaya!

Salam 3S.