Khamis, Oktober 18, 2007

Suara Akin II - Episod 40 - Edisi Raya - Pit Pit Rempit, Samprit!

Raya hari kedua.
Malam ada tayangan perdana di TV3 filem Remp-It.
Filem fasal rempit.
Filem genre aksi.
Saya sudah tonton.
Begitu juga dengan filem Impak Maksima.
Filem aksi juga.
CGI masih di tahap permulaan.
Tidak nampak 'real'.
Sebab teknologi tidak cukup atau tidak ada daya mahir?
Rasanya banyak daya mahir dan kreativiti di Malaysia.
Orang Malaysia hebat-hebat.
Hebat menyanyi memang nombor satu!
Di sebalik hebat naik roket pergi stesen angkasa lepas.
Tetapi tiada salahnya.
Jika adanya 'jika'.
Tetapi bila adanya 'tapi...'

Saya pun suka musik.
Saya pun suka menyanyi.
Baru sahaja balun berbelas lagu di pusat karaoke lebih satu jam.
Huhu.. (Jangan amalkan ini! Tidak murni dan mulia!)

Dalam berlakon teater pun kami boleh menyanyi.
Sebut sahaja siapa?
Pot, Pacel, Ee, Haha, Mekot, Cairell, Pojan, malah Dr Shark sendiri. (sewaktu masa dahulu lah...).
Pemain alat muzik pun ada.
Siapa lagi kalau tidak Lutfizo.
Jadi tidak timbul persoalan pelakon tidak boleh mendendangkan lagu.
Tidak kisahlah lagu apa sekalipun.
Sama ada syair rap puisi atau puisi asli tulen lagi original.
Penari pun ada. Siapa lagi kalau bukan....
Gamers pun ada.
Drivers pun ada.
Mat rempit pun ada.
Fotografer pun ada.


Cuma bukan itu kareer utama.


Pit pit mat pit.
Pit pit mat rempit.
Bohsia bohjan (bukan pojan) jalan berkepit.
Baju seluar sempit tersepit.
Khalayak nampak nikmat pun sedikit.
Dosa pun sedikit.

Selasa, Oktober 09, 2007

Suara Akin II - Episod 39 - 'Aidil Fitri Definisi


Foto: Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Buat semua muslim yang singgah di 3S ini, Salam Aidilfitri saya ucapkan.
Sudah pasti segala maaf dipinta jika ada terkasar bahasa di 3S ini.
Dan di dunia realiti pula, minta maaf jika saya jadi egois.
Lebih-lebih lagi dengan mereka yang lebih mengenali diri saya.

Rabu malam ini saya akan pulang ke kampung halaman.
Macam biasalah, tidak mampu untuk naik kenderaan selain bas ekspres yang bermacam-macam hal dan kerenah jika nasib kurang baik.
Perjalanan lebih kurang 7 jam jika terus tidak terkendala termasuk waktu berhenti rehat makan dan minum dan panggilan alam.
Jam 9 malam akan saya bertolak secara tentatifnya, tetapi dijangka lewat dalam tempoh 1 jam yang membosankan jika tidak mendengar halwa telinga.
InsyaAllah, tiba di Ayer Hitam (atau Batu Pahat) dalam waktu bersahur.

Bersama keluarga memang indah.
Jadi, utamakan keluarga. (Family First)

Oh, tentang 'Aidil Fitri Definisi.
Sudah pasti bergembira menyambut kemenangan jihad melawan nafsu di bulan Ramadhan.
Namun, beban kerja masih tidak dapat dielak.
Jadi, bersedialah.

Salam Aidilfitri.
Selamat balik kampung.
Selamat dengar lagu raya.
Selamat bertakbir raya.
Selamat berziarah rumah saudara-mara.
Selamat makan ketupat, lemang, rendang dan sebagainya.

PEACE OUT.

Isnin, Oktober 08, 2007

Suara Akin II - Episod 38 - Jadi Orang Lain

Sekejap sahaja Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya buat tahun ini.
Bagi mereka yang telah memperbanyakkan amalan baik, sudah pasti hati dan jiwa terasa akan hikmat dan nikmat.
Mereka yang terasa kurang itu dan kurang ini, kurang tenang, kurang tenteram, kurang senang hati dan sebagainya, muhasabahlah diri sendiri.
Pasti ada sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.
InsyaAllah jika muhasabah, hikmat dan nikmat akan tercapai jua.

Ramadhan yang berjaya disambut pula dengan Syawal gembira.
Semestinya ketibaan 1 Syawal di Malaysia ini mesti meriah.
Mesti gembira. Mesti menyambutnya.
1 Syawal sudah cukup.
Tetapi ada yang beraya sampai 1 bulan.
Hebat.
Puasa dah sebulan, raya pun sebulan jugak lah ya.

Buat pelajar UTP, cuti raya kali ini dikombinasikan dengan cuti pertengahan semester yang sudah tidak di tengah pun.
Tidak lama lagi peperiksaan akhir bermula.
Agak tidak seimbang sedikit nampaknya kali ini.
Diri saya sendiri pun tidak ekuilibrium, iaitu tidak stabil buat beberapa minggu di sini.

Oh. Sudah 3 perenggan.
Saya tidak suka berSuara panjang.
Ada beberapa foto ingin disiarkan.
Tentang menjadi orang lain, atau 'orang' lain.


Di Perlis, menemuramah ketua kumpulan (bekas) nasyid terkemuka, In-Saff.


Ini pula 'backstage' sewaktu Festival Teater Perak 07. Pelakon ternama sedang menurunkan autografnya. =P


Dan ini pula... 'saya' yang 'lain'.

Hari tu Dr Shark ada mengutarakan tentang menjadi orang lain, di dalam lakonan lah.
Maknanya, bila jadi Anjing, jadilah anjing.
Bila jadi Hang Tuah, tak bolehlah jadi Anjing atau Mat Merah.
(Oh... Sudah hilangkah warna Merah ku? Kita tunggu dan lihat pementasan seterusnya.)

Ahad, Oktober 07, 2007

Suara Akin II - Episod 37 - Mana Ada Air Asam Melayu?

Foto-foto yang disertakan diambil secara rawak.
Bila saya rasa saya hendak letak di sini, saya letaklah.
Akan tetapi bukanlah sebarangan saya mengambil foto.
Harapnya dapatlah sebuah kamera baru waktu cuti nanti.
Banyak momento menarik yang biasanya kerugian dirasa jika tidak diambil foto.
Belum boleh jadi jurnalis foto lagi.
Tunggu waktu dan keizinan.


Minum air asam jawa suam untuk jaga suara, kononnya. Tapi betul juga sebenarnya..



Senyuman itu kepenatan selepas berlatih. Kira OK lah tu. Saya jarang senyum tanpa perasaan dan jiwa. Oh ya, bersama Anwar sebagai Polis korup.



Ini antara tangkapan yang terbaik dalam koleksi foto latihan saya. Babak Fura Panda, artis Islam konon Islam kata Iman secara jahil. Elok betul susunan dan kombinasi warna kostum-kostum!



Air asam Jawa, Melayu mana ada...
Ada setengah orang fikir kutuk orang Melayu itu tidak betul.
Sebab mereka fikir kritik itu kutuk.
Kritik itu bukan kutuk.
Saya Melayu (walaupun sedikit kurang pada basis originaliti), saya kritik Melayu.

Orang baca novel cinta itu romantis.
Betul? Entah. Betul kot.
Romantis itu kan positif.
Romantis bertempatlah. Romantis sampai raba sini sana itu macam Mantis Si Sumpah-sumpah Menyumpah.
Oh..

Ada orang sudah tidak faham.
Mereka baca novel yang banyak simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan, metafora, hiperbola, personifikasi, analogi dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkk lagi elemen kesusas(h)teraan.
Akan tetapi mereka tidak faham rencana saya.
(Rencana, rencahnya mana?)
Baca novel sebab jatuh cinta?
Baca novel sebab suka perempuan? Lelaki?
Baca novel nak layan perasaan?
Nak lepaskan tekanan?

Oh ya lah.. baca novel romantis saja kan...
Bukan novel universal...

Sabtu, Oktober 06, 2007

Suara Akin II - Episod 36 - Watak, Emosi, Ekspresi, Gerak-geri, Reaksi & Naturalisasi

Saya amat jarang sekali muatnaikkan apa-apa foto kenangan di dalam 3S saya ini.
Jadi sebagai permulaan di sini adalah beberapa gambar yang berkaitan dengan tajuk episod kali ini.



Latihan gila Asylum 50, sebagai Red Man. Bersama Khairil sebagai Green Man




Krew TTS Asylum 50 FTP 07. Doc Shark tak ada pulak.




Menghayati watak itu penting. Emosi, ekspresi wajah, gerak-geri, reaksi & naturalisasi. Semua itu penting.



...Bersambung...

Selingan di Waktu Kelapangan

Ini adalah draf poster Magik 7 saya.
Saya tak berniat hendak publisitikan poster ini, hanya sekadar suka-suka.
Mungkin boleh disiarkan secara digital sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Jumaat, Oktober 05, 2007

Suara Akin II - Episod 35 - Malam Muram Malam Suram Malam Magik

Malam ini, saya berasa sedikit muram dan suram.
Mengenangkan kembali apa yang telah saya lakukan dalam minggu ini.
Sesungguhnya ingin sahaja saya kembali ke masa silam membetulkan kesilapan jika kuasa seperti fiksi Hiro Nakamura dalam siri Heroes itu ada pada diri manusia.
Tetapi apalah daya dan kuasa manusia biasa.
Hanya hamba kepadaNYA.

Walaupun malam ini muram, malam ini suram, malam ini jadi magik.
Detik-detik terjejak, terasa pula di pipi saya akan desir angin pagi di halaman desa yang dingin.
Tersejatnya embun pada dedaun, rumput-rumput menghijau segar, ke atas jasad saya lantas memberi gambaran, sinaran dan harapan baru.
Entah bila gambaran itu kan muncul dalam bayangan paling kurang pun.
Entah bila pula sinaran itu akan terpancar menyilau pandangan mata.
Dan entah bila pula harapan itu akan membungkus himpunan titik-titik kelabu, hitam sejurus itu ternoktahlah segala ketidakyakinan.

Gambaran, Sinaran, Pergilah Sayang.
Itu judul sebuah lagu yang saya pernah cipta suatu masa dahulu.
Liriknya ada, cuma rekodnya saja entah ke mana.
Apa pun saya masih ingat lagi lagunya.
Barangkali jika ada sesiapa yang sudi menyumbangkan sentuhan tangan alat musik saya cukup berbesar hati.

Monolog "Magik 7" saya sudah hampir siap.
Perlu dipendekkan lagi nampaknya memandangkan ada had masa 7 minit.
7 itu hanyalah satu nombor ganjil.
Tetapi banyak dalam hidup ini yang ada 7.
Paling mudah sekali adalah jumlah hari dalam satu minggu.
Ada 7 tingkat Syurga dan Neraka.

Dengan idea itulah saya tampil dengan Magik 7 saya.
Mahu sinopsis?
Tidak boleh. Kena saksikan sendiri pertandingan monolog itu selepas cuti raya nanti.

Tetapi bukanlah seperti obsesnya seorang lelaki detektif akan nombor 23 seperti dalam filem The Number 23.
Disangkanya nombor itu mengejar dirinya, mengusai dirinya sehingga mendorong dirinya membunuh diri sendiri.
Lalu setelah gagal membunuh diri lahir sebagai seorang yang baru.
Kembali dikuasai semula setelah terjumpa buku obsesnya pada seketika dahulu.

Ia hanya nombor.
Yang ada kuasa cuma Tuhan Pencipta.

Rabu, Oktober 03, 2007

Suara Akin II - Episod 34 - Hip Hip Hipo!

Kadang-kala kita tak sedar apa dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan dalam satu hari.
Tidak kira dosa terhadap Allah, sesama manusia, makhluk lain dan alam sekitar.
Kita mungkin tertinggal/terlepas/terlajak menunaikan solat Subuh.
Kita mungkin ponteng kelas. (Seperti saya selalunya! Jangan contohi. Ini amalan tidak mulia)
Kita mungkin menyakitkan hati orang lain.
Kita mungkin juga ada mengumpat/mengata orang lain.
Kita mungkin telah membunuh makhluk-makhluk yang tidak bersalah.
Apa-apa pun kesalahan kita sehari-hari, adalah elok sekali jika kita muhasabah diri sendiri.
Tidak perlu buat apa-apa.
Berfikir sejenak.
Apa yang telah aku lakukan hari ini?
Merenung seketika dunia ini.
Apa dosa yang telah aku lakukan hari ini?
Lama lagikah aku akan hidup di dunia ini?
Cukupkah amalan kebajikan aku di dunia ini untuk aku bawa ke akhirat kelak?
Sanggupkah aku menghadapi azab seksa dari ILLAHI selepas aku mati?
Di alam kubur?
Di padang Mahsyar?
Di hari Akhirat?
Syurga atau Neraka?
Sudah pasti arah tujuanku Syurga.
Tetapi betulkah jalan yang aku lalui sekarang?

Semestinya berfikir tentang semua ini insyaAllah mendorong kita untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih mulia di sisi-NYA.
Di sisi ALLAH, tiada apa yang lebih mulia berbanding nilai iman dan taqwa kita.

Untuk sesiapa yang pernah menjadi Hip Hip Hipokrit, saya percaya anda semua tidak pernah berniat begitu.
Mungkin ia lahir secara tidak menentu dari hati kita.
Mungkin kerana hati kita tidak dapat cukup cahaya atau makanan.
Cahaya hati dan makanan hati.
Saya rasa pembaca sekalian tahu apa yang saya maksudkan.

Saya dahulu pernah menyimpan dendam pada mereka yang telah berbuat keji pada diri saya sewaktu saya kecil.
Biasalah. Budak kecil. Budak mentah.
Darah muda. Jiwa muda.
Cepat berang.
Cepat marah.
Bengis dan segala negativiti yang pernah saya lontarkan pada komuniti.
Namun semuanya itu tidak lama.
Akhirnya pun, kita tetap akan kembali pada hakikat.

Aqidah, bagi saya adalah yang terpenting sekali dalam hidup kita.
Khususnya buat muslim.

Isnin, Oktober 01, 2007

Suara Akin II - Episod 33 - O.K

O.K.
Okay!
Baiklah.
Sudah sah atau belum penggunaan bahasa pasar 'O.K' dalam kamus Bahasa Melayu?
Ada yang hendak perjuangkan bahasa baku.
Ada yang hendak fleksibelkan penggunaan bahasa SMS/pasar dalam bahasa rasmi.


Tak habis-habis Pak Akin berSuara.
Ada orang panggil saya Pak Akin.
Tapi macam menarik juga.
Lagipun saya sudah jadi pak cik dalam famili.
Cuma saya belum lagi berlakon jadi Pak Cik dalam teater.
Terkini, saya ada dua orang anak saudara.
Satu, Nur Liyana Qistina. Panggil Yana saja.
Sudah 4 tahun lebih.
Nakal dia ni.
Suka kacau saya masa tidur.
Saya tidur pun dia hendak ajak bermain.
Dua, Muhamad Firaz Adam.
Dah nak dekat setahun umur dia.
Boleh lihat gambar dia dalam laman Friendster saya.


Apa pun, sebut saja O.K, Pak Akin terus teringat filem lama Os, iaitu O.K (Orang Kampung Otak Kimia).
Filem lama lagi nampaknya.
Saya ada kongsi fail video tersebut dalam jaringan Village 5 di UTP.
Sesiapa berminat hendak tonton bolehlah muat turun dari saya yang menggunakan samaran 'Tuah'.
Huh. Semua Tuah.
Tuah lagi.
Naik bosan pembaca, agaknya.
Nama samaran saya guna dalam game pun Tuah.
Tetapi, Pak Akin tetap Akin.
Saya bukan Yusuf atau Usof atau Usop atau Sop atau Sof atau Suf atau seumpamanya di sini.
Harap maklum ya semua.
Saya ada banyak dunia.
Realiti, fantasi, kontroversi, seni.
Ghaib tak ada sebab saya manusia biasa.
Jadi tidak hairan jika saya berlainan sekali di dunia realiti.
Hipokrit begitu?
Tidak. Hipokrit lain konsepnya.

Sebut fasal hipokrit, terdetik hati saya untuk berkata tentang hipokrisi.
Saya spesifikkan hipokrisi pada persahabatan.
Ya. Saya mungkin ceritakan tentang persahabatan saya.
Mungkin juga tidak.
Terpulang pada anda membacanya.


...Bersambung....

Sabtu, September 29, 2007

Suara Akin II - Episod 32 - Januari 31 : Rangkap 2

[Rangkap 2:]


Tika bersua berwajah ceria tiada permaisuri yang dapat menandinginya

walaupun ratu cantik dunia, masih tak dapat menambat hatiku dengan keayuan semula—

—jadi, tak perlulah make-up tebal-tebal satu muka

sampai nampak hodoh jadinya, (lain pula cerita)

Apa pun aku dan dia bagaikan sudah berjanji

Baju biru seluar biru, memang boleh jadi

pasangan yang ideal, sejiwa satu hati

Tapi malang sekali, itu hanyalah mimpi

Dan kemudiannya... ku sedar siapa di sisiku pada waktu itu

Tingkah laku terjaga sendiri automatikalli tanpa aku

sedari, aku dan dia sedang bersama, walau jalan berlima tapi aku dan dia masih lagi berdua

Itulah dia, itulah aku, aku dan dia, masih malu-malu

Kerna itulah bukti kami saling jatuh hati

Walau tidak didengar dari mulut namun didengar dari hati

hati sanubari kami, kami berdua memang sepadan dengan ragam yang berlainan

tak kurang juga dengan persamaan

Kontra-karaktor, sikap yang sama

Keseimbangannya mendorong kepada

perhubungan yang akrab dan juga yang rapat

Janganlah disalah anggap apa yang pernah dicakap

dalam tutur kata aku padanya selama ini

Bukan bermaksud hendak melangkaui sempadan dan batas-batas diri,

tapi cuma mahu meluahkan hasrat dan isi hati

Kerna jika ia terpendam, ‘kan jadi nanah di dalam diri

Nanti jadi gila siapa yang susah, sudah tentu diri sendiri

Oleh itu, aku pun lakukan apa yang perlu

sebagai seorang sahabat lelakinya pada hari Sabtu itu

Aku tidak melepaskan pandangan mataku

kerna kewujudannya di depan mata sangat menggembira—

—kan (oh) diriku...


Lupa nak bagi tahu, ini lirik lagu rap saya yang tidaklah begitu sedap.
Tapi ia cubaan yang memang mencuba-cuba suka-suka tiba-tiba.