Khamis, Februari 24, 2011

PRA 37 - Berpuisi Grafiti dalam LIF 2 & The Check List - Episode 1

LIF 2
Sebuah installation-art-theatre oleh Akin Muhammad

Cuba bereksperimen menggabungkan konsep installation art ke dalam sebuah pementasan teater pendek, "Berpuisi Grafiti" memberi peluang kepada sesiapa sahaja pelakon atau bukan pelakon untuk meluahkan perasaan hati sama ada secara berpuisi dan mencontengnya pada dinding atau lebih pop lagi, menconteng dinding dan melukis grafiti dengan aerosol. Idea ini tercetus apabila aku melihat luahan perasaan anak-anak muda yang menconteng dinding lif di tempat kediaman aku dengan perkataan seperti "I Love You", "Babi",  "Bodoh", ejekan mak/bapa kawan yang tak disukai, dan banyak lagi.


THE CHECK LIST - Episode 1
Sebuah poor theatre oleh Akin Muhammad

The Check List ini teater khusus untuk dibuat di masjid / surau. Teater peringatan tentang rukun-rukun Islam dan reality check terhadap permasalahan pada zaman sekarang yang akhirnya menjurus kepada persoalan, apakah kita benar-benar seorang Muslim? Namun aku cuba sampaikannya secara tidak terlalu didaktik atau mengajar, sebaliknya dalam cara eksperimental dengan selitan cerita-cerita. Skrip sudah 90% siap. Jika hendak dibuat pun, aku tak mahu apa-apa bayaran. Cukup sekadar menjemput aku dan rakan-rakan aku untuk buat show ini sahaja di masjid, dan dapat diajak orang-orang kampung atau komuniti untuk hadir ke masjid menonton. The Check List - Episode 2 pula adalah checklist dan reality check terhadap rukun-rukun Iman. Episod-episod yang seterusnya pula akan tetap berkisar tentang rukun-rukun dan asas-asas dalam agama.


1 ulasan:

  1. Cadangan.

    Checklist suatu idea dan usaha yang sangat bagus. Tapi mungkin boleh dekati khalayak lagi kalau nama itu lebih keIslaman dan jemputan ini dibuat di laman yang ada membincangkan hal agama.

    Bukan apa, niat yang bagus, ramai yang tak tahu sebab tak ramai yang masuk blog orang teater kecuali orang teater itu sendiri.

    Sekadar pandangan.

    BalasPadam