Sabtu, November 24, 2007

Bicara Akin III - Episod 1 - Lembaran Baru

Saya hendak berSuara sepi. Jadi hanya Suara yang berhenti dengan episod terakhirnya yang ke-53.
Tetapi Bicara saya tetap diteruskan dalam waktu cuti semester.
Alhamdulillah saya berjaya melepasi kesemua peperiksaan (sebanyak 6 pelajaran) buat semester ini, dengan rasa yang agak memuaskan hati saya kecuali beberapa mata pelajaran yang sememangnya dikenali ramai akan kesukarannya.
Walau apa pun, apa yang saya cukup bersyukur kerana walaupun saya banyak melanggar peraturan dunia sebagai seorang pelajar universiti, tetapi saya berupaya mengawal hidup dengan agak baik.
Ya. Hanya agak baik dan bukannya sebaik yang diinginkan oleh beberapa pihak dalam lingkungan komuniti saya.

Saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Bahasa Arab (Asas) Komunikasi.
Sejurus selepas itu saya terus berminat hendak menulis episod sulung Bicara siri kedua ini.
Bicara untuk waktu cuti.
Suara untuk waktu kuliah berjalan.
Saja-saja untuk membezakan keduanya.
Memandangkan hubungan internet di Pusat Sumber Maklumat (IRC) di sini sangat laju relatif dengan yang ada di kolej kediaman yang berkali ganda lambatnya dari siput babi yang berjalan (atau kata kerja yang lain), apalah salahnya episod Lembaran Baru ini disiarkan secara terus.
Lagipun, di rumah sudah tiada perkhidmatan internet jalur lebar.

Ahad ini, saya akan pulang ke kampung halaman.
Seperti biasa, saya akan singgah di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan menaiki bas ke Batu Pahat.
Mungkin saya akan berehat seketika di rumah Along saya di Cheras.
Dapat jumpa anak-anak saudara saya.

Cuti semester kali ini, saya sudah punya rancangan program dan aktiviti.
Tunggu sahajalah entri mengenainya pada masa akan datang, ya!

Lembaran Baru.
Dalam hidup saya.
Sejak sebuah pertemuan itu dikembangkan, hari demi hari dan seterusnya maka terbibitlah dan tercetuslah inspirasi dalam mengejar aspirasi duniawi.
Semua yang saya fikir dan lihat tergambar dalam minda akan pantasnya masa berlalu.

Salam akhir peperiksaan.
Salam cuti semester.

Salam singgah sana sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan