Sabtu, November 24, 2007

Bicara Akin III - Episod 1 - Lembaran Baru

Saya hendak berSuara sepi. Jadi hanya Suara yang berhenti dengan episod terakhirnya yang ke-53.
Tetapi Bicara saya tetap diteruskan dalam waktu cuti semester.
Alhamdulillah saya berjaya melepasi kesemua peperiksaan (sebanyak 6 pelajaran) buat semester ini, dengan rasa yang agak memuaskan hati saya kecuali beberapa mata pelajaran yang sememangnya dikenali ramai akan kesukarannya.
Walau apa pun, apa yang saya cukup bersyukur kerana walaupun saya banyak melanggar peraturan dunia sebagai seorang pelajar universiti, tetapi saya berupaya mengawal hidup dengan agak baik.
Ya. Hanya agak baik dan bukannya sebaik yang diinginkan oleh beberapa pihak dalam lingkungan komuniti saya.

Saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Bahasa Arab (Asas) Komunikasi.
Sejurus selepas itu saya terus berminat hendak menulis episod sulung Bicara siri kedua ini.
Bicara untuk waktu cuti.
Suara untuk waktu kuliah berjalan.
Saja-saja untuk membezakan keduanya.
Memandangkan hubungan internet di Pusat Sumber Maklumat (IRC) di sini sangat laju relatif dengan yang ada di kolej kediaman yang berkali ganda lambatnya dari siput babi yang berjalan (atau kata kerja yang lain), apalah salahnya episod Lembaran Baru ini disiarkan secara terus.
Lagipun, di rumah sudah tiada perkhidmatan internet jalur lebar.

Ahad ini, saya akan pulang ke kampung halaman.
Seperti biasa, saya akan singgah di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan menaiki bas ke Batu Pahat.
Mungkin saya akan berehat seketika di rumah Along saya di Cheras.
Dapat jumpa anak-anak saudara saya.

Cuti semester kali ini, saya sudah punya rancangan program dan aktiviti.
Tunggu sahajalah entri mengenainya pada masa akan datang, ya!

Lembaran Baru.
Dalam hidup saya.
Sejak sebuah pertemuan itu dikembangkan, hari demi hari dan seterusnya maka terbibitlah dan tercetuslah inspirasi dalam mengejar aspirasi duniawi.
Semua yang saya fikir dan lihat tergambar dalam minda akan pantasnya masa berlalu.

Salam akhir peperiksaan.
Salam cuti semester.

Salam singgah sana sini...

Jumaat, November 23, 2007

Suara Akin II - Episod Terakhir - Suara Sepi

Akin's Sonnet 55

pejam kelip tutup mata celik buta nampak jelas
rabun siang rabun pagi hingga malam
tapi satu apa pun tak lekat di telinga
oh bulan oh bintang kau hadir tanpa segan tanpa amaran tanpa prasangka
tiada syak curiga tiada buruk pesona mata
dalam khayal dalam mimpi dalam angan
waktu kecil waktu remaja masa dewasa masa tua dan mati jua manusia
salah satu silap dua betul tiga benar empat
tanam pokok namanya yakin
benih pohon namanya percaya
pada satu hakikat satu
pada diri sehingga mati dibawa segala amal duniawi
bukan puisi romantis bukan sebab kasih
tetapi dunia sedang menangis adakah kita rasa pedih?


Shakespeare's Love Sonnet 18

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date.
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed,
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimmed.
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou owest,
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade
When in eternal lines to time thou grow'st.
So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.


Sudah lama tidak berSuara di laman sendiri.
Walaupun ada yang menyatakan saya berSuara hanya merapu, merepek dan mengarut, tetapi bukan itu sebabnya saya harus berSuara sepi selepas ini.

Minggu peperiksaan sudah hampir berakhir.
Dikira dari saat ini, tinggal satu kertas sahaja lagi.
Macam biasalah, semangat semakin pudar.
Lebih-lebih lagi buat saya yang cukup malas hendak belajar ini.
Segala persiapan dan persediaan hanyalah sekadar satu usaha dan jalan untuk menuju kejayaan.
Selebihnya kita gantungkan pada kuasa Pencipta.
Walaupun saya juga mengejar satisfaksi diri sendiri, tetapi saya juga fikir akan duniawinya ia.

Satu demi satu elemen hidup saya diperbaharui.
Sejak hadirnya seorang insan yang baru secara pantas saya mengambil langkah drastik yang muktamad.

Episod terakhir ini mungkin atau hanya mungkin menjadi yang paling terakhir.

Hingga kita berSuara lagi di hari mendatang.
Dengan izin Tuhan yang menentukan.

Salam Singgah Sana Sini....

Isnin, November 05, 2007

Suara Akin II - Episod 52 - Bersama Hijjaz & In-Team

Bagi mengisi ruang kekosongan entri sewaktu minggu belajar yang mana saya memang betul-betul belajar walaupun adakalanya fikiran melayang ke tempat lain, tetapi macam yang saya katakan pada diri saya sendiri mahupun sesiapa yang pernah mendengar, "saya perlu belajar!"

Bukannya saya hendak menyatakan bahawa saya ada bersama-sama dengan Hijjaz mahupun In-Team tetapi sekadar ingin menyatakan hasrat dan isi hati yang bergelumang dengan pelbagai kekelabuan, keputihan tak kurang juga kehitaman dalam jiwa.

Macam yang saya ada siarkan tentang bekas mekap.
Dunia ini penuh warna warni, seperti pelet pelukis, mahupun bekas mekap.
Semalam sudah saya melalui satu demi satu jalur pelangi, dari merah ke ungu, ataupun dari ungu ke merah.
Hitam di pelangi tidak dilihat, begitu jualah perjalanan saya semalam.
Kelabu jua sama sahaja.
Hanya putih dari putih langit dengan kebiruannya.
Jika ada gelap pun dek beratnya awan hendak meluahkan titisan hujan.
Hujan yang lebat mahupun renyai.

Saya sudah berfikir dari awal tentang salah satu komponen dalam hidup.
Memilih dan membuat keputusan.
Tetapi sejauh manakah keputusan yang kita buat itu sebetul-betul benar?

Khusus buat warga pelajar UTP sekalian:
Image Hosted by ImageShack.us

Jumaat, November 02, 2007

Suara Akin II - Episod 51 - Shhh... Rahsia!

Rahsia orang lain janganlah dibongkar.
Kasihan kat empunya rahsia.
Boleh jadi rahsia itu aibnya.
Boleh jadi bahan umpatan orang pula.
Boleh jadi pencetus sengketa ummah.
Rahsia disimpan, amanah dipegang.
Pecah amanah, mungkirlah janji.
Mungkir janji, munafiklah diri.

Kadangkala terlalu mudah buat mereka yang sudah terbiasa dengan komplikasi yang dipaparkan, sedang yang diwar-warkan pula hanya seperti kacang tanah.
Lebih mudah lagi apabila kacang tanah direbus.
Sedap dimakan jika rebusan betul dan kena cara.
Nasib kurang baik jika termakan yang rosak, yang busuk.

Baiklah, buat yang sedia ada mengetahui cara membaca petikan kefahaman dengan tepat, biarkan entri penuh rahsia ini punya rahsia hingga tidak terbendung lagi.
Saya tidak pasti atau yakin di luar sana, ramai yang mengharapkan sesuatu yang menguntungkan kehidupan mereka, tetapi apabila yang berlaku adalah sebaliknya, kekecewaan melanda secara tsunami.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mutiara kata hikmah yang saya petik dari sebuah situs internet, suatu masa dahulu kala:

"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani."

Teringat pula saya selepas menonton filem Indonesia berjudul "Kiamat Sudah Dekat".
Filem ini agak lama juga tersimpan di dalam cakera keras komputer peribadi saya.
Cuma masanya sahaja tidak ada yang mengizinkan.
Apa pun, malam hari terakhir minggu kuliah di sini, saya berjaya menghabiskan terus hingga ke minit terakhir.
Seperti biasa saya suka berkomentar tentang sesebuah cerita.
Ya. Ia sememangnya hanya cerita.
Dan cerita itu direka.
Bukanlah bererti cerita itu rekaan semata-mata.
Kerana ada juga cerita yang diambil kisahnya dari kehidupan sebenar.
Walhal, cerita banyak yang mengisahkan tentang realiti kehidupan manusia sejagat.
Lihat sahaja drama-drama di televisyen.
Pelbagai nama diberikan khusus untuk slot-slot tertentu, khususnya pada waktu prima.

Kiamat Sudah Dekat membangkitkan isu agama Islam yang sudah tidak ada kaitan dengan gaya hidup masyarakat, padahal itu adalah amat salah.
Namun tema utama itu diserapkan pada tema cinta antara anak muda di mana apabila seorang anak muda yang hanya bercopkan Islam semata, jatuh cinta secara takdirnya pada seorang muslimah.
Muslimah juga berputik cinta dalam hatinya.
Namun bukan mudah hendak meraih tempat dalam hidup si muslimah.
Pelbagai syarat dikenakan oleh bapaknya kepada anak muda rocker.
Sudah pasti, syarat agama.
Sehinggalah syarat terakhir ilmu ikhlas yang sukar diukur oleh tanggapan manusia.
Namun apabila cinta itu tulus pada asalnya, keikhlasan sudah pasti tertanam sejak awal-awal, akhirnya cinta direstu, oleh keluarga, dan juga Pencipta dengan izinNYA.

Saya cukup tersentuh dengan babak anak muda rocker dan si muslimah di tempat berasingan bermonolog dan bermohon pada Tuhan, mohon dengan sangat (macam lagu hit single In-Saff pulak - "Mohon Dengan Sangat" kredit kepada Syafiee, Hafidz Gafa, Mekot, Aizad Faliq atas lagu tersebut) dan aksi menitis air mata yang turut membuatkan kelenjar air mata saya terangsang untuk mengeluarkan titisan jernih itu.
Terharu dan sebak dengan konfesi diri pada Pencipta, pada kekuasaanNYA.
Sesungguhnya diri ini khilaf yang banyak tidak diketahui.
Hanya taubat dan ampun yang dipinta bisa membersih segala dosa noda.
Mohonlah dengan sangat, apa sahaja yang baik di sisi Tuhan.
Semoga berkat dan rahmat Allah sentiasa di kurnia.
Bukan mudah sebuah filem mampu membuatkan saya menangis.

Saya bagi rating untuk filem ini secara keseluruhan: 8/10

Kiamat memang makin lama makin hampir.
Tetapi sejauh mana sudah kita bersedia untuk menghadapi kehidupan di hari-hari seterusnya?

Suara Akin II - Episod 50 - Kerana Cintaku ....

Saya baru sahaja selesai menonton siri drama Melayu, Kerana Cintaku Saerah.
Sebuah karya dan juga arahan Shahrul Ezad Mohameddin.
Saya tidak kenal siapa dia.

Saya tidak ada intensi secara terus untuk menghabiskan sekalian siri.
Tetapi tertarik kepada tajuknya sendiri, dengan menariknya montaj introduksi beserta lagu temanya, saya tetap menyaksikan, dari siang hingga ke malam.
Ditambah pula dengan cadangan beria-ia dari rakan saya yang mengenali saya hanya sebagai seorang yang menghargai teater, dan bukannya termodinamika.
Saya hargai ilmu lain juga, cuma terlalu teoritikal bukanlah preferens dalam suatu proses pembelajaran.

Kerana Cintaku Saerah merupakan kisah seorang lelaki cacat, yang cinta dan sayang pada temannya sejak kecil hinggalah meningkat dewasa.
Malangnya oleh sebab dia cacat, perempuan itu dengan jadi bodoh dan buta mata hati apabila seorang pelakon ekstra lelaki datang mencemarkan maruahnya secara sukarela ataupun istilah yang lain, berzina, yang mana sangat banyak berlaku baik di UTP mahupun di IPTA/IPTS lain mahupun di luar sana, di dalam Malaysia ini, yang mengangkat (kononnya) agama Islama agama rasmi dan wujudlah pula Islam Hadhari yang pada saya hanyalah omong kosong.

Perempuan bodoh buat keputusan ke KL.
Maklumlah, di KL, semua ada, kata orang.
Orang kampung ke KL sebab hendak cari rezeki katanya.
Akhirnya menjadi artis.
Boleh jadi kaya juga ya jadi artis ni.
Tapi kena lihat dulu lah, sama ada murahan atau tidak.
Artis murahan banyak kat sini.
Artis mangga, artis akademi(K), dan lain-lain artis seposen.
Berbalik kepada cerita, hidupnya sebagai artis tidak difokuskan dalam siri drama ini.
Hanya dikisarkan ketika kareer artisnya berada di tahap kemerosotan.

Antagonis yang dipaparkan oleh watak Mak Cik Ros dan anak lelaki kesayangannya, Jenal terlalu tidak berhati perut dan saya rasa, pengkarya ingin menyedarkan orang-orang Melayu ada yang sampai sebegitu rupa hati dan perut mereka, jika dibedah, padan dengan antagonism mereka, sungguh putih di luar, hitam di dalam siapa yang tahu?
Namun, watak itu jika sudah hitam perlu dilakukan sehitam yang mungkin supaya penghayatan dari satu sudut penonton dapat terhasil dengan semaksimum mungkin.

Sememangnya hidup ini sebahagian besar darinya adalah untuk membuat keputusan.
Sebetul mana pilihan dan keputusan kita, bergantung kepada sedalam/sejauh/semasak mana kita berfikir.

Wahai penghuni alam fana', fikirlah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Rating drama "Kerana Cintaku Saerah":
Jalan cerita: 7.5/10
Lakonan: 7.85/10
Mesej: 8/10
Sinematografi: 6.25/10


Apa lagi ya boleh diratingkan?

Suara Akin II - Episod 49 - Nun Aliff Berkuasa II

Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (12:4)


Saya pernah disarankan oleh sahabat saya suatu masa dahulu, agar diamalkan ayat suci di atas ini, atas tujuan dan dasar niat yang murni.
Oleh kerana sahabat saya itu punya keluarga berlatar belakangkan agama, saya mempercayainya, dan terus mengamalkannya kerana pada waktu itu pun, saya sudah terlalu terbawa-bawa oleh mainan akal dan minda yang lantas mempengaruhi gelodak jiwa, perasaan dan emosi nurani.
Setelah mengamalkan, saya berserah pada Allah Yang Kuasa.

Saya percaya bahawa setiap yang berlaku di dunia ini, atas musabab pelakunya iaitu manusia, di atas takluknya takdir dan tentuNYA, yang telah dicatat dan dicatit azali.
Oleh sebab itu, bila sesuatu, tidak kira yang baik yang buruk, yang suka cita yang duka lara, semuanya itu sudah pun terbentang di hadapan, cuma kita tidak ada kuasa mengerti, mengetahui sebelum ianya terjadi.
Lantas, manusia berfikir yang tidak berilmu, ataupun berilmu duniawi tidak rohaniah, ataupun yang ikut emosi atau hawa nafsu, menghukum dengan tidak endah akan pedulinya insan sekeliling pada diri mereka yang tersayang.

Saya dedikasikan khas entri-entri ini dan selepas ini, yang berbaur atau berbunyi berunsur-unsurkan sebegini, kepada seorang yang bernama Nun Aliff.
Dengan itu, saya fikir (dan rasa dengan perasaan), Nun Aliff berkuasa dua.

Bagi menutup;

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.

Khamis, November 01, 2007

Suara Akin II - Episod 48 - Hang Tuah Kembali Beraksi.

Entah ide siapa yang bernas menganugerahkan gelaran Hang Tuah pada satu majlis makan malam di sini.

Saya tidak tahu.
Yang saya pasti, saya bahagia bersama insan tersayang buat masa ini.

Walaupun saya pelakon gagal (di cubaan pertama!), tetapi saya tetap pelakon yang mempunyai misi dan visi tersendiri untuk perjalanan teater nusantara.
Saya telah terjebak dengan dunia sastera sejak sebelum kareer teater bermula.
Saya telah mencampur adukkan segala-galanya dengan aktiviti logikal dalam otak saya, dengan kesusasteraan Melayu yang begitu menduga kesabaran sang pemikir dari Tronoh.

Oh makhluk bertandas.
Oh perfeksionis.
Oh sang pemikir siang.
Oh sang pencinta malam.
Oh Karam Singh Walia Melayu.
Oh Matahari Tuhan.
Oh manis gula kurang garam.
Oh, oh, oh...Oh hang pi mana???
Oh Hang Jebat... Oh Jebat..
Oh Hang Tuah.. Oh Dr HM Tuah...
Oh aktivis itu aktivis ini..
Oh pelakon murahan...
Oh puisi ciplak plagiat palsu bertopeng-topengan...
Oh, Oh, Oh...

Seperti mati hidup kembali, hukum karma tidak peduli.
Seperti murai kena cili padi, cakap lepas sesuka hati.