Khamis, September 18, 2008

PUTRAjaya

Antara line yang significant.

"Kau membawa kami ke dunia tiga penjuru dengan segala janji bahawa penjuru ini lebih baik dari yang itu, dan yang ini lebih baik lagi. Aku dah tahu, dunia tiga penjuru kau ni semuanya sama! Tak ada yang lebih baik." - Putra, teater Kerusi (Nov 2008, Taman Budaya Ipoh)

Sekarang ini semua pelakon teater KERUSI sedang menjalani latihan.
Namun begitu latihan di bulan puasa ini tidaklah begitu meletihkan.
Hanya sedikit demi sedikit sahaja.
Waktu latihan pun singkat. Hanya satu jam bermula pukul 5 - 6 petang.
Selain KERUSI, latihan TAQDIR turut dijalankan secara selari.
Itu pun sedikit demi sedikit juga.
Walaupun persediaan dari segi fizikal iaitu latihan itu sememangnya sangat penting, persediaan mental juga turut berperanan penting.
Pelakon selalu juga akan berasa 'down' sewaktu menjalani latihan.
Malah tidak mustahil pelakon akan 'down' sewaktu suatu show hendak dimulakan.
Kebiasaannya, pelakon akan menjalani latihan dengan seronok, enjoy dan tidak tertekan.
Tetapi bila tiba masanya kena serius dengan latihan, memang waktu itu kami serius menghayati dan mendalami karakter masing-masing.
Biasanya bila technical run memang sudah tidak ada ruang untuk main-main sewaktu latihan.
Rasanya semua pelakon dah tahu benda ni.

Kepada pelakon baru yang berlakon dalam TAQDIR, aku ucapkan selamat datang ke Keluarga TTS.
Kalau korang komited dalam bidang ni, korang akan sentiasa enjoy dan tahap passion korang pada teater dan lakonan pun makin lama makin mantap.

TAQDIR nanti bukan setakat suatu 'eskperimen' tetapi ia dipertandingkan di KL.
Aku katakan eskperimen sebab cerita TAQDIR ini ada pelakon berbangsa Cina dan India sekali.
Dan skripnya pun dalam Bahasa Melayu dan English.

Kepada pelakon yang sedang praktikal pula, jangan risau korang tetap akan dapat berlakon dalam banyak show pada tahun depan (mudah-mudahan..).
Sebenarnya, satu dugaan juga bila banyak show ni.
Sejak dari awal semester ini hingga sekarang, aku dan geng TTS yang lain tak henti-henti berlatih.
Kalau ada pun waktu rehat adalah dalam seminggu paling lama.
(Ada ke? Huhu..)

Walaupun penat berlatih, tapi bila kita enjoy dan minat yang mendalam, semua rasa penat tu tak menjadi penghalang.
Kalau ikutkan mesti sakit-sakit badan (luaran dan juga dalaman) bila latihan tiap-tiap hari.

Sekarang ni tengah study karakter lagi.
Macam mana nak mainkan watak Putra bila sudah buta dan isterinya dirampas oleh Srisegala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan