Isnin, September 29, 2008

Jadi. Tak Jadi. Jadi?

Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi.
Aku sepatutnya taip ini lebih awal lagi.

Show KERUSI ditunda tarikh.
Sepatutnya 1-2 November.
Tapi pihak Taman Budaya nak adakan (habiskan) event mereka dulu.
Jadi khabarnya bulan 12 baru ada slot kosong untuk buat show KERUSI.
Mungkin lepas raya haji.
Pertengahan bulan 12 lebih kurang begitu.
Tapi aku dah masuk kerja.
Di KLCC.

Setakat ini belum akhir lagi keputusan.
Mungkin buat show jugak bulan 12 ni.
Atau tahun depan ja.
Tapi tahun depan bajet pun tahun depan. Tiada jaminan.
Tapi tahun depan sudah rancang show KERUSI di KL.
Tapi khabar baru pula ada pihak tarik diri.
Pihak yang asalnya menjadi management team show KL.

Down.

Sekarang ini yang pasti show KERUSI di UTP pada 1 atau 2 November nanti.
Sebagai training ground untuk show KERUSI akan datang.
Jadi orang-orang UTP, macam biasa, sebelum study week akan ada show buat korang semua.
Jemputlah datang tonton. Korang tak pernah tengok.

Tiket macam biasa lah. RM3 sehelai.
Tak naik-naik harga pun.
Kitaorang tak untung apa pun.
Kalau kat KL jangan harap nak dapat tengok show harga RM3 sejam.
Show free pun jarang-jarang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan