Selasa, September 30, 2008

Sendili Mau Hidup, Sendili Mau Pikir, Sendili Mau Ingat La Beb!

Biasanya aku tak reti nak blog pasal akademik.
Sebab aku bukan orang akademik.
Aku tak suka pendidikan berasaskan teori semata.
Aku tak suka quiz, test, exam yang tak praktikal dan tak efisien.
Soalan quiz itu soalan assignment itu soalan test itu soalan final exam.
Everything is just the same!
Yang lain hanya figur, nombor, teks dan seumpamanya.
Budak-budak memanglah suka.
Memanglah akan bagi nombor 7 (malah 7777777 sekalipun) di atas borang evaluation.
Sedangkan yang bagus mengajar dari segi praktikaliti dan efisiensinya, ada yang memberi nombor 1111111 atau 2222222.
Budak-budak. Dah nama pun budak-budak. Memanglah.

Aku orang seni.
Aku bukan orang politik.
Aku bukan orang alim agama tinggi. Hanya tahu asas-asas saja.
Aku orang seni.
Dan aku blog pasal seni.
Aku tak blog pasal politik atau agama walaupun aku letak widget politik kat blog ni dan aku blog madah kat blog lama.
Sekarang ni aku blog pasal seni.
Apa-apa.
Pasal seni.
Misalnya, makan murah kat Central Market sambil lepak-lepak tengok seni kalau kerja kat Dayabumi yang aku dah dapat tawaran bernas tu.
Tapi pergi KLCC.
Hah!

Korang nak hidup, korang pikir guna otak korang bukan otak orang lain.
Jangan main ikut-ikut bontot orang lain.
Nanti jadi isu.
Hah!

Isnin, September 29, 2008

Jadi. Tak Jadi. Jadi?

Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi. Jadi. Tak Jadi.
Aku sepatutnya taip ini lebih awal lagi.

Show KERUSI ditunda tarikh.
Sepatutnya 1-2 November.
Tapi pihak Taman Budaya nak adakan (habiskan) event mereka dulu.
Jadi khabarnya bulan 12 baru ada slot kosong untuk buat show KERUSI.
Mungkin lepas raya haji.
Pertengahan bulan 12 lebih kurang begitu.
Tapi aku dah masuk kerja.
Di KLCC.

Setakat ini belum akhir lagi keputusan.
Mungkin buat show jugak bulan 12 ni.
Atau tahun depan ja.
Tapi tahun depan bajet pun tahun depan. Tiada jaminan.
Tapi tahun depan sudah rancang show KERUSI di KL.
Tapi khabar baru pula ada pihak tarik diri.
Pihak yang asalnya menjadi management team show KL.

Down.

Sekarang ini yang pasti show KERUSI di UTP pada 1 atau 2 November nanti.
Sebagai training ground untuk show KERUSI akan datang.
Jadi orang-orang UTP, macam biasa, sebelum study week akan ada show buat korang semua.
Jemputlah datang tonton. Korang tak pernah tengok.

Tiket macam biasa lah. RM3 sehelai.
Tak naik-naik harga pun.
Kitaorang tak untung apa pun.
Kalau kat KL jangan harap nak dapat tengok show harga RM3 sejam.
Show free pun jarang-jarang ada.

Ahad, September 28, 2008

Bila Ironik Memang Ironik

Kalau dalam suatu filem, suatu cerita, aku suka plot yang ada twist, dan yang ironik kesudahannya.
Jalan cerita yang kita sangka yang ini tapi yang itu pula jadinya.

Aku pulang ke kampung halaman tidak seperti yang dirancang.
Aku pulang lebih awal. Tetapi aku sampai seperti yang dirancang.
Pit stop aku pun tidak seperti yang dirancang. Tetapi aku tetap melaksanakan apa yang dirancang.

Semua ada hikmah.
Peristiwa-peristiwa lama pun ada kait hikmah.
Hidup memang hikmah.

Bila aku jejak kaki ke Plaza Rakyat yang tak siap-siap, well, Puduraya yang.. never mind.
Aku panik di dalam plaza.
Aku bergegas-gegas-gegas-lagi ke Terminal Bas ke Selatan pada hari itu.
Tak guna betul. Nasib baik aku sampai Puduraya awal sedikit.
Timing aku pun ngam-ngam-ho.
Tak pasal-pasal aku naik LRT balik ke Bukit Jalil.
Tak guna. Aku tak tahu.
Tak patut. Tak patut. Tak patut.
Tapi aku sempat lagi main SMS.
Terima kasih U.O.X
Kadar 0.5sen/SMS cukup mengujakan.

Bas ke Batu Pahat petang itu tak penuh.
Aku hairan tak serba salah.
Aku rasa ada orang tak tahu jugak.
Dan sudah terlambat untuk mengetahui.
Memang tak guna.
Dan tak patut.

Cerita bas lagi.
Aku cerita supaya orang yang tak naik bas reti bersyukur sebab tak naik bas.

Bila mula sudah ironik.
Akhir jadi ironik.

Tengah-tengah pun ironik.

Hari ini hari ironik.

Ironik kait hikmah.



Peristiwa 26-27/08/08

Khamis, September 25, 2008

Remedi 3

Pulanglah ke kampung halaman masing-masing.
Semoga kau orang semua memperoleh remedi semasa bercuti raya.
Sesungguhnya rumah kampung aku adalah remedi yang paling berkesan.


Keluarga Pak Amat,
Tiang Lampu No. 15,
Kampung Parit Samijan,
Bandar Universiti,
Parit Raja,
86400 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.


Pak Akin dari keluarga Pak Amat ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN.



Tak sempat nak design kad raya digital.
Tahun depan ja lah.

Nak datang ziarah rumah aku, roger dulu. Biasanya selepas hari raya ke-3 kemungkinan besar keluarga Pak Amat akan menziarah rumah saudara mara di kawasan Muar, Kluang, Kulai dan beberapa tempat yang lain.

Selasa, September 23, 2008

Kegiatan TTS Sepanjang Tahun 2008

Berikut adalah aktiviti Tronoh Theatre Shop (TTS) sepanjang tahun 2008. Ada yang tiada lagi gambar untuk disiarkan.


Penggal pertama (Januari - Mei)

2 Feb 2008 - Penggambaran untuk filem pendek "Ciku" yang kini sudah siap dan boleh ditonton secara percuma di sini. Filem pendek ini merupakan produksi TTS bersama MedTech untuk program EMS (Event Management Seminar) 2008.



Sepanjang bulan Februari - Latihan show Asylum untuk Event Management Seminar (EMS) yang tidak jadi disebabkan masalah teknikal. Kalau ikut rancangan show tersebut pada hujung bulan Februari.



20 Feb 2008 - Mime Show di Palace of the Golden Horses untuk PETRONAS Management Forum Dinner.



23 Feb 2008 - TTS Outing to Batu Berangkai, Kampar

Siang TTS bermandi-manda di air terjun Batu Berangkai.

Malamnya pula TTS buat BBQ di gazebo Village 5.



18 Mac 2008 - Mime show sempena Co-curriculum Appreciation Night 2008.


TTS juga dijemput untuk menghadiri majlis tersebut di atas kejayaan TTS mendapat tempat ketiga dalam Festival Teater Perak 2007.



27 Mac 2008 - Mime show dan sketsa Berita TTS-TV sempena Majlis Makan Malam ICPER (International Conference on Plant and Equipment Reliability 2008) di Sunway Pyramid Convention Centre.




Semasa perjalanan ke tempat show, TTS juga turut sempat membuat penggambaran filem pendek "Dari Tronoh ke Sunway" dan "Dunia Transit" yang masih di dalam proses pembikinan.



2 Mei 2008 - TTS Theatre Marathon : 1st Night - Show Cinta Sang Arnab & Transit


Selepas show tu, TTS semua makan-makan paling besar

(Ni belum semua lagi ni!)



3 Mei 2008 - TTS Theatre Marathon : 2nd Night - Show Our Land





5 Mei 2008 - General Meeting January 2008





10 Mei 2008 - Cast party (and farewell for TTSians that were leaving for internship) for January 2008 semester.




Cuti penggal (Mei - Julai)


31 Mei 2008 - Beberapa orang geng TTS pergi menonton P Ramlee The Musical Season 2 di Istana Budaya



7 Julai 2008 - Mime show and Doc Shark's monolog at The Platform, KLPac.





Penggal 2 (Julai - Disember)

31 Julai 2008 - Show Qum! sempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Perbadanan Ekonomi Islam Perak di Dewan Undercroft.





2 Ogos 2008 - Public show KERUSI Part 1 sempena Minggu Mesra Kampus.





8 Ogos 2008 - Mime show sempena Malam Prihatin Sanggar Mustika, MARSYA (Minggu Apresiasi Seni dan Budaya) anjuran Sekretariat Rakan Muda (SRM-UTP)


(Foto akan disiarkan kemudian)


11-12 Ogos 2008 - Audition untuk pelakon baru. Kini, hanya 4 orang yang baru diserap masuk ke dalam TTS, berlakon untuk show Ramadan Discovery dan TAQDIR.


(Foto akan disiarkan kemudian)


23 Ogos 2008 - Mime show di Majlis Makan Malam Konvokesyen ke-8.


(Foto akan disiarkan kemudian)


24 Ogos 2008 - Mime show di Majlis Makan Malam Konvokesyen untuk pelajar pasca-ijazah di Impiana Casuarina Hotel.


(Foto akan disiarkan kemudian)


26 Ogos 2008 - Sketsa dalam Bahasa Inggeris "The Awaited" sempena Majlis Perasmian Ramadan Discovery.


(Foto akan disiarkan kemudian)


27 Ogos 2008 - Sketsa gabungan 4 monolog "Merdekakah Kita?" sempena Malam Apresiasi Minggu Kemerdekaan ke-51.


(Foto akan disiarkan kemudian)


Akan datang:


19 Oktober 2008 - TAQDIR untuk Pertandingan Drama Nilai Kemanusiaan Antara Universiti anjuran Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia di Universiti Malaya.


(Foto akan disiarkan kemudian)


1-2 November 2008 - Charity show "KERUSI" di Taman Budaya Negeri Perak, Ipoh.


(Foto akan disiarkan kemudian)



*nota: entri ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Isnin, September 22, 2008

Khutbah Jumaat: Makanlah Buah-buahan & Sayur-sayuran Tempatan



Letakkan timun di bahagian bawah.


Dan durian di bahagian atas.




Sementara kita menunggu epal gugur.


Kita makan jambu dulu!

Lepas kenyang makan jambu kita minum air mangga madu.


***

Ini serius!
Dulu. Dulu-dulu. Di sebuah masjid di kawasan aku.
Satu hari Jumaat yang mulia.
Khutbah berjudul "Makanlah Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan"
Dan ini bukan fiksyen.
Ini serius!

(Abaikan Epal yang bukan buah tempatan)

Ahad, September 21, 2008

Panik di dalam Disko

Bayangkan disko.
Siapa yang tak dapat bayangkan langsung itu baru orang suci.
Sedangkan orang kuat masjid pun dapat bayangkan disko.

Itulah kuasa minda.
Kita boleh berimaginasi. Membayangkan. Bermimpi. Berangan-angan. Seumpamanya.

Tapi istilah disko sudah lapuk.
Sekarang ini zaman moden.
Kita guna clubbing.

Tapi istilah tidak penting.
Isi dalam tetap sama.
Itu yang penting.

Bayangkan disko itu situasi kita.
Dan bayangkan lagi bila kita panik di dalam disko itu.

Apa akan jadi agaknya?

Khamis, September 18, 2008

PUTRAjaya

Antara line yang significant.

"Kau membawa kami ke dunia tiga penjuru dengan segala janji bahawa penjuru ini lebih baik dari yang itu, dan yang ini lebih baik lagi. Aku dah tahu, dunia tiga penjuru kau ni semuanya sama! Tak ada yang lebih baik." - Putra, teater Kerusi (Nov 2008, Taman Budaya Ipoh)

Sekarang ini semua pelakon teater KERUSI sedang menjalani latihan.
Namun begitu latihan di bulan puasa ini tidaklah begitu meletihkan.
Hanya sedikit demi sedikit sahaja.
Waktu latihan pun singkat. Hanya satu jam bermula pukul 5 - 6 petang.
Selain KERUSI, latihan TAQDIR turut dijalankan secara selari.
Itu pun sedikit demi sedikit juga.
Walaupun persediaan dari segi fizikal iaitu latihan itu sememangnya sangat penting, persediaan mental juga turut berperanan penting.
Pelakon selalu juga akan berasa 'down' sewaktu menjalani latihan.
Malah tidak mustahil pelakon akan 'down' sewaktu suatu show hendak dimulakan.
Kebiasaannya, pelakon akan menjalani latihan dengan seronok, enjoy dan tidak tertekan.
Tetapi bila tiba masanya kena serius dengan latihan, memang waktu itu kami serius menghayati dan mendalami karakter masing-masing.
Biasanya bila technical run memang sudah tidak ada ruang untuk main-main sewaktu latihan.
Rasanya semua pelakon dah tahu benda ni.

Kepada pelakon baru yang berlakon dalam TAQDIR, aku ucapkan selamat datang ke Keluarga TTS.
Kalau korang komited dalam bidang ni, korang akan sentiasa enjoy dan tahap passion korang pada teater dan lakonan pun makin lama makin mantap.

TAQDIR nanti bukan setakat suatu 'eskperimen' tetapi ia dipertandingkan di KL.
Aku katakan eskperimen sebab cerita TAQDIR ini ada pelakon berbangsa Cina dan India sekali.
Dan skripnya pun dalam Bahasa Melayu dan English.

Kepada pelakon yang sedang praktikal pula, jangan risau korang tetap akan dapat berlakon dalam banyak show pada tahun depan (mudah-mudahan..).
Sebenarnya, satu dugaan juga bila banyak show ni.
Sejak dari awal semester ini hingga sekarang, aku dan geng TTS yang lain tak henti-henti berlatih.
Kalau ada pun waktu rehat adalah dalam seminggu paling lama.
(Ada ke? Huhu..)

Walaupun penat berlatih, tapi bila kita enjoy dan minat yang mendalam, semua rasa penat tu tak menjadi penghalang.
Kalau ikutkan mesti sakit-sakit badan (luaran dan juga dalaman) bila latihan tiap-tiap hari.

Sekarang ni tengah study karakter lagi.
Macam mana nak mainkan watak Putra bila sudah buta dan isterinya dirampas oleh Srisegala.

Jumaat, September 12, 2008

Ratio Student : Actor

TTS akan beraksi lagi.
Akan datang:


19 Oktober 2008 (Jumaat)

"Values for the Nation - An Intervarsity Human Values Based Drama Competition"
Anjuran The Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia (SSBCCM)

Klik laman webnya di sini: Are You Valuable?

TTS akan buat skrip baru. Cerita baru.
Ada penampilan khas pelakon berbangsa Cina atau India. Sebab ia salah satu syarat pertandingan.
Tajuknya kemungkinan besar "TAQDIR".

(Yang penting, aku harap-harap ia JADI. Sebab pelakon semuanya ada tanggungjawab sebagai pelajar/pekerja. Tapi depa ni memang gatal nak berlakon.)


1-2 November 2008 (Sabtu & Ahad)

Pementasan teater KERUSI.
Yang ni dah konpom! Proposal untuk show tersebut dah lulus.
Asalnya nak buat pada tarikh 21-22 Oktober tapi dipinda sedikit.
Bagus jugak kalau tak mampos ah nak buat show sebelumnya tu.

Untuk show KERUSI tu, masuk adalah percuma kepada sesiapa sahaja.
Tiada diskriminasi.

Dan dalam show KERUSI ni, aku memegang watak PUTRA. Hero.
Dan Tuan Direktor suruh aku bukak baju dalam satu babak. Mungkin.

Haha.



Semester ni memang rezeki TTS melimpah ruah.
Lagipun TTS memang semakin dikenali ramai terutamanya oleh orang-orang atasan UTP.
Mana taknya, banyak event depa asyik dok jemput VIP sama ja!


Ratio aku sebagai seorang student dan pelakon

STUDENT : ACTOR
50 : 50


Dan sebab TTS akan buat show best awal tahun depan di KL, aku tak apply tempat selain KL untuk internship aku. Walaupun show tu hanya dalam perancangan. Haha. Ada brannnn? (Tapi perancangan tak main-main wo! Doc Shark guna UCITY wo untuk jadi management team show tu...)

Rabu, September 10, 2008

Sinikal Lunatik

Amaran: Anda perlu jiwa dan otak seni untuk paham benda 'mengarut' dan 'merapu' ni. Dan. Ya, benda 'mengarut dan merapu' ini ada tujuan, niat, intipati, dan perkara. Kalau tidak buat apa aku taip dan siarkan.


Siapa Bunga?
Siapa G-Duit?
Siapa Ferum Oksida?
Siapa Epal?
Siapa Jambu?
Siapa Mangga?

Mana Epal?
Mana Jambu?
Mana Mangga?

Mana?
Mana?

Siapa?
Siapa?

Guna jari.
Jari-jari.
Siapa?
Dan siapa?

Selasa, September 09, 2008

Sapu, Urut & Jilat

Aku dulu Tukang Sapu ja.
Gaji tak seberapa.
Macam-macam benda aku sapu.
Sampah-sarap paling banyak.
Sisa-sisa makanan basi.
Kotoran-kotoran atas lantai.
Itu masa awal kerjaya aku lah.
Dah lama sikit, aku naik pangkat.
Masa tu aku sapu benda-benda yang lagi semacam.
Misalnya, tahi.
Tahi pun pelbagai jenis.
Tahi kucing, tahi anjing, tahi babi.
Masa mula-mula tu aku tak tahan dan macam tak sanggup nak kerja.
Tapi SV aku selalu bagi dorongan.
Dia selalu motivasi aku.
Jadi akhirnya aku dapat terus bekerja dengan gembira.
Mungkin ramai orang pandang jijik kat aku.
Tapi aku yakin dan percaya pada diri sendiri.
Itulah passion aku.
Sebagai seorang Tukang Sapu.


Tukang Urut & Tukang Jilat akan dikisahkan pada masa hadapan (mungkin).

MIA

Pak Akin sudah MIA agak lama.
Ke mana dia menghilang agaknya.
Apa yang dia buat.
Mana dia pergi.
Dah lama tak nampak dia.

Memang.

Pak Akin MIA dalam dimensi antara realiti dan seni.
Di realiti pun tiada. Di seni pun kadang kala.

Selama sebulan ini hingga selepas hari raya puasa.
Pak Akin akan menjalani latihan teater KERUSI.
Mungkin tiap petang kalau tiada aral.

Walaupun di bulan puasa, perjuangan seni tetap diteruskan.

Memang.

Tiada apa yang menarik perhatian sangat.
Sudah nama pun MIA.
Entah apa yang dibuat.
Entah di mana dia menghilang.

Tiada siapa tahu.

Apakah agenda seseorang itu?

Baru jumpa tanda soal.

Jumaat, September 05, 2008

Apa Yang Penting?

Apa yang penting?


KERJASAMA!




Itu kata Wonder Pet.

Tapi kata penemuduga aku:



Apa yang penting?


KERJASAMA!


(Dan) PENGETAHUAN!




PS: Sempena Ramadan ini, Pak Akin akan M.I.A (missing in action pada sesiapa yang tak tahu) dengan kerap. Tertakluk juga kepada sebarang perubahan jadual. Harap maklum.

Khamis, September 04, 2008

Sama 'Ja

Aku dah kembali.

Dari kota.

Ke luar bandar.

Dari KL.

Ke Tronoh.

Tronoh. Walaupun permai.

Tapi di suatu sudut.

Sama 'ja.

Penuh dengan stres.

Stres daripada stres.

Nasib baik aku paham hak asasi manusia.

Lagipun bulan ni bulan mulia.

Aku tak stres.

Aku kawal.

Yang lain. Boleh ja kawal.

Kerja banyak baru pelajar.

Belum kerja banyak seorang pekerja.

Kawal stres.

Banyak caranya.