Sabtu, April 26, 2008

Inverter Transformer



Akhirnya komputer riba saya sudah diperbaiki.
Komponen yang rosak adalah Inverter Transformer untuk skrin LCD iaitu seperti tertera pada gambar di atas.
Syukurlah.
Tak perlu menumpang komputer orang lain.

Saya beli komputer tersebut pada era foundation saya di UTP.
Sudah hampir 3 tahun juga usianya.
Boleh tahan lasak.
Baru sekali rosak.


Sekarang ini merupakan penghujung minggu kuliah di UTP.
Maknanya tidak lama lagi peperiksaan akhir akan berjalan.
Kebiasaannya waktu seminggu study week itulah baru pelajar di sini berusaha dengan lebih sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan.
Namun ada juga segelintir yang masih bersenang-lenang dan mengambil mudah.
Terpulanglah pada individu.

Saya pula seperti biasa.
Tak perlu cerita kot.


Namun dalam kesibukan di penghujung minggu kuliah dengan ujian, projek, tugasan dan lain-lain lagi, TTS masih sempat lagi hendak mementaskan teater.
Bukan satu, tetapi dua.
Eh bukan dua, tetapi tiga termasuk English play.
Oh bukan tiga, tetapi empat termasuk monolog.
Bukan empat tetapi lima termasuk mime.
Tetapi itu semua hanya rancangan.

Asalnya, kami merancang hendak mementaskan kesemua yang disebut pada 29 dan 30 April ini.
Akan tetapi masalah pengurusan timbul di mana pada dua hari tersebut, dewan serbaguna yang asalnya telah ditempah dahulu oleh kami telah pula ditempah oleh bahagian akademik UTP untuk tujuan ujian akhir semester dijalankan.
Jadinya, kami hanya dapat dewan tersebut pada 1 dan 2 Mei.
Tapi 1 Mei itu cuti pula.
Staf ITMS tidak dapat turun untuk technical run.
Jadilah ia 2 dan 3 Mei.
3 Mei.
Itu sudah mula minggu ulangkaji itu.
Saya pun sudah mula ulangkaji itu.
Oh tidak, tidak.

"Entah jadi ke tak...."

Kami tidak kisah jika show cancel sekalipun.
Seperti Asylum EMS tempoh hari.
Sekurang-kurangnya kami telah berlatih untuk kegunaan masa akan datang.
Cuma, tidak dapat menunjukkan hasil latihan tersebut pada orang ramai sajalah.

Tak mengapa.

Kita tunggu dan lihat saja.

Kepada pelakon TTS yang bakal menjalani latihan industri pada semester akan datang,
Pojan, Nuar, Aini, Din,
saya ucapkan Selamat Berjaya.
Kalau ada peluang dan ruang, bolehlah berlakon sewaktu internship. Lebih-lebih lagi di KL. Boleh reunite dengan veteran TTS di sana.
8 bulan tak berlakon, boleh tahan ke korang? Haha.
Aku tak boleh kot. Huhu.


Oh ya, hampir terlupa.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Nisa' (19), Zul CJ (22) dan Pacel (24), (Izi sekali kot, tapi nama dia tak ada dalam kek pulak. Huhu.)

Terima kasihlah pada Cik Mad IRC atas kek berperisa kopi ini.
Kepada Zul dan Pacel yang tak dapat turut serta menjamu kek ini, kami wakilkan korang je lah ye. Huhu.



Wo. Haaa.. inilah dia template banner terbaru TTS.
Ya. Template ni. Boleh guna semula.

1 ulasan:

  1. errkkk...korang memang betul2 wat kek utk aku..terharu and SENGAL!!..mana ada orang sambut birthday tapi xde birthday person.haih..apa2 ajela..k la..good luck for next coming show.and xlupa..good luck for final exam. =)

    BalasPadam