Ahad, April 13, 2008

Cermin Mata Hitam

Kali ini saya maksudkan secara mendalam.
Tafsiran akan berbeza mengikut pandangan hati masing-masing.


"Hanya saya roh semata. Saya sudah pun meninggal dunia. Persetankan saya kerana saya hanya dilihat di sisi Tuhan saya."


"Transit" oleh Dr Shark.

Azman terlantar sakit. Cek Wang, tukang kebun yang menjaganya. Malah, Cek Wang juga yang telah menjaga kebajikan Azman dan keluarganya sejak dari dulu. Dalam masa Azman sakit, dia didatangi Anwar, anaknya yang mementingkan diri. Dia juga didatangi oleh bayangan Rosmah teman wanitanya, dan Kasim, ahli keluarganya. Bomoh yang telah membantunya dulu juga turut hadir menziarahinya di hospital. Dalam alam yang lain, si Lebai muncul memberikan panduan kepada si roh yang sedang berada di antara dunia akhirat dengan dunia nyata.

Transit membawa anda menyelusuri detik-detik terakhir seorang manusia yang sudah terlambat hendak menyesal di atas perbuatannya di dunia.



Ramai yang mengatakan bahawa idea teater sebegini sudah stereotaip dan lapuk.
Itu saya tidak dapat nafikan dari sudut pandangan kebanyakan orang yang berfikir selari dengan era globalisasi.
Tetapi kita harus ingat akan asas dan dasar.
Teater Transit ini dikategorikan sebagai teater islamik.
Teater ini juga mengandungi elemen seram jika Tuan Pengarah membawanya dengan cara seram.
Teater ini baru pernah dipentaskan sekali di UTP sempena Pembukaan MPR 2006.
Dan berdurasi separuh dari skrip yang penuh.
Dan ia telah diarah oleh saudara Azmi bin Yaacob.

Kali ini, Transit akan dipentaskan lagi secara penuh pada 29 April 2008 di MPH, UTP.
Dan diarah oleh Dr Shark sendiri.
Saya mengharap yang terbaik dari arahan kali ini.


::: Setiap sudut manusia berbicara tentang kesulitan alam sedang mereka lupa akan ajaran yang mempermudahkan.


Saya dapat lihat pelajar UTP mudah tertekan dengan bebanan tugas yang diberikan oleh pensyarah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam masa yang singkat, banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan dalam masa yang sama juga pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Tetapi bagi mereka yang dapat berfikir secara bijaksana, saya pasti mereka dapat mengawal perasaan dan emosi dengan betul dan rasa tertekan itu pasti ada tetapi ia dilepaskan di tempat yang betul pada waktu yang betul dan dengan cara yang betul.


Saya di sini hendak komen secara peribadi tentang teater.
Teater pada saya bukanlah platform untuk mencari dan meraih populariti.
Ia lebih kepada platform untuk manusia menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Bukankah kita ada tanggungjawab berpesan-pesan antara satu sama lain?
Ya.

Ada yang berlakon teater kerana suka-suka.
Ada yang hendak melepaskan diri dari tekanan dek bebanan tugas.
Ada juga yang hendak mencari pengalaman.
Ada juga yang memang minat berlakon dari kecil.
Ada juga yang hendak mengasah bakat yang terpendam.
Ada juga yang hendak memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih manusia.
Dan pelbagai lagi niat dan tujuan.
Tetapi yang paling penting adalah kita berteater kerana hendak menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba abdi untuk berpesan-pesan, ingat-mengingati dan menyampaikan mesej, tauladan dalam kehidupan kepada masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama, dan budaya.


Tetapi harus diingat, kebebasan mutlak bukanlah bererti tiada batasan.
Kebebasan berfikir haruslah diiringi oleh kemanusiaan yang mendalam.

Sebut pasal kemanusiaan, TTS akan mementaskan teater Cinta Sang Arnab yang secara utamanya bertemakan kemanusiaan.
Cerita ini mengikut skrip asalnya.
Miao Miao Sang Arnab itu skrip yang telah ditokok tambah dan diubah.


:::

Cermin mata hitam dipakai.
Dunia kecil dilihatnya besar.
Dunia besar dilihatnya tidak.
Jalan besar dia lalu.
Jalan sempit buat apa dia nak lalui.

Cermin mata hitam dipakai.
Orang di sebelah pun tidak dinampak.
Orang yang di belakang pula yang dilihat.



::: Akin M kembali bermadah bicara. Hanya yang memahami yang mengerti.

1 ulasan:

  1. Saya berteater kerana:
    1) Minat
    2) Memuaskan nafsu seni
    3) Ingin menghibur

    xde niat suci langsung. hahaha...

    BalasPadam