Isnin, April 21, 2008

"Impiana" Bukan Sekadar Nama

Seminggu juga saya berpisah sementara dengan komputer riba saya.
Dapatlah saya rasa sedikit kesukaran untuk berkomunikasi dalam komuniti UTP saya dan tidak dapat melaksanakan tugasan di komputer sendiri.
Nasib saya baik kerana saya sudah siapkan kerja awal-awal.

Saya baru berpeluang menonton filem Cuci.
Intro filem ini menarik perhatian saya.
Ia seperti ringkasan filem Tentang Bulan.
Ya. Tentang Bulan filem Ahmad Idham yang sekarang hangat dengan drama bersiri Impak Maksima (yang saya secara tak sengaja mengikuti perkembangannya).

Intro Cuci menggembirakan hati saya.

Karakter Jojo, Khai, C'tan dan Fairil adalah unik.
Lebih-lebih lagi Khai yang begitu cekap dengan fakta dan figure. Maksud saya, angka.
Jojo yang tampak gangster kaki pukul tetapi selalu baca doa.
Fairil yang pandai berucap dan bijak berfikir dan memang seorang ketua yang natural.
C'tan pula.. gayat.

Tetapi apa yang saya hendak tekankan adalah mengenai tema filem ini.
Seperti biasa, filem hasil kroni Afdlin sudah pasti menjanjikan hiburan yang bermakna.
Bukan sia-sia seperti Anak Halal yang diwartakan oleh Faisal Tehrani.

Ia mengenai impian.
Dalam filem Cuci banyak babak tentang ucapan "Impianku" (My Dream) yang secara literal atau tidak yang disampaikan oleh Fairil yang tampak sebagai abang paling sulong dan ketua Cuci-cuci Services.
Sudah pasti, impian itu tidak mustahil.
Tetapi impian itu tidak mustahil bila tiada rintangan.
Impian yang murni yang kita idamkan, angankan, akan

dirasai nikmatnya apabila kita berjaya dengan jujur dan niat yang suci.
Itu adalah lumrah alam.
Ya. Impian boleh dikecapi dengan pelbagai cara termasuk yang betul dan salah.
Cara mana yang kita nak guna?
Semuanya ada dalam filem Cuci ini.

Impian Cuci-cuci Services untuk membersihkan bangunan pencakar langit mungkin nampak tidak seberapa.
Tetapi ia impian.
Yang asalnya bermula dari mencuci tingkap-tingkap rumah dan kedai satu tingkat sahaja, tetapi akhirnya kapal terbang AirAsia pun sudah dapat dicuci.

Dalam filem ini, ada ulangan dialog/skrip.
Yang saya dapat ingat, begini..


Kita sekarang ni dah sampai kat satu dinding yang lagi tinggi.
Dan mungkin kita akan cakap
"Eh tingginya dinding ni!"
Dan mungkin kita takut dan tak berani untuk panjat dinding ni sekali lagi.
Tapi.. pada dinding ni juga kita akan jumpa satu lagi pintu.
Satu lagi pintu yang akan ada di dinding ni.
Jadi kita tak payah nak panjat dinding ni lagi.
Apa yang kita perlu buat adalah untuk hanya buka pintu tu sekali lagi.
Dan lihat apa yang ada kat sebelah sana.
Ini peluang kita.
Peluang untuk melangkah ke hadapan.
Ini misi baru kita.


Ada juga mesej tersirat seperti sikap menepati waktu.
Watak Tan Sri (Dato' Rahim Razali) yang merupakan ayah CJ (Erra Fazira) dahulunya merupakan seorang askar.
Motonya adalah first in, last out.
Paling awal sampai di tempat kerja, dan paling lambat balik.
Senyatanya Melayu ada masalah menepati masa.
Ya. Saya tahu tidak semua. Tetapi ia sudah jadi macam budaya.


Satu lagi.
Peralatan sahaja tidak cukup untuk memastikan kecemerlangan. It's all about the people, not the equipment.
Dan orang, iaitu pekerja sama-sama bekerja dalam suasana yang tidak tertekan.
Seperti geng Cuci-cuci dalam filem ini, mereka selalu bergurau senda sesama mereka walaupun ketika sedang bekerja.
Bukan hendak menunjukkan tidak professional.
Tapi sebenarnya yang kena professional adalah sewaktu memimpin, terutama apabila membuat keputusan dalam situasi.


Kesimpulannya, filem Cuci ini banyak mesej tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
Dengan itu, saya bagi rating 4.5/5 untuk Cuci.


p/s: Saya tetap suka sinematografi filem Dunia Baru The Movie. Ada Mamat Khalid berlakon watak kecil. Saya suka filem Mamat Khalid. Teruskan niat Rock 2! Haha. (Tak ada kaitan dengan ayat pertama tadi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan