Sabtu, Januari 05, 2008

Suara Perdana - Entri Awal

SALAM MASIHI BARU, SALAM HIJRAH BARU.

Khusus buat pencipta bentuk bulat...


Senyatanya saya berani menghadapi diri sendiri.

Melayu memang terkenal dengan lemah lembutnya, sopan santunnya, manis tutur katanya dan segala macam yang baik-baik belakalah.
Jadi untuk entri kali ini saya mengobjektifkan tulisan saya kepada sesiapa yang merasakan dirinya itu layak menjadi objek pada tulisan saya kali ini.
Memang tulisan ini bertujuan utama untuk menyerang secara peribadi, tetapi biarlah saya mengekalkan adat Melayu, berkias dalam berbahasa kasar, bersindir dalam berbicara kesat.

Banyak tulisan, catatan, nukilan atau karangan saya yang sukar difahami oleh sesetengah pihak walaupun ia tidaklah seberapa seni dan nilai sasteranya tidaklah tinggi, malah boleh saya katakan tidak ada nilai sastera langsung pun.
Malah ada yang tidak memahami itu dari kalangan pembaca novel Melayu yang saban bulan ada sahaja keluaran baru dicetak dan dipasarkan.
Mungkin mereka sudah terlalu sebati dengan dunia kejuruteraan, mekanik, kimia, fizik, elektrik, elektronik sehingga bahasa ibunda yang asas ini pun, jika diputarkan sedikit, dikiaskan sedikit, dimasukkan maksud tersirat sedikit, sudah cukup membuatkan mereka tertanya-tanya maksud sebenar saya dan akhirnya mereka tidak dapat memahami lantas mendatangkan ketidaksefahaman mahupun perselisihan fahaman atau pendapat.
Apa yang saya tulis adalah fahaman dan pendapat saya.
Hanya sekadar pandangan dan pemerhatian insan kerdil yang cukup dan sempurna anggota, cukup sifat dan kepada Tuhan kita bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Adakah penulis seperti saya yang perlu menjelaskan sendiri butir-butir kalimah dalam tutur bicara saya?
Pelik sangatkah? Adakah begitu asing? Adakah ini bukan Melayu?

Pelik atau tidak saya tidak ambil peduli dalam hal ehwal takdir Illahi.

Ada yang berasa gembira tentang status peribadi saya ketika ini.
Ada yang berasa terkejut atau pelik melihat perkembangan atau perubahan drastik pada diri saya ini.
Ada juga yang berasa kecewa tetapi sengaja dikatakan menumpang gembira.
Maaf. Entri ini begitu menusuk jiwa kerana memang itu tujuannya.

Tidak perlu mencampurbaurkan perasaan kerana itu sudah tidak tulen.
Jika kecewa hadir dahulu, kecewalah.
Perasaan yang bercampur baur itu menyusahkan kehidupan organisma.
Walhal hidup ini sebolehnya janganlah dikomplekskan.
Biarkan ia berjalan dengan mudah.
Anda belajar kejuruteraan secara logik dan sistematik.
Sains yang diaplikasikan sememangnya memudahkan kehidupan.
Bukankah begitu?

Bolehlah anda kata saya sudah mabuk cinta, angau dan sebagainya.
Jika saya mabuk saya tidak dapat berfikiran waras memberi erti selanjutnya saya gila.
Gilakah saya bercinta dengan bakal isteri saya?
Adakah saya bermain-main cinta sedangkan saya sudah pun berjumpa dengan orang tua pilihan hati saya? Serta kaum kerabatnya? Adakah ini dikatakan permainan? Permainankah ia? Adakah ada jawapan jitu? Jitukah jawapan yang diberikan?

Memang benar saya mengatakan apa yang tidak dikatakan secara lahir.
Tetapi apa yang saya katakan ini adalah apa yang sewajarnya lahir dari hati budi bicara seorang insan yang tampak wara', zuhud, alim, dan sebagainya.
Pendek kata yang islamik syumul mudah-mudahan bukannya hadhari.

Menghalang keinginan yang murni (sebenarnya) adalah satu kesalahan kecil dalam kehidupan.
Nafsu itu kurniaan, ciptaan Tuhan.
Cuma ia perlu dikawal dengan kebijaksanaan yang datang dari pemikiran yang waras dan seimbang.
Gunakan dan manfaatkanlah kurniaan, ciptaan Tuhan sebaiknya.
Saya pasti ramai yang berpengetahuan tasawwuf.

Mahasiswa/i PETRONAS kan bijaksana belaka semuanya. Bukankah begitu?

Oh, dikatakan saya melupai rakan sedang saya sibuk dengan dunia percintaan.
Benarkah dakwaan tersebut?
Saya sudah katakan saya tidak kisah atau ambil peduli tentang cakap-cakap orang.
Orang memang suka memperbanyakkan mulut tentang orang lain.
Tidak kira sama ada perkara baik atau buruk.
Selagi ia mendatangkan ketidakselesaan kepada si pemilik badan yang dikatakan, selagi itulah ia mendatangkan kemudaratan.
Saya tidak melupai tetapi saya mengurangkan perhatian saya.
Biarlah Tuhan di tempat teragung, Rasul di tempat tertinggi, famili di tempat pertama, permaisuri di tempat istimewa dan seterusnya barulah ditempatkan sahabat.
Baru sahabat. Belum kawan baik, kawan rapat, rakan, kawan mahupun hanya kenalan semata.

Oh Cintaku.
Cintaku ditumpang gembira tapi kecewa.
Tidak bermaknalah gembira itu pada hemah saya.

Maaf dari diri saya jika ada yang tersinggung dek kalimah-kalimah berbunyi kurang enak.
Jika dan hanya jika sahaja yang semata.
Sematalah ia dalam menilai benar tuli dan bohong belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan