Isnin, Disember 17, 2007

Memo Untuk Manusia

Oh, barangkali anda tidak cukup berani untuk menhadapi kenyataan hakikat.

Saya diciptakan di dunia ini untuk menjadi khalifah Allah dengan utamanya tujuan beribadah kepada Pencipta sekalian alam.
Dan saya hanya manusia biasa.

Banyak kali juga (malah selalunya) orang mudah tersalah sangka, terburuk sangka terhadap seseorang atau beberapa orang yang lain hanya kerana pemerhatian pertama kali atau hanya pada luaran, gaya hidup, sosial dan aspek-aspek eksternal yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar.
Salahkah?
Boleh jadi juga salah jika ia benar-benar salah.

Saya berbahasa berputar belit utara timur selatan barat bukan kerana hendak menyusahkan audien.
Tetapi untuk memberitahu sekalian ummat di muka bumi ini bahawa tidak mungkin tepatnya observasi awalan kita pada sesuatu perkara jika berasaskan semata-mata dan tidak ada suatu pun yang lain pada kesemua segi dan sudut.

Maklumlah.
Siapa manusia yang hebat?
Hebatkah manusia yang dianugerah hebat, digelar hebat, dipanggil hebat, dilihat hebat?

Tepuklah dada, tepuklah hati, tepuklah kepala, tepuklah otak, tepuklah tangan, tepuklah anggota.

Setiap ciptaan itu unik sudah pastinya unik itu lain dan sudah mestinya lain itu berbeza dari apa yang ada di pengetahun cetek dan terhad manusia makhluk ini, selain Allah Tuhan Pencipta Yang Maha Mengetahui Segala-galanya.

Dengan segala rasa hormat dan tunduk patuh pada perintahNya, marilah kita bersama-sama berfikir, sejenak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan