Khamis, Januari 17, 2008

Suara Perdana - Entri 3 : Memang Semua Lelaki Sama, Tetapi Tidak Semua Lelaki Sama

"Filem Setanah Air Setanah Darah Tumpah, Dari Flat Ke Lautan Dalam, Dari Kampung Ke Universiti, Ilham Kembara Indah Semesta, Jauh Perjalanan Luas Pengalaman."


Ya. Begitu panjang lebar tajuk entri ini.

Nampaknya cuti semester kali ini sudah sampai di penghujungnya.
Cuti berdurasi lebih kurang dua bulan ini sudah pastinya menjanjikan waktu rehat yang cukup memuaskan para pelajar sekalian alam, kecuali mereka yang menjalani latihan industri selama 8 bulan.
Saya seperti biasa, tiada apa sangat yang hendak dilakukan semasa cuti melainkan keluar berjalan-jalan, menonton filem di panggung wayang, bermain permainan komputer di rumah dan yang paling utama, menidurkan diri secukup-cukupnya (terlebih cukup rasanya).
Tetapi ada beberapa perkara yang telah menjadikan cuti saya pada kali ini paling istimewa dalam hidup saya.

Alhamdulillah, saya telah berjaya melalui langkah awal dalam membina rumah tangga pada masa hadapan, iaitu bertemu dengan ahli keluarga bakal isteri saya di Rawang, Selangor.
Mungkin perkara ini perkara yang sudah biasa bagi mereka yang sudah lama bercinta, tetapi bagi saya, ini adalah julung kalinya saya berbuat demikian.
Sesungguhnya pertemuan itu mengukuhkan lagi hubungan dan meyakinkan lagi kepercayaan.

Hubungan bertambah kukuh dan kepercayaan bertambah yakin lagi apabila saya telah menghadiri Kursus Perkahwinan & Kekeluargaan Islam di Universiti Malaya pada pertengahan Disember yang lalu.
Ya lah, sekarang ni nak berkahwin kena ada sijil dahulu.
Nak dapatkan sijil kenalah hadir kursus dahulu...
Kursus itu mengandungi semua perkara asas dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia dan diredhai.
Kalau hendak lebih terperinci sudah tentu akan memakan masa tidak cukup hanya dua hari.
Mungkin seminggu atau lebih.
Namun perkara asas adalah yang penting.
Jika asas dikuasai, sudah tentu yang lebih terperinci tidak menjadi masalah besar.
Malah, pelajar sekarang sudah pun mempelajari sedikit tentang ilmu munakahat sejak di bangku sekolah lagi, khususnya bagi mereka yang ada belajar di sekolah-sekolah agama.
Entah mengapa, memang subjek ilmu munakahat biasanya menjadi subjek kegemaran murid-murid, khususnya murid lelaki.
Mungkin sudah lumrah, mungkin naluri manusia begitu.
Suka dan tertarik pada orang yang berjantina berlawanan.
Bukankah manusia ini diciptakan berpasangan?
Bukan setakat manusia, makhluk yang lain juga begitu.
Tetapi saya kesal melihat segelintir umat manusia yang boleh suka dan tertarik pada orang yang sama jantina.
Memang laknat!
Homoseksual, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, sehingga di negara-negara Barat, ada yang sudah membenarkan perkahwinan sejenis ini.
Laknat terkutuk!
Satu perkara lagi yang saya berasa sedikit pelik adalah mereka yang tidak mahu berkahwin langsung.
Memang sudah ada orang begini.
Tidak kira lelaki atau perempuan.
Mereka sudah menetapkan dalam minda mereka sejak muda lagi yang mereka tak mahu berkahwin.
Tak tahulah kenapa pula boleh jadi begitu?
Tidak ada nafsukah?
Tidak ada keyakinankah?
Tidak pula saya mengetahui akan punca-puncanya.
Tidak pula saya rajin mencari bahan rujukan tentang perkara ini.
Mungkin pada hemah saya mereka lebih selesa hidup tidak berpasangan.
Mungkin juga mereka rendah motivasi diri, keyakinan diri, menyebabkan mereka rasa tiada siapa yang suka atau tertarik pada mereka.
Entahlah.

Rasanya saya sudah menyimpang agak jauh dari tajuk saya yang sebenar. Huhu..

Boleh saya katakan saya sudah menonton semua filem Melayu tempatan bagi tahun 2007, kecuali filem 1957: Hati Malaya.
Antaranya yang saya dapat ingat:


ANAK HALAL.
Filem terakhir bagi tahun 2007, memaparkan kisah kehidupan anak-anak muda di dalam komuniti kurang sihat.
Tetapi masih ada yang berperikemanusiaan dan berkasih sayang dalam dunia yang 'gelap' itu.
Itu yang cuba ditonjolkan.
Kesudahan filem ini agak ganas, tragis yang cuba diselitkan dengan kegembiraan.
Untuk lebih lanjut, tontonlah sendiri.


NANA TANJUNG 2.
Saya tidak menonton siri filem ini yang pertama, walaupun fail video sudah lama disimpan.
Seperti biasa, tidak ada apa yang luar biasa bagi filem yang bergenre begini, lebih-lebih lagi filem arahan pengarah filem ini.
Saya katakan, semua filemnya sama walaupun jalan ceritanya sedikit berbeza.
Pelakon-pelakon juga banyak yang sama.


BUDAK LAPOK.
Filem animasi buat tahun ini.
Jika P Ramlee terkenal dengan siri filem Bujang Lapoknya, Budak Lapok adalah filem mengisahkan zaman budak-budak Ramlee, Sudin dan Ajis.
Komen saya bukan pada jalan cerita, kerana pada hemah saya jalan cerita bagi filem bergenre animasi adalah begitu positif dan baik kerana sasaran utamanya adalah kanak-kanak, jadi mestilah menyampaikan mesej dengan cara yang positif.
Tetapi komen saya pada mutu dan kualiti filem animasi negara kita.
Sangat perlahan. Tidak selari dengan kepesatan dunia teknologi.
Walaupun wujud pembelajaran multimedia dengan interaktif, tetapi alangkah bermanfaatnya teori-teori yang dipelajari itu, dan skil-skil yang dimiliki itu dipergunakan sebaiknya untuk memajukan lagi filem animasi negara kita.
Bukan sekadar hendak lulus praktikal media, apabila sudah tamat belajar, dipersiakan sahaja ilmu dan kemahiran yang ada.
Tolonglah negara dengan ilmu dan kemahiran yang anda semua ada, wahai semua mahasiswa dan graduan sekalian.


9 SEPTEMBER.
Filem pertama arahan pengarah muda, Pierre Andre yang merupakan pelakon utama dalam filem Ahmad Idham yang telah menjadi filem box-office Malaysia, iaitu Jangan Pandang Belakang.
Filem ini sesuai untuk mereka yang berjiwa muda, maksud saya, anak-anak muda yang sedang dilamun cinta sejati.
Sila ambil perhatian, saya nyatakan cinta sejati, bukan cinta main-main, bukan cinta tak terbukti, bukan cinta tak terkata, bukan cinta tak terungkap, bukan cinta tak berbalas, bukan cinta buta mata hati, bukan jua cinta antara dua benua. Haha. Apa daa aku mengarut.
Bukan senang hendak mengarah sesebuah filem dengan baik.
Tetapi Pierre Andre menyahut cabaran mengarah filem walaupun usianya bak kata pepatah baru setahun jagung, terutamanya di dalam industri perfileman tanah air.
Filem ini digenrekan sebagai romantik komedi yang mana genre yang memang sedia digemari ramai masyarakat Melayu di Malaysia.
Entah mengapa asyik cinta, komedi, seram, aksi-aksi pit-pit dan mat-mat yang menjadi prefrens masyarakat untuk menghiburkan hati.
Kenapa tidak Buli, Buli Balik, Sumo-lah?
Mungkin saya berat sebelah atau pilih kasih pada Afdlin Shauki.
Tetapi saya memang menghormati stail filem Afdlin.
Lebih-lebih lagi filem Buli dan Sumo-lah.
Dan sudah pasti saya nantikan filem Cuci pada hujung Januari nanti.
Filem 9 SEPTEMBER ini ada sedikit lain dari segi sinematografi di awal-awal filem, tetapi keunikan itu semakin hilang apabila tiba di hujung.
Klimaks saya dapat puji sedikit kerana hati saya agak tersentuh dengan serangkap kata dari skrip yang juga menjadi korus lagu temanya.
(Maklumlah, saya manusia biasa yang bercinta juga. Huhu..)


ORANG MINYAK.
Cubaan yang baik untuk filem genre ini di Malaysia.
Diasaskan dari filem Sumpah Orang Minyak, jalan cerita yang disampaikan dalam filem ini ada sedikit berlainan.
Ada cubaan CG (Computer Graphic) yang OKlah..
Saya bagi rating 5/10.
Yang penting, filem ini ada mesej yang utama iaitu JANGAN IKUT HASUTAN SYAITAN!


KAYANGAN.
Filem ini filem cinta yang OKlah sedikit berbanding filem di bawah ini.
Saya bagi rating 2/10.
Filem ini mengisahkan cinta antara dua darjat yang akhirnya kesampaian.
Semua itu kerana kerelaan.


CINTA YANG SATU.
Filem ini filem cinta paling bosan pernah saya tonton dalam sejarah hidup saya.
Jalan cerita yang sangat perlahan dan tidak menarik kerana terlalu tipikal.
Saya bagi rating 0.5/10.
Tak payah buang masa tengok filem ni.


IMPAK MAKSIMA.
Filem aksi arahan Ahmad Idham ini sesuai ditonton di masa lapang.
Saya rasa saya sudah pernah membuat reviu tentang filem ini di entri-entri yang terdahulu, jadi tidak perlu rasanya saya mengulang kembali.

Lain-lain filem:

JANGAN PANDANG BELAKANG.
PUAKA TEBING BIRU.
SYAITAN.
SUMO-LAH. (Saya sudah buat reviu sebelum ini)
OTAI.
MUKHSIN.


Memang Semua Lelaki Sama, Tetapi Tidak Semua Lelaki Sama.
Kerana setiap ciptaan ALLAH itu UNIK dan pastinya UNIK itu berlainan, tiada yang sama.
Apakah definisi sama?

Anda yang mahir berbahasa pujangga, berbahasa halus, berbahasa arab, berkias bicara, sudah pasti tidak dapat menidakkan kefahaman anda pada tulisan Akin Muhammad.
Jika ya kepada penafian, maka tidak bermanfaatlah satu zarah pun sarungan cincin pada jari kelingkingku selama ini.
Sarungan cincinku berubah, itu bahaya.
Bahaya itu tidaklah besar sangat, cuma tidak perlulah diapipadamkan lagi bahaya semarak itu.

Pesan kata-kata, pesan dunia kepada manusia keras kepala.

4 ulasan:

  1. tahniah kepada saudara krn telah mengambil langkah yg sepatutnya utk berumah tangga dgn cara terhormat. dunia sememangnya perlukan ramai lg org spt saudara. tentang filem, semua yg saudara ulaskan dlm entri ini belum sy tonton. di bintulu susah mendapatkan sumber agaknya. huhu... teruskan berkarya =)

    BalasPadam
  2. hehe.. sama2 saudara lutfi.

    tinggal hati malaya saja lagi untuk melengkapkan diri saya menjadi kaki wayang tempatan 2007.

    filem pertama 2008 kala malam bulan mengambang pun sudah saya tonton.

    malang sekali cuci tak dapat saya tonton lagi memandangkan sem sudah bermula..

    BalasPadam
  3. nak komen pasal kenapa orang tak kawin. erm... memandangkan saya mengambil kursus diploma kaunseling, rasanya saya boleh beri sedikit komen sbb ia ada kaitan dgn bidang saya.

    banyak faktor orang tak nak kawin sebenarnya.

    1. ada penyakit berbahaya, yang boleh berjangkit. ataupun takleh berjangkit.. tetapi menyebabkan hayat diri tak lama.

    2. dah give up, putus cinta banyak kali sangat.

    3. dah terlanjur masa cinta yang dahulu. kalo cari cinta baru takut pasangan takleh terima diri seadanya.

    4. nak bantu adik-beradik berjaya, sanggup korban masa depan supaya yang lain boleh bina tapak hidup yang kuat.

    5. kalo perempuan, mengharapkan lelaki meminang. kalo takde orang nak pinang.... camner kan? tup tup.. da masuk umur menopaus. lagilah susah nak cari jodoh.

    banyak lagilah sebab2nya. itu antar kajian kes yang saya baca dalam majalah, atau dikongsi sendiri oleh lecuturer/kaunselor saya.

    setiap manusia melakukan sesuatu itu, ada alasannya tersendiri. walau camner pun, kami yang ambik kaunseling nih akan cuba mempositifkan diri mereka supaya dapat meneruskan hidup dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t.

    BalasPadam
  4. yeah

    akak "pak cik asylum junior" (syafiq e faliq) telah memberi komen yang bernas

    ho! hoooo

    BalasPadam