Ahad, Januari 06, 2008

Suara Perdana - Entri 2 : Budak Kecil (Melayu) Yang Jujur

Budak kecil lebih pandai melihat sesuatu perkara.
Budak kecil itu lebih jujur.
Budak kecil sedang belajar mengenal dunia.
Budak kecil itu akan menjadi dewasa juga akhirnya.
Alangkah indahnya dunia jika yang dewasa sedia ini menjadi seperti sewaktu kecilnya, jujur.

Dewasa ini, saya lihat ramai dewasa yang sudah tidak jujur sama sekali.
Tidak jujur dalam urusan perniagaan.
Tidak jujur dalam berpolitik.
Tidak jujur dalam pilihanraya.
Tidak jujur dalam urusan rumah tangga.
Tidak jujur dalam persahabatan.
Tidak jujur dalam kerjaya.
Tidak jujur dalam pembelajaran. (Meniru di dalam peperiksaan, sebagai contoh yang paling popular).
Tidak jujur dalam berkata-kata.

Saya khususkan kepada orang Melayu.
Orang Melayu tidak dapat ke mana jika dulu, kini dan selamanya begini dan begitu, macam ini dan macam itu.
Saya pemerhati teliti, pemerhati teliti saya.
Di kebanyakan tempat, saya mudah berasa sakit hati melihat orang Melayu punya perangai.
Oh, mungkin Melayu itu bukan Islam.
Tetapi bukankah sudah sinonim Melayu di sini sedia ada Islam?
Oh, mungkin juga tidak!

Apalah gunanya Islam jika saling bermusuhan?
Apalah gunanya Islam jika sering berburuk sangka?
Apalah gunanya Islam jika doa-doa dipersoalkan akan makbulnya?
Apalah gunanya Islam jika ada hari (Hadhari)?
Apalah gunanya Islam jika tidak mampu berjuang?
Apalah gunanya Islam jika mengagumi pemimpin penghina Rasulullah?
Apalah gunanya Islam jika berpura-pura?
Apalah gunanya Islam jika sudah tiada kejujuran dalam ukhuwah?


Meniru di dalam peperiksaan merupakan suatu bentuk penipuan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Namun ramai yang tidak sedar akan implikasinya kepada kehidupan di masa hadapan.
Walaupun sekali dua, ia tetap perbuatan yang salah.
Ijazah yang dimiliki ada unsur-unsur tidak halal.
Terus, ijazah itu dijadikan aset yang melayakkan graduan bekerja.
Lantas kerja itu jadi tidak bersih kerana sumber asalnya tidak berapa nak halal.
Kemudian wang gaji yang diperoleh juga ada unsur tidak halal.
Wang itu digunakan untuk makan minum dan sara hidup.
Jika sudah berumahtangga dan beranak, diberikan pula untuk menyara mereka.

Jauhkanlah diri kami daripada azabMu yang amat pedih.

Persoalan aqidah adalah pokok.
Ia merupakan perkara utama yang perlu setiap muslim ketahui.
Setiap muslim wajib mentauhidkan Allah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkah Allah.
Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aqidah yang mantap, kuat, teguh, jitu adalah penting.
Lebih penting daripada ibadah.
Malangnya ramai yang menumpukan pada soal ibadah tetapi di akhirnya mereka masih ragu-ragu.
"Aku sudah banyak berdoa. Tetapi hingga kini tiada satu pun yang makbul."
"Aku yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Tetapi.."

Kenapa ada 'tetapi..' pula?
Terlalu banyak persoalan yang timbul dari dalam fikiran yang tidak dilakukan secara berhati-hati terlalu terdedah kepada ancaman hasutan syaitan dan iblis.

Sudah cukup kuatkah aqidah kamu semua?


Tiang merupakan asas yang paling penting buat sesebuah bangunan.
Begitu juga dengan agama.
Tiang bagi agama Islam adalah solat.
Solat fardhu lima waktu.
Tadi saya menyentuh sedikit tentang rukun Islam pertama.
Dan solat fardhu lima waktu pula adalah rukun Islam yang kedua.
Saya sudah banyak memerhati masyarakat Melayu yang saya pasti beragama Islam.
Di merata tempat juga saya telah membuat pemerhatian.
Dan turut bercampur gaul, untuk mengetahui situasi yang sebenar.
Ramai yang sudah tidak begitu kisah akan hal ehwal solat.
Meninggalkan solat fardhu dengan sengaja.
Seperti perkara biasa.

Namun tidak cukup dengan hanya lima waktu.
Solat perlu dijaga sebaiknya.
Solat di awal waktu.
Tapi ramai juga saya lihat solat di minit-minit terakhir.
Secara sengaja kerana yang sebelum itu mereka sibuk dengan urusan duniawi.
Rukun-rukun solat perlu dilakukan dengan sempurna.
Tapi imam di masjid di kampung saya sendiri pun ada yang tidak betul bacaannya.
Makhraj tidak tepat, hukum tajwid tidak begitu nak betul dan sebagainya.
Yang paling jelas nyata sekali ialah toma'ninah yang dilanggar.

Anda faham erti toma'ninah? Dan bagaimana toma'ninah itu baru dikatakan sebagai toma'ninah?

Suatu perkara lagi yang saya selalu perhatikan adalah susunan saf apabila solat berjemaah.
Imam ada juga pesan suruh jemaah lurus dan rapatkan saf.
Tetapi hanya sekadar ucapan lisan.
Imam pun tidak periksa betul-betul saf jemaah.
Walaupun saf hadapan.
Alahai...

Jemaah pun dua kali lima.
Nak solat pun nak selesa. Tak nak rapat-rapat bahu dengan bahu.
Memang Melayu nak selesa ja...
Alahai...


Begitulah serba sedikit pandangan dan pemerhatian saya.
Mungkin ada yang rasa saya sudah tidak islamik walaupun nampak 'innocent' sejak bercinta ini.
Maklumlah, saya sengaja letak gambar saya bersama bakal isteri saya di situs peribadi Friendster, dengan gaya yang memang tidak dapat diterima oleh rakan-rakan baik saya yang baik, walaupun tidaklah ada bersentuhan kulit.
Mungkin ada yang fikir saya berubah.
Berubah disebabkan bercinta.
Atapun berubah disebabkan pasangan saya.
Atau diri saya sendiri.
Mungkin ada yang marah kerana saya sudah tidak melayan perempuan lain dalam hidup saya.
Mungkin ada yang tak restu akan percintaan saya, walaupun keluarga saya dan pasangan saya sudah pun merestui.
Mungkin juga ada yang berfikiran terbuka dan menerima berita ini sebagai berita gembira.

Walau apa pun yang ramai orang akan katakan atau fikirkan, ketahuilah bahawa saya adalah saya yang dahulu dan tiada apa pun yang berubah.
Mungkin anda katakan saya berubah.
Tetapi itu kerana anda tidak pernah melihat saya sebegitu.
Dan anda tidak sampai ke tahap mengenali saya yang memang sudah begitu.
Anda boleh kata apa saja kerana itu hak anda.
Tetapi janganlah apa yang anda katakan itu mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

Salam cinta kurniaan Illahi.

4 ulasan:

  1. good entry. something to ponder~

    BalasPadam
  2. something to ponder, ponder to something. hehehe...

    BalasPadam
  3. salam, saye copy paste entri kamu ni...mintak halal...

    BalasPadam
  4. hanya saya,

    siapa kamu ya? tak kenal la pulak..

    BalasPadam