Selasa, April 14, 2009

BIDA DADA DARI

BIDADARI
Kompilasi Lagu-lagu Cinta


Track 01 - KRU - Apa Saja
Track 02 - Rossa - Ayat-ayat Cinta
Track 03 - Ruffedge - Bila Rindu
Track 04 - Dafi - Bila Terasa Rindu
Track 05 - Yuna - Dan Sebenarnya
Track 06 - Innuendo - Istimewa
Track 07 - In-Team - Kasihku Abadi
Track 08 - Man Bai - Kau Ilhamku
Track 09 - Devotees - Kekasih
Track 10 - In-Team (ft. Mestica) - Kerana Cinta
Track 11 - Vince - Keranamu Kekasih
Track 12 - V.E - Kerna Sayang
Track 13 - Kopratasa - Permata Untuk Isteri
Track 14 - Kopratasa - Pesanan Buat Kekasih
Track 15 - Spoon - Rindu Serindu Rindunya
Track 16 - KRU - Sampai
Track 17 - Archies - Sugar, Sugar
Track 18 - Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir


Reka bentuk kulit CD akan datang.


Akan datang: Antalogi Puisi BIDADARI


ps: Tengah demam BIDADARI sekarang ni, jadi jangan jelek ye..... Hahaha

Isnin, April 13, 2009

Kupasan Eksklusif Mampukah TTS Merangkul Gelaran Juara FTP '09?

oleh Akin Muhammad


Bermula dengan menyertai Pekan Teater Perak pada tahun 2003, Tronoh Theatre Shop (TTS) telah menonjolkan potensi yang tinggi dengan merangkul Anugerah Naib Juara dan Teknikal Terbaik melalui persembahan teater "ASYLUM", karya sulung Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty atau lebih dikenali sebagai Dr Shark. Kejayaan yang diraih oleh kumpulan yang baru ditubuhkan itu telah mendorong dan menaikkan semangat mereka untuk menyertai Pekan Teater Perak pada tahun berikutnya. TTS telah menunjukkan prestasi yang konsisten setelah mementaskan karya Dr Shark berjudul "Miao Miao Sang Arnab" dan memenangi tempat Naib Juara buat kali kedua serta Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang disandang oleh Haryanni Masarip. Kejayaan mereka tidak berhenti di situ. Pada tahun 2005, TTS mempertaruhkan karya Dr Shark "Hmm..Begitu Panasnya!!" dan akhirnya mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2003, iaitu Naib Juara dan Teknikal Terbaik di dalam Manifestasi Teater Perak. Mulai tahun 2007, Festival Teater Perak diadakan setiap dua tahun sekali. TTS lagi sekali membawa karya "ASYLUM" ke atas pentas Taman Budaya Perak, tetapi telah diberikan nafas baru dan menamakannya sebagai "ASYLUM 50" sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia pada tahun tersebut. Keputusannya, TTS jatuh satu anak tangga dari tempat Kedua ke tempat Ketiga. Namun begitu, kejatuhan tersebut terubat apabila Ainifadhilah Mahayudin telah berjaya membawa pulang Anugerah Pelakon Harapan Wanita.

Tahun 2009, TTS akan kembali beraksi di pentas Taman Budaya Perak. Kali ini, Dr Shark tidak membawa karyanya sendiri, tetapi karya sasterawan negara iaitu "JEBAT" oleh Hatta Azad Khan. Persoalannya, apakah TTS akan berjaya menjejakkan kaki di tangga Juara lantas memenangi lain-lain anugerah kerana kebiasaannya, kumpulan yang menjadi juara turut memenangi beberapa anugerah lain seperti Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan lain-lain.

Ada beberapa faktor yang saya akan kupas di sini.

Pertama, latihan. TTS sudah memulakan latihan secara berperingkat sejak sebulan yang lalu dan sudah memasuki fasa latihan intensif mulai bulan April ini. Pada firasat saya, TTS terpaksa memperlahankan sedikit proses latihan kerana bulan Mei merupakan bulan peperiksaan akhir semester di UTP. Dan seperti yang baru sahaja ditetapkan, tarikh Festival Teater Perak 2009 jatuh pada 29 Mei hingga 8 Jun 2009. Apa yang dikhuatirkan adalah sekiranya slot pementasan TTS jatuh pada hujung Mei tersebut dan ada pelakon atau krew produksi yang akan menduduki peperiksaan. Nampaknya, TTS harus berdoa agar mereka akan dapat slot pada awal Jun atau lebih baik lagi pada 8 Jun yang merupakan Malam Penganugerahan.
Semakin lama proses latihan, semakin berkualiti sesebuah persembahan. Latihan yang dijalankan amat berkait rapat dengan faktor-faktor berikutnya.

Komitmen merupakan satu faktor yang amat memberi impak yang besar pada sesebuah produksi. Apa gunanya pengarah yang hebat, pelakon yang bagus, krew produksi yang berkemahiran tinggi apabila tiada komitmen yang diberikan oleh setiap pihak? Tiada gunanya. Malah bagi diri saya secara personal, komitmen adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah produksi teater. Selepas itu barulah saya akan melihat pada bakat dan kemampuan seseorang.
Bagi produksi JEBAT oleh TTS kali ini, komitmen yang diharapkan adalah dari para pelajar UTP sendiri yang mana perlu membahagikan masa mereka dengan akademik. Sememangnya TTS tidak akan memaksa pelajar memonteng kelas atau ujian atau mengekang masa pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka. Oleh sebab itulah, organisasi baru TTS telah memudahkan kerja para pelakon dengan menyediakan jadual latihan yang tidak memerlukan semua pelakon hadir dalam sesi latihan. Saya masih ingat lagi sewaktu TTS tiada organisasi mahupun kumpulan pengurusan, semua pelakon mesti hadir tanpa mengira sama ada pelakon tersebut ada babak yang memerlukannya atau tidak. Bila mana ada sesi latihan, setiap pelakon yang terlibat mestilah hadir.
Komitmen yang tidak konsisten adalah satu masalah yang sering dihadapi oleh produksi teater kita di Malaysia. Namun begitu, saya baru mendapat tahu bahawa kenyataan saya ini tidak tepat. Buktinya di sini [Klik]
Ya, kumpulan produksi berbangsa bukan Melayu tersebut telah membuktikan ketidaksahihan kenyataan saya itu. Bukan hendak merendahkan bangsa sendiri, tetapi untuk memberikan tauladan kepada semua.
Persoalannya sekarang, adakah pelakon dan krew produksi JEBAT-FTP09 ini mampu memberikan komitmen yang mampu melepasi 'benchmark' yang telah ditunjukkan oleh produksi ASYLUM50-FTP07? Dr Shark berkata, "Team Asylum (Asylum 50-FTP07) kali ini adalah team yang paling bagus dari segi TEAM WORK."

Kemampuan para pelakon juga adalah satu perkara yang penting. Berikut disenaraikan watak-watak dan para pelakon yang membawanya:

Jebat - Fauzan
Tuah - Ermie
Sultan - Nizam
Narator (Dang Anum) - Ainifadhilah
Dato' Bendahara - Anwar
Datuk - Khairil
Orang-orang Kaya - Firdaus, Din, Azizi
Dang Wangi - Tasha
Pemuda-pemuda - Izzi, Asyraf
Pengamuk - Syafiq

Pelakon dibarisi oleh muka-muka lama dan baru. Watak utama Jebat dipegang oleh Fauzan buat kali kedua. Watak Narator, Dato' Bendahara, Datuk, dan Pengamuk juga masih dipegang oleh orang yang sama. Cabaran yang sebenar adalah pada watak Tuah dan Sultan yang dipegang oleh pelakon baru yang masih mentah tetapi berpotensi. Watak Tuah diberikan kepada Ermie adalah satu pemilihan yang tepat. Jika saya yang melakukan casting pun, saya akan pilih dia untuk pegang watak tersebut. Ini kerana, pada pandangan saya, dia mempunyai karisma yang sesuai untuk menjadi Tuah. Aspek luaran sudah cukup, maka aspek dalaman perlu diberikan perhatian oleh Ermie. Begitu juga dengan watak Sultan yang dipegang oleh Nizam. Bila ditanya kepada Dr Shark, kenapa memilih first-timer untuk pegang watak utama? Jawabnya, 'He's got a charm' yang mana pada pandangan saya membawa maksud karisma yang ditunjukkan. Pengarah perlu ada kualiti ini. Pengarah perlu tahu apa watak yang patut diberikan kepada seseorang pelakon. Sekiranya watak yang kurang sesuai diberikan kepada pelakon yang bagus sekalipun, maka akan nampak sedikit kekurangan di situ. Dan kekurangan adalah satu perkara yang perlu dikurangkan bagi sesebuah produksi teater.

Faktor skrip. Skrip juga menjadi salah satu faktor kalah-menang dalam Festival Teater. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa karya sendiri kurang wajar dipentaskan untuk Festival Teater dan ada juga yang menggalakkan karya-karya baru untuk dibawa masuk ke panggung. Pada hemah saya, kedua-dua pandangan harus diambil kira. Karya sasterawan negara sudah pasti diiktiraf dan ia seharusnya dipentaskan dari semasa ke semasa supaya para penggiat teater boleh belajar sesuatu daripada karya sasterawan negara tersebut. Dalam masa yang sama, pengkarya baru harus dilahirkan dan diberikan sokongan supaya idea-idea baru dapat menjadi lebih matang dan berkembang sehinggalah menjadi karya-karya yang bermutu tinggi dan diiktiraf. Kesimpulannya, kedua karya sasterawan negara dan karya baru ciptaan sendiri wajar ditonjolkan sewaktu Festival Teater di setiap negeri. Selari dengan namanya 'festival', disitulah ruang dan peluang bagi setiap aktivis teater berkumpul dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain. Saya selalu juga berhadapan dengan orang-orang yang mengatakan skrip seseorang itu tidak bagus lantas mengaitkannya dengan kekalahan dalam sebuah pertandingan. Ternyata ini tidak benar. Skrip tidak ada yang tidak bagus, tetapi skrip ada tahap mutu dan kualitinya. Tinggi rendah mutu skrip bergantung juga kepada idea, imaginasi dan pengalaman penulis itu. Dalam hal ini, TTS mengubah citarasa. Sudah empat kali menyertai Festival Teater dengan mengangkat karya sendiri, kali ini TTS mahu membuktikan bahawa mereka mampu mengangkat sebuah karya sasterawan negara yang saban tahun dipertandingkan untuk meraih gelaran Juara. Jika kita lihat senarai karya yang sudah menjadi Juara Festival Teater Malaysia yang sudah tidak boleh dipertandingkan, karya-karya Hatta Azad Khan telah mendominasi senarai tersebut. Apakah TTS mampu memasukkan JEBAT ke dalam senarai 'Karya Yang Tidak Boleh dipertandingkan' itu?

Faktor berikutnya, 'Faktor-X'. Dalam sesebuah pementasan, faktor-X ini adalah sesuatu yang unik yang tiada pada persembahan kumpulan lain. Ia sesuatu yang boleh membuat penonton kagum dan terpukau dan boleh mengingatinya selepas keluar dari panggung. Ia boleh jadi suatu aksi, boleh jadi juga seorang karakter yang membuatkan penonton bersorak semasa curtain call. Dalam hal ini, TTS amat bertuah kerana dipimpin oleh seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang teater iaitu Dr Shark. Pengalamannya terlibat dengan pelbagai kumpulan produksi telah membentuk pemikirannya menjadi kreatif dan menarik apabila mementaskan sebuah teater. Ditambah lagi dengan pengetahuan dan kemahirannya di dalam persembahan 'mime', TTS memang sangat beruntung. Saya akuinya sendiri kerana apabila TTS sedang menjalani latihan, idea-idea baru akan sentiasa ada untuk ditambah ke dalam persembahan yang mana saya sendiri pun tidak terfikir (kerana hanya memikirkan tentang lakonan semata-mata).
TTS sudah ada faktor-X. Namun, faktor-X ini perlu direalisasikan selari dengan faktor latihan dan komitmen itu sendiri. Barulah persembahan itu boleh dikatakan sebagai 'a great show'.

Faktor seterusnya, 'politik teater Melayu' di Perak? Oppsss!

Jumaat, April 10, 2009

Seni Persembahan (Drama & Teater)

BIDADARI

DONUT

PSYCHICK

SANG KAKALA

MUZIKAL CHENTA

TIANG RETAK 1000



Penat sedap tapi aku pertaruhkan BIDADARI sebagai sebuah drama yang kuat.

SANG KAKALA pula cubaan seram pertama aku.

Begitu juga dengan PSYCHICK cubaan aksi pertama aku.

Dan begitu juga dengan MUZIKAL CHENTA cubaan muzikal pertama aku.

TIANG RETAK 1000 pula sebuah drama yang perlu dipertimbangkan. Sepertimana drama-drama lain.

Eh, tertinggal. DONUT terinspirasi oleh nama gelaran seorang rakan sekerja sekompeni lalu dijadikan cerita. Kemudian, DONUT tiba-tiba dilihat sebagai DO NUT.



Terkini;

The Qum Actors (TQA) akan (seharusnya) bergerak secara profesional dalam bidang teater. Ini akan dilaksanakan.

Tronoh Theatre Shop (TTS) akan mementaskan;

Pertama:
Teater JEBAT (Pra-tonton Festival Teater Perak)
Karya HATTA AZAD KHAN
Arahan DR SHARK

Kedua:
Monolog TOK JANGGUT (Pra-tonton Festival Teater Perak)
Karya DR SHARK & (KAKAK SEFA)
Arahan DR SHARK


Kedua-duanya;

Tarikh 3 MEI 2009
Masa 8.30 MALAM
Tempat DEWAN SERBAGUNA UTP

Khamis, April 09, 2009

Tak Ada Otak

Ah, otak otak otak otak otak otak otak otak
Oh, tak tak tak tak tak tak tak

Sel-sel neuron aku berserabut. Berselirat. Berbelit-belit. Tapi tak putus-putus. Itu yang payah tu.
Idea sana idea sini idea situ.
Idea atas idea bawah idea depan idea belakang.
Titik! Noktah! Berhenti penuh!
Sekejap.

Syyyyy....

Dengar...

Ada orang sedang berbisik-bisik.

Syyyyyyyyyyyy....

Dia sedang cucuk apa tu?

Lihat...

Apa?!

Ah, tak tak tak tak tak tak tak oh, tak tak tak tak tak
otak tak ada otak tak ada otak tak ada otak

Budak-budak, tu, tengah bodek, mak-mak, dan bapak, mereka.

Syyyyyy....

Rabu, April 08, 2009

Quman

Tiga minggu Quman ini tidak balik ke tempat asalnya.
Kau dah lupa asal-usul kau, Quman?


Tidak, Quman. Tidak.
Kau memang degil, Quman. Kau keras. Keras kepala. Keras hati. Dan macam-macam lagi yang keras.
Quman, kau parasit. Kau kuman.


Quman, dah lupa bidadari syurga?
Kau yang tinggalkan dia, Quman.
Kau tinggalkan sekali Cahya, Bakr, Ifaniti dan Antasha.
Dan juga Melanus dan Tansi yang sudah masuk syurga di hari pertama.


BIDADARI
Sebuah karya neraca hidup kisah benar.
Akan datang (Macam biasa. Mungkin tahun depan. Haha)

Maz, Quman tidak pernah lahir. Tidak pernah wujud.
Di sebalik skandal Zul dan Rika.

Selasa, April 07, 2009

Soloman

Seorang staf sokongan di pejabat berkata kepada aku. Lone ranger duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Orang handsome duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Aku rasa dia tidak cucuk bodek.

Jadi lone ranger. Bukan mudah. Perlu kental. Dalam masa yang sama berkawan dengan ramai orang. Dan ada beberapa orang kawan baik yang boleh dipercayai. Kawan baik yang tak boleh dipercayai tak payah cari. Kalau dia datang pun, halau saja. Ha ha.

Lone ranger. Kena buat banyak perkara secara solo. Perkara asas dalam hidup. Contohnya makan. Sesiapa yang tak pernah makan secara solo, bolehlah cuba. Satu contoh lagi, buang air. Ha ha. Ini memang kena buat solo. Tapi bagi pasangan suami isteri mungkin ada pengecualian. Peredaran zaman juga telah merubah manusia. Satu lagi contoh aktiviti solo adalah masturbasi. Baiklah, kita langkau ke perenggan seterusnya.

Jadi lone ranger kena sedar dan ingat satu perkara. Perkara ini paling penting. Iaitu. Kita tidak boleh hidup seorang diri sepanjang masa. Kita masih perlukan bantuan orang lain. Di saat kita memerlukan. Kuncinya adalah keseimbangan.

Bagi lone ranger. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Menggerakkan plot hidup secara kemas walaupun berat. Berdiri di atas kaki sendiri sudah pasti lebih mendekatkan diri dengan diri sendiri dan Pencipta. Cukup dekat. Terlalu dekat.

Lone ranger berhak memperoleh kebahagiaan hidup secara solo. Dengan adanya kunci keseimbangan, rasa sunyi tidak menghantui, sebaliknya memberi ruang yang lebih untuk diri memerhati, berfikir dan merasai.

Dialog Myth & Anti-Myth

Myth: Orang seni berambut panjang.

Anti-Myth: Orang seni tak semua berambut panjang.

Myth: Orang seni lucah.

Anti-Myth: Orang seni tak semua lucah. Ada yang kuat agama juga. Dan ada juga yang seolah-olah lucah tapi kuat agama. Ha ha. Ada ke?

Myth: Orang seni sosial.

Anti-Myth: Habis tu orang tak seni tak sosial ke? Ha ha.

Myth: Orang seni susah nak faham.

Anti-Myth: Orang matematik dan sains pun susah nak faham. Ha ha.

Myth: Orang seni pelik.

Anti-Myth: Orang seni pelik orang kata dia pelik. Walhal biasa-biasa saja.

Myth: Orang seni berjiwa sensitif.

Anti-Myth: Orang seni memang kena pandai main emosi. Kena emosional. Atas pentas lah.

Myth: Orang seni handsome, cool dan macho.

Anti-Myth: Ya! Ha ha. Ya! Ya! Ha ha ha!

Myth: Orang seni suka cakap pasal seks.

Anti-Myth: Siapa yang tak suka seks? Ha ha.

Isnin, April 06, 2009

Perkataan Rambang Bonjolan Rasa-rasa

Kelapa sawit

Kunci

Kerusi

Dua bulan sabit membentuk mata

Kepala harimau

Jam loceng

Basikal

Dacing

Payung (versi penganggur)

Buku nota (kot?)

Ayam

Bas

Ikan

Telefon

Kapal terbang



Hujung minggu yang lalu. Aku berikan makna secara maksimum dalam perjalanan hidup seharian. Aku suntik adrenalin. Aku sedut kasih sayang. Aku hirup manis insan. Aku hidu nyaman hidupan.

Itu makna-makna cinta. Sengaja-sengaja sahaja aku provok manusia dengan kata-kata cinta. Kononnya. Secara ilusi. Dalam realiti. Tapi ia membalikkan proses normal. Jadi abnormal. Susah jadi senang. Senang jadi susah.

Jumaat. Dan Sabtu. Berjumpa dengan kedua orang tua. Bukan aku yang pulang ke kampung. Tetapi orang tua yang berziarah ke kota. Seperti aku katakan tadi. Pembalikan proses normal hidupan. Dan ya. Dalam realiti. Secara ilusi.

Sering kali orang pandang apa yang mereka pandang. Seharus orang rasa apa yang mereka pandang. Kerana rasa itu suatu elemen alam yang cukup kuat dan berpengaruh. Rasa juga meluas. Lihat sahaja diri kita. Lidah sahaja sudah punya banyak deria rasa.

Malah seluruh tubuh kita yang dilapisi dengan kulit ini boleh merasa dan dirasa. Itu baru luaran. Dalaman? Sudah pasti ia lebih kompleks. Jauh lebih kompleks daripada menginterpretasi apa yang terkandung di dalam suatu reservoir jauh di dalam tanah bumi.

Ahad menyuntik suatu perasaan yang lebih eksplisit dan berbunga. Sekali lagi, pembalikan proses normal. Atau inversi. Begitu memberi impak pada diri dalam rasa manusia. Ya aku ulangi, diri dalam rasa.

Kata-kata rambang di atas hanya bonjolan imej-imej rasa yang dicipta untuk manusia. Sudah tentunya, rasa itu dicipta untuk manusia. Letakkan diri dalam rasa. Kerana rasa dicipta untuk manusia. Jika diri diletak dalam rasa, maka jadilah kita manusia yang manusia.


Untuk orang-orang yang teknikal atau objektif:
Secara ringkas, hujung minggu yang lalu aku berjumpa dengan mak dan ayah dan juga keluar bersiar-siar bersama teman wanita.


HA HA!

Khamis, April 02, 2009

3S Kembali Biasa Daripada Biasa

Oh hei, dah kembali?

(Clear throats)

Cukup sudah satu minggu aku rasa menjadi orang biasa.
Ya, orang biasa, orang biasa-biasa, biasa-biasa saja, tiada apa yang istimewa.
Orang biasa. Yang tonton AF. Yang kerja makan gaji. Yang pergi kerja awal pagi. Yang balik kerja duduk rumah tonton TV. Yang tonton berita di TV. Yang tonton drama TV selepas berita. Yang tidur selepas tonton drama TV.
Dan ya, aku telah menjadi orang biasa selama seminggu.
Tidak memikirkan dunia lain. Aku dengan dunia aku. Engkau dengan dunia engkau. Di tempat kerja buat kerja (sedikit). Balik kerja tak fikir apa-apa. Tidak fikir tentang dunia, tentang manusia. Tidak fikir tentang seni. Tidak fikir tentang teater. Tidak tonton teater. Tidak tulis blog.

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Malah biasa itu elok.
Akan tetapi jika manusia sudah terlalu biasa...

Dalam biasa ada satu.
Dalam satu itu ada dua.
Dalam biasa ada satu. Ada dua.
Yang mana satu dua, dan yang mana daripada dua itu satu?

Dalam biasa ada bias.
Dalam bias ada ia.
Dalam ia ada aku dan engkau. Ada saya dan awak.
Yang mana satu bias, dan yang mana satu biasa?

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Alah bisa tegal biasa.
Alah gigitan serangga itu aku tak biasa.

HA!
RANCANGAN AKAN KEMBALI KEUDARA TIDAK LAMA LAGI