Sabtu, Februari 14, 2009

Bicara Hidup Roda & Sfera

Apa benar
hidup ini macam roda?
Atau
patut kita perbetulkan perumpamaan itu?
Menjadi
Hidup ini ibarat sfera
bukan roda

Kita ambil satu titik rujukan (reference point)
pada satu roda
dan satu lagi
pada sfera
Kita golekkan roda
dan kita golekkan sfera

Titik rujukan itu
pada roda
akan ada di bawah pada satu masa
dan di atas pada satu masa yang lain
Titik rujukan yang satu lagi
pada sfera itu
akan ada di bawah, atas pada waktu yang berlainan
dan akan berada di tengah-tengah pada satu masa
malah
akan berada di mana-mana sahaja pada permukaan sfera itu
pada satu-satu masa
bergantung bagaimana
kita menggolekkannya
permukaannya
halangannya

Jadi
roda atau sfera?
Jika roda
tetaplah ia akan sentiasa
di atas, berita gembira
di bawah, berita sedih
Jika sfera
maka tidak tetaplah ia
berbeza-beza
pada satu-satu masa
macam-macam berita
akan diterima
akan diuar-uar

Lagi sekali
roda atau sfera?


PS: Hidup Akin ibarat sfera

Jumaat, Februari 13, 2009

Would You Be My Valentine? (Uwek)

[gambar hiasan]


Saban tahun, tiap kali tiba tarikh 14 Feb.
Umat Islam dinasihatkan agar tidak menyambut Valentine's Day iaitu Hari Kekasih.
Yang menjadi sambutan sedunia.
Tapi ramai lagi orang Islam yang masih sambut.
Yang bukan Islam, tak mengapalah. Itu hak mereka, kepercayaan mereka. Kita hormat.

Namun, bagi pasangan kekasih, gua faham, gua tahu pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk menyambutnya.
Takut nanti dikata ketinggalan zaman.
Ada yang tak faham kenapa ia diharamkan.
Ada juga yang tahu dan faham tetapi berpendapat yang sambutan itu hanya untuk meraikan orang yang kita sayang, bukannya untuk mengikut-ikut agama lain.
Masing-masing punya pendapat dan pandangan.
Dan berbeza-beza.
Inilah masalah di akhir zaman, zaman selepas tiada nabi.
Sebab itulah, akhir zaman ini kita kena ikut pewaris nabi. Siapa pewaris nabi?
Tapi akhir zaman ini juga, sudah banyak 'pewaris nabi' yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.
Jadi, mana satu nak ikut ni?

Tak payah la dok gatal nak sambut 14 Feb ni sebagai Hari Kekasih walaupun niat untuk meraikan orang yang dikasihi.
Tak payah la...
Bazir duit ja. Promosi sana sini sempena Valentine's Day tu semua kencing ja. Tak ada makna.
Kalau dah gatal sangat nak sambut Hari Kekasih, korang sambutlah sekali dengan anniversary korang. Sama ja. Jimat duit. Objektif pun sama. Tapi kalau kebetulan 14 Feb tu anniversary korang, well....

Urgh.
Uwek.


PS: Boleh google fatwa kalau mahu, atau [usha artikel ni]

Monoton Dot Dot Dot



Suami, Isteri & ...?

Perempuan, Isteri & ...?



..., ... & ...

Haa, amacam? Tajuk filem gua? Ha ha.


Dendam Rubik



Siot gila algoritma PARITY!

NEON

Malam tadi gua usha folder stok filem-filem tempatan dalam HD gua.
Banyak filem yang gua tak layan lagi.
Dan sambil menikmati nasi lemak kukus gua layan satu telemovie ni berjudul NEON.
Telemovie karya dan arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir Sahib ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai "The Most Number of Well-known Artistes in a Movie" (66 Popular Artistes)

Gua layan sambil mengunyah nasi lemak dan layan dan kunyah kunyah lagi.
Sampai suatu tahap tu gua rasa telefilem ni macam cerita Aku Bukan Loser! ciptaan aku.
Sebab watak utama telefilem ini sentiasa bernasib malang.
Bermula dengan dipecat kerja, ditinggalkan tunang, kereta dicuri, dompet dicuri, kena ragut, dan macam-macam lagi.
Sampai gua pun sadis gila tengok mamat tu. Muka dia memang sesuai muka loser!

Apa pun, telefilem ini mengisahkan tentang karma.
Setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas jahat.
Setiap perbuatan baik pasti akan dibalas baik.
Dan setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Dan akhirnya, mamat loser ni dapat jumpa budak yang curi dompetnya dan budak tu jugak yang tolong dapatkan balik kereta yang orang lain curi dan akhirnya dia berjumpa dengan wanita idamannya yang juga bernasib yang hampir serupa, nasib MALANG.

Cerita telefilem ini memang bagus.
Ada MORAL yang cukup berguna untuk kita ambil pengajaran.
Bukan cerita yang merapu tetapi digah-gahkan di panggung wayang.
Cerita yang tak masuk panggung banyak yang bagus-bagus.
Tapi malangnya, cerita sebegitu tidak mendapat perhatian.
Pihak panggung wayang sudah tentu memandang filem ini dari sudut bisnes.
Jadi, pihak mana yang perlu mengangkat hasil karya yang tidak diberi perhatian selama ini?

Apa pun, cerita NEON ini sama dengan cerita Aku Bukan Loser! dari segi kisah malang watak utamanya. Tetapi Aku Bukan Loser! punya moral dan mesej yang berlainan.


Dalam senarai VCD/DVD-perlu-dibeli:
1. Goodbye Boys
2. Ringgit Kasorga
3. Embun
4. May 13
5. Jogho
6. Kaki Bakar
7. .. dan banyak lagi filem-filem lama.

Dalam senarai VCD/DVD-perlu-ditonton:
1. Selubung
2. Black Maria
3. Berlari ke Langit
4. Cinta 200 Ela
5. Perempuan Melayu Terakhir
6. Sayang Salmah
7. .. dan banyak lagi stok filem-filem dalam external HD.


PS: Tapi, kenapa tajuknya NEON? Bayangkan cahaya lampu NEON.


Khamis, Februari 12, 2009

Senarai Main (Playlist) Kemerahan

Sebelum aku hadir menonton PGLtM-3 tempoh hari, aku sudah pun layan original live cast recording PGLtM-1 (2006) yang mengandungi lagu-lagu dari teater muzikal tersebut kecuali lagu-lagu yang ada dinyanyikan oleh watak Bayan.
Jadi, setelah mendengarnya selama beberapa bulan sehingga menonton pementasannya, yang berwarna merah adalah pilihan Akin.

Act I
  • Suatu Hari Nanti (Someday) – Adipati, Patih, Putri, Bayan, Ensemble Majaphit
  • Moga Temui Cinta (Hoping to Find Love) – Putri, Bayan
  • Kemasyhuran (Fame) – Ensemble Majapahit
  • Jiwa Abadi (Eternal Soul) – Putri
  • Jiwa Abadi reprise – Putri
  • Tinta Dewa (Lord's Command) – Bayan, Ensemble Kraton
  • Di Puncak Tertinggi (On the Highest Peak) – Hang Tuah, Putri
  • Suatu Hari Nanti reprise – Ensemble
  • Dewa Perang (Lord of War) – Adipati, Ensemble Prajurit
  • Hajatmu Kubantu (I Will Aid Thee) – Adipati, Sultan
  • Keranamu Kekasih (For You, Beloved) – Hang Tuah
  • Katakan Hadirmu Kerana Cinta solo (Say You are Here Because of Love) – Putri
  • Tinta Dewa - Bayan dan Suara Ramai (Lord's Command - Bayan and the People) – Bayan, Ensemble Kraton
  • Moga Temui Cinta duet – Bayan, Putri
  • Suatu Hari Nanti duet – Adipati, Patih
  • Moga Temui Cinta solo – Bayan
Act II
  • Melaka Terbilang (Glorious Malacca) – Ensemble Malacca
  • Di Puncak Tertinggi solo – Hang Tuah
  • Di Puncak Tertinggi duet – Hang Tuah, Putri
  • Cinta Atau Setia (Love or Loyalty) – Hang Tuah
  • Titah Sultan (The Sultan's Command) – Sultan, Ensemble Malacca
  • Melaka Terbilang reprise – Ensemble Malacca
  • Mendaki Gunung (Climbing the Mountain) - (Dance) Hang Tuah, Rombongan Tujuh (Seven Delegates)
  • Putri Chant/Tinta Dewa – Putri, Ensemble
  • Keranamu Kekasih duet – Hang Tuah, Putri
  • Katakan Hadirmu Kerana Cinta reprise – Putri
  • Tujuh Syarat Agong (The Seven Conditions) – Ensemble Nenek Kebayan
  • Melaka Bercelaru (Malacca in Turmoil) – Hang Tuah, Putri, Ensemble Malacca
  • Cinta Atau Setia solo – Hang Tuah
  • Curtain call: Suatu Hari Nanti/Keranamu Kekasih


Eh. Semua ke merah?
Memang, memang aku Mat Merah!


PS: Sesiapa nak MP3nya, bolehlah bodek aku ya...

Kata-kata Biasa Orang Biasa

Mad Harris dan Rahmat Iskandar sebulat suara dari dulu lagi memberi komen tentang skrip Doc Shark yang tak pernah menang johan di mana-mana, terutamanya sewaktu festival teater. Yang menang, adalah kumpulan yang membawa skrip sasterawan negara.
Jadi Doc tekad menyahut cabaran dengan membawa skrip Hatta Azad Khan, JEBAT dan KERUSI setakat ini. Dan JEBAT akan dibawa untuk Festival Teater Perak tahun 2009 ini. Sekarang masih dalam fasa casting watak dan seterusnya untuk menetapkan tenaga produksi JEBAT-FTP09.

Doc sudah banyak menulis karyanya sendiri. Yang paling baik pada pandangan aku adalah Asylum/Asylum 50 dan Cinta Sang Arnab. Yang selebihnya seperti Hmm..Begitu Panasnya!, Transit, Qum!, Sampah mungkin boleh jadi lebih baik jika diolah sedikit sebanyak.

Penulis skrip baru dari TTS perlu dilahirkan dari masa ke semasa. Aku tahu tak semua boleh menulis dengan baik. Aku pun begitu juga. Tidak boleh menulis yang panjang-panjang seperti novel. Malah, cerpen pun aku tak pernah hasilkan. Sebab aku memang tidak boleh menulis panjang-panjang. Tapi, menulis skrip lain sedikit. Boleh saja dialog pendek-pendek, jika panjang-panjang pun sedikit-sedikit. Aku mengambil kesempatan sewaktu praktikal ini untuk berkarya, menghasilkan seberapa banyak skrip yang boleh. Ini kerana kehidupan bekerja sedikit berbeza. Waktu malam dan hujung minggu boleh aku gunakan untuk berkarya. Biarlah skrip-skrip aku tidak 'hidup' sekarang. Lambat-laun akan aku bagi 'nyawa' juga. TTS juga bertuah kerana mempunyai seorang lagi penulis skrip muda iaitu SEFA. Daya kreativiti dan komitmennya juga sama tinggi seperti aku, cuma gaya dan cara sedikit berbeza. Apa pun, aku berharap aktiviti menulis skrip ini akan diberikan penekanan oleh TTS pada masa akan datang. Tidak kisahlah 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi pun. Yang penting, ada anak-anak muda yang berminat dan bergiat dalam menghasilkan karya cetusan idea sendiri.

Skrip teater pertama aku adalah Siapa Sapari? Skrip ini terlalu terpengaruh dengan gaya skrip Doc Shark. Lagipun itu skrip sudah lama. Masih kurang pengalaman dengan dunia luar. Namun kini aku cuba menulis mengikut gaya sendiri. Ada idea aku yang segar. Dan ada juga idea yang terilham daripada idea-idea orang lain.

Aku tahu di universiti masa amat suntuk. Bebanan assignment dan projek menghadkan lagi masa untuk berkarya. Sesi latihan hampir setiap hari. Bila hari persembahan sudah dekat, waktu petang dan malam habis untuk latihan sahaja. Kesannya, terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan-tugasan. Kadang-kala, ada assignment kecil yang tidak dapat disiapkan dan dihantar. Markah coursework pun berkurang. Latihan setiap hari memang memenatkan. Kebiasaannya, seluruh tubuh badan aku akan sengal-sengal. Bukan setakat penat fizikal, tetapi penat emosi juga. Jadi bila sudah penat, kadang-kala aku akan bangun lewat tengah hari (bukan lewat pagi, lewat tengah hari) dan terponteng kuliah-kuliah dengan sengaja. Badan penat, tidur lewat (tengok series/movies), akhirnya tidak ke kelas. Keadaan bertambah teruk bila dalam satu semester itu, jemputan untuk buat show di mana-mana event atau show anjuran TTS sendiri adalah amat banyak dan tidak ada waktu rehat. Boleh aku katakan dalam setahun yang lalu (2 semester), latihan/perjumpaan teater mula dari minggu pertama hinggalah exam week dengan waktu rehat yang singkat dalam beberapa hari hingga 1 atau 2 minggu. Kesannya, aku pernah tidak hadir ke kelas selama 2 bulan.

Jelas sekali, aku seperti meringan-ringankan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Tetapi, aku ada rahsia aku sendiri bagaimana aku masih boleh mengekalkan prestasi akademik aku. Dan aku tidak sesekali berlaku tidak jujur dalam ujian atau peperiksaan sebab aku tahu, itu tidak berkat.

Dan, rahsianya?

Adalah nama aku sendiri: A.K.I.N Muhammad


PS: Bila aku kata nama aku sendiri, itu maksudnya cara kita sendiri, acuan kita sendiri, bukan ikut-ikut orang, ikut-ikut bontot orang.

Rabu, Februari 11, 2009

Penulis Tarikh, Hari Bulan & Kedatangan di Papan Tulis

Aku google nama sekolah menengah aku dulu-dulu.
Aku jumpa gambar nostalgila ni.




Semua dalam gambar ni semua kawan lama-lama entah ingat lagi atau tidak nama-nama mereka.
Dan perhatikan di papan tulis itu.
Akulah yang menulis tarikh, hari bulan dan kedatangan di papan tulis itu.
Dengan kapur.

Sekarang baru aku tahu.
Kenapa dulu-dulu aku selalu kena tulis itu tulis ini buat itu buat ini yang melibatkan suatu perkara yang perlu nampak cantik.

Sekarang aku sedang memerah otak.
Mencari ilham menulis.
Skrip SANGKALA dan LATEX (dan Aku Bukan Loser! yang tak siap-siap)

Berselirat idea di sana sini, merata-rata.
Nak jalinkan satu demi satu itu makan masa.

Makan masa aku.

Aku makan masa.

Selasa, Februari 10, 2009

Tembakan Rawak di Hari Ahad

1 "Zalim"

Iaitu meletakkan sesuatu di tempat yang bukan haknya.

From Akin Muhammad TIGA ES: Singgah Sana Sini

[gambar kon jalan raya terselit di bawah tempat duduk dalam bas dekat dengan pintu kecemasan]


2 "I'm A Satellite, No. You Are."

Yes. You. The audiences. You are the satellite.




3 "Sumber Ekonomi - 2 Dalam 1"

Rokok. Sehelai rambut wanita yang sudah gugur. Hmm. Mendalam.


[putung rokok dengan rambut wanita yang gugur]


4 "Iklan Rumah Sewa Romen & Cium"



Ada satu kali tempoh hari ada iklan rumah sewa untuk romen-romen dan cium-cium. Sial. Tapi iklan itu tak lama. Hanya satu hari. Mungkin ada orang baik sudah koyakkan. Atau mungkin juga rumah sewa itu sudah disewa orang seperti pisang goreng panas atau kek panas.

Ahad, Februari 08, 2009

Tak Senang Duduk Menonton PGLtM-3

Setelah 2 bulan gua simpan tiket teater tu dalam dompet sehingga sudah hampir lusuh dan berkulat.
Gua akhirnya menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang musim ketiga.
Tapi ini baru pertama kali gua menontonnya.
Gua tonton show matinee sebab gua tak nak terkejar-kejar tren nak balik kalau tonton show malam.
Expectation gua terhadap teater ni tak tinggi sangat.
Sebab gua sudah tonton P Ramlee The Musical, hasil produksi dari kompeni yang sama. Kali itu memang gua kagum dan terpegun. Jadi kali ini gua sudah tidak begitu hairan.

Tetapi ada satu perkara sahaja yang boleh buat gua tersenyum.
Iaitu propaganda dengan tagline "More magical, more spectacular, more breathtaking" itu tidak mengecewakan.
Dengan pentas yang sebegitu canggih, apa sahaja boleh dilakukan.
Teknik silap mata memenuhi janji 'more magical' tersebut. Gua tak tahu lah musim-musim yang lepas ada dibuat atau tak?
Kesan khas letupan juga membuat aku tak senang duduk.
(Tak senang duduk = menonton teater dengan teliti)
Kesan khas lampu yang dipancar ke arah penonton juga buat aku tak senang duduk.
Sememangnya aku suka permainan lampu ke arah penonton. Ha ha.
Gua suka teknik yang digunakan untuk menjadikan seorang pelakon itu nampak seperti satu bayang-bayang. Tak senang duduk gua dibuatnya.
Kesan bunyi bergema-gema sewaktu membaca jampi mantera juga buat gua tak senang duduk.
Namun, ada sedikit silap mata yang kantoi.
Sewaktu di puncak Ledang ketika nenek kebayan bertukar menjadi Gusti Putri.

Lakonan Sultan Mahmud (Adlin Aman Ramli) paling menarik.
Vokal Hang Tuah (Stephen-Rahman Hughes) paling mantap.
Nyanyian ensemble juga tak kurang hebatnya, cukup harmoni.
Lagu-lagunya semua berkualiti.
Semua koreografnya cukup menarik dan hebat. Terbaik.
Ada sedikit masalah teknikal dan ia dapat diatasi dalam masa kurang 5 minit sahaja dan tidak menjejaskan persembahan selepas itu.
Stage management yang amat baik.

Ah, apa lagi gua nak cakap? Tak rugi kalau beli tiket mahal sekalipun untuk tonton muzikal ini. FLAWLESS!
Dengan tenaga produksi sebegitu ramai dan semuanya berkemahiran tinggi.. ah, apa lagi gua nak cakap?



PS: Gua suka movement yang besar-besar. Jika P Ramlee The Musical ada keretapi besar, PGLtM ada kapal besar! Satu lagi gua kagum, gua kagum tak senang duduk bila, daripada pentas yang penuh dengan set-set, sekelip mata gua tengok sudah kosong habis! Siot betul. Ha ha.

Jadi untuk Puteri Gunung Ledang The Musical: Season 3

Cerita - 3/5
Lakonan - 5/5
Koreografi - 5/5
Nyanyian - 5/5
Muzik,Lagu - 5/5
Bunyi - 5/5
Kesan khas - 4/5
Set - 5/5
Pengarahan - 5/5
Pengurusan pentas - 5/5

[gambar sebagai bahan bukti]

Seterusnya di Istana Budaya: Teater muzikal Sirah Junjungan bersempena maulidurRasul dan Iruvar II pada bulan Mac.