Sabtu, Februari 07, 2009

Hero Buta Tetap Pilihan

Sekeping DVD Wayang sudah menjadi koleksi peribadi kini.
Menonton Wayang - aku merasakan perasaan yang sama ketika berlakon dalam pementasan JEBAT dan KERUSI, memang sama perasaannya cuma Wayang di layar filem dan teater di atas pentas.
Perasaan yang sama apabila watak yang buta menjadi hero.
Dan cerita tentang wayang kulit juga mengimbas aku kepada karya JEBAT yang mana pada asalnya kebanyakan babak dilakonkan di belakang pentas.
(Tapi TTS tak buat macam tu ha ha)

Apa pun, Wayang punya banyak mesej yang ingin disampaikan.
Ia bukan hanya hendak menekankan kepentingan seni dan budaya yang harus diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga turut menyindir wayang-wayang iaitu filem-filem di Malaysia.
Ini dapat dilihat apabila watak Awi (Zul Huzaimy) yang cuba menggabungkan muzik pop dengan menggunakan petikan gitar dengan alatan muzik tradisional wayang kulit. Dan tok dalang Pak Awang tidak bersetuju dengan tindakan Awi tersebut.
Ia mendatangkan persoalan kepada aku dan mungkin kita semua - apakah di Malaysia ini, orang ramai suka dan tertarik apabila ada muzik di dalam filem atau teater? Bila ada teater muzikal baru orang ramai memenuhi panggung?
Selain itu, filem ini - seperti drama lain - ingin menyedarkan masyarakat akan keburukan dengki, iri hati terhadap orang lain. Dan juga apabila anak murid melebih (lawan tauke) tok gurunya. Sememangnya filem ini sarat dengan moral.

Filem Wayang ini tidak digah-gahkan lebih-lebih lagi dari segi promosinya. Walaupun filem ini senasib seperti kebanyakan filem Melayu yang mana tempoh tayangannya di panggung hanya kurang daripada satu bulan, tetapi filem ini cukup berkualiti. Sebab itulah, filem ini layak menjadi pencalonan banyak anugerah untuk Festival Filem Malaysia 2008 dan menang Anugerah Juri.
Dan Zul Huzaimy watak Awi telah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Untuk Wayang;

Lakonan - 4/5
Cerita - 4/5
Visual - 3/5
Bunyi - 3/5

Jumaat, Februari 06, 2009

Interpretasi


teater
langsir, optional
entah kenapa
langsir, kebanyakan warna merah

hmm?

3S, 5F

[artikel asal di sini]

Dulu gua ada dengar khutbah Hari Raya di markas PAS tempat gua.
Menekankan tentang da'yah Yahudi melalui cara 3S (Seni, Sukan, Sosial).
Jadi kali ni gua siarkan pula tentang da'yah Yahudi cara 5F.
Baca artikel asal terlebih dahulu.

Yang warna merah adalah yang Akin kata.


F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah [atau blog yang berunsur lucah ha ha] yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti 'Akhirat', 'Gubra', 'Mukhsin', 'Sepet', 'Anak Halal', 'KL Menjerit' dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah. [well, tak dapat dinafikan lagi, bukan? lu orang boleh bidas penulis artikel ini dengan hujah-hujah seni lu orang, tapi gua rasa lu tak boleh bidas agama Allah]


F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati Berdansa. [nasib baik gua jenis tak tengok tivi]

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna. [realiti yang banyak]


F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata. [whoa, nice one! hmmmm]


F keempat ialah fun

"Fun!!!" - bekas pelakon TTS (staf) yang pernah berlakon sepam dua ha ha


F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McDonald dan lain-lain. [Bila kita nak makan mi segera, kita tak cakap 'Aku makan mi segera je. Mamee.' tapi 'Aku makan maggi je. Mamee.', bila kita nak minum air milo tapi tak nak Milo, kita susah nak cari food court atau gerai makan yang jual air Vico atau Ovaltine.]

Rasionalnya boikot ini menunjukkan yang kita tidak menyokong Yahudi. Walaupun tidak menjejaskan sangat pun ekonomi mereka. Sekecil-kecil tindakan baik itu pasti dikira sebagai amal baik.



PS: Sekarang ni 5S jadi amalan. Klik [5S] untuk usha. Gua tak tahu lah trend saja-saja atau... memang betul-betul amalan betul. Maklumlah, sekarang ni zaman ikut-ikut trend. Sampaikan dalam buat amal kebajikan pun ikut-ikut trend.

Puisi GAH-JAH

[gambar untuk hiasan mata sahaja]


Gah,
seperti gahnya gajah
badan kau besar
perut kau besar
cuping telinga kau besar
hidung kau.. eh, belalai kau panjang dan berdiameter besar
tapak-tapak kaki kau besar
tapi
mata kau kuyu

Jah,
janganlah kau melintas jalan seperti gajah
lembap, eh lembab
makan jalan
bajet bersiar-siar
pancut air
basahkan orang lain
di tengah-tengah hujan
gerimis
jadi lebat
kuyup

Gah, Jah
kadang kala aku lihat kau berdua memang sepadan
tapi kau dua tetap tak akan jadi satu jenis

Khamis, Februari 05, 2009

Remeh Tapi Benar


cuba perhatikan
avatar siapa
tidak bertemakan Palestin

kenapa aku siarkan catatan remeh ini?

hmmmmmm


PS: Abaikan gambar orang bermain tenis itu kerana gambar itu adalah gambar sewaktu dua tahun yang lalu

Tak Dapat, Jack...

Gua sudah slash slash slash

Lain kali sahajalah gua main monolog tu

Sigh

Rabu, Februari 04, 2009

Cerita Bukan Cerita Palestin


Sedang setiap lapisan masyarakat sibuk bercerita dan mengutuk tentang keganasan dan kekejaman Israel terhadap Palestin, Tronoh Theatre Shop (TTS) juga tidak ketinggalan, tetapi TTS bercerita tentang cerita Bukan Cerita Palestin.


[klik sini untuk iklan teater]


Untuk satu tiket berharga RM 3.00, anda akan dapat:

1. Menyumbang RM 3.00 untuk dana Palestin.

2. Menonton teater "Bukan Cerita Palestin" yang baru dan belum pernah dipentaskan sebelum ini.

3. Menonton persembahan deklamasi sajak oleh Dr Shark, pensyarah Civil Engineering UTP merangkap Head of Department Civil Engineering dan penaung Tronoh Theatre Shop.

4. Menonton monolog "Suka-Paksa-Rela-Wan" oleh Akin Muhammad


5. Menyaksikan persembahan nasyid oleh kumpulan
In-Saff, Johan Malam Inspirasi Seni 2007.

6. Penanda buku yang juga merupakan tiket masuk (eh, yeke?)

7. Pahala, insyaAllah...

Aku akan hadir ke UTP pada hari tersebut.

Juga akan melakonkan sebuah monolog karya aku sendiri yang baru siap dah masih panas.
Memandangkan temanya tidak boleh lari daripada Kempen Selamatkan Palestin, jadi beginilah kisah monolog itu:


"Suka-Paksa-Rela-Wan"

Wan; seorang sukarelawan yang dihantar ke sebuah negara yang sedang dalam kancah peperangan untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman kuasa besar. Namun setelah dia sampai di negara itu, dia jadi keliru, adakah dia memang SUKA untuk menjadi sukarelawan, atau dia TERPAKSA memberi bantuan atas nama KEMANUSIAAN, atau dia memang RELA untuk memperjuangkan AGAMANYA?


Monolog ini tidak lama.
Paling lama pun 10 minit.
Tapi tak sampai 10 minit pun.


Semoga usaha kita semua dalam mementaskan teater ini dan menontonnya akan diberkati dan diredhai oleh Allah.

Selasa, Februari 03, 2009

Amalan Harian Unta (Betina), Artis Yang Tak Artistik

Gua suka jalan-jalan seorang diri
bawa diri dan jiwa gua bersama
sebab gua boleh berhenti bila-bila masa
bila gua ternampak sesuatu yang gua rasa amat bermakna
gua boleh lihat benda itu lama-lama
tanpa perlu gua fikir akan orang lain
Kalau gua bawak bini gua jalan-jalan, gua tak dapat buat macam tu beb
kalau gua buat, nanti dia cepuk gua
dia takut orang keliling fikir gua ni gila

Biarlah gua gila di mata orang lain
asalkan tak gila di mata Pencipta gua (maksud aku, Pencipta aku dan juga gua, as in cave)

Hari itu gua nampak satu papan iklan
produk pati prun
di papan iklan itu
ada gambar statik seorang artis tanah air sebagai dutanya, barangkali
selain gambar produk pati prun tersebut
gua ingat lagi gua juga pernah jadi promoter produk pati prun itu
tapi itu hanya untuk dapatkan markah presentation PCS aku ja
gua ingat sebab gua buat presentation tu sambil lewa ha ha

OK, gua nak off topic kejap

Gua memang malas
ada orang cakap, gua cakap macam orang malas, tak ada semangat
tapi gua nak tanya, gua ni malas ka? gua ni tak ada semangat ka?
ha ha
yang kenal gua, pasti tahu jawapannya
yang tak kenal gua, boleh ambil masa untuk kenal gua
masih sempat lagi ni
sebab gua masih belum sampai ajal
jadi sesiapa yang pernah mengumpat gua di belakang (dengan erti kata, mengata sesuatu yang gua tidak suka tanpa kehadiran gua di lokasi pengumpatan)
masih sempat lagi minta maaf daripada gua
gua boleh maafkan
tapi kenalah minta maaf dulu baru gua boleh bagi
gua rasa, ramai di luar sana tu yang masih belum minta maaf dari gua
gua rasa, ya gua memang selalu rasa saja
tapi gua rasa, rasa betul
sebab rasa yang penting, bukan kata
kata boleh tak betul
tapi rasa selalu betul

Berbalik kepada papan iklan
tertulis ayat yang buat gua rasa nak tergelak (gua rasa saja, ya rasa saja)
kalau gua ustaz, gua mesti beristighfar Astaghfirullah


"Inilah amalanku.. Hariku tak sempurna tanpanya.." - Unta (betina), artis tanah air yang tak artistik


Tapi mungkin juga botol produk pati prun itu adalah suatu simbolik kepada amalan harian seorang Islam iaitu SOLAT?

Well, who knows?

Isnin, Februari 02, 2009

Singgah Sana Seni: Teater Kompilasi Vol. 1

Malam semalam tempat duduk di Stor Teater sudah penuh.
Jadi aku pergi petang Ahad ini untuk tonton Teater Kompilasi Vol. 1

Waktu aku menulis ini aku sukar hendak meluahkan kata-kata
jadi aku hanya memberikan komen dalam beberapa patah kata sahaja untuk setiap satu.


1 TERUK oleh Zahiril Adzim

memang bijak meletakkan piece TERUK ini di hadapan sekali, jika STABIL di depan sekali, mungkin akan jadi permulaan yang sedikit membosankan

Dalam satu patah perkataan: OKlah...



2 POKOK KELAPA SAYANG oleh Khairunazwan Rodzy

Watak Hasyim dan Penjaga dimainkan dengan baik
Jalan cerita juga baik di mana cerita dimulakan tentang Hasyim yang sudah tua yang seolah-olah orang gila menyayangi sebuah pokok kelapa
Membuatkan penonton mahu tahu kisah silamnya
Teknik yang biasa, tapi sentiasa berkesan

Dalam satu patah perkataan: Menarik



3 TAMBAT KAKI oleh Khairil Ridzuan Saharuddin

Watak Pak Tam dimainkan dengan baik
Dan contengan anak panah di atas lantai dengan kapur papan tulis - aku suka
Maklumlah, itu jiwa aku - sukakan yang artistik, simbolik

Dalam satu patah perkataan: Best



4 STABIL oleh Fared Ayam

Dalam satu patah perkataan: Bermakna!
(walaupun sedikit bosan. hehehe. tapi bermakna)



Secara keseluruhannya, aku sukakan stail yang ditunjukkan oleh keempat-empat piece tersebut. Banyak simbolik. Banyak teknikal tapi simple. Vokal dikawal. Emosi dikawal. Aku yakin, semua sudah belajar dari pengalaman berteater. Lebih-lebih lagi di bawah naungan Namron. Syabas untuk usaha tersebut. Menanti kemunculan Volume 2 pula.


PS: Tiket adalah sumbangan minimum RM20. Di universiti tempat gua belajar, tiket nak tengok teater RM3 je! TIGA RINGGIT! Tak naik-naik dari zaman tok kadok dulu. Patutlah asyik tak berduit ja ha ha ha. Lepas tu, rajin sangat buat FREE show. Yang datang bukan ramai sangat pun..... Ha ha ha maklumlah budak universiti ENGINEERING katakan... mana main teater-teater ni... Battle of the Band ke, Nasyid ke, yang ada nyanyi-nyanyi tu depa minat lah... Teater tak ada nyanyi-nyanyi ni mana depa minat... Gua rasa lepas ni kena letak perkataan 'muzikal' lah untuk apa-apa teater. Confirm, ramai yang nak datang tengok! Ha ha ha. Kenapa gua cakap macam tu? Sebab tiket PGLM3 tinggal tiket yang mahal-mahal ja! Ha ha.

Ahad, Februari 01, 2009

Split Effects

Lewat malam itu aku seperti Luzer
Otak logik aku sudah hilang pertimbangan
Bas pula buat hal tidak letak nombor bas
Seperti nasib Luzer
aku menapak sehingga hampir tumbang di tepi jalan
waktu bas, kereta, motorsikal meluncur laju di atas jalan raya
yang kebanyakannya memakan jalan dan tepi jalan
membuatkan aku terfikir-fikir akan HSE
dengan lopak-lopak air di tepi jalan itu
nasib baik Luzer tidak begitu malang sehingga mati katak di tepi jalan
nasib baik sebab aku sendiri juga yang cipta Luzer
Bila sudah sampai aku terbeli air mineral kecil Aquarius
lepas beli baru aku perasan dan tahu air mineral Aquarius itu produk Coca Cola
cis!

Awal malam itu aku seperti Akin Muhammad
Otak seni aku perlukan oksigen seni
Jiwa seni aku perlukan sentuhan seni
Aku naik syahwat
Nafsu seni aku membuak-buak hingga tak dapat dibendung lagi
Seperti ingin bersenggama
Seperti ingin membuat cinta
Tapi bukan dengan perempuan
bukan bukan
bukan dengan manusia
Aku berjalan-jalan-jalan berseorangan
Ramai rakan aku bila terserempak aku di mana-mana
akan bertanya adakah aku seorang sahaja
walaupun mereka tahu jawapannya sudah pasti YA
Aku terus berjalan hingga sampai di The Store
bukan pusat beli-belah itu
tapi Stor Teater
tapi malangnya kerusi sudah penuh
jika hendak pun kena duduk bersila di atas hamparan kain di atas lantai
walaupun aku sebenarnya tidak kisah
tetapi entah kenapa nafsu seni aku malam itu berkira pula
mungkin malam itu ada citarasa tiba-tiba
jadi aku hanya tempah tiket untuk pementasan esoknya
lagipun aku khuatir tidak sempat untuk naik tren untuk pulang
beginilah nasib Akin Muhammad
mahu tonton teater tapi kena jalan jauh
tapi Akin Muhammad tidak kisah

Petang itu aku seperti Yusuf Amat
Aku tonton filem Melayu terbaru di pawagam
Sifu & Tongga
Sebab aku dah set minda aku awal-awal sejak dulu lagi
filem Razak Mohaideen tidak berkualiti
dan aku boleh katakan dengan yakin
bahawa mindset aku memang betul
Dalam filem ini tiada satu perkara pun yang boleh buat aku kagum dan gembira
Aku tak tahu lah
sudah banyak filem yang dibuat
tapi kualitinya masih tak ubah-ubah
sampai pening kepala aku tengok filem ni
dan ya, aku memang pening kepala
memang orang lain ada gelak akan komedi ini, tapi tidak bagi aku
aku tak mahu (tak sanggup) ulas panjang lebar
ini rating aku bagi

SIFU & TONGGA
Cerita: 2/5
Lakonan: 2.5/5
Visual: 2/5
Bunyi: 2/5

Ini adalah salah satu filem paling teruk (dalam bahasa aku, sucks) aku pernah tonton
Maaf jika kasar bunyinya tapi aku berpandangan jujur
Aku akan menanti filem seramnya pula akan datang


Awal petang itu aku singgah ke Ulang Tahun ke-4 KAPASITOR: Apresiasi Seni & Maya
www.kapasitor.net
Ada persembahan dari ahli-ahli KAPASITOR sendiri.
Ada juga dipamerkan karya ahli-ahli KAPASITOR berbentuk sajak, puisi dan juga yang kreatif - puisi komik.
Apabila aku terasa bosan, aku blah
Well, tak semua orang boleh baca puisi atau sajak dengan best, tak 'gitu?