Ahad, Oktober 12, 2008

Tang (Lidah)

Walaupun gua layan nasyid, gua layan rap jugak.
Kalau ada konsert Kembara Sufi di sini gua tak lepas peluang walaupun gua kena jalan kaki.
Dah 3 tahun gua follow.
2007 sudah mula jemput dua artis solo.
2008 pula dua artis kumpulan.
In-Team dan Hijjaz memang pilihan nasyid gua. Selepas Raihan lah.
In-Team gua memang dah expect performance dey'all macam mana.
Hijjaz punya solo tetap mantap dari dulu lagi.
Dan as a team pulak, dey'all memang layak dipanggil performer.

Tapi gua baru-baru ni dah mula rap balik lagu-lagu Pak Cik Em.
Atau bagi sesiapa yang tak kenal, Pak Cik Eminem, rapper kulit putih.
Dan baru aku perasan lidah aku makin baik untuk rap dalam English.
Padahal dah lama aku tak rap English.
Aku rap Melayu ja selama beberapa tahun ni. (ada la dalam 3 tahun macam tu)

Lidah penting untuk rap.
(Bagi aku lah)
Dan P/S: Sorry lah kalau korang ada ternampak tangan aku berhayun ikut beat masa aku tengah layan MP3.
Dan lagi P/S#2: Sorry lah aku rap lagu Pak Cik Em yang eksplisit tu.
Dan lagi lagi P/S#3: Sorry lah kalau ada pihak pemerhati yang kurang senang dengan personaliti aku yang terbelah bahagi ni.

Nak A, Tapi...

Nak A, tapi tak nak pergi kelas.
Nak A, tapi tak nak buat assignment.
Nak A, tapi tak nak buat projek.
Nak A, tapi tak nak buat test.
Nak A, tapi tak nak buat presentation.
Nak berlakon, tapi tak nak datang rehearsal. (Eh?)

Haha.


p.s: Aku quote seorang pensyarah di sini. Aku kira ini rintihan beliau.

Lingkaran Penghalau Nyamuk

Foto ini bernilai RM100 (dahulu)


Lingkaran penghalau nyamuk.
Berjasa semasa hidup.
Sudah mati habis dibuang tiada hirau.

Gunalah lingkaran penghalau nyamuk sewaktu musim tengkujuh.

Jaga kesihatan anda.

Jangan sampai kerana segigitan nyamuk, nyawa anda terancam.

Pesanan ini khas dari Pak Akin sekeluarga.

Idea Kasar

Tiba-tiba aku terangsang nak buat skrip.
Jadi di bawah ini idea kasar aku.


Di gerai makan.
5 orang pemuda.

Pelayan: Minum?

Amin: Jus epal satu. Tambah garam sikit.

Borhan: Teh tarik kurang manis.

Cheq: Bagi saya asam jawa.

Daud: Saya nak air kosong ja.

Erol: Jus mengkudu.

Pelayan: Makan?

A,B,C,D: Tak payah.

B: Sejak bila kau minum jus epal tambah garam ni?

A: Kau tu pulak sejak bila reti minum air kurang manis?

D: Kau orang berdua ni sama saja. Tengok macam aku ni. Maintain minum air kosong kat mana-mana.

C: Ya lah, kau tu memang air kosong memanjang.

B: Entah tu, tak ada citarasa langsung.

A: Nak berjimat ke?

E: Eleh kau orang banyak cakap, tak berani minum air pahit.

D: Sudah lah kau orang ni. Macam mana projek kita?

A,B,C: Projek?


Sambung lain kali bila ada masa.

Sabtu, Oktober 11, 2008

Lobang Hitam (Wo)

Manusia sememangnya pelupa.

Tapi bagi aku dalam otak aku sudah terlalu banyak lubang hitam.
Sejarah. Kisah lama. Orang-orang di dalamnya. Aku boleh jadi lupa semuanya.
Neuron yang menghubungkan sudah terputus sama sekali dan tidak boleh disambung.

Lantas kisah itu makin lama makin jauh ke dalam. Ke suatu sudut. Hingga tersedut ke dalam lubang hitam.

Lubang hitam.

Andai efek rama-rama itu benar-benar tak mustahil.
Barangkali aku boleh melompat ke dalam lubang hitam itu.

Lobang.

Jumaat, Oktober 10, 2008

Sekuel Jadi. Tak. Jadi.

Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak. Jadi. Tak.

Selasa, Oktober 07, 2008

Roda Panas. Dapur Neraka.

Sudah selamat sampai di Tronoh permai.
Permai pemandangan tapi ada kawasan penuh bebanan.
Dek bebanan wujudlah tekanan.
Tekanan adalah bebanan (kerja) per keluasan (kemampuan otak).
Makin tambah bebanan sekiranya keluasan kecil maka tekanan tinggi.
Kerja banyak tapi otak tak mampu nak urus semua makan tekanan tinggi.

Boleh pakai ke teori ni?

Sempena Raya 08 hari tu aku sempat sebat MODEL kereta mainan Hotwheels (aku gelar Roda Panas) dalam pak promosi. Ada satu model istimewa Designer Challenge yang memang superb lawa.
Tak ada gambar aku nak letak sebab malas nak usha kat laman webnya.
Sebelum balik cuti Raya 08 hari ni juga beberapa hari lepas aku ada tengok program realiti tivi Hell's Kitchen di NTV7. Rancangan pertandingan memasak untuk mencapai gelaran Tukang Masak 5 Bintang dan untuk buka Restoran 5 Bintang sendiri.
Maka aku jalan-jalan terbeli DVD game Hell's Kitchen (aku gelar Dapur Neraka).
Nak tahu kenapa namanya begitu?
Kena tengok program tivi tu.

Atau sesiapa nak cuba main gamenya, boleh request pada aku.

Minggu ni minggu pendek.
Malah suku kedua semester ini memang amat begitu pendek sekali.
Sebulan kuliah (bagi aku tiada kuliah) sebelum tiba peperiksaan akhir yang mengujakan.

Selamat berjayaLAH.

Isnin, Oktober 06, 2008

Stail Peribahasa & Penampilan Istimewa

Kan aku dah cakap.
Jangan risau aku tetap akan sokong filem-filem Melayu walau teruk macam mana sekalipun ceritanya.
Aku telah tonton filem terbaru Ahmad Idham, Senario The Movie Episod 1.

Aku tengok KAMI.
Aku tengok Senario.
Baru aku perasan dua-dua filem ni ada masukkan banyak peribahasa Melayu.
Well, baguslah aku memang sokong begitu.

Komen aku, cerita ni kelakar lah jugak.
Ada beberapa babak yang berjaya buat aku gelak.
Walaupun babak tu macam bangang.
Well, dari segi komedi aku kira Senario dapat kekal reputasi sebagai pelawak.

Ceritanya pula positif dan bermesej yang amat bagus.
Babak-babak yang tidak logik sedikit.
Maklumlah Ahmad Idham sudah banyak pengalaman mengarah filem.

Oh ya, satu perkara lagi yang aku perasan.
Sejak filem Pierre Andre I'm Not Single dan Senario Episod 1 ni, Produser dan Pengarah, David Teo dan Ahmad Idham telah

tampil secara istimewa.
Babak depa tak ada kaitan (tak ada kesan) pada jalan cerita.
So aku kira tu sebagai penampilan istimewa.

Ahad, Oktober 05, 2008

Enjit-enjit Semut Bila Nak Banjir Naik Atas

Masa gua tulis ni hujan turun mencurah-curah dari langit (sambil tu jugak gua layan filem Pensil).
Petanda sudah masuk musim tengkujuh.
Petanda juga sudah masuk ke suku akhir tahun 2008.
Semut sudah naik ke atas pagi tadi.
Semut sudah konvoi bawa makanan ke tempat lain beberapa hari lepas.
Petanda hendak banjir.
Terimbau kenangan Banjir Terhebat di Johor hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.

Ah.
Gua nak minum teh O panas.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Oh Shit! Kena Censor Ka?

Raya ke-4 ja rumah kampung aku sudah sunyi.
Keluarga abang-abang aku dah pulang ke kota semula.
Anak buah tiada untuk membuat bising.
Sunyi memang sepi.
Sebut pasal sepi aku dah tengok Sepi dari DVD.
Original.
Beli ori sebab kualiti.
Sebab baloi.
Expectation pada filem pun OK.
Jadi beli ori.
Sepi almost flawless.
Sayang ada pelakon extra yang gelak fake.
Babak kisah Imaan dalam dewan teater.
Aku tak nak bagi reviu. Nak reviu google ja.
Aku bagi komen atau kritik ja.

Raya ke-4 memang dah sunyi rumah.
Jadi aku keluar ke bandar untuk tidak berasa sepi sangat.
Rindu lagi kat anak buah. (Jangan tak percaya gua ni family man. Nampak ja macam anti-sosial.)
Jadi aku keluar tengok wayang.
Filem Melayu terbaru: KAMI
1 Syawal tayang sekali dengan Senario Episod 1 (dah macam Star Wars ja ada episod ni).
Memandangkan cerita Senario adalah antara filem yang terbawah dalam list prioriti kegemaran aku, aku tengok KAMI dulu.
Jangan risau, aku tetap akan tengok semua filem Melayu. Cuma lambat atau cepat ja. Gua tetap penyapot filem Melayu. Cuma gua akan komen dan kritik (kutuk, barangkali) mana-mana yang patot.

KAMI.
Pertama sekali, kalau korang nak tengok filem ni, korang kena tengok siri tivi KAMI 8 episod tu terlebih dahulu.
Setahu aku tak ada jual lagi kat pasaran tapi kalau kat DCPP-UTP ada. Orang-orang luar yang nak boleh roger.
Siri tivi KAMI tu menarik dari segi penceritaan. Entahlah segi apa aku hentam ja aku tak belajar Seni Perfileman.

Filem KAMI ni agak banyak adegan yang tidak logik (standard filem Melayu).
Kalau diteliti memang banyak jugak lah.
Misalnya yang aku dapat ingat:
Bila Lynn tengok contengan dinding pasal fanzine KAMI, pastu Ali cabut dari kerja datang tengok jugak, pastu Ali ajak dia lepak kemudian masuk babak di kawasan mandi-manda diaorang di mana Abu tengah baca Utopia Trauma sambil baring atas kereta Ali, kemudian Ali dan Lynn datang dan Abu tegur Lynn. Yang tak logiknya kereta Ali tu. Takkan Abu bawak ke situ. Hmmm...
Satu lagi bila 'barang' yang Lynn bawa dalam beg dia tercicir kemudian dua orang Pak Polisi datang bagi balik 'barang' tu kat Lynn. Yang tak logiknya 'barang' tu jatuh selamba macam tu ja.
Ada lagi tapi tak ingat.

Ada kreativiti sedikit.
Contohnya ada mesej yang cuba disampaikan menggunakan objek sekeliling seperti billboard "Ke mana lagi lepas SPM?" dan ada kata-kata inspirasi pada mug yang dipegang oleh SV Ali sewaktu dia condemn Ali pasal kerja dia. Dua contoh ini berkaitan dengan babak yang sedang dimainkan.

Dari segi mesej atau moral cerita ini tak seberapa.
Gig, band, dadah, persahabatan, masalah keluarga e.g penceraian, rahsia, rahsia, rahsia dan rahsia.
Semua orang nak berahsia.
Filem ini boleh jadi sumber inspirasi alternatif.

Karakter paling hidup adalah Abu yang dilakonkan oleh err.. nanti aku check nama dia.

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.

Opps! Kena censor ka? Haha.


p/s: Sebelum balik rumah gua sempat sebat VCD Pensil (akhirnya..), I'm Not Single, Berlari ke Langit (filem agak lama)