Selasa, Januari 29, 2008

Suara Perdana - Entri 5: Sekian, Terima Kasih!

Kepada veteran-veteran TTS,

Jika sebelum ini saya hanya nyatakan nama-nama yang telah banyak berjasa dalam TTS, kali ini suka saya paparkan foto-foto mereka.
Bukan bertujuan untuk promosi atau publisiti, tetapi adalah untuk lebih menghargai lagi jasa mereka yang telah menjadi perintis dan mengembangkan lagi TTS hingga ke generasi baru.


Kesemua veteran TTS bergambar bersama pengasas TTS, Dr Shark. Dari kiri: Lutfi, Azmi Yaacob, Ee, Dr Shark, Haha. Berdiri di belakang: Pot dan Polo.



Azmi "Koba" Yaacob (kanan) bersama Zul CJ (kiri) yang kini sedang menjalani latihan industri selama 8 bulan. Azmi berpengalaman dalam mengarah banyak pementasan sepanjang penglibatannya dalam di bidang teater.



Lutfi Othman (kiri) dan Faiz "Pot" Putra (kanan). Watak Pak Cik memang sentiasa disandang oleh Lutfi manakala watak YB atau Dato' pula sinonim dengan Faiz Putra.


Kiri: Faisal Aziz. Kanan: Lutfi. Faisal berkebolehan dalam teknikal sesebuah pementasan teater.


Semua veteran yang saya sebutkan telah pun melibatkan diri dalam TTS dari awal penubuhan hinggalah sekarang, walaupun sudah graduate. Komitmen luar biasa telah diberikan.

Saya tujukan entri ini khusus juga buat generasi baru TTS yang bakal meneruskan perjuangan teater fitrah bawaan Dr Shark.

"Bukan bakat yang menjadi keutamaan, tetapi minat yang mendalam di dalam bidang lakonan, khususnya teater." - Syafiee.

"Each action has a reaction!" - Lutfi.

"Warm-up sebelum training penting. Stamina kena tingkatkan. Jadi energy tak akan down bila berlakon lebih satu jam atas pentas." - Pacel.

"Chemistry antara pelakon adalah antara perkara yang sukar hendak ditunjukkan dengan baik." - Siapa entah yang cakap ni pun aku tak ingat. Huhu..

Banyak lagi sebenarnya quote yang veteran TTS selalu sebut waktu latihan even waktu makan-makan. Apa pun, ingat perkara ini:

ENERGY.

REACT.

CHEMISTRY.

WARM UP.

DATANG FULL REHEARSAL!
Hoho..

Dan kalau ada lagi yang nak ditambah, silalah tinggalkan komen...

Sekian, terima kasih!

Isnin, Januari 28, 2008

Suara Perdana - Entri 4: Lagi, Lagi-lagi, Gila-gila Asylum

Sudah agak lama juga saya dan rakan-rakan teater yang lain tidak beraksi di atas pentas.

PEMENTASAN TEATER: ASYLUM
SEMPENA EVENT MANAGEMENT SEMINAR (EMS) ANJURAN KELAB MEDIA & TEKNOLOGI (MEDTECH) UTP.
TARIKH: 23 FEB 2008 (SABTU)
WAKTU: 9.00 - 10.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN BESAR UTP
KARYA: DR SHARK
ARAHAN: AKIN MUHAMMAD



Minggu ini Kumpulan Produksi Tronoh Theatre Shop (TTS) sudah memulakan sesi audit untuk pementasan yang terdekat buat semester baru ini di UTP.
Teater yang tidak asing lagi di UTP - Asylum - dipentaskan lagi dan lagi.
Sebagai penonton mungkin ada yang sudah jemu dan tidak ingin menonton lagi.
Tetapi bagi para penteater, mementaskan sebuah teater berkali-kali pun tidak akan menjemukan.
Kerana masing-masing punya minat yang mendalam dan keinginan yang tinggi untuk sentiasa memperbaiki mutu lakonan.
Saya pun tidak ingat sudah berapa kali saya menyertai pementasan Asylum sepanjang kareer saya sebagai pelakon teater.
Kali ini, ramai juga pelakon baru yang akan mementaskan Asylum buat pertama kali.
Peluang ini sudah tentu menjadi platform buat mereka dalam menambah pengalaman dalam teater.
Dan sudah pasti latihan yang konsisten penting untuk pementasan Asylum yang memerlukan semua pelakon memantapkan vokal, energi dan sebagainya.

Dalam masa yang sama juga TTS merancang untuk menghasilkan sebuah video klip pendek ala-ala iklan PETRONAS.
Idea asal Dr Shark dan skrip oleh Khairil Nizam.
Mudah-mudahan berjaya dan akan digunakan untuk publisiti TTS sendiri.
Setakat ini TTS telah menghasilkan 3 video klip pendek yang pada asalnya dihasilkan untuk persembahan Majlis Makan Malam Hari Raya MechE Club, tetapi turut menjadi bahan tayangan di majlis-majlis yang lain.

1. "Komersial Exam Great"
Diinspirasikan daripada iklan pemadam Exam Grade yang mana modelnya adalah budak lelaki cemerlang SPM tahun berapa entah aku pun tak ingat. Huhu..
Jadi kami pun mengiklankan pemadam Exam Great yang mana slogannya "Once Rubbed, All Appear!".

Idea asal: Azmi Yaacob.
Jurukamera: Faisal Aziz.
Audio & Video: Akin Muhammad.
Pelakon: Lutfi Othman, Usop, Faiz Putra, Anwar, Azmi Yaacob.
Arahan: Azmi Yaacob.


2. "Ciptaan Terhebat Abad Ini"

Video ini memaparkan laporan berita nasional tentang isu semasa di dalam UTP. Ramai yang tersekat di jalan raya kerana adanya halangan yang menyusahkan orang ramai yang lalu lalang. Pihak TTS-TV telah berjaya mengupas masalah nasional ini dengan harapan ada pihak berkuasa yang bertindak mengatasi masalah ini.

Idea asal: TTS.
Jurukamera: Faisal Aziz.
Skrip: Spontan.
Audio & Video: Akin Muhammad.
Pelakon: Syafiee, Usop, Faiz Putra, Lutfi Othman, Fauzan, Anwar.
Arahan: Azmi Yaacob.


3. "Pembangunan Yang Terasing"

Isu pembangunan terbengkalai sememangnya sudah lapok. Namun begitu, hingga kini masih banyak pembangunan yang terbengkalai, sehingga tapak pembinaan tersebut terbiar dan menjadi sarang pembiakan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah dan seks bebas. Salah seorang wartawan muda dari TTS-TV telah turun padang dan menyaksikan sendiri satu kawasan di dalam UTP dan menemuramah seorang penduduk berhampiran, seorang Pak Cik yang penuh misteri......

Idea asal: TTS.
Jurukamera: Faisal Aziz.
Skrip: Akin Muhammad.
Audio & Video: Akin Muhammad.
Pelakon: Fauzan, Anwar, Usop, Izzi, Faiz Putra, Lutfi Othman.
Arahan: Azmi Yaacob.


Begitulah serba sedikit sinopsis ketiga-tiga klip video pendek yang telah TTS hasilkan dengan hanya menggunakan kamera video biasa sahaja.

Dalam semester ini juga, kempen Heart For Islam anjuran Rakan Masjid juga akan berjalan dan sudah pasti, kebiasaannya TTS sentiasa mendapat jemputan dari pihak Rakan Masjid untuk mementaskan teater fitrah yang sememangnya menjadi bawaan TTS di bawah naungan Dr Shark.
Dan, memang sudah ada ura-ura pun daripada salah seorang pegawai masjid di UTP ini.
Jadi, nantikan sajalah.

"Angguk-angguk, Geleng-geleng", mungkin? Huhu..

Khamis, Januari 17, 2008

Suara Perdana - Entri 3 : Memang Semua Lelaki Sama, Tetapi Tidak Semua Lelaki Sama

"Filem Setanah Air Setanah Darah Tumpah, Dari Flat Ke Lautan Dalam, Dari Kampung Ke Universiti, Ilham Kembara Indah Semesta, Jauh Perjalanan Luas Pengalaman."


Ya. Begitu panjang lebar tajuk entri ini.

Nampaknya cuti semester kali ini sudah sampai di penghujungnya.
Cuti berdurasi lebih kurang dua bulan ini sudah pastinya menjanjikan waktu rehat yang cukup memuaskan para pelajar sekalian alam, kecuali mereka yang menjalani latihan industri selama 8 bulan.
Saya seperti biasa, tiada apa sangat yang hendak dilakukan semasa cuti melainkan keluar berjalan-jalan, menonton filem di panggung wayang, bermain permainan komputer di rumah dan yang paling utama, menidurkan diri secukup-cukupnya (terlebih cukup rasanya).
Tetapi ada beberapa perkara yang telah menjadikan cuti saya pada kali ini paling istimewa dalam hidup saya.

Alhamdulillah, saya telah berjaya melalui langkah awal dalam membina rumah tangga pada masa hadapan, iaitu bertemu dengan ahli keluarga bakal isteri saya di Rawang, Selangor.
Mungkin perkara ini perkara yang sudah biasa bagi mereka yang sudah lama bercinta, tetapi bagi saya, ini adalah julung kalinya saya berbuat demikian.
Sesungguhnya pertemuan itu mengukuhkan lagi hubungan dan meyakinkan lagi kepercayaan.

Hubungan bertambah kukuh dan kepercayaan bertambah yakin lagi apabila saya telah menghadiri Kursus Perkahwinan & Kekeluargaan Islam di Universiti Malaya pada pertengahan Disember yang lalu.
Ya lah, sekarang ni nak berkahwin kena ada sijil dahulu.
Nak dapatkan sijil kenalah hadir kursus dahulu...
Kursus itu mengandungi semua perkara asas dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia dan diredhai.
Kalau hendak lebih terperinci sudah tentu akan memakan masa tidak cukup hanya dua hari.
Mungkin seminggu atau lebih.
Namun perkara asas adalah yang penting.
Jika asas dikuasai, sudah tentu yang lebih terperinci tidak menjadi masalah besar.
Malah, pelajar sekarang sudah pun mempelajari sedikit tentang ilmu munakahat sejak di bangku sekolah lagi, khususnya bagi mereka yang ada belajar di sekolah-sekolah agama.
Entah mengapa, memang subjek ilmu munakahat biasanya menjadi subjek kegemaran murid-murid, khususnya murid lelaki.
Mungkin sudah lumrah, mungkin naluri manusia begitu.
Suka dan tertarik pada orang yang berjantina berlawanan.
Bukankah manusia ini diciptakan berpasangan?
Bukan setakat manusia, makhluk yang lain juga begitu.
Tetapi saya kesal melihat segelintir umat manusia yang boleh suka dan tertarik pada orang yang sama jantina.
Memang laknat!
Homoseksual, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, sehingga di negara-negara Barat, ada yang sudah membenarkan perkahwinan sejenis ini.
Laknat terkutuk!
Satu perkara lagi yang saya berasa sedikit pelik adalah mereka yang tidak mahu berkahwin langsung.
Memang sudah ada orang begini.
Tidak kira lelaki atau perempuan.
Mereka sudah menetapkan dalam minda mereka sejak muda lagi yang mereka tak mahu berkahwin.
Tak tahulah kenapa pula boleh jadi begitu?
Tidak ada nafsukah?
Tidak ada keyakinankah?
Tidak pula saya mengetahui akan punca-puncanya.
Tidak pula saya rajin mencari bahan rujukan tentang perkara ini.
Mungkin pada hemah saya mereka lebih selesa hidup tidak berpasangan.
Mungkin juga mereka rendah motivasi diri, keyakinan diri, menyebabkan mereka rasa tiada siapa yang suka atau tertarik pada mereka.
Entahlah.

Rasanya saya sudah menyimpang agak jauh dari tajuk saya yang sebenar. Huhu..

Boleh saya katakan saya sudah menonton semua filem Melayu tempatan bagi tahun 2007, kecuali filem 1957: Hati Malaya.
Antaranya yang saya dapat ingat:


ANAK HALAL.
Filem terakhir bagi tahun 2007, memaparkan kisah kehidupan anak-anak muda di dalam komuniti kurang sihat.
Tetapi masih ada yang berperikemanusiaan dan berkasih sayang dalam dunia yang 'gelap' itu.
Itu yang cuba ditonjolkan.
Kesudahan filem ini agak ganas, tragis yang cuba diselitkan dengan kegembiraan.
Untuk lebih lanjut, tontonlah sendiri.


NANA TANJUNG 2.
Saya tidak menonton siri filem ini yang pertama, walaupun fail video sudah lama disimpan.
Seperti biasa, tidak ada apa yang luar biasa bagi filem yang bergenre begini, lebih-lebih lagi filem arahan pengarah filem ini.
Saya katakan, semua filemnya sama walaupun jalan ceritanya sedikit berbeza.
Pelakon-pelakon juga banyak yang sama.


BUDAK LAPOK.
Filem animasi buat tahun ini.
Jika P Ramlee terkenal dengan siri filem Bujang Lapoknya, Budak Lapok adalah filem mengisahkan zaman budak-budak Ramlee, Sudin dan Ajis.
Komen saya bukan pada jalan cerita, kerana pada hemah saya jalan cerita bagi filem bergenre animasi adalah begitu positif dan baik kerana sasaran utamanya adalah kanak-kanak, jadi mestilah menyampaikan mesej dengan cara yang positif.
Tetapi komen saya pada mutu dan kualiti filem animasi negara kita.
Sangat perlahan. Tidak selari dengan kepesatan dunia teknologi.
Walaupun wujud pembelajaran multimedia dengan interaktif, tetapi alangkah bermanfaatnya teori-teori yang dipelajari itu, dan skil-skil yang dimiliki itu dipergunakan sebaiknya untuk memajukan lagi filem animasi negara kita.
Bukan sekadar hendak lulus praktikal media, apabila sudah tamat belajar, dipersiakan sahaja ilmu dan kemahiran yang ada.
Tolonglah negara dengan ilmu dan kemahiran yang anda semua ada, wahai semua mahasiswa dan graduan sekalian.


9 SEPTEMBER.
Filem pertama arahan pengarah muda, Pierre Andre yang merupakan pelakon utama dalam filem Ahmad Idham yang telah menjadi filem box-office Malaysia, iaitu Jangan Pandang Belakang.
Filem ini sesuai untuk mereka yang berjiwa muda, maksud saya, anak-anak muda yang sedang dilamun cinta sejati.
Sila ambil perhatian, saya nyatakan cinta sejati, bukan cinta main-main, bukan cinta tak terbukti, bukan cinta tak terkata, bukan cinta tak terungkap, bukan cinta tak berbalas, bukan cinta buta mata hati, bukan jua cinta antara dua benua. Haha. Apa daa aku mengarut.
Bukan senang hendak mengarah sesebuah filem dengan baik.
Tetapi Pierre Andre menyahut cabaran mengarah filem walaupun usianya bak kata pepatah baru setahun jagung, terutamanya di dalam industri perfileman tanah air.
Filem ini digenrekan sebagai romantik komedi yang mana genre yang memang sedia digemari ramai masyarakat Melayu di Malaysia.
Entah mengapa asyik cinta, komedi, seram, aksi-aksi pit-pit dan mat-mat yang menjadi prefrens masyarakat untuk menghiburkan hati.
Kenapa tidak Buli, Buli Balik, Sumo-lah?
Mungkin saya berat sebelah atau pilih kasih pada Afdlin Shauki.
Tetapi saya memang menghormati stail filem Afdlin.
Lebih-lebih lagi filem Buli dan Sumo-lah.
Dan sudah pasti saya nantikan filem Cuci pada hujung Januari nanti.
Filem 9 SEPTEMBER ini ada sedikit lain dari segi sinematografi di awal-awal filem, tetapi keunikan itu semakin hilang apabila tiba di hujung.
Klimaks saya dapat puji sedikit kerana hati saya agak tersentuh dengan serangkap kata dari skrip yang juga menjadi korus lagu temanya.
(Maklumlah, saya manusia biasa yang bercinta juga. Huhu..)


ORANG MINYAK.
Cubaan yang baik untuk filem genre ini di Malaysia.
Diasaskan dari filem Sumpah Orang Minyak, jalan cerita yang disampaikan dalam filem ini ada sedikit berlainan.
Ada cubaan CG (Computer Graphic) yang OKlah..
Saya bagi rating 5/10.
Yang penting, filem ini ada mesej yang utama iaitu JANGAN IKUT HASUTAN SYAITAN!


KAYANGAN.
Filem ini filem cinta yang OKlah sedikit berbanding filem di bawah ini.
Saya bagi rating 2/10.
Filem ini mengisahkan cinta antara dua darjat yang akhirnya kesampaian.
Semua itu kerana kerelaan.


CINTA YANG SATU.
Filem ini filem cinta paling bosan pernah saya tonton dalam sejarah hidup saya.
Jalan cerita yang sangat perlahan dan tidak menarik kerana terlalu tipikal.
Saya bagi rating 0.5/10.
Tak payah buang masa tengok filem ni.


IMPAK MAKSIMA.
Filem aksi arahan Ahmad Idham ini sesuai ditonton di masa lapang.
Saya rasa saya sudah pernah membuat reviu tentang filem ini di entri-entri yang terdahulu, jadi tidak perlu rasanya saya mengulang kembali.

Lain-lain filem:

JANGAN PANDANG BELAKANG.
PUAKA TEBING BIRU.
SYAITAN.
SUMO-LAH. (Saya sudah buat reviu sebelum ini)
OTAI.
MUKHSIN.


Memang Semua Lelaki Sama, Tetapi Tidak Semua Lelaki Sama.
Kerana setiap ciptaan ALLAH itu UNIK dan pastinya UNIK itu berlainan, tiada yang sama.
Apakah definisi sama?

Anda yang mahir berbahasa pujangga, berbahasa halus, berbahasa arab, berkias bicara, sudah pasti tidak dapat menidakkan kefahaman anda pada tulisan Akin Muhammad.
Jika ya kepada penafian, maka tidak bermanfaatlah satu zarah pun sarungan cincin pada jari kelingkingku selama ini.
Sarungan cincinku berubah, itu bahaya.
Bahaya itu tidaklah besar sangat, cuma tidak perlulah diapipadamkan lagi bahaya semarak itu.

Pesan kata-kata, pesan dunia kepada manusia keras kepala.

Ahad, Januari 06, 2008

Suara Perdana - Entri 2 : Budak Kecil (Melayu) Yang Jujur

Budak kecil lebih pandai melihat sesuatu perkara.
Budak kecil itu lebih jujur.
Budak kecil sedang belajar mengenal dunia.
Budak kecil itu akan menjadi dewasa juga akhirnya.
Alangkah indahnya dunia jika yang dewasa sedia ini menjadi seperti sewaktu kecilnya, jujur.

Dewasa ini, saya lihat ramai dewasa yang sudah tidak jujur sama sekali.
Tidak jujur dalam urusan perniagaan.
Tidak jujur dalam berpolitik.
Tidak jujur dalam pilihanraya.
Tidak jujur dalam urusan rumah tangga.
Tidak jujur dalam persahabatan.
Tidak jujur dalam kerjaya.
Tidak jujur dalam pembelajaran. (Meniru di dalam peperiksaan, sebagai contoh yang paling popular).
Tidak jujur dalam berkata-kata.

Saya khususkan kepada orang Melayu.
Orang Melayu tidak dapat ke mana jika dulu, kini dan selamanya begini dan begitu, macam ini dan macam itu.
Saya pemerhati teliti, pemerhati teliti saya.
Di kebanyakan tempat, saya mudah berasa sakit hati melihat orang Melayu punya perangai.
Oh, mungkin Melayu itu bukan Islam.
Tetapi bukankah sudah sinonim Melayu di sini sedia ada Islam?
Oh, mungkin juga tidak!

Apalah gunanya Islam jika saling bermusuhan?
Apalah gunanya Islam jika sering berburuk sangka?
Apalah gunanya Islam jika doa-doa dipersoalkan akan makbulnya?
Apalah gunanya Islam jika ada hari (Hadhari)?
Apalah gunanya Islam jika tidak mampu berjuang?
Apalah gunanya Islam jika mengagumi pemimpin penghina Rasulullah?
Apalah gunanya Islam jika berpura-pura?
Apalah gunanya Islam jika sudah tiada kejujuran dalam ukhuwah?


Meniru di dalam peperiksaan merupakan suatu bentuk penipuan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Namun ramai yang tidak sedar akan implikasinya kepada kehidupan di masa hadapan.
Walaupun sekali dua, ia tetap perbuatan yang salah.
Ijazah yang dimiliki ada unsur-unsur tidak halal.
Terus, ijazah itu dijadikan aset yang melayakkan graduan bekerja.
Lantas kerja itu jadi tidak bersih kerana sumber asalnya tidak berapa nak halal.
Kemudian wang gaji yang diperoleh juga ada unsur tidak halal.
Wang itu digunakan untuk makan minum dan sara hidup.
Jika sudah berumahtangga dan beranak, diberikan pula untuk menyara mereka.

Jauhkanlah diri kami daripada azabMu yang amat pedih.

Persoalan aqidah adalah pokok.
Ia merupakan perkara utama yang perlu setiap muslim ketahui.
Setiap muslim wajib mentauhidkan Allah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkah Allah.
Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aqidah yang mantap, kuat, teguh, jitu adalah penting.
Lebih penting daripada ibadah.
Malangnya ramai yang menumpukan pada soal ibadah tetapi di akhirnya mereka masih ragu-ragu.
"Aku sudah banyak berdoa. Tetapi hingga kini tiada satu pun yang makbul."
"Aku yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Tetapi.."

Kenapa ada 'tetapi..' pula?
Terlalu banyak persoalan yang timbul dari dalam fikiran yang tidak dilakukan secara berhati-hati terlalu terdedah kepada ancaman hasutan syaitan dan iblis.

Sudah cukup kuatkah aqidah kamu semua?


Tiang merupakan asas yang paling penting buat sesebuah bangunan.
Begitu juga dengan agama.
Tiang bagi agama Islam adalah solat.
Solat fardhu lima waktu.
Tadi saya menyentuh sedikit tentang rukun Islam pertama.
Dan solat fardhu lima waktu pula adalah rukun Islam yang kedua.
Saya sudah banyak memerhati masyarakat Melayu yang saya pasti beragama Islam.
Di merata tempat juga saya telah membuat pemerhatian.
Dan turut bercampur gaul, untuk mengetahui situasi yang sebenar.
Ramai yang sudah tidak begitu kisah akan hal ehwal solat.
Meninggalkan solat fardhu dengan sengaja.
Seperti perkara biasa.

Namun tidak cukup dengan hanya lima waktu.
Solat perlu dijaga sebaiknya.
Solat di awal waktu.
Tapi ramai juga saya lihat solat di minit-minit terakhir.
Secara sengaja kerana yang sebelum itu mereka sibuk dengan urusan duniawi.
Rukun-rukun solat perlu dilakukan dengan sempurna.
Tapi imam di masjid di kampung saya sendiri pun ada yang tidak betul bacaannya.
Makhraj tidak tepat, hukum tajwid tidak begitu nak betul dan sebagainya.
Yang paling jelas nyata sekali ialah toma'ninah yang dilanggar.

Anda faham erti toma'ninah? Dan bagaimana toma'ninah itu baru dikatakan sebagai toma'ninah?

Suatu perkara lagi yang saya selalu perhatikan adalah susunan saf apabila solat berjemaah.
Imam ada juga pesan suruh jemaah lurus dan rapatkan saf.
Tetapi hanya sekadar ucapan lisan.
Imam pun tidak periksa betul-betul saf jemaah.
Walaupun saf hadapan.
Alahai...

Jemaah pun dua kali lima.
Nak solat pun nak selesa. Tak nak rapat-rapat bahu dengan bahu.
Memang Melayu nak selesa ja...
Alahai...


Begitulah serba sedikit pandangan dan pemerhatian saya.
Mungkin ada yang rasa saya sudah tidak islamik walaupun nampak 'innocent' sejak bercinta ini.
Maklumlah, saya sengaja letak gambar saya bersama bakal isteri saya di situs peribadi Friendster, dengan gaya yang memang tidak dapat diterima oleh rakan-rakan baik saya yang baik, walaupun tidaklah ada bersentuhan kulit.
Mungkin ada yang fikir saya berubah.
Berubah disebabkan bercinta.
Atapun berubah disebabkan pasangan saya.
Atau diri saya sendiri.
Mungkin ada yang marah kerana saya sudah tidak melayan perempuan lain dalam hidup saya.
Mungkin ada yang tak restu akan percintaan saya, walaupun keluarga saya dan pasangan saya sudah pun merestui.
Mungkin juga ada yang berfikiran terbuka dan menerima berita ini sebagai berita gembira.

Walau apa pun yang ramai orang akan katakan atau fikirkan, ketahuilah bahawa saya adalah saya yang dahulu dan tiada apa pun yang berubah.
Mungkin anda katakan saya berubah.
Tetapi itu kerana anda tidak pernah melihat saya sebegitu.
Dan anda tidak sampai ke tahap mengenali saya yang memang sudah begitu.
Anda boleh kata apa saja kerana itu hak anda.
Tetapi janganlah apa yang anda katakan itu mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

Salam cinta kurniaan Illahi.

Sabtu, Januari 05, 2008

Suara Perdana - Entri Awal

SALAM MASIHI BARU, SALAM HIJRAH BARU.

Khusus buat pencipta bentuk bulat...


Senyatanya saya berani menghadapi diri sendiri.

Melayu memang terkenal dengan lemah lembutnya, sopan santunnya, manis tutur katanya dan segala macam yang baik-baik belakalah.
Jadi untuk entri kali ini saya mengobjektifkan tulisan saya kepada sesiapa yang merasakan dirinya itu layak menjadi objek pada tulisan saya kali ini.
Memang tulisan ini bertujuan utama untuk menyerang secara peribadi, tetapi biarlah saya mengekalkan adat Melayu, berkias dalam berbahasa kasar, bersindir dalam berbicara kesat.

Banyak tulisan, catatan, nukilan atau karangan saya yang sukar difahami oleh sesetengah pihak walaupun ia tidaklah seberapa seni dan nilai sasteranya tidaklah tinggi, malah boleh saya katakan tidak ada nilai sastera langsung pun.
Malah ada yang tidak memahami itu dari kalangan pembaca novel Melayu yang saban bulan ada sahaja keluaran baru dicetak dan dipasarkan.
Mungkin mereka sudah terlalu sebati dengan dunia kejuruteraan, mekanik, kimia, fizik, elektrik, elektronik sehingga bahasa ibunda yang asas ini pun, jika diputarkan sedikit, dikiaskan sedikit, dimasukkan maksud tersirat sedikit, sudah cukup membuatkan mereka tertanya-tanya maksud sebenar saya dan akhirnya mereka tidak dapat memahami lantas mendatangkan ketidaksefahaman mahupun perselisihan fahaman atau pendapat.
Apa yang saya tulis adalah fahaman dan pendapat saya.
Hanya sekadar pandangan dan pemerhatian insan kerdil yang cukup dan sempurna anggota, cukup sifat dan kepada Tuhan kita bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Adakah penulis seperti saya yang perlu menjelaskan sendiri butir-butir kalimah dalam tutur bicara saya?
Pelik sangatkah? Adakah begitu asing? Adakah ini bukan Melayu?

Pelik atau tidak saya tidak ambil peduli dalam hal ehwal takdir Illahi.

Ada yang berasa gembira tentang status peribadi saya ketika ini.
Ada yang berasa terkejut atau pelik melihat perkembangan atau perubahan drastik pada diri saya ini.
Ada juga yang berasa kecewa tetapi sengaja dikatakan menumpang gembira.
Maaf. Entri ini begitu menusuk jiwa kerana memang itu tujuannya.

Tidak perlu mencampurbaurkan perasaan kerana itu sudah tidak tulen.
Jika kecewa hadir dahulu, kecewalah.
Perasaan yang bercampur baur itu menyusahkan kehidupan organisma.
Walhal hidup ini sebolehnya janganlah dikomplekskan.
Biarkan ia berjalan dengan mudah.
Anda belajar kejuruteraan secara logik dan sistematik.
Sains yang diaplikasikan sememangnya memudahkan kehidupan.
Bukankah begitu?

Bolehlah anda kata saya sudah mabuk cinta, angau dan sebagainya.
Jika saya mabuk saya tidak dapat berfikiran waras memberi erti selanjutnya saya gila.
Gilakah saya bercinta dengan bakal isteri saya?
Adakah saya bermain-main cinta sedangkan saya sudah pun berjumpa dengan orang tua pilihan hati saya? Serta kaum kerabatnya? Adakah ini dikatakan permainan? Permainankah ia? Adakah ada jawapan jitu? Jitukah jawapan yang diberikan?

Memang benar saya mengatakan apa yang tidak dikatakan secara lahir.
Tetapi apa yang saya katakan ini adalah apa yang sewajarnya lahir dari hati budi bicara seorang insan yang tampak wara', zuhud, alim, dan sebagainya.
Pendek kata yang islamik syumul mudah-mudahan bukannya hadhari.

Menghalang keinginan yang murni (sebenarnya) adalah satu kesalahan kecil dalam kehidupan.
Nafsu itu kurniaan, ciptaan Tuhan.
Cuma ia perlu dikawal dengan kebijaksanaan yang datang dari pemikiran yang waras dan seimbang.
Gunakan dan manfaatkanlah kurniaan, ciptaan Tuhan sebaiknya.
Saya pasti ramai yang berpengetahuan tasawwuf.

Mahasiswa/i PETRONAS kan bijaksana belaka semuanya. Bukankah begitu?

Oh, dikatakan saya melupai rakan sedang saya sibuk dengan dunia percintaan.
Benarkah dakwaan tersebut?
Saya sudah katakan saya tidak kisah atau ambil peduli tentang cakap-cakap orang.
Orang memang suka memperbanyakkan mulut tentang orang lain.
Tidak kira sama ada perkara baik atau buruk.
Selagi ia mendatangkan ketidakselesaan kepada si pemilik badan yang dikatakan, selagi itulah ia mendatangkan kemudaratan.
Saya tidak melupai tetapi saya mengurangkan perhatian saya.
Biarlah Tuhan di tempat teragung, Rasul di tempat tertinggi, famili di tempat pertama, permaisuri di tempat istimewa dan seterusnya barulah ditempatkan sahabat.
Baru sahabat. Belum kawan baik, kawan rapat, rakan, kawan mahupun hanya kenalan semata.

Oh Cintaku.
Cintaku ditumpang gembira tapi kecewa.
Tidak bermaknalah gembira itu pada hemah saya.

Maaf dari diri saya jika ada yang tersinggung dek kalimah-kalimah berbunyi kurang enak.
Jika dan hanya jika sahaja yang semata.
Sematalah ia dalam menilai benar tuli dan bohong belaka.