Isnin, November 02, 2009

Subteks

Tinggal berapa jam saja lagi sebelum aku kena bentang projek tahun akhir aku depan internal emotion, eh internal examiner. Maaflah maklumlah sekarang ni asyik-asyik emosi, tak habis-habis dengan emosi. Atau adakah aku memang sentiasa beremosi sepanjang hidup? Ah, memang lah kan. Tiap masa aku akan ada emosi. Kau orang ada emosi tak? Kau orang tahu ke emosi tu apa?

Pagi-pagi lagi aku kelam kabut edit report dan buat selaids. Walaupun projek tak adalah bagus sangat sebab tak berapa nak progresif, tapi aku macam biasa tetap macho buat apa yang mampu untuk berlakon depan penonton atau hakim. Dilarang menggunakan ruang penonton sebab apa guna buat pentas kalau tak guna pentas? Eh, tu dah masuk satu isu lain pulak. Maklumlah baru lepas habis menyakitkan otak sendiri secara sengaja dengan tujuan peribadi semalam. Menjadi gila dan semakin gila hingga capai satu tahap aku menjadi pendiam dan penyakit kepala. Aku sakit otak dan sakit kepala datang mengganggu dan mengacau aku hingga aku jadi racau dan kacau jiwa.

Dan lagi?

Menelan paracetamol dua biji sampai kunyah kunyah kunyah sampai lumat jadi serbuk biar rasa pahit tapi aku tahu aku perlu rasa pahit terlebih dahulu sebelum aku dapatkan ubat yang manis. Maniskah ubat itu? Manisnya tidak dapat dirasa oleh lidah tetapi hati. Mungkin dapat dilihat oleh mata kasar tetapi lebih indah dilihat dengan mata hati.

Dan tukaran seterusnya?

Menjadi seorang pencinta sejati. Cinta hakiki. Cinta pada Illahi. Dalaman siapa yang tahu?



ps: Sekarang aku sudah ada nama diri ketiga. Subteks.

Budak Budak

Mama, nak peluk
Papa, nak duit
Kakak, nak keluar jalan-jalan
Mama, nak cium
Papa, nak mainan
Kakak, nak pergi kedai mainan

Nak mainan itu
Nak mainan ini
Nak model kereta
Nak model aksi figur
Nak pistol mainan
Nak pedang mainan
Nak patung baby
Nak teddy bear
Nak bear bear
bear bear
bear bear

Mama
Adik sayang mama
Papa
Adik sayang papa juga
Kakak
Adik sayang kakak juga
Tapi
Mama, Papa, Kakak
Adik nak adik boleh tak?
Adik perempuan
Nanti adik boleh jadi hero
Diapit dua orang perempuan
kakak dan adik
Boleh tak?

Nanti kalau adik dapat adik baru
Adik nak namakan dia tau
Adik nak namakan dia dengan nama kegemaran adik
"ZLANNS"
Zila Annis la mama, papa, kakak

Mama
Adik sayang mama
Papa
Adik sayang papa
Kakak
Adik sayang kakak juga
Tapi
Adik nak adik baru
Boleh kan...












Kan?

Harapan Vs. Anti-Harapan

Aku baru balik dari bengkel teater. Letih yang amat.
Namun ada kerja lagi yang perlu disiapkan.
Tapi sekarang ni otak aku masih lembap untuk bekerja dan berfikir.
Emosi lebih banyak memainkan peranan dalam diri.
Parah juga dibuatnya kalau terlalu membiarkan emosi berperanan.

Hari ini aku gembira. Gila. Gembira lagi. Gila lagi. Super gembira. Super gila.
Dan ya, aku akui. Aku gila. Gila dengan kerja gila aku yang aku lakukan.
Hari ini aku sedih. Gila. Sedih lagi. Gila lagi. Super sedih. Super gila.
Dan ya, aku akui. Gembira dan sedih adalah adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan.

Bila aku berkata tentang perasaan.
Aku memaksudkannya sebagai sangat internal. Sangat dalam. Sangat peribadi. Sangat rahsia.
Hanya tuan punya diri yang tahu perasaan sebenar.

Sedih itu cinta.

Dalam sisi sedih cinta. Kita sukar untuk mengiyakan kesedihannya.

Terlalu banyak tali gantung harapan melawan anti-harapan.
Terlalu banyak tanggapan melawan kenyataan.
Terlalu banyak perasaan melawan fakta kehidupan.

Yang pasti?

Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Semakin hari aku jadi manusia beraurakan cinta, kasih dan sayang.
Semakin hari jadi aku mengcengkam nadi bagai memutus tali pusat bayi.

Ahad, November 01, 2009

Puisi Kekacauan Cinta

buru!
cemburu
dalam cemburu
ada buru
cemburu
iri hati

aku tamaklah tidak
kufur nikmat tidak
dusta manusia tidak
sakit merana
itu ya

neutralkan hati, jiwa, rasa, dan apa
kini asidic asid mungkin
pedih terhakis sedikit
masam
kini juga basic
alkali

harap
terus berharap
masih ada sisa
saki baki
sekeping
secebis
dek kena asid

duit bukan cinta
cinta adalah hidup

Sabtu, Oktober 31, 2009

English In Camp - Through A Drama Workshop

Aku sedikit sibuk dengan bengkel teater untuk budak-budak sekolah menengah tingkatan 1 dan 3 hujung minggu ni.
Lokasi SMK Raja Permaisuri Bainun.
Dianjurkan oleh All-About Communique Sdn Bhd.
Khidmat TTS diperlukan sebagai fasilitator. Lebih kurang 11 orang semuanya.


Day One

0800 - 0900: Students registration (Grouping & Program Briefing)

0900 - 1030: Workshop 1 - Body & Vocal Warm-up, Ice-Breaking and Vocal Expression Enhancement

1030 - 1100: Coffee-break/interaction opportunity

1100 - 1230: Workshop 2 - Vocal Expression (Emotions)

1230 - 1430: Lunch/rest/prayers

1430 - 1730: Workshop 3 - Improvisation & Ensemble (Via Theatre of The Oppressed)

1730 - 2000: Rest

2000 - 2230: Workshop 4 - Script Reading (The Tragedy of Macbeth)

2230: Supper and end of day one


Day Two

0800 - 1030: Workshop 5 - Scenario Planning & Script

1030 - 1100: Coffee break/interaction opportunity

1100 - 1230: Workshop 6 - Rehearsals & First Elimination

1230 - 1430: Lunch/rest/prayers

1430 - 1730: Workshop 7 - Semifinals

1730 - 2000: Rest

2000 - 2230: Workshop 8 - Final Performance

2230: Supper and end of program



ps: Minta-minta dapat siapkan persediaan untuk pembentangan FYP aku Isnin nanti. Haha. Ini namanya kerja gila. Tahu ada kerja FYP, tapi gatal nak turut serta bengkel teater ini.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Titik Akhir

(Belum sampai lagi di titik akhir)

Titik Pusing

sedang aku tiba
pada satu titik yang lain
aku mula pusing
pening
keliru
runsing

aku terfikir-fikir
untuk pusing
patah balik
atau terus
ke arah yang lain

aku pusing memikir-mikir
kata hati
kata minda
menentang satu sama lain
kejap aku kiri
kejap aku kanan
yang mana satu
yang mana perlu
yang mana benar

dalam membengkok niat
terpasak tiang patah yang rekah
yang pasti tiada kepastiannya lagi
aku masih pusing
memikir-mikir
kata hati
kata minda

yang mana satu harus ku tuju?
mampukah aku kalau aku tuju kedua-duanya?
adakah dua watak yang aku pegang sekarang perlu dipisahkan?

ah, aku pusing dan terus pusing
di atas titik pusing ini
aku berdiri masih
tegak terkadang terbengkok

harap tidak tersesat

Titik Mula

dalam kekang
aku cabang
pada satu titik
aku statik
di situ aku mula
pada dua titik
aku konflik
di situ aku mulakan
kehidupan

sesak dalam tenang
hela nafas
hembus
sa detik
yang penuh
dengan kehidupan
begitu pantas

aku pilih titik mula
jauh lama sudah
hingga kini tidak kelihatan

mana titik mula aku?

Kabus Buntu

kuyu
layu
sayu
sedu
malu
mahu
kamu
aku
penuh syak dalam mimpi
penuh sangka dalam impi

cemburu
buntu
kalbu
pintu
hati adakah akan terbuka
kamu
aku
malu
penuh pinta dalam doa
penuh harap dalam kata

duduknya
di situ
pada suatu
sudut dari pandangan
hari pada mata
deria pada jiwa
dalam pada aku
gelisah
di sini
di situ
aku memerah saraf kuat
dalam sukar tak
tercapai
aku terlupa
denyutan nadi
yang lebih mudah

adakah kemerahan ini
anugerah
atau ia keparahan
akibat nanah

nafas tersekat-sekat
dalam kabus buntu
pada Allah
aku berserah




Akin Muhammad
30/10/2009
6.50 pagi
UTP

Menulis Dalam Gelap

Sejak majlis perpisahan malam tadi aku tidak upaya untuk tidur.
Mata aku juga tidak memaksa tubuh aku untuk rebah.
Jadi waktu Subuh ini aku mendapat ilham.
Untuk aku menulis sesuatu tanpa menaip.
Menggunakan pen berdakwat dan berwarna merah, simbolik perasaan ini.



"MENULIS DALAM GELAP"

Dinihari ini hening
dingin
dalam kamar aku sunyi
menyendiri
langit masih gelap
dan aku
menulis dalam gelap

Andai jiwa ini
bertemu cinta
katakan saja luahan rasa
terumbang-ambing
dihanyut rasa
tiap masa
teringat aku akan
senyumannya
manis wajahnya
begitu indah
pandangan mata

Aku selalu ingin mencuba
dalam gelap
bukan sekadar mahu menulis
malah melukis kehidupan
namun kertas itu sudah pun
diisi dengan lukisan
yang sedia ada elok
dan cantik rupanya
keindahan nikmat cinta
yang dirasa
akan manis dan pahitnya

Namun aku tidak mampu
menipu
aku hanya ada satu kertas
untuk aku tulis, lukis
tetapi
aku tetap mahu menulis, melukis
yang baru-baru
lalu
menulis aku dalam gelap
melukis aku dalam gelap




Akin Muhammad
30/10/2009
6.20 pagi
UTP