Rabu, Mac 19, 2008

Suara Perdana - 14: Hitam Itu Gelap, Gelap Itu Baru SHOW!!!

Subjek yang subjektif buat orang pitam
Bangkit kembali ada pula orang hitam
Sampai terhad waktu koma alat bantuan pun padam
Tamat riwayat pejalan kaki di tengah malam
Memang malam itu malam gelap
Namun apa yang dibekal tidak lengkap
Hanya dengan mata kasar walau tidak berkaca legap
Tiada pula dasar justifikasi yang tegap


Apakan terhuyung-hayang di dalam kegelapan?
Gelap mata memandang, gelap lagi hati yang menerkam jiwa.
Kerna harta, gelap matanya.
Kerna wanita, gelap lagi matanya.
Kerna pangkat, gelap bertambah-tambah matanya.
Oleh itu bersihkanlah mata.
Hindarilah dari habuk kotoran yang merosak binasa.
Jagalah dengan kaca mata tidak legap.
Pasti, jalan di hadapan dapat dilalui dengan begitu berjaya.

Berjaya bukan pada harta, pangkat atau seumpamanya.
Bukan kayu ukur yang utama.
Kerna banyak yang mengutamakan apa yang tidak lebih utama dari yang sepatut dan seharusnya.


Hitam itu memang gelap dan tak akan pernah luntur menjadi putih.
Tetapi ia boleh jadi kelabu saban waktu dan tidak mustahil menjadi putih.
Seperti awal barisan kata-kata yang mana subjek itu subjektif.

Gelap itu pula kebiasaannya SHOW!!! Show teater.
Kini belum ada lagi show teater yang akan dipersembahkan.
Hanya mime dan sketsa di Sunway minggu hadapan sempena ICPER 2008.
ICPER: International Conference of Plant Equipment Reliability.

Oleh itu, hitam itu tidak semestinya gelap.
Gelap itu pula sudah pasti SHOW!


Malam tadi saya telah menghadirkan jasad saya dan separuh roh saya ke majlis Sports & Co-Curriculum Appreciation Night bertempat di Undercroft Chancellor Complex.
TTS telah dijemput kerana telah memenangi persembahan ketiga terbaik dalam Festival Teater Perak tahun 2007.
Dengan ini saya turut sampaikan KALUNGAN PENGHARGAAN kepada mereka yang terlibat dalam FTP07 yang tidak dapat menghadiri majlis itu atas sebab kerjaya masing-masing.
Mereka adalah:

Khairul Amin Umar@Adli
Lutfi Othman
Mohd Zulfadzli Ayob
Mohd Nor Faiz Putera Shamsul Arifin
Mohd Faisal Aziz
Muhamad Faizal Hassan
Nurul Ashikin Tasnuddin Abu Bakar
Ainor Syafarizan Mohamad Yusof
Nur Azirah Mat Radzi



Bagi saya penghargaan itu penting.
Penghargaan bagi setiap usaha yang dilakukan oleh setiap individu atau kumpulan.
Dari situ, motivasi sudah pasti akan terserap dalam diri.


Imaginasi ditelan lubang hitam.
Terperangkap pemikiran dibendung kabus kemelut.

Isnin, Mac 17, 2008

Suara Perdana - 13: Efek Kura-kura

Kini saya perkenalkan pada anda semua...


"EFEK KURA-KURA"


Rekaan replika kura-kura saya bernama Kuraman. (sebut: Kura-Man)



Cengkerang keras. Macam perisai peribadi. Ya. Memang.
Main sembunyi-sembunyi kepala.
EMPAT (4) kakis SAHAJA sewaktu pantasnya Sang Arnab berjalan sedang Kura-kura berlari.
Comel dan cantik menarik tertarik tetapi ada saja tetapinya.



Kuraman terkena efek lubang hitam di otaknya.

Dia kembali ke zaman lampaunya di mana dia tidak pernah melalui zaman itu.

Diinspirasikan dari filem "The Butterfly Effect"

Tetapi diselitkan elemen sindiran terhadap sikap masyarakat sekarang melalui watak Kuraman.



Ini teater masa depan saya sama ada akan dipentaskan di dunia realiti mahupun fantasi.

Sabtu, Mac 08, 2008

Suara Perdana - 12: Gelombang

Alhamdulillah saya sudah selamat pulang ke kampung halaman saya di Kampung Parit Samijan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada lebih kurang pukul 11 malam.
Hari ini 8 Mac 2008 merupakan hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-12 negara Malaysia.
Memandangkan saya belum cukup umur untuk mendaftar sebagai pemilih, saya menggunakan waktu cuti umum ini (memang cuti pertengahan semester baru sahaja bermula hari ini) untuk keluar membeli-belah apa-apa yang patut, kurang patut atau tak berapa nak patut bersama, siapa lagi kalau bukan Najwa.
Seawal pagi lagi saya sudah bertolak ke KL Sentral.
Sama awal dengan orang awam yang hendak pergi mengundi.
Di kawasan abang sulong saya menetap (Bandar Tun Razak) pula, orang sudah mula bertandang ke pusat mengundi sebaik selepas saya bersarapan pagi.
Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding mewakili PKR di Parlimen Bandar Tun Razak sementara lawannya adalah wakil cina dari BN.
Ayah saya di Parit Raja pula berkhidmat sebagai Polling Agent di pusat mengundi DUN Parit Raja iaitu di bekas sekolah rendah saya dahulu, SK Pintas Raya, dari awal pagi hinggalah dia mengambil saya setelah saya tiba di stesen bas Batu Pahat (setelah dia habis mengira kertas undi).

Hari ini memang saya membeli-belah.
Duit saya tidaklah banyak mana tetapi mampulah nak beli apa-apa yang berkenan.
Dan bukannya banyak mana pun yang saya berkenan.
Saya berjaya membawa pulang beberapa helai baju-T yang telah memecah tradisi saya, iaitu bukan berwarna hitam.
Mak saya sudah pening saya terlalu banyak baju berwarna hitam.
Najwa pula seterusnya sudah pening dan tidak mahu saya menambah koleksi kehitaman saya lagi.
Walaupun hitam nampak kemas, hitam itu menawan, hitam itu selamanya, hitam mutu keunggulan, hitam bererti tiada kelemumur, nama saya Rain.
Jadi, warna merah dan merah jambu menjadi pilihan kalbu.
Alamak, jambu lah pulak pakai meraj jambu.
Eh tidak boleh. Jambu itu sensitif. (Siapa yang makan jambu, sudah pasti merasa airnya)
Oh, saya juga telah dihadiahkan sehelai baju-T Samuel & Kevin berwarna kelabu kebiruan yang saya terus pakai pada hari itu juga.

Setelah lama saya tidak menonton dan mengikuti perkembangan filem tanah air, hari itu saya telah menonton filem terbaru Razak Mohaideen berjudul Duyung dengan penampilan Saiful Apek, Maya Karin dan Awie.
Rasanya ini filem tempatan kedua yang saya sempat tonton setelah Kala Malam Bulan Mengambang.
Saya terlepas Cuci. Tak apa. Boleh tonton VCD/DVD.
Saya sudah terlalu biasa dengan filem Razak Mohaideen, jadi saya bagi rating sederhana dalam 5/10.
Mungkin saya akan tonton filem Anak pula selepas ini.

Saya pulang ke Batu Pahat menaiki bas Transnasional pada pukul 6 petang.
Dan tiba pada pukul 9.15 malam.
Ya waktu malam inilah detik penentuan keputusan pilihan raya.
Lepas selesai semua urusan kendiri saya, saya dan ahli keluarga yang lain kekal berada di hadapan peti televisyen hingga hampir pukul 3 pagi.
Itu pun belum habis lagi keputusan rasmi diumumkan.

BN menang PRU12 dengan majoriti mudah 140 daripada 220 kerusi parlimen.
Al-nampaknya BA telah menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen.
PAS, PKR dan DAP dalam pihak BA memperoleh lebih kurang 80 kerusi parlimen (saya tidak dapat ingat dengan tepat - lihat sendiri di laman web rasmi).

Di Johor pula PAS dan DAP dapat juga menembus masuk 2 hingga 3 kerusi.
Johor memang kubu kuat.
Orang Johor banyak Jawa kot~
Jawa bukan sebarang Jawa. Totok~ Kot~
Harga kepala (kelapa) sawit naik waktu nak pilihanraya sampai RM700 per tan, orang Johor yang tak berfikir dengan begitu bijaksana terperdaya.
Maaflah orang Johor ya.
Saya pun orang Johor juga.
Bukan saya tak bangga dengan keJohoran saya tetapi....
(banyak aspek yang saya tidak begitu kagumi)
2 kerusi yang dimenangi oleh PAS di Johor adalah di Maharani dan Sg Abong.
Adalah jugak...

Secara keseluruhannya, kali ini rakyat mahukan perubahan.
Suara rakyat telah kita saksikan.
Jadi bagi mereka yang berkuasa memerintah, silalah jalankan tanggungjawab anda dengan penuh bijaksana, dedikasi, jujur dan amanah.
Suara pembangkang sudah banyak di parlimen, saya harap kerajaan yang baru akan dapat menjaga KEBAJIKAN rakyat dengan lebih baik, lebih maju.
Barulah tak ramai yang kutuk kerajaan.
Barulah orang ramai boleh nak sokong kerajaan.
Barulah teater Asylum kurang pedasnya.
Itupun kalaulah korupsi tidak ada.
Kenapa perlu ada korupsi?
Salahguna kuasa.
Ada buat tahi.
Nak cover tahi jadi guna kuasa, guna duit untuk tutup.
Kalau tak buat tahi, tak perlu pening-pening kepala nak tutup-tutup.
Nak tutup pulak terpaksalah buat tahi yang lebih besar lagi.
Jadi bertambah-tambah tahinya.
Jadi bertambah-tambah busuknya.
Jadi bertambah-tambah rosaknya.
Lagi-lagi pula kepala tahinya lemah longlai lemak berkrim.
Siapa rasa?
Tanyalah budak mentah politik lulusan luar negara.

Gelombang kuning tempoh hari.
Gelombang biru melanda Terengganu entah ada pula bas melancong-lancong di hari mengundi.
BA hantar ramai wakil yang hebat bertanding dan kalah pun tipis dengan majoriti sedikit.
Teringat pula saya pada nenek tua yang bertanding sekali dengan Mohammad Sabu dari PAS.
Kalau nenek tua tidak menyebuk, saya rasa wakil PAS itu dapat menang kerana majoritinya begitu sedikit dalam 600 lebih, sementara nenek itu mendapat 600 lebih undi.
Tidak mengapa.

Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan telah dikuasai BA.
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak Sabah memang sukar hendak ubah Melayu dan orang asli duduk pedalaman.
PRU12 menunjukkan prestasi BA yang meningkat.
Lebih-lebih lagi setelah Anwar Ibrahim dibebaskan, dan ditambah pula dengan pengakuan Mahathir yang menzalimi Anwar sewaktu dahulu.
Tetapi peristiwa 1999 itulah yang telah merubah pemikiran satu keluarga saya.
Dan ramai lagi pengikut BN sebelumnya.

Salam pilihan raya.
Salam tsunami politikal.
Salam gelombang.

Ahad, Mac 02, 2008

Suara Perdana - 11: Sepenggal Pantas

Puisi Tentang Seseorang
- Dian Sastrowardoyo

Ku Lari Ke Hutan Kemudian Menyanyiku..
Ku Lari Ke Pantai Kemudian Teriakku..
Sepi, Sepi Dan Sendiri Aku Benci..
Ingin Bingar Aku Mau Di Pasar..
Bosan Aku Dengan Penat..
Seperti Berjelaga Jika Kusendiri..

Pecahkan Saja Gelasnya Biar Ramai..
Biar Mengaduh Sampai Gaduh..
Ada Malaikat Menyulam Jarring Laba-laba Belang Di Tembok Kerato..
Kenapa Tidak Ko Goyangkan Saja Loncengnya Biar Terdera..
Atau Aku Harus Berlari Ke Hutan..
Belok Ke Pantai..?

Bosan Aku Dengan Penat..
Dan Enyah Saja Ko Pekat..
Seperi Berjelaga Jika Ku Sendiri..



"Saya happy dengan Happy(TM)! Ia membuatkan hidup saya lebih aman, maju dan harmoni; cemerlang, gemilang dan terbilang; dulu kini dan selamanya. Terima kasih Happy(TM)!!!"


Saya agak gemar akan Puisi Tentang Seseorang ini.
Dalam filem Ada Apa Dengan Cinta.
Didendangkan oleh Dian.

Dahulunya juga saya seorang pemuisi.
Begitu banyak puisi telah saya nukilkan.
Cepat saja idea datang ketika waktu sibuk mahupun senang.
Adakah seni itu perlu sentiasa diserlahkan?
Jika tidak, lama kelamaan ilham sukar datang?

Dalam seni itu sendiri pun, ada percanggahan.
Dari segi fahaman, bawaan, budaya, adat resam, dan agama.
Mungkinkah kerana sifat seni itu tidak membataskan semuanya?

Adakah pula seni itu menyatukan jiwa?
Adakah seni itu menyatukan ummat?
Jawapannya sepatutnya Ya.

Tetapi adakah ia benar-benar menyatukan ummat, jika dalam berteater sekalipun, khususnya bila bertanding antara satu sama lain, elemen politik perlu dimasuk campur?
Adakah politik wang, politik tak telus kerajaan pun hendak memBABIt sama dalam berteater sekalipun?

Kita dapat lihat.
Teater, tarian, nyanyian, sastera.. Ini adalah antara contoh biasa kita dapat saksikan.
Teater pun ada pelbagai rupa dan jenis.
Pelbagai bawaan dan fahaman teater.

Sepastinya budaya Melayu lebih nyanyian.
Dan juga tarian.
Dan juga lakonan dalam drama TV atau filem komedi realiti/kehidupan murahan.
Atau filem seram + komedi + drama + cinta.
Penggiat teater tak seramai penyanyi.
Ditambah pula dengan OIAM, MI, AF, GS, dan adalah beberapa lagi, yang menjadi platform bagi mereka yang minat menyanyi.
Tak salah pun hendak menyanyi.
Malah ramai juga yang berteater, pun gemar menyanyi.
Bukankah muzik itu salah satu keperluan hidup manusia?

Seni itu memang seni.
Sesiapa yang memahami, mengenali dan menghayati Seni, tentunya dapat menjawab soalan ini:
"Siapakah Seni?"


err.. Bukan Sani ya.


Saban semester saya di UTP ini, saya rasakan semakin pantas satu penggal berlalu.
Hujung minggu ini sudah pertengahan semester dan begitu cepat sekali berakhir lazimnya dengan peperiksaan yang seharusnya diambil mudah tetapi dengan persediaan.
Tidak perlu tertekan dengan peperiksaan.
Pemikiran yang positif penting, bukan?
Kuasa minda..
Power of mind..
Dapat mengawal segala-galanya yang kita sedang dan akan lakukan.
Sebab itu kita perlu jaga minda kita.
Supaya sentiasa waras.
Minda juga ada kaitan dengan hati.
Lihatlah manusia, begitu sempurna, terlalu sempurna ciptaan ILLAHI sehingga minda dengan hati pun ada kaitan dalam proses kehidupan.
Bukan setakat lahiriah tetapi batiniah ciptaan itu.

Selamat berjaya bagi mereka yang akan menghadapi ujian-ujian, tugasan dan sebagainya.
Sentiasa berfikiran positif, insyaAllah kerja dapat dilakukan dengan mudah.
Tidak perlu tertekan dengan bebanan tugasan atau ujian teori yang berturut-turut hari-hari.
Membazir masa saja.
Kan lebih baik waktu tertekan itu kita gunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat?

Jadi, lagi sekali.
Sentiasa berfikiran positif.

Jika perlu, carilah REMEDI!