Jumaat, November 27, 2009

Welcome To Malaysia

Aku juga berseni dalam mengambil gambar.
Cuma aku tak berniat lagi ingin mendalami ilmu fotografi.
Mungkin pada masa akan datang.
Gambar yang aku ambil biasanya juga refleksi pandangan seni teater aku.
Seperti dua gambar di bawah ini.
(Jangan terlepas baca judul entri ini.)



Kadang-kadang susah kan nak faham?
Memanglah.
Baru seni namanya.

Khamis, November 26, 2009

Aku Bukan Kasanova Baca Kasanova

Kota Lumpur banyak sudah berubah. Sedikit demi sedikit. Pudu Raya. Stesen LRT. Sudah agak lama aku tidak menjenguk kota besar itu. Kali terakhir adalah sewaktu show teater bulan lepas. Baru sebulan. Tapi rasa macam lama. Ternyata bayangan kenangan itu masih jelas terpampang pada layar minda. Bila aku terjaga dari tidur yang lena dan panjang dari sebelum memasuki Batu Gajah dalam perjalanan menaiki bas itu, sudah dapat aku lihat cahaya lampu bangunan bangunan pencakar langit. Lantas aku tersenyum dalam hati. Walaupun jiwa aku bukan di kota. Tetapi aku tetap akan tersenyum setiap kali aku memasuki kota itu. Mungkin dalam kota itu ada isi-isi yang memberi makna kehidupan aku.

Begitulah kota. Sekejap benar akan berubah.

Mak dan ayah aku sudah berada di Putrajaya sejak Jumaat yang lalu. Isteri abang sulong aku baru saja melahirkan anaknya yang ketiga. Pada 2 Zulhijjah 1430H. Berjantina lelaki sejati. Diberikan nama Lukman Al-Rayyan bin Mohamad Faizal bin Amat. Jadi aku bermalam di Putrajaya sebelum pulang ke kampung bersama mak dan ayah pada keesokkan harinya. Sebelum pulang dapat juga singgah di rumah abang aku yang nombor dua di Seksyen 18 Shah Alam.

Singgah sana sini. Nampaknya.

Kampung tak banyak berubah. Boleh kata tak berubah apa pun. Cuma projek pembesaran jalan raya di depan kampung aku tu baru nampak ada progres sedikit. Tapi masih belum siap. Umpama budak tahun akhir yang buat FYP tapi tak ada progres tiga hingga bulan. Malah lagi teruk daripada perumpamaan itu. Yang lain masih sama. Parit yang tidak cantik yang sama. Rumput-rumput yang semak samun yang sama. Orang-orang kampung yang masih sama.

Begitulah kampung. Sememangnya berbeza daripada kota.

Aku masih lagi dalam mood ingin berehat. Tidak mahu berbuat apa-apa yang memerlukan aku berfikir. Okay, mungkin main game komputer perlu fikir sikit-sikit. Mungkin bila dah cukup rehat nanti aku akan pergi mengembara. Sama ada mengembara secara real mahupun imaginari.

Masa di rumah abang aku di Putrajaya, aku sempat baca satu buku teater yang aku pinjam tempoh hari. Kemudian anak buah aku sibuk juga mahu bukak dan baca buku cerita. Bagus juga macam tu. Kalau tak asyik main saja memanjang. Memanglah budak kecik selalu dan suka main tapi tak boleh lah asyik nak main saja kalau dah bersekolah tu. Aku tak buat keputusan lagi aku nak pakai topeng mana satu bila aku jadi ayah nanti.

Aku baca buku Pegangan Pementasan Drama oleh Kalam Hamidi. Ada sedikit asas-asas teater tapi aku malas nak baca sebab sedikit bosan. Maklumlah, orang lama yang tulis. Jadi aku terus baca skrip-skrip yang ada disertakan dalam buku tu. Skrip pertama, Nyiur Gading Puncak Mahligai. Genrenya tidak dijelaskan oleh penulis. Tapi bila baca macam bangsawan. Aku tak baca habis sebab sedikit membosankan. Terus aku baca penamatnya. Happy ending.

Kedua, skrip berjudul KASANOVA. Aku baca sinopsis... menarik!


Cerita rekaan ini berbentuk komedi. Ia mengisahkan seorang guru agama yang fanatik. Punya seorang anak bernama Zulkifli. Zulkifli mendapat pendidikan sekolah agama di Kelantan. Zulkifli baru sebulan bekerja sebagai ustaz di Sekolah Agama Datok Keramat, Kuala Lumpur.
Kerana minat dan berbakat, Zulkifli melibatkan diri dalam kumpulan teater dan terpilih sebagai pelakon utama dalam teater berjudul "KASANOVA".
Ketika gambar Zulkifli tersiar dalam akhbar dan majalah untuk publisiti, ia menggemparkan penduduk kampungnya terutama keluarganya dan keluarga tunangnya.
Untuk mengatasi masalah agar jangan sampai Zulkifli jatuh hati kepada heroin teater yang bernama Siti Norbaya seperti tersiar dalam akhbar, maka keluarga dua belah pihak bersetuju memanggil Zulkifli pulang segera dengan alasan ayahnya "mati" melalui telegram.
Ketika Zulkifli pulang nanti mereka merancang menangkap dan memaksa Zulkifli dinikahkan dengan tunangnya Siti Maryam.
Namun rancangan "kahwin tangkap" itu digagalkan oleh sahabat karib Zulkifli bernama Lebai Kidam dengan cara lebih dahulu mengirim telegram kepada Zulkifli.
Ketika Zulkifli pulang dengan Siti Norbaya semua terperanjat besar. Lebih-lebih lagi Zulkifli mengisytiharkan "Siti Norbaya" itu isterinya. Majlis gempar. Ayah pengsan dan tunang lari.



Apa yang menarik adalah isu-isu yang cuba disampaikan oleh penulis di dalam karya ini. Kalau TTS mahu pentaskan satu teater realism nanti, karya ini boleh jadi salah satu pilihan yang recommended. Tidak membosankan dan tidak terlalu kosong dari segi seni dan isi. Mungkin aku patut fotostat skripnya untuk simpanan masa depan.

Atau aku patut fotostat otak aku?

Selasa, November 24, 2009

TER-

satu prefix

dua kontradik

tiga logik

empat melankolik

balik lah

esok aku balik kampung lah

singgah di kota lumpur dulu lah

jumpa mak dan ayah lah

serta famili abang sulong aku lah

jadi ini mungkin entri yang

TER-

akhir. lah.

sebelum terlambat

selamat hari raya aidiladha

pada semua muslim





selamat bercuti panjang

buat diri aku

dengan izin Allah

cuti panjang aku tiadalah kosong

berisi diisi TER-

-isi.

Isnin, November 23, 2009

Pecah Kaca Pecah Gelas Pecah Kata Pecah Ikhlas

Penemuan terbaru:

Teater perlukan passion (dan soul).

Kekasih punya banyak kasih (kasih-kasih). Jadi kekasih bukan satu.

Anak buah seorang lagi. Menjadi kejutan. Menjadi kurniaan. Sempena Hari Raya Qurban.

Khutbah Jumaat tentang qurban. Trigger idea untuk menceritakan kisah Nabi Ibrahim dalam bentuk yang kreatif yang aku belum jumpa lagi bentuknya di atas pentas.

Karya aku "Lif" sudah jadi "L.I.F" (Lelaki-lelaki Itu-sambung sendiri).

Ada dapat idea baru untuk monolog/teater yang sengaja mengikut 'pasaran': U-Wei punya filem "Jalang" tayang hujung bulan ini.

Kemudian ada chatting dengan kawan lama trigger otak seni aku untuk buat cerita dengan judul yang lebih kurang sama.

Tapi sudah pasti aku tak mahu benda yang sama.

Si Jalang itu boleh jadi namanya.

Boleh jadi dia berasal dari negeri Terengganu.

Lebih eloklah kalau Jalang Pulang ke Pangkal Jalan.

Jadi "Jalan JalanG". Ada subteks ke? Tak ada? Tak mengapa.

Tipikal lah.

Dah ramai orang buat lah.

Memang pun.

U-Wei pun buat lagi.

Zaman dulu-dulu Sofea Jane bintangnya.

Cuma sekarang lebih terbuka kerana judul filem sebegitu dah boleh diluluskan.

Mana taknya. Adegan mandi bogel nampak sampai paras pinggang diambil dari sudut belakang dalam filem - eh kau orang carilah sendiri ya filem apa - boleh lepas.

Mengarut.

Berbaloi ke?

Pecah kaca

pecah gelas

Sudah baca

harap balas.

Pantun biasa budak sekolah rendah.

Pecah KATA

pecah IKHLAS.

Masih tak paham.

Kenapa U-Wei buat Jalang.

Mengeluh.

Tak didengari.

Marah.

Tak dirasai.

Teater perlukan passion dan soul.

Itu definisi teater aku.

Definisi teater kau?

Mesti lain.

Kan?

Ke tak?

Hmmmmmm....

Pecahlah kaca
pecahlah gelas
bahaya lah pecahkan gelas
nanti serpihan-serpihan kaca bertaburan atas tanah atas lantai atas apa-apa benda yang membolehkan sesuatu diletakkan di atasnya
bahaya bila gelas pecah
kalau kaki orang terpijak nanti luka berdarah merah pekat
luka memang boleh sembuh
tapi bekasnya tetap tak akan hilang
nak hilangkan secara fizikal boleh buat surgeri plastik
tapi secara tidak fizikalnya bekasnya tetap ada
di situ
ya di situ

di mana?
kau tak tahu di mana?
di situ lah... di mana lagi kalau bukan di...

HATI.

Oh?
Bukan JIWA?

Hati itu bukan jiwa ke?

Bukan.

Bukan, rasanya lah...

Habis tu, hati tu apa?

Jiwa tu pula apa?

Hati itu ibarat motokar.

Jiwa itu ibarat orang yang memandunya.

Oh...

Itu macam ka?

Ya.

Ya, macam itu lah.

Habis?

Habis?

Dah habis?

Oh? Ya, dah habis dah.

Dah boleh balik?

Balik? Balik mana?

Balik ke sana.

Oh. Boleh. Silakan lah.

Selamat tinggal.

(Bunyi kaca dipecahkan)

Jumaat, November 20, 2009

Black Box TTS

Biasanya bila aku sedang belajar dan ulang kaji pelajaran, ada saja idea teater yang muncul.

Plan konsep ABL sudah hampir siap sepenuhnya. Tekniknya, setnya, kostumnya. Cuma harus diteliti lagi. Sebab aku hanya conteng-conteng saja pada salinan skrip asal tu. Guna pen merah. Bersemangat sikit. Konon sajalah. Lagipun ABL guna warna hitam putih merah saja. Kalau boleh lah. Kalau tak boleh tak apa. Guna warna warni. Tak jadi masalah.

Kalau Bangsawan Jebat tak boleh dianjak dari Mac ke Jun 2010, penat juga nanti. Mungkin hanya dapat pentaskan ABL pada sebelum study week, macam sebelum-sebelum ini. Bulan Mei lah tu. Itu pun kalau ada orang yang sudi nak berlakon. Dan ada orang yang sudi nak nonton. Tapi di kampus ni paling cikai orang datang pun lebih daripada 20 orang. Harap-harap suatu hari nanti TTS dapat miliki sebuah bilik kecil di UTP yang boleh dijadikan black box. Jadi kalau purata audiens yang datang dalam 30 orang, black box tu boleh dikatakan nampak penuh. Maklumlah pelakon ni semua selalu mengharapkan audiens yang ramai baru perform bagus. Tapi ada benarnya juga. Ia satu faktor eksternal. Ada macam satu hubung kait antara bilangan audiens dengan energi pelakon. Macam sajalah. Tak tahulah betul ke tak? Ada kertas kerja ke? Entah.

Sebenarnya aku tersekat di perpustakaan kampus ini. Sedang tunggu hujan teduh. Tadi pergi pinjam beberapa buah buku tentang teater. Ada juga buku pasal teater di sini. Banyak dari Barat. Tak kisahlah. Asalkan boleh baca waktu cuti semester nanti. Buku pasal teater Melayu tak ada. Adalah sekeping dua. Itu pun tak banyak kandungannya. Mungkin waktu cuti nanti aku akan singgah KL untuk pergi lawat kedai buku DBP. Sah-sah banyak buku-buku lama pasal teater yang murah. Nak cari pasal bangsawan. Biar pun aku tak ada pegang apa-apa jawatan penting dalam produksi bangsawan nanti. Eh, ada. Pereka set. Kot? Bersama pasangan seni aku, SEFA. Dah dia pun mengaku dia pasangan seni aku. Aku pun dengan berfikiran terbuka dan tanpa rasa bersalah menerimanya. Sekurang-kurangnya, selain bertemankan Seni, ada juga teman berbicara tentang seni.

Melalui pembacaan artikel-artikel dalam internet dan blog-blog peribadi penggiat bangsawan, dapatlah sedikit gambaran macam mana bangsawan dipentaskan. Walaupun skop tugas aku hanya pada set tetapi aku ingin tahu secara keseluruhannya. Barulah seronok dan menarik. Mengikut kehendak produser dan pengarah dan diktator, aku dan SEFA perlu mereka set yang unik, pelik dan berbeza dengan set-set yang pernah dibuat oleh kumpulan bangsawan lain. Ya, aku boleh katakan idea itu satu idea berani. Berani untuk mencuba sesuatu yang baru, yang boleh menjadi isu pertikaian penggiat mahupun tokoh bangsawan yang aku rasakan berpegang teguh pada pendirian seni bangsawan mereka bagi mengekalkan adat tersebut. Tapi, dunia sekarang semakin mencabar bukan? Keterbukaan minda menjadi salah satu aspek penting yang dinilai oleh masyarakat. Ya, seni bangsawan asli perlu dikekalkan tapi dalam masa yang sama perlu mengikut arus kemodenan. Sama saja dengan asal usul sejarah teater dari zaman dulu dan berevolusi mengikut zaman kesan daripada situasi zaman tersebut. Well, aku tak arif lagi tentang sejarah teater. Mungkin lepas baca buku-buku yang aku pinjam tu, aku boleh tahu serba sedikit.

Hmm.. hujan masih belum berhenti sepenuhnya. Renyai-renyai masih. Membasahi bumi. Dan isi-isi bumi. Aku boleh dikatakan alergik dengan hujan renyai. Boleh jatuh sakit. Demam. Kalau kena hujan renyai kena cepat-cepat basuh kepala atau mandi terus. Itu pesan mak dulu-dulu. Tapi sekarang mungkin dah tak.

Hujan juga disifatkan seolah-olah satu sistem scrubber. Kalau ada partikulat mencemar pada udara, hujan memainkan peranannya seperti sebuah sistem scrubber, macam dah disebut tadilah. Malah, ada kira-kira berasaskan satu model berkenaan hujan sebagai scrubber. Aku rasa aku dah tertekan suis OFF otak seni pula. Maklumlah. Kadang-kadang aku begitu. Ini mesti sebab sepatutnya tengah ulangkaji benda tu sekarang tapi tak bawa nota kuliahnya pulak. (Walaupun boleh saja kalau nak buka di e-learning...)

Oh ya, aku akan balik kampung Selasa depan 24 hari bulan. Petang lepas Asar. Balik seawal mungkin selepas peperiksaan. Naik bas ke KL petang tu. Kalau keadaan tak mengizinkan aku untuk bermalam di KL, aku akan terus balik kampung. Dah lama juga tak balik kampung sejak Hari Raya tempoh hari. Entah apa jadi dengan projek pembesaran jalan depan kampung tu. Dah besar dah. Empat lorong. Tapi sebab kawasan situ kawasan kemalangan maut. Jadi kena besarkan lagi sikit jalan untuk buat simpang nak masuk ke dalam kampung dan pusingan U sekali. Kawasan Jalan Kluang tu memang kawasan maut. Kereta pun boleh tahan laju. Lebih teruk lagi, kenderaan besar dan berat jauh lebih laju berbanding kereta.

Nampaknya hujan macam dah berhenti. Lebih baik aku berhenti di sini. Redah sajalah pulang ke bilik. Kalau buku-buku ni basah lantaklah. Yang basah boleh dikeringkan. Yang kering jangan suka-suka nak basahkan. Jangan subtekskan ya, terutamanya buat Encik Mad (I tahu you baca blog I, macam ada seorang Profesor Bersekutu tu juga...)

Salam seni.



Akin M.

dari UTP IRC

Bangsawan Atau Bangsatwan Atau Bang Sawan?

Mungkin tak ramai yang tahu. Aku dibesarkan tanpa hiburan.

Persepsi aku dulu. Hiburan itu melalaikan. Yang tak melalaikan hanya yang Islamik. Jadi aku memang dengar nasyid sahaja untuk berhibur dan kalau tengok tivi bersama kedua orang tua aku, siaran akan ditukar apabila ada drama tivi yang ada perempuan seksi atau adegan disko atau dangdut. Dan kalau tiba waktu Maghrib. Mak ayah tak bagi tonton tivi. Walaupun aku tak pernah dirotan sebab aku memang tak pernah buat salah di rumah. Namun aku tak jadikannya sebagai satu keselesaan atau kelebihan untuk aku besar kepala atau tidak menghormati mereka.

Namun semakin meningkat dewasa. Semakin kedua orang tua aku 'melepaskan' aku untuk berdikari dan menjalani hidup dengan sendiri. Semakin aku meninggalkan gaya hidup aku yang dulu. Ya. Aku berani mengaku. Aku yang sekarang bukan seperti aku yang dahulu. Aku tidak sebaik yang dulu. Namun sudah jadi lumrah alam, setiap perkara ada pro's dan con's nya.

Petang semalam ada meeting tentang projek-projek besar TTS akan datang untuk tahun 2010.

Pertama: Bangsawan Jebat

Aku tak berapa kisah siapa jadi Stage Manager. Sebab aku akan hormat SM walaupun dia jauh lebih muda dari aku. Bila aku tiada di tempat yang melayakkan aku untuk memberi arahan atau bersuara, aku tak akan melebihi apa yang aku ada. Kalau aku hanya seorang pelakon, kedudukan aku tetap lebih rendah daripada SM, direktor apatah lagi produser. Kalau aku seorang direktor aku akan gunakan kuasa itu sehabis baik mengarah itu dan ini. Kadang-kadang ada juga aku teringin hendak jadi SM. Sekurang-kurangnya aku boleh dapat pengalaman jadi SM. Jadi SM itu satu perkara yang boleh dibanggakan.

Yang aku kisah dalam bangsawan ini adalah kebolehan TTS sendiri. Tiada pengalaman atau latar belakang bangsawan, menjadi cabaran utama dalam projek bangsawan ini. Semua aspek perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Sekarang aku juga sedang mencari apa-apa info yang boleh didapati berkaitan bangsawan. Dan juga video rakaman. Terima kasih YouTube. Aku pun hanya pernah tonton bangsawan dua kali. Dua-dua kali tu aku tak tengok betul-betul pun.
Seperkara lagi yang mengganggu fikiran aku adalah konsep yang akan dibawa nanti. Sama ada tradisional atau moden? Dan aku tak pasti sama ada sudah wujud bangsawan moden atau pun tidak di Malaysia ini. Moden dari segi bagaimana itu pun aku masih memikirkan. Cuma pada pandangan aku, mungkin boleh buat bangsawan moden, tetapi perlu berasaskan konsep bangsawan tradisional juga. Jadi, kalau nak buat bangsawan moden, beban kerja adalah berganda. Namun ia terpulanglah kepada pengarah.

Kedua: The Shark Attack Theatre Tour 2010 (Season 2)

Masih lagi berteraskan program amal, TSATT-2 akan menampilkan masterpiece SEFA Bukan Cerita Palestin, cadangannya program bersama Aman Palestin. Modifikasi perlu dilakukan bagi memantapkan keseluruhan pementasan.

Malas nak tulis panjang lebar. Cuma kadang-kadang terkilan. Ada beza mengkritik dengan mengutuk teater orang lain. Mungkin kita kena lebih merendah diri. Mungkin kita perlu rendahkan ego kita. Mungkin kita kena saling hormat menghormati orang lain atas nama seni. Mungkin kita tak patut berasa kita lebih bagus daripada orang lain. Dari segi apa kita rasa kita bagus? Perjuangan kita? Benarkah?

Semoga bangsawan benar-benar jadi bangsawan, bukan bangsatwan atau bang sawan.

Sekian.


Zarah-zarah Abduh



ps: Siapa saja yang ada jiwa seni? Kau mengaku kau orang seni? Aku mengaku aku orang seni.

Khamis, November 19, 2009

titis tinta sakti dan sedikit tentang watak-watak dan perwatakan ABL

adalah sebuah puisi yang aku cipta khas untuk TTS
baru siap tadi
aku tak akan siarkan lagi
hanya selepas aku membacanya
bila aku memerlukan
aku cipta puisi itu
dengan 3 baris setiap perenggan
dan baris-baris pada setiap perenggan itu
bermula dengan
t
t
s
begitulah bentuknya
oh ya
ini memang puisi pertama aku untuk TTS


jadi sedikit tentang ABL
berikut senarai watak-watak serta perwatakan yang ada
watak-watak sampingan memang tak banyak dialog tapi banyak keluar masuk pentas
mungkin juga watak-watak sampingan akan jadi krew pentas juga nanti
tengok macam mana jadinya
lagipun tengah nak belajar sikit-sikit daripada video YouTube macam mana nak buat ensemble
mula-mula tak biasa ni macam tak berapa nak reti
tapi kena retikan jugaklah


Watak-watak utama:

Luz (Tua, Muda)
Yang muda: Lelaki yang loser, bermotivasi rendah, tertekan dengan hidupnya lantas jadi gila. Yang tua: Sudah jadi seorang yang winner dan bahagia dengan hidupnya

Winn
Perempuan, memerhati Luz sejak awal lagi, datang untuk cuba menolong dan menemani Luz, seorang yang seperti psychiatrist, simpati dan empati, penyayang, matang, sejuk mata memandang


Watak-watak sampingan:
Bos - garang dan selalu marah Luz tetapi baik dan miang dengan perempuan
Faiza - penolong peribadi Bos, cantik dan menggoda
Amoi - berbangsa Cina, penjual DVD cetak rompak
Macha - berbangsa India, penjual pelbagai jenis kacang
Wanita - pengutus surat, jenis perempuan Melayu terakhir
Linda - perempuan yang sedikit tomboy, Luz suka pada dia
Adik Linda - tak suka Luz
Samseng-samseng - cakap kencang, badan kurus, pengecut
Cikgu-cikgu - terdiri daripada cikgu pendidikan jasmani, cikgu BM, cikgu Pendidikan Islam
Orang Gila - orang gila yang pandai menyanyi (orang gila pun pandai nyanyi, orang tak gila? haha)
Orang Kaya - sangat angkuh dan memandang rendah orang lain
Orang Muda - 'innocent'
Orang Tua - nampak alim tapi sebenarnya tak pun
Businessman - segak, kacak, smart dan sukakan seks
Pekerja-pekerja/Orang-orang - tiada deskripsi khusus, hanya sebagai background actors, boleh jadi pelbagai karaktor


itulah dia serba sedikit deskripsi watak dan perwatakan
mungkin tak berapa nak unik dan menarik sebab watak-watak tu semua tipikal
yang biasa ditonton di kaca-kaca tivi

Rabu, November 18, 2009

L! 360

L!

Lelaki
Lalang
Lelap
Lelah
Lembap
Lambat
Lembut
Leleh
Lalai
Leka
Loser

L! berganda
Lelaki Loser

Nak bagi pesan
Nak bagi ingat
Nanti jadi pesanan
Nanti jadi ingatan

Bila atas pentas. Pelakon sebagai pemain. Pelakon kena guna ruang yang ada 360 darjah sebaik yang mungkin. Pelakon kena guna 100% tubuh badannya sebaik mungkin. Walaupun ruang kau hanya pada satu tempat yang statik. Kalau ruang kau luas lagilah senang kau nak bergerak. Tetapi bagi aku ia lebih sukar. Kau tak boleh suka-suka gerak ke sana ke mari atas pentas. Ambil satu contoh, Babak 0 dalam ABL. Aku letakkan Luz (Tua) asalnya duduk di satu kerusi sedang menikmati kopi sambil membaca sebuah buku. Kemudian dia berinteraksi dan bercerita dengan penonton. Pelakon boleh main dengan buku, dengan postur ketika duduk, boleh bangun berdiri waktu berinteraksi dengan penonton dan banyak lagi. Kalau pelakon tak main dengan baik, baru mula cerita sudah bosan. Dan ya. Ini sewius! Mesti bantu dia! Selamatkan pelakon! Selamatkan pelakon! Selamatkan pelakon!!!!!!

Ada sudah cadangan pada hari Raya Haji kedua nanti.
Reunion budak-budak SMK Sri Gading tingkat 3 RK 1, 3A, 5 Sains 1, 5 Sains 2 seperti berikut. Akhirnya setelah sekian lama, jumpa kawan-kawan lama untuk kemaskini progres masing-masing. Mungkin ada yang dah kahwin tapi tak jemput.

1. adam
2. adila
3. adnan (confirm)
4. ainoraha
5. anur
6. asmuny
7. asri
8. azizul
9. azniza
10. azyan (confirm)
11. botak (confirm)
12. celot
13. dina
14. ezmaliza
15. faisal
16. faizal
17. fara
18. faridah
19. hafez
20. hafizah
21. hairniyatie
22. hamizah
23. harith
24. hasan
25. hazwan
26. hisam
27. inan
28. isa jamil
29. isa mail
30. khusairi
31. lail
32. laila (confirm)
33. latep
34. liza (confirm)
35. mirul (confirm)
36. miza
37. muslim
38. nadia
39. nazirul (confirm)
40. nazrahanim
41. norhana
42. omar
43. rafidah
44. rahimah
45. rahmah
46. sabrina
47. sarah
48. shahrul
49. shida
50. solehen
51. suzana
52. tajol
53. usop (confirm)
54. uzair
55. yazid
56. zaidi kamsuri
57. zaza

(Entri ini sengaja bercampur baur untuk tunjukkan 360 darjahnya)

Masa melayari internet, melayari blog Amir Muhammad, aku terjumpa satu promosi ini. (Sila klik 'ini'. Dalam ini ada itu.)

Memandangkan skrip teater juga ada diterima untuk antalogi tersebut. Maka aku tanpa rasa bersalahnya menghantar skrip satu 10 minit aku iaitu LIF. Sebab LIF ada menyentuh beberapa isu seperti yang dicadangkan.

Kemudian aku tanya Half The Mime, "Apa yang kau fikir tentang 'lif'?'

"Lif tempat buat maksiat."

Aku balas, "Lif kan ada turun ada naik."

"Ini mesti ada unsur kelucuan."

Aku balas lagi, "Dalam lif ada 3 orang lelaki. Melayu, Cina, India."

(Nama wataknya - Ahh Mad, Ahh Chong, Ahh Singh. Jangan fikir bukan-bukan ya.)




Tiba-tiba aku baru nak suka dengan piece LIF aku tu.

Selasa, November 17, 2009

Imbasan IMBAS

Pagi Selasa. 17 hari bulan 11 tahun dua ribu 9.
10 minit melepasi 9 pagi.
Aku dapat SMS daripada superior teater aku.

"Mana review u tentang IMBAS? Hantar kat paper terus!"

Hari tu aku dah kata aku tak nak komen langsung pun tentang IMBAS sebab aku nak sampaikan maksud yang teater IMBAS itu boleh menyebabkan jiwa kau berasa kosong dan kepala kau bertambah makin pening kalau kau tengah pening. Okay. Pendek kata, kalau aku kritik teater tu, dan kalau aku di kerusi direktor, perkataan yang paling sesuai yang akan terpacul keluar dari mulut aku secara spontan adalah

SUCKS.

Eh eh jangan cepat melatah. Sebab ada TAPInya lagi.

Aku buat sedikit imbasan tentang IMBAS yang dah hampir dua minggu berlalu. Harap-harap masih dapat ingat lagi.

Secara keseluruhan, aku lihat teater IMBAS itu bergenre realism. Jadi semuanya kena menghampiri real.

Babak awal yang menampilkan askar British ditonjolkan dengan kesan florescence menggunakan black light. Aku tak tahu sama ada pengarah saja-saja nak tunjuk pada penonton yang dia pun reti nak guna teknik tu atau pun dia ada isi dan isu dia sendiri. Tapi aku rasa teknik yang digunakan tidak relevan dan tidak bersesuaian dengan genre teater itu sendiri iaitu realism. Mungkin saja pengarah mahu menarik perhatian penonton di saat-saat awal yang mana taktik itu bagus, cuma...

...sayangnya selepas itu hingga ke tengah cerita, daya tarikan sudah tiada. Semuanya harus bergantung kepada permainan pelakon di atas pentas yang boleh jadi amat sukar kalau TIDAK SEMUA pelakon pandai bermain di atas pentas. Kalau setakat seorang dua yang berlakon dengan cemerlang, tetapi ada pelakon watak sampingan yang mungkin diambil ringan yang tidak begitu cemerlang, hasilnya teater itu tetap akan jadi tidak cemerlang.

Perkara utama yang paling paling paling aku kritik adalah pemilihan watak yang amat amat amat salah! Mamak Kumbang. Apakah pengarah menganggap Mamak Kumbang ini sebagai watak yang bercampur aduk karaktornya? Sekejap slangnya macam orang Melayu, sekejap macam Cina, sekejap macam India. Mana karaktor yang represent 'Mamak Kumbang' pada watak tersebut?

Kemudian muncul pula watak Leman. Alamak, watak ini dibazirkan begitu saja! What a waste! Watak Mamak Kumbang dan Leman seharusnya mewujudkan satu chemistry dan akhirnya menghasilkan satu permainan yang memberikan humor sepanjang masa. Tapi kalau tak ada chemistry yang kuat, tak akan jadi. Tambahan, punchline entah ke mana? Stress words tak ada. Sebutan dialog tidak jelas. Leman ada melontarkan suaranya ke belakang pentas sewaktu menjenguk dari tingkap pejabat Sir Stamford Raffles tu. Kenapa pengarah bertindak sebegitu? Kenapa tak mahu penonton dengar apa yang si Leman tu cakapkan? Ini teater. Penonton nak TENGOK kau berlakon dengan raut wajah dan ekpresi. Penonton nak DENGAR apa yang kau cakapkan. Kalau penonton tak dapat DENGAR, macam mana penonton nak mentafsir maksud atau mesej yang kau cuba sampaikan? Lebih baik kau buat silent theatre kalau tak nak bagi penonton dengar dialog yang kau sebut. Perkara yang sama berlaku sewaktu Timah dan Judin mula bertengkar dari belakang pentas. Tak dapat dengar dengan jelas apa yang mereka tengkarkan. Tempoh berdialog di belakang pentas terlalu lama.

Sebutan Bahasa Inggeris Sir Stamford Raffles sangatlah Melayu. Malah ada perkataan yang tidak betul sebutannya. Begitu juga dengan watak Majistret. Perkara ini juga tidak boleh diambil ringan. Pelakon boleh mengambil inisiatif dan berusaha untuk berlatih menyebut slang British. Ini kerana perkara sebegini yang akan dipandang oleh para pengkritik yang menonton. Lontaran vokal Majistret juga bermasalah. Okay, masalah biasa pelakon teater wanita, jadi tak mahu cakap banyak.

Kredit hanya diberikan kepada watak Timah dan Chang Leng yang betul-betul memainkan watak mereka. Perkara ini dapat dilihat dan dirasa oleh aku sebagai penonton. Bila pelakon enjoy dengan watak mereka di atas pentas, maka penonton boleh lihat dan rasa enjoy juga. Watak Abdullah Munsyi juga tidak begitu menjadi masalah pada pandangan aku cuma sayangnya, lakonannya kurang bertenaga kalau hendak dibandingkan dengan Timah dan Jidun.

Salah satu kekurangan yang aku dapati adalah tiadanya faktor-X dalam teater ini. Faktor-X ini berlaku bila rata-rata penonton akan merasa WOW!!! walaupun bilangan penonton yang hadir tidak begitu ramai. Tahu-tahu sajalah orang Malaysia ni, bukannya tengok sangat teater-teater cikai ni. Kalau dekat Istana Budaya sana ya lah. Siap pakai baju cantik-cantik lagi macam nak pergi majlis makan malam. Eh, membebel pulak aku.

Kritik dan komen ini bukanlah yang terbaik yang dapat aku berikan. Sebab aku tak tengok teater tu sampai habis kerana mengejar hal lain dan waktu tu pun aku sedang pening kepala. Secara keseluruhannya, teater ini harus menjadi lebih menarik, tidak harus jadi membosankan, pacing kena tepat, silence moment harus juga dikurangkan, dan banyak perkara yang boleh diperbaiki. Dari segi lakonan beberapa pelakon harus juga dipuji. Oh ya, tentang set pentas pula, adalah lebih elok kalau jam antik di dinding itu betul-betul hidup dan bergerak.

Kalau nak hantar review ni kat paper kena edit jadi profesional sikit macam aku ada buat dulu-dulu.

Pen & Tas

aku hidangkan pada semua sedulang puisi carca merba pening kepala
tentang sebatang pensel dan sehelai kertas


Pen-
-sel
&
ker-
Tas

Tas
buat ikat
pen-
-sel
mata bola
bukan bulat
sfera
dimensional
2
3
4

tek-
-no-
-logi-
-k

pen
&
tas

tas ikat pen
pen melayang layang bagai layang layang tak bertali
awang awang kejar
tangkap dan ikat
pen ikat tas

pen-
-tas
man-
-usia

pen, tas
pentas

ikat jiwa